Author Topik: Terlupa bacaan sujud sajadah  (Read 7679 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

humairaisyaTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 45
    • View Profile
Terlupa bacaan sujud sajadah
« on: 20 March, 2010, 12:42:41 PM »
:)
Apa hukumnya bila terlupa bacaan sujud sajadah bila terjumpa tanda sajadah ketika membaca al-Quran?

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 05 May, 2010, 10:12:37 PM oleh Ummi Munaliza »
Ya Allah...ku perlu rahmat dari-Mu...
Jadikan ku seindah wanita solehah...

abumuhammad

  • *
  • Offline
  • Posts: 25
    • View Profile
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #1 on: 22 March, 2010, 10:05:57 PM »
Terlupa bacaan atau terlupa melakukan sujud sejadah?

Untuk pengetahuan, dalam kitab-kitab fekah,nama sujud sejadah disebut sebagai sujud tilawah. Hukum melakukan sujud tilawah adalah sunat bagi orang-orang yang membaca ayat al-Quran yang mengandungi perkataan `sajdah`sama ada di dalam solat atau diluarnya. Begitu juga bagi orang yang mendengarnya diluar solat. Di dalam al-Quran, terdapat sebanyak 14 tempat yang disunatkan kita melakukan sujud tilawah @ sujud sejadah ini.

Oleh kerana hukumnya adalah sunat, maka tidaklah berdosa jika tidak dilakukan sujud tilawah @ sejadah ketika membaca ayat al-Quran yang mengandungi perkataan `sajdah` tersebut. Di dalam sebuah hadis;

Daripada Ibnu Umar r.a katanya; Allah tidak memfardhukan kita sujud melainkan atas kehendak kita

Untuk mendapat maklumat yang lengkap boleh rujuk kitab; al-Fiqh al-Manhaji, Jabatan Mufti Negeri Sembilan, 2002, hlm. 405 - 408

Share this topic on Facebook


wan_sgmt

  • *
  • Offline
  • Posts: 608
  • jh
  • Salam ukhuwwah semua..
    • View Profile
    • Gerbang Info Anda
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #2 on: 22 March, 2010, 10:17:19 PM »
jika kita sujud tapi baca bacaan sujud yang biasa boleh tak?

Share this topic on Facebook

Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

bondasayang

  • *
  • Offline
  • Posts: 2
    • View Profile
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #3 on: 22 March, 2010, 11:11:13 PM »
Dalam bab ibadah ni kita kena ikut Nabi. Oleh kerana ada bacaan khusus yang dianjurkan semasa sujud tilawah @ sujud sejadah tersebut, maka kenalah baca macam tu. Kecuali bagi mereka yang baru belajar atau yang baru nak menghafal, tapi masih belum ingat.

Dalam kehidupan harian pun ada peraturannya. Sebagai contoh; kita semua tahu bahawa kasut adalah pakaian rasmi bila nak ke pejabat. Dekat rumah biasanya kita pakai selipar atau sandal sahaja. Tiba-tiba ada orang pergi pejabat pakai selipar dan tak pakai kasut, sedangkan kakinya tak sakit pun. Apa pendapat rakan-rakan pejabat yang lain? Mungkin mereka takkan kata perbuatannya itu salah, cuma tak kena tempat.

Begitulah juga keadannya kalau bacaan lain yang dibaca semasa melakukan sujud tilawah @ sejadah.

Share this topic on Facebook


humairaisyaTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 45
    • View Profile
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #4 on: 24 March, 2010, 02:51:49 PM »
maksudnya...terlupa bacaan sujud sejadah..tak apa ke kalau baca terjemahan bacaan sujud sejadah dlm bhsa melayu?

Share this topic on Facebook


halawah

  • *
  • Offline
  • Posts: 2527
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #5 on: 24 March, 2010, 04:58:07 PM »
:)

Sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Bacannya;

سجد وجهي للذى فطر السموات والارض وشق سمعه وبصره بحوله وقوته فتبارك الله أحسن الخالقين

Sajjada wajhiayyallazi Fatarassamaawaati  wal-ardhi wasyaqqa sam'ahu wabasorahu bihaulillihi waquwwatihi fatabarakallahu Ahsanal khaliqieen.

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”


 :syukur:

Share this topic on Facebook

« Last Edit: 24 March, 2010, 06:34:59 PM oleh halawah »
İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

ibnukadri

  • *
  • Offline
  • Posts: 2
    • View Profile
Re: Terlupa bacaan sujud sajadah
« Jawab #6 on: 05 May, 2010, 10:00:11 PM »
assalamualaikum wbt...
sujud sejadah dalam solat - boleh ke kita sujud sejadah dalam solat selain subuh Jumaat (surah sajadah)?  Cth - solat maghrib, baca surah al-'alaq. saya ada rujuk kitab fiqh sunnah - ada hadis yang menunjukkan sunat juga sujud walaupun solat zohor. Tapi saya pernah dengar satu kuliah (lupa kat mana) sujud sejadah ni hanya solat subuh Jumaat shj. Kalau ada sahabat yg tau, minta tolong penjelasan. TK

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
5 Jawapan
21220 Views
Kiriman Akhir 30 August, 2009, 06:48:55 PM
oleh Ummi Munaliza
5 Jawapan
15747 Views
Kiriman Akhir 31 January, 2013, 06:31:37 PM
oleh 5zul
1 Jawapan
314 Views
Kiriman Akhir 11 March, 2012, 08:13:14 AM
oleh al_ahibbatu