Gerakan wahabiah

*

Author Topic: Gerakan wahabiah  (Read 3181 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ubaidullah

  • *
  • Posts: 98
    • View Profile
19 March, 2010, 12:38:40 PM
  • Publish
  • BISMILLAH
    :)
    kepada sahabat2 halaqah sekalian,
    berhati2 lah dgn gerakan ini yg cukup merbahaya buat umat islam kini.
    di mereka adalah yg menghalang bacaan tahlil.
    ziarah kubur
    talkim selepas upacara pengebumian
    berdoa dikubur2 para aulia'
    ziarah kubur Baginda Nabi SAW
    membaca wirid beramai2 selepas solat...
    tidak boleh berzikir dgn menggunakan tasbih
    dan bermacam-macam lagi...
    berhati2lah dgn mereka kerana meraka ini sedang pesat membangun di malaysia terutama di UIA
    dan terdapat juga dikalangan pendakwah yg berfahaman sedemikian

     

    harap sahabat2 sekalian dpt memberi respon kalian masing2.sekian...WAALAHU TAALA 'ALAM

    Umi Bariah

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Reply #1 19 March, 2010, 12:43:10 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Saya ada satu soalan. Adakah mazhab imam syafie membenarkan bacaan doa di kubur para aulia`?

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #2 19 March, 2010, 04:28:06 PM
  • Publish
  • memangnya kenapa?? ada yang melarang ker??

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    semangka

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Reply #3 19 March, 2010, 04:29:18 PM
  • Publish
  • Dari  Ibnu Buraidah, dari bapaknya, katanya Rasulullah SAW. bersabda:
          "Dahulu  aku melarang kamu menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah.
          Dahulu  aku  melarang  kamu  menyimpan  daging kurban lebih dari tiga
          hari,  maka sekarang simpanlah selama jelas bagimu manfaatnya. Dahulu
          aku  melarang  kamu membuat anggur selain dalam qirbah, maka sekarang
          minumlah  dari  segala  tempat  air,  asal  jangan  kamu  minum  yang
          memabukkan." HR.Muslim No.925.

    Didalam   Buku   Hadits   Shahih   Imam   Muslim  Buku  Ke  2  No.922
          (Cuplikkannya)  Dari  Muhammad  bin Qais bin Makramah bin Muththalib,
          bahwa  pada  suatu  hari  dia berkata, . . ."Setiap yang dirahasiakan
          manusia,    pasti    Allah   mengetahuinya."   (Kemudian   Rasulullah
          menceritakan  kenapa  beliau  sampai  keluar) (maksudnya keluar rumah
          'Aisyah)  Katanya:  "Tadi  Jibril  datang,  Jibril  berkata kepadaku,
          "Allah  memerintahkan  supaya  anda  datang  ke  Baqi" (Kuburan orang
          muslim di sebelah timur Masjid Nabawi Madinah), memohonkan ampun bagi
          para  penghuninya." "Lalu apa yang harus kuucapkan sesampainya aku di
          sana?" tanya Rasulullah SAW.kepada Jibril. Jawab Jibril, "Ucapkanlah:
          Assalamu   'ala  ahlid  diyari  minal  mu'minina  wal  muslimina,  wa
          yarhamullahul  mustaqdimina  minna  wal musta'khirina, wa inna in-sya
          Allahu bikum lalahiqum."

          Artinya:   Semoga   keselamatan   tercurah   bagi   penduduk  kampung
          orang-orang  mukmin dan muslimin ini. Dan semoga Allah memberi rahmat
          kepada  orang-orang  yang  telah mendahului kami dan orang-orang yang
          kemudian, dan kami insya Allah akan menyusul kamu sekalian. HR.Muslim
          No.922 (sebagian).

    Riwayat   daripada  Ibnu  Abbas  Radhiallahu  'anhuma,  katanya:
          Maksudnya: "Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam melalui dua buah kubur.
          Lalu  Baginda  bersabda:  "Sesungguhnya  kedua-dua  mayat  ini sedang
          diazab  dan  bukanlah  kedua-duanya  diazab  sebab  dosa yang terlalu
          besar.  Adapun  salah  seorangnya  tidak bersuci daripada kencing dan
          yang seorang lagi kerana berjalan ke sana ke mari mengadu-domba. Lalu
          Baginda mengambil pelepah  tamar yang basah dan dipatahkan kepada dua
          bahagian.  Kemudian  Baginda  pacakkan ke atas setiap kubur tersebut.
          Mereka  (sahabat-sahabat)  bertanya:  "Mengapa Tuan berbuat demikian?
          Baginda   menjawab  dan  bersabda:  "Mudah-mudahan  diringankan  azab
          kedua-dua  mayat  ini  selama  mana  kedua pelepah ini belum kering".
          (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Reply #4 19 March, 2010, 04:37:34 PM
  • Publish
  • (وحكى) بعض أهل العلم أن رجلا رأى في المنام أهل القبور في بعض المقابر قد خرجوا من قبورهم إلى ظاهر المقبرة، وإذا بهم يلتقطون شيئا ما يدري ما هو.
    قال: فتعجبت من ذلك، ورأيت رجلا منهم جالسا لا يلتقط معهم شيئا، فدنوت منه وسألته: ما الذي يلتقط هؤلاء ؟ فقال يلتقطون ما يهدي إليهم المسلمون من قراءة القرآن والصدقة والدعاء.
    فقال: فقلت له: فلم لا تلتقط أنت معهم ؟ قال أنا غني عن ذلك.
    فقلت: بأي شئ أنت غني ؟ قال بختمة يقرؤها ويهديها إلى كل يوم ولدي يبيع الزلابية في السوق الفلاني.
    فلما استيقظت ذهبت إلى السوق حيث ذكر، فإذا شاب يبيع الزلابية، ويحرك شفتيه.
    فقلت: بأي شئ تحرك شفتيك ؟ قال أقرأ القرآن وأهديه إلى والدي في قبره.
    قال: فلبثت مدة من الزمان، ثم رأيت الموتى قد خرجوا من القبور، وإذا بالرجل الذي كان يلتقط صار يلتقط، فاستيقظت وتعجبت من ذلك، ثم ذهبت إلى السوق لا تعرف خبر ولده فوجدته قد مات.
    (قوله: من القرآن) بيان لما، مقدم عليه.
    (قوله: فيدعو له) أي فعقب القراءة يسن أن يدعو للميت رجاء الاجابة، لان الدعاء ينفع الميت، وهو عقب القراءة أقرب إلى الاجابة.
    وسيأتي - في باب الوصية - كلام في حصول ثواب الدعاء والقراءة للميت - إن شاء الله تعالى - (وقوله: مستقبلا للقبلة) حال من فاعل يدعو، أي يدعو حال كون الداعي مستقبلا للقبلة.
    وعبارة المغني: وعند الدعاء يستقبل القبلة وإن قال الخراسانيون باستحباب استقبال وجه الميت.
    اه.

    Ini ibarat dari kitab mazhab Syafi'i ttg ziarah kubur....yang saya gariskan itu menunjukkan berdoa di kubur disunnatkan...tentunya dgn cara2 yg telah ditetapkan...

    muhdafifi

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Reply #5 21 March, 2010, 12:35:42 PM
  • Publish
  • assalamualaikum............maaf yer saya bukan nak menyebelahi wahabi, saya dah buat kajian tentang pergerakan ni untuk tugasan saya, ada buku yang saya baca sebenarnya sheikh Muhaamad Wahabi ni sebenarnya tak pernah menyebut nama wahabi, wahabi ni asalnya diberi oleh orientalis barat...shaikh muhaamd ni banyak musuh dan kebanyakan  buku-buku tulisannya tak sampai kepada kita...semasa beliau hidup terdapat seorang lagi abdul wahab yang juga digelar wahabi, dia ni seorang syiah yang radikal menolak semua yang utarakan oleh gol. sunni. bagi sheikh muhammad abdul wahab beliau memegang mazhab imam ahmad hambali... die berjuang untuk menregakkan salafi iaitu kembali semula kepada yang benar...terpengaruh dengan pemikiran ibnu taimiyah...beliau tidak menolak ahli sunnah waljamaah tetapi belaiu sangat berpegang kepada 3 tauhid iaitu uluhiya,ububiyah dan asma' wa sifat. mungkin kita tak perasan yang abdul wahab yang beraliran syiah tu la yang sebenarnya wahabi.....anda boleh semak dalam nuku fadhullah ahmad dan juga buku fakta dan alsu dalam wahabi....

    syarqowy

    • *
    • Posts: 172
      • View Profile
    Reply #6 22 March, 2010, 01:12:45 AM
  • Publish
  • assalamualaikum............maaf yer saya bukan nak menyebelahi wahabi, saya dah buat kajian tentang pergerakan ni untuk tugasan saya, ada buku yang saya baca sebenarnya sheikh Muhaamad Wahabi ni sebenarnya tak pernah menyebut nama wahabi, wahabi ni asalnya diberi oleh orientalis barat...shaikh muhaamd ni banyak musuh dan kebanyakan  buku-buku tulisannya tak sampai kepada kita...semasa beliau hidup terdapat seorang lagi abdul wahab yang juga digelar wahabi, dia ni seorang syiah yang radikal menolak semua yang utarakan oleh gol. sunni. bagi sheikh muhammad abdul wahab beliau memegang mazhab imam ahmad hambali... die berjuang untuk menregakkan salafi iaitu kembali semula kepada yang benar...terpengaruh dengan pemikiran ibnu taimiyah...beliau tidak menolak ahli sunnah waljamaah tetapi belaiu sangat berpegang kepada 3 tauhid iaitu uluhiya,ububiyah dan asma' wa sifat. mungkin kita tak perasan yang abdul wahab yang beraliran syiah tu la yang sebenarnya wahabi.....anda boleh semak dalam nuku fadhullah ahmad dan juga buku fakta dan alsu dalam wahabi....


    w.salam warahmatullah...

    maksudnya, saudara perlu lebih banyak buat kajian lagi... insya Allah akan lebih faham...

    Isu Pertama: Muhammad Wahabi (Muhammad bin Abdil Wahab) Tidak Menamakan sebagai Wahabi

    Sebenarnya, setiap pelopor bagi sesuatu manhaj, metodologi, madrasah pemikiran atau mazhab tidak menamakan mazhab mereka tetapi dinamakan setelah kematian mereka oleh mereka yang mengikuti pemikiran dan mazhab tokoh-tokoh tersebut.

    Bukan Imam AS-Syafi'e r.a. yang menamakan mazhab fiqh beliau sebagai mazhab syafi'e tetapi para pengikut dan murid beliau yang menamakan mazhab beliau dengan mazhab syafi'e kerana menisbahkan manhaj ijtihad dan ijtihad umum kepada Imam As-Syafi'e. Jadi, sememangnya budaya dan tradisi menisbahkan sesuatu kepada pelopornya berlaku setelah ketiadaan pelopornya sendiri.

    Begitu juga pemikiran dan fahaman Wahabi muncul kerana ada golongan yang mengikut fahaman dan kerangka umum pemikiran Muhammad Abdul Wahab. Maka, mereka itu dinisbahkan kepada Muhammad Abdul Wahab lalu dikenali sebagai Wahabi.

    Isu Kedua: Orientalis yang Menamakan "Wahabi"


    Itu tidak tepat. Kita dapati perkataan Wahabi digunakan sekian lama samada oleh sebahagian penganut fahaman Wahabi sendiri atau golongan yang menentang mereka.

    Quote

    Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

    استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.

    Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”. [m/s: 105]

    Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

    Begitu juga:

    Sheikh Ben Baz juga berkata:

    الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

    Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”. [Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

    Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.


    Boleh rujuk di sini untuk lihat lebih lanjut:

    Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

    Isu Ketiga: Mengajak kepada "Salafi"

    Kita perlu tahu tujuan dan maksud di sebalik "salafi" yang diseru oleh golongan wahabi lagi pengaku salafi ini. Maksud di sebalik mereka mengaku "Salafi" adalah dengan tidak mengiktiraf selain mereka (selain wahabi) seperti Al-Asya'irah, Al-Maturidiyyah dan sebagainya (yang merupakan majoriti ulama; dan umat Islam sejak zaman berzaman), sebagai pengikut dan penerus kefahaman umum salaf soleh terhadap agama.

    Maka, ini suatu kejahilan yang jenayah ilmu yang nyata bagi ahli-ahli ilmu. Bahkan, dari sudut yang lain, majoriti ulama' Islam yang mereka tolak sebagai pengikut salaf sebenarnya lebih dekat dengan manhaj salaf sendiri berbanding mereka (wahabi) khususnya dalam melibatkan bab aqidah ketuhanan (sifat-sifat) dan tasawwuf.

    Wahabi memahami "salaf" dengan kaca mata Ibn Taimiyyah. Sebab itu mereka mengaku "Salafi" sebab seolah-olah hanya mereka sahaja faham salaf, padahal sudah salah faham tentang salaf dalam sesetengah masalah.

    Tidak timbul masalah ada syiah dinamakan wahabi tetapi sudah menjadi perbahasn khusus dari sudut ilmiah merujuk kepada Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya yang mana mereka ini bukan syiah tetapi mengaku ahli sunnah bahkan mengaku salafi.

    Wallahu a'lam


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #7 22 March, 2010, 08:05:42 AM
  • Publish
  • kenapa ya kita berasa begitu begini, resah dan gelisah, sering melakukan pertuduhan, polemik, dan sebagainya?

    ingatlah, tuan tuan yang dah dan sedang belajar tentu ingat, kurun yang terbaik, adalah 300 tahun sahaja semenjak Muhammad rasulillah.
    namun dalam kurun itu pun sudah ada lahirnya, fitnah, dan bidaah, semakin meluas, akibat dari pembukaan, daerah daerah baru oleh, pejuang islam.

    namun kegemilangan islam itu tinggal sejarah dengan berakhirnya, kerajaan khilafah osmaniah - 1924 - pecah dan perentah British dan kuncu kuncunnya - maka ujudlah sistem demokrasi - bernegara dengan undian pilihanraya - merasa kedaerahan, sempadan, kebangsaan.

    abdul wahab, dan anaknya Muhammad itu berada pada tahun tahun, penubuhan kerajaan Arab saudi, penamatan, kerajaan osmaniah.

    kajilah, carilah kebenaran, ada pun dalam setiap diri tu, semuga yang mengaku ada Mursyid tu, tahulah, apa itu kebenaran

    dan ingatlah ya, al Quran terpelihara, maka itulah yg terutama di ikuti
    dan sunnah, kita ada Kitab hadis muktabar, ada kitab kisah para sahabat, maka Dengar lah, taatlah

    daripada orang Islam, apa yang baik tu, ambillah

    bukankah, alim alim nak tamatkan syarah selalu ucap: Yang baik baik itu dari Allaah, yang tak elok tu..atas kelemahan saya...... wal asr

    semuga eloklah kelakuan kita.....................

    ubaidullah

    • *
    • Posts: 98
      • View Profile
    Reply #8 22 March, 2010, 05:40:34 PM
  • Publish
  • assalamualaikum............maaf yer saya bukan nak menyebelahi wahabi, saya dah buat kajian tentang pergerakan ni untuk tugasan saya, ada buku yang saya baca sebenarnya sheikh Muhaamad Wahabi ni sebenarnya tak pernah menyebut nama wahabi, wahabi ni asalnya diberi oleh orientalis barat...shaikh muhaamd ni banyak musuh dan kebanyakan  buku-buku tulisannya tak sampai kepada kita...semasa beliau hidup terdapat seorang lagi abdul wahab yang juga digelar wahabi, dia ni seorang syiah yang radikal menolak semua yang utarakan oleh gol. sunni. bagi sheikh muhammad abdul wahab beliau memegang mazhab imam ahmad hambali... die berjuang untuk menregakkan salafi iaitu kembali semula kepada yang benar...terpengaruh dengan pemikiran ibnu taimiyah...beliau tidak menolak ahli sunnah waljamaah tetapi belaiu sangat berpegang kepada 3 tauhid iaitu uluhiya,ububiyah dan asma' wa sifat. mungkin kita tak perasan yang abdul wahab yang beraliran syiah tu la yang sebenarnya wahabi.....anda boleh semak dalam nuku fadhullah ahmad dan juga buku fakta dan alsu dalam wahabi....


    w.salam warahmatullah...

    maksudnya, saudara perlu lebih banyak buat kajian lagi... insya Allah akan lebih faham...

    Isu Pertama: Muhammad Wahabi (Muhammad bin Abdil Wahab) Tidak Menamakan sebagai Wahabi

    Sebenarnya, setiap pelopor bagi sesuatu manhaj, metodologi, madrasah pemikiran atau mazhab tidak menamakan mazhab mereka tetapi dinamakan setelah kematian mereka oleh mereka yang mengikuti pemikiran dan mazhab tokoh-tokoh tersebut.

    Bukan Imam AS-Syafi'e r.a. yang menamakan mazhab fiqh beliau sebagai mazhab syafi'e tetapi para pengikut dan murid beliau yang menamakan mazhab beliau dengan mazhab syafi'e kerana menisbahkan manhaj ijtihad dan ijtihad umum kepada Imam As-Syafi'e. Jadi, sememangnya budaya dan tradisi menisbahkan sesuatu kepada pelopornya berlaku setelah ketiadaan pelopornya sendiri.

    Begitu juga pemikiran dan fahaman Wahabi muncul kerana ada golongan yang mengikut fahaman dan kerangka umum pemikiran Muhammad Abdul Wahab. Maka, mereka itu dinisbahkan kepada Muhammad Abdul Wahab lalu dikenali sebagai Wahabi.

    Isu Kedua: Orientalis yang Menamakan "Wahabi"


    Itu tidak tepat. Kita dapati perkataan Wahabi digunakan sekian lama samada oleh sebahagian penganut fahaman Wahabi sendiri atau golongan yang menentang mereka.

    Quote

    Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

    استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية.

    Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”. [m/s: 105]

    Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

    Begitu juga:

    Sheikh Ben Baz juga berkata:

    الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

    Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”. [Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

    Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.


    Boleh rujuk di sini untuk lihat lebih lanjut:

    Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi

    Isu Ketiga: Mengajak kepada "Salafi"

    Kita perlu tahu tujuan dan maksud di sebalik "salafi" yang diseru oleh golongan wahabi lagi pengaku salafi ini. Maksud di sebalik mereka mengaku "Salafi" adalah dengan tidak mengiktiraf selain mereka (selain wahabi) seperti Al-Asya'irah, Al-Maturidiyyah dan sebagainya (yang merupakan majoriti ulama; dan umat Islam sejak zaman berzaman), sebagai pengikut dan penerus kefahaman umum salaf soleh terhadap agama.

    Maka, ini suatu kejahilan yang jenayah ilmu yang nyata bagi ahli-ahli ilmu. Bahkan, dari sudut yang lain, majoriti ulama' Islam yang mereka tolak sebagai pengikut salaf sebenarnya lebih dekat dengan manhaj salaf sendiri berbanding mereka (wahabi) khususnya dalam melibatkan bab aqidah ketuhanan (sifat-sifat) dan tasawwuf.

    Wahabi memahami "salaf" dengan kaca mata Ibn Taimiyyah. Sebab itu mereka mengaku "Salafi" sebab seolah-olah hanya mereka sahaja faham salaf, padahal sudah salah faham tentang salaf dalam sesetengah masalah.

    Tidak timbul masalah ada syiah dinamakan wahabi tetapi sudah menjadi perbahasn khusus dari sudut ilmiah merujuk kepada Muhammad Abdul Wahab dan para pengikutnya yang mana mereka ini bukan syiah tetapi mengaku ahli sunnah bahkan mengaku salafi.

    Wallahu a'lam



    BISMILLAHI  :msya:
    BETUL APA YG DIKATAKAN oleh syaqowy...

    perkara ini telah lama diperbahaskan oleh ulama'2 mu'tabar...
    bukan kita manusia yg jahil yg perbahaskan tetapi mereka yg punya ilmu dan di akui dunia akan keilmuan mereka...
    untuk maklumat...bapa dan abg kpd muhammad bin abdul wahab ini sendiri yg telah berusaha mematahkan gerakan muhammad bin abdul wahab..
    dan dia sbnr nya telah dihalau dr kampung halaman sendiri...
    kemudian dr itulah baru dia pergi ke arab saudi dan berkawan rapat dgn raja saudi ketika itu...
    dan kesan dr itu arab saudi skrg di kuasai oleh wahabiyyah.
    APA2 PUN BANYAKKAN MENGKAJI LG DAN BACA KITAB2 YG DITULIS oleh ulama'2 yg muktabar tntg wahabi
    WALLAHU TAALA 'ALAM

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #9 22 March, 2010, 08:34:30 PM
  • Publish
  • Bismillah wa Syukrillah

    Gerakan ini merupakan antara tajuk yang saya pelajari dari semester lepas sehingga kini. Benar apa yang diperkatakan oleh saudara Ubaidullah bahawa gerakan Muhammad bin Abdul Wahab ini mendapat tentangan oleh bapa dan abangnya sendiri kerana menggunakan kekerasan dalam penyebaran dakwahnya.. Walaupun begitu, kita tidak boleh menafikan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga adalah merupakan antara orang yang menyumbangkan ilmunya kepada dunia Islam... Allahu a'lam.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #10 14 August, 2010, 10:58:50 AM
  • Publish
  • Pertama sekali perlu dijelaskan apa itu wahabi. Memandang orang sekadar mengikut apa yang orang lain kata, maka mereka pun turut sama bermain rentak membenci dan mengecam Muhammad bin Abdul Wahab tanpa mereka sedar bahawa mereka sedang mengecam seorang ulama yang telah berjasa mengembalikan kemurnian agama Islam di Jazirah Arab. Jika bukan jasa beliau yang sangat besar membenteras amalan khurafat, bida'ah dan syirik masyarakat arab, maka sehingga hari akan ada yang masih menyembah pokok, kubur dan melakukan amalan-amalan lain yang benar-benar bercanggah dengan Islam.

    Muhammad bin Abdul Wahab telah menulis dan menjawab segala tohmahan dan fitnah terhadap beliau dalam kitabnya. Kalau ada yang malas membaca, tolonglah simpan kebodohan tu untuk diri sendiri. Jangan diberitahu orang lain. Sifat malas membaca bukan sifat orang mukmin.

    Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. Az-Zumar:18

    Berikut adalah petikan dari sumber-sumber yg membela Muhammad bin Abdul Wahab

    Dalam kitab Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah juz 2, hal 174 diterangkan:

    “Wahabiah adalah sebuah lafaz yang dilontarkan oleh musuh-musuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab disebabkan dakwah beliau di dalam memurnikan tauhid, membasmi syirik dan membendung seluruh tatacara ibadah yang tidak dicontohkan dari Nabi Muhammad s.a.w. Tujuan mereka dalam menggunakan lafaz ini ialah untuk menjauhkan manusia dari dakwah beliau dan menghalangi mereka agar tidak mahu mendengarkan perkataan beliau”.

    Wahabi sebenarnya adalah diambil daripada nama Muhammad bin Abdul Wahab. Tetapi dinisbahkan kepada nama ayahnya iaitu Abdul Wahab sebagai “wahabi”. Beliau berdakwah membasmi segala bid’ah dan syirik yang meluas ketika itu di tanah arab. Syeikh Ali Tantawi menyebut banyak jenis bid’ah berkembang sebelum kelahiran Syaikh Muhammad bin Abdul Wahab sehinggalah kelahiran beliau:

    “Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhkan musibah dengan meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok, busut-busut serta patung-patung. Mereka menyeru kepada benda-benda ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Memuji yang mati menjadi popular. Daerah yang paling banyak amalan jahiliah baru ini”. [Petikan dari Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hal 22]

    Fitnah terhadap beliau tidak pernah habis-habisan walaupun beliau telah lama meninggal dunia. Walaubagaimana pun Muhammad bin Abdul Wahab sendiri telah menjawab semua syubhat syubhat ke atas dirinya. Malangnya ramai yang tidak membaca pun tulisan-tulisan Muhammad bin Abdul Wahab. Malah, dinukil lagi daripada tulisan-tulisan musuh beliau. Adalah lebih adil jika mereka membaca pendapat kedua-dua belah pihak.

    Apa yang berlaku di dalam dunia Islam hari ini adalah mereka telah terpisah dari Tauhid yang bersih ini. Mereka telah mengotorinya dengan mencampuri Allah dengan makhluk-Nya. Terdapat kubur-kubur Auliya (orang-orang Alim) menjadi tempat diziarahi untuk beribadat. Terdapat makam-makam di seluruh dunia Islam di mana manusia menziarahi dengan tujuan memohon pertolongan dan menghapus dosa. Setiap bandar mempunyai Wali atau Auliyanya. Setiap kawasan ada “makam” yang dianggap mempunyai kuasa menghalang keburukan dan boleh memberi kebaikan. Keadaan sebegini ibarat Allah seperti raja di mana terdapat pegawai pegawai-Nya yang manusia merayu pertolongan supaya menyampaikan hasrat mereka kepada Allah, supaya Allah akan mengubah apa yang Allah telah tetapkan. Bukankah ini juga amalan yang dilakukan oleh kaum Musyrik Mekkah dizaman Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam?

    Malangnya, orang-orang Muslim tidak berhenti di situ. Mereka juga menyamakan pokok-pokok dan objek-objek yang mati sama dengan Allah. Penduduk Manfu’ah dalam Yamamah, percaya pada sebatang pokok, kononnya mempunyai kuasa. Jika perempuanperempuan yang belum kahwin ziarah ke pokok tersebut dan meminta kepada pokok itu, mereka akan berkahwin pada tahun itu. Juga terdapat sebuah gua di Dir’iyah di mana manusia ziarah untuk mendapat rahmat. Dalam setiap daerah Islam akan terdapat sesuatu yang seperti itu, seperti “pokok Hanafi” di mesir, “kasut Slippers” di kalshani dan “pintu pagar” di Mitwalli.

    Bagaimanakah Tauhid boleh kekal suci dengan amalan-amalan kurafat dan syirik seperti ini. Sebenarnya ia telah membawa manusia jauh dari Allah yang maha Esa. Amalan-amalan seperti ini telah membawa kehinaan dan malu pada hati dan kemudian dipenuhi pula dengan kepercayaan-kepercayaan dan khurafat. Seterusnya hati telah kehilangan asas Tauhid dan saluran kemuliaan. Pemikiran Muhammad Ibn Abdul Wahab sentiasa memikir dan menilai Tauhid yang sempurna yang bebas dari unsur-unsur syirik yang tersebut di atas, serta menghidupkan kembali syari’at dengan merujuk hanya kepada al-Quran dan Sunnah.

    AbuZaidPG

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #11 14 August, 2010, 11:02:43 AM
  • Publish
  • Pandangan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

    Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata di dalam kitabnya “Fiqh Al-Aulawiyyat”: “Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memberi keutamaan dan tumpuan di dalam bidang Aqidah. Beliau memberi tumpuan utama terhadap penjagaan tauhid daripada sebarang perlakuan syirik terhadap Allah Subhanahu wa ta’ala dan juga berusaha membanteras semuajenis khurafat yang berlaku di sekitar dan pada zaman beliau. Beliau komited dan istiqamah di dalam memastikan dakwahnya berjalan seiring dengan perbuatan dan perilaku di dalam memusnahkan segala bentuk perlakuan syirik dan khurafat. Sehinggalah beliau banyak menulis kitab-kitab dan surat-surat di dalam menjelaskan manhajnya”.

    Dalam kitab Thaqafah Ad-Da’iyyaha, Muassasah Ar-Risalah cetakan pertama 1417H, halaman 107, Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengingatkan semua umat islam supaya memberi perhatian dan tumpuan kepada gerakan dan pejuang-pejuang pengislahan dan pentajdidan di dalam sejarah Islam. Mereka muncul bukan kerana ingin membuat pembaharuan terhadap Islam tetapi datang untuk membetulkan salah faham Umat Islam terhadap Islam. Antara para mujtahid ini ialah khalifah Umar bin Abdul Aziz, Nuruddin dan Sultan Salahuddin dan juga faqih-faqih seperti Imam Syafie, Imam Ghazali, Ibn Taimiyyah dan juga Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Ada di antara mereka bergerak secara sendirian dan ada juga secara jemaah. Mereka bersungguh-sungguh di dalam membetulkan umat Islam keseluruhan dengan kaedah kaedah dan cara-cara tertentu. Dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi juga menyifatkan Syeikh Muhammad Abdul wahhab dalam kitabnya “Hakikat At-Tauhid” sebagai “Syeikhul Islam”.

    Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi
    Demikianlah petikan-petikan yang diambil dari kertas kerja mengenai wahabi. Entry ini cuba ditulis seringkas mungkin agar pembaca tidak mati kebosanan. Kepada yang ingin mendalami peranan Muhammad Abdul Wahab dan mencari kebenaran, bolehlah membaca kitabnya dan membandingkan dengan penulisan musuh-musuhnya. Jika malas membaca, jangan mengikut dan memperkatakan apa yang kamu tidak ketahui.

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujraat:6


    Jika kamu mendengarkan seseorang berkata: Itu orang Wahabi, maka ketahuilah bahawa ia termasuk dari salah seorang dari dua orang ini:
    Mungkin ia seorang yang melakukan perbuatan keji.
    Atau mungkin seorang yang bodoh tidak mengetahui hakikat ini.

    Barangsiapa yang menjadikan seekor burung gagak sebagai dalil (hujjah) Maka dia (burung gagak) akan membawanya melewati bangkai-bangkai anjing

    Pada masa lalu Imam Syafie dituduh sebagai seorang rafidhi (pengikut syiah rafidah), dan beliau (Imam Syafie) menjawab : Orang yang cinta kepada Muhammad itu disebut Rafidhah. Maka saksikanlah wahai manusia bahawa saya Rafidhi. Jika orang yang mengikuti Nabi Muhammad disebut Wahhabi. Maka saya mengikrarkan bahawa diri saya adalah seorang Wahhabi.

    Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. Al-Ahzab:58

    Sumber:
    1 Dinukil daripada buku Himpunan risalah dalam beberapa persoalan ummah buku 3 oleh Hafiz Firdaus Abdullah, hal 103
    2 Dinukil daripada terjemahan bukunya yang bertajuk Siapa Wahabi? Oleh Hamidun Abdullah, hal 8.
    3.Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, oleh Qadhi Ahamad Ibn Hajar al-Butami, hal 159. Dinukil daripada Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab Penentangan & Sokongan oleh Hamidun Abdullah, hal 25.
    4.Dinukil daripada kertas kerja Seminar Antarabangsa Mengenai Syeikh Muhammad Abdul Wahab bertajuk “Jawapan kepada tohmahan-tohmahan terhadap Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab”, Syeikh Ihsan bin Muhammad bin ‘Ayish Al-‘Utaybi, hal 20.
    5.http://blumewahabi.wordpress.com/

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #12 15 August, 2010, 12:23:38 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum.

    Sebagaimana yang telah diterangkan oleh Ustaz Syarqowy, kita telah banyak membahaskan isu wahhabi di dalam laman ini.

    Gelaran wahhabi bukan datang dari musuh-musuh Muhammad bin Abdul Wahhab. Bahkan ia datang dari Ulamak yang dikagumi golongan Wahhabi iaitu Ben Baz. Bahkan para pengikut wahhabi mengaku diri mereka sebagai Wahhabiyah contohnya :

    Dalam buku الشيخ محمد بن عبد الوهاب عقيدته السلفية ودعوته الإسلامية ada menyebut secara jelas mereka mengaku diri mereka (para pengikut pemikiran Muhammad Abdul Wahab) sebagai Wahhabiyyah. Buku itu ditulis oleh Sheikh Ahmad bin Hajr Abu Thomi. Antara perkataan beliau:

    Quote
    استطاع هؤلاء المسلمون الوهابيون أن يقيموا الدولة الإسلامية على أساس من المبادئ الوهابية
    .

    Maksudnya: “Golongan Muslimun Wahhabiyyun mampu mendirikan suatu kerajaan Islam atas asas daripada asas-asas Wahhabiyyah”.
    [m/s: 105]

    Lihat tokoh wahabi sendiri mengaku sebagai wahabi...

    Begitu juga:

    Sheikh Ben Baz juga berkata:

    Quote
    الوهابية منسوبة إلى الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب رحمه الله المتوفى سنة 1206 هـ ، وهو الذي قام
    بالدعوة إلى الله سبحانه في نجد

    Maksudnya: "Wahhabiyyah adalah nisbah kepada Sheikh Imam Muhammad bin Abdil Wahab r.a. yang wafat pada 1206 Hijrah yang mana dia mendirikan dakwah menuju Allah di Najd (dengan pemikirannya)”.
    [Majmu Fatawa wa Maqalat siri ke-9]

    Dr. Muhammad Ahmad Ismail juga ada mengarang satu buku berjudul "Khawatir Haul Al-Wahhabiyyah dan menggunakan istilah wahabi tanpa merasa dirinya diejek bahkan dia sendiri (yang mengikut fahaman wahabi ini) mengakuinya.





    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Reply #13 15 August, 2010, 12:40:13 AM
  • Publish
  • Seterusnya ini maklumat yang anda dapat itu mungkin sudah lama AbuZaidPG modal utama yang digunakan antaranya dari Dr Yusof al Qardhawi, mungkin selepas ini Dr Wahbah az Zuhaili pula.

    Namun begitu melalui pengkajian yang dilakukan dan dijelaskan oleh Dr Yusof al Qardhawi :

    Kadang-kala, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ada memanggil golongan pengaku salafi ini sebagai wahabi juga sepertimana dalam satu wawancara di mana beliau berkata:

    Quote
    من كفر السلفية أو الوهابية من كفر الصوفية من كفر الشيعة هذا موجود فعلا

    Maksudnya: “Ada orang yang mengkafirkan As-Salafiyyah atau Al-Wahhabiyyah, ada orang yang mengkafirkan Sufiyyah dan ada orang yang mengkafirkan Syiah. Ini memang berlaku secara realitinya”.


    Rujukan: http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=5541&version=1&template_id=105&parent_id=16


    Perkembangan Wahabi

    Beliau menulis dalam kitabnya berjudul “Ummatuna Bain Qarnain”:

    Quote
    “Dan di Al-Mamlakah Al-Arabiyyah As-Saudiyyah (Republik Arab Saudi) muncul gerakan As-Salafiyyah yang mengajak kepada Tauhid yang berunsurkan tiga unsur iaitu: Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Al-Asma’ wa As-Shifat. Mereka menumpukan usaha untuk membebaskan tauhid daripada khurafat (menurut mereka), syirik (menurut mereka), quburiyat (menurut mereka) dan mengingkari ta’wil. Mereka terlalu keras (tasyaddud) dalam ingkar terhadap mereka yang menta’wilkan sifat-sifat Allah yang dikhabarkan (padahal dalam bentuk zhanni ad-dilalah) dari kalangan para Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah. Mereka merujuk kepada turath Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Imam Ibn Al-Qayyim untuk menjadi rujukan dalam dakwah dan perdebatan begitu juga daripada turath Mujaddid Al-Jazirah Sheikh Muhammad Abdul Wahab.

    “Bagi gerakan (pemikiran) ini juga ada pengaruhnya yang berkembang di Mesir yang dikembangkan oleh Sheikh Muhammad Hamid Al-Fiqi dan Jemaah Anshar As-Sunnah, di Syam oleh Al-Muhaddith Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani, di India dan Pakistan oleh jemaah Ahli Hadith (Lihat isyarat Dr. Al-Qaradhawi tentang perkembangan Wahabi/pengaku Salafi di negara-negara berikut- penulis). Kebanyakan mereka dikenali sebagai golongan Mutasyaddid (keras) dalam masalah furu’ (cabang), berpegang kepada Zahir (nas), kurang melihat Maqasid Syari’iyyah, kurang melihat perubahan masa dan tempat, sibuk dalam perkara-perkara khilaf berbanding perkara-perkara yang disepakati dan mereka dalam zaman kita ini lebih dari satu kelompok (banyak jenis).

    “Antara mereka (pengaku salafi) adalah golongan Al-Jamiyyun di Madinah Munawwarah -Rabi’e Al-Madkhali dan pengikutnya- yang mana mereka mengisytiharkan perang kepada semua pihak yang berbeza (pemikiran) dengan mereka samada golongan terdahulu (ulama’ silam) mahupun golongan yang yang hidup sezaman dengan mereka. Tiada seorangpun yang sejahtera daripada serangan mereka termasuklah Imam An-Nawawi dan Al-Hafiz Ibn Hajar dan sebagainya, apatah lagi para ulama’ sezaman dengan mereka seperti Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Al-Maududi, Al-Ghazali, Fahmi Huwaidi, Muhammad Immarah, Yusuf Al-Qaradhawi (dirinya sendiri) dan sebagainya yang tidak mengikut manhaj Imam Ibn Taimiyyah dan Imam Ibn Al-Qayyim.

    “Antara mereka dikenali sebagai As-Salafiyyun Al-Judud yang mereka juga dinamakan sebagai As-Sururiyyun… Antara mereka adalah seperti Sheikh Fahd Sulaiman Al-‘Audah, Safr Al-Hawali dan Aidh Al-Qarni.

    “Sebahagian mereka (pengaku salafi) sangat kagum kepada Sheikh ibn Baz rhl, Sheikh Ibn Uthaimin dan ulama’-ulama’ Saudi lalu mereka ini menganggap hanya ulama’-ulama’ tersebut sahaja rujukan utama (dalam agama) buat mereka, dan mereka tidak menerima ilmu melainkan selain daripada mereka (ulama’ Saudi).

    “Sebahagian daripada mereka (pengaku salafi) mengikut Sheikh Al-Albani dan bertaqlid dengan mazhabnya. Tatkala dia (Al-Albani) mengingkari (taqlid) mazhab-mazhab yang sedia ada (mazhab imam empat) namun dalam masa yang sama mereka (pengikut Al-Albani dari kalangan pengaku Salafi) menjadikannya (pemikiran dan manhajnya) sebagai mazhab kelima… Sebahagian daripada mereka…dan sebahagian daripada mereka (maksudnya banyak lagi pecahan, sudah sampai ke Nusantara pun ada)”.
    [m/s: 73-74]

    Wahabi Sebagai Madrasah Satu Pendapat Sahaja

    Janganlah menyangka bahawa saya (Al-Qaradhawi) mengingkari ke atas mereka (pengaku salafi) pada dakwah mereka agar mengikut nas, atau ijtihad mereka dalam memahami nas, kerana ianya adalah hak setiap muslim yang sudah mencapai syarat berijtihad dan alat-alat ijtihad. Maka, tiada seseorangpun boleh menutup pintu ijtihad yang dibuka oleh Rasulullah s.a.w. kepada Ummah.

    Tetapi saya mengingkari mereka (pengaku salafi aka wahabi) kebiadaban (keterlampauan) mereka terhadap manhaj ulama’ Islam, memperkecilkan fiqh yang telah diwarisi (fiqh empat mazhab), dakwaan mereka yang berjela-jela tentang merekalah satu-satunya yang benar sedangkan selain daripada mereka salah dan sesat, khayalan mereka bahawa dengan upaya mereka untuk melenyapkan khilaf dapat menyatukan manusia dalam satu pandangan iaitulah pandangan mereka”.

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata lagi:

    Seorang pelajar yang ikhlas dari kalangan madrasah ini (pengaku salafi) iaitu madrasah “satu pendapat”: “Mengapa semua manusia tidak mahu bersatu terhadap suatu pendapat yang mempunyai sandaran nas?”

    Maka saya menjawab: “Nas itu sendiri perlulah sahih (dari sudut sanad) dan diterima oleh seluruhnya (ulama’). Bahkan, Nas tersebut juga mestilah bersifat maknanya jelas/putus terhadap makna yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. (shorih ad-dilalah). Bahkan, Nas tersebut hendaklah tidak bertentangan dengan nas yang lebih kuat dari kalangan nas-nas syariah samada yang cabang mahupun yang menyeluruh. Kadang-kala, berlaku di mana sesuatu nas itu sahih di sisi seseorang ulama’ dan dha’if di sisi ulama’ yang lain. Kadang-kala juga hadith itu sahih tetapi maknanya tidak jelas terhadap maksud yang disampaikan dalam nas tersebut. Boleh jadi sesuatu nas itu umum menurut seorang ulama’ dan si sisi ulama’ lain ianya bersifat khusus. Boleh jadi sesuatu nas itu mutlak di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain ianya bersifat muqoyyad (tergantung kepada sesuatu pergantungan). Boleh jadi juga sesuatu nas itu menunjukkan hukum wajib atau haram di sisi seseorang ulama’ sedangkan di sisi ulama’ lain, ianya menunjukkan hukum sunat/mustahab atau makruh. Sebahagian ulama’ mungkin menilai sesuatu nas itu muhkam (dihukumkan dengannya) sedangkan sebahagian ulama’ lain menilainya sebagai mansukh (tidak lagi diamalkan dengannya)…”

    Rujukan: http://www.ikhwan.net/vb/showthread.php?t=22755

    Antara Ciri-ciri Zhahiriyyah Al-Judud: Hanya Ikut Hadith Sahih menurut Ukuran Mereka secara Literal

    Dalam satu wacana, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pernah membincangkan tentang golongan perpegang dengan zahir hadith dan hanya guna hadith sahih sahaja.

    Moderator rancangan tersebut bertanya kepada Dr. Al-Qaradhawi:

    “Kamu telah menyebut tentang Maqasid Ammah bagi pensyariatan syariat Islam (Maqasid Ammah Li At-Tasyri’e), tetapi di sana ada suatu fenomena di mana boleh kita namakan sebagai ahl-hadith judud (moden), yang mana kebiasaannya mereka sekadar ingin mengamalkan hadith yang benar-benar sahih sahaja, yang tiada kecelaan (sanad)nya.”

    Al-Qaradhawi menjawab:

    “Mereka itulah yang kami namakan sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud ia (kumpulan tersebut) hanya tertumpu kepada zahir (nas) dan kepada harfiyyah (secara literal)”.

    Rujukan:
    http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=33&version=1&template_id=105&parent_id=16

    Kepincangan Golongan Ini di Sisi Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

    Pertama: Kejumudan dan Tidak Mengutamakan Apa yang Lebih Utama

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

    Quote
    “(Antara kumpulan dalam kebangkitan Islam) Ketiga: Kumpulan atau golongan jenis Tasyaddud (keras) dan Jumud yang membekukan kefahaman Islam. Maka, saya telah namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud. Di sana ada golongan Zhahiriyyah Qudama (silam) seperti Daud dan Ibn Hazm tetapi mereka mempunyai ilmu yang luas. Adapun mereka (Az-Zhahiriyyah Al-Judud), mereka tidak memiliki ilmu golongan Zhahiriyyah, tetapi memiliki kejumudan golongan Zhahiriyyah dan Tasyaddud (kekerasan) golongan Zhahiriyyah. Mereka lebih mengutamakan bentuk daripada intipati sesuatu, lebih sibuk mengutamakan perkara-perkara khilaf daripada perkara yang disepakati, mereka mengutamakan usaha negatif (menyalahkan, membid’ahkan meruntuhkan sesuatu tradisi) daripada usaha positif (membina, progresif, pro-akfif dan sebagainya). Mereka lebih mengutamakan membahaskan perkara-perkara sunat berbanding yang wajib…


    Rujukan:
    http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=99&version=1&template_id=105&parent_id=16

    Kedua: Mendalami Perbahasan Hadith tanpa Kefahaman Sahih

    Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata:

    Quote
    "Madrasah Nashiyyah Harfiyyah ini, yang mana saya namakan mereka sebagai Az-Zhahiriyyah Al-Judud, kebanyakan mereka dari kalangan orang yang sibuk dengan hadith (membahaskan kedudukan hadith dan matan zahirnya) tetapi tidak menguasai kefahaman (fiqh) dan usul (asas) fiqh (kefahaman syariat), mereka tidak mengetahui sebab-sebab para ulama’ berbeza pendapat dan hujah mereka dalam istinbath (penggalian hukum), mereka hampir tidak mementingkan Maqasid Syar’iyyah dan faktor di sebalik ketentuan hukum, tidak merai maslahat, perubahan fatwa dengan perubahan masa, tempat dan keadaan”.


    Sumber:

    http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=429&version=1&template_id=11&parent_id=12

    Wallahua'lam.

    p/s : Sila rujuk di link lain yang telah disertakan dan dikompilasikan. Saya lock thread ini untuk mengelakkan dari perbincangan yang berulang-ulang. Sekiranya ada respon yang lebih baik sila pm kepada saya atau ustaz syarqowy. Jangan lupa gunakan butang SEARCH untuk melihat samada thread yang hendak dibuka sudah dibincangkan atau belum.  JazakaLlah.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    14171 Views
    Last post 11 January, 2010, 07:22:32 AM
    by ahsana
    Gerakan Khafi

    Started by willa90 « 1 2 » As-Siasah

    21 Replies
    3254 Views
    Last post 02 February, 2014, 05:48:13 AM
    by amru
    3 Replies
    3419 Views
    Last post 06 March, 2010, 10:50:38 AM
    by Farah Diana