Wajibkah menghadiri walimatul urus?

Author Topic: Wajibkah menghadiri walimatul urus?  (Read 6312 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

sayyidahumaira

  • *
  • Posts: 34
    • View Profile
16 March, 2010, 10:58:35 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Saya ingin bertanya kepada halaqian sekalian..wajibkah kita menghadiri walimatul urus...erti kata lain jemputan kenduri
    kahwinan,YANG kita tahu kenduri itu tidak mengikut landasan syariat ISLAM yang sebenar..
    1)ada kugiran /lagu2 terkini/ada karaoke/ada tuju2 lagu pulak setengahnya....(for me memekakkan telinga)
    2)ada pelamin...renjis2.....peluk2 si pengantin dkhalayak ramai nk ambil gmbar :msya:
    3)tidak memisahkan lelaki dan perempuan.....main campor jer
    4)jemputan yg hadir pakai macam hendak menunjuk diri nya hebat....belum sentuh bab aurad lagi tuu
    5)makanan akan dcedok oleh tangan2 non muslim  dan kemudian kita pula melakukan perkara yg sama  (catering)

    Silalah jawab..banyak kenduri musim cuti sekolah ni....

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #1 16 March, 2010, 11:05:49 AM
  • Publish Di FB
  • saya datang

    tapi orang yang lemah iman macam saya nie

    hanya boleh membenci dalam hati jer...
    nak menegah, hermmm tak mampu/daya

    rase nak nangis pun ade,
    kesian tgk mereka,
    terutama orang melayu nie



    ade gak kawan kepada kawan abang saya, dia cakap tak nak kawin sanding, tapi sebelah pempuan lak yang beria-ria bersanding
    da bagi penerangan pun
    depa cakap
    'ala, kawin sekali je seumur hidup"
    sedih tul ayat nie, rase nak nangis pun ada



    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 16 March, 2010, 11:11:47 AM
  • Publish Di FB

  • PENGERTIAN WALIMATUL ‘ARUS

    * Walimatul ‘arus ialah kenduri bagi meraikan atau merayakan pengantin baru.
    * Walimah ialah jamuan agama, bukan jamuan adat kebiasaan yang dibuat kerana Allah, bukan jamuan kebanggaan dan bukan sumber untuk mendapat keuntungan duniawi.

    PENSYARI‘ATAN WALIMATUL ‘ARUS
    * Mengadakan majlis walimah adalah sangat digalakkan dalam Islam.
    * Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

    Maksudnya:
    “’Abdul Rahman bin ‘Awf melakukan perkahwinan, maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda kepadanya: Hendaklah anda mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing.”
    (Al-Hadith)

    TUJUAN WALIMATUL ‘ARUS


    * Tujuan mengadakan walimah adalah untuk mengumumkan pernikahan di samping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin dan ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Pengumuman yang sebaik-baiknya ialah majlis perkahwinan yang diadakan di masjid dan dipukul gendang dan rebana.
    * Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam:

    Maksudnya:
    “Umumkanlah perkahwinan dan selenggarakanlah di masjid dan pukullah gendang dan rebana pada hari perkahwinan itu.”
    (Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

    * Oleh yang demikian, dalam meraikan kegembiraan tersebut adalah penting bagi kita untuk membezakan antara adat dengan ibadat yang perlu dipatuhi. Tidak menjadi kesalahan kepada kita untuk mengikut adat resam sesebuah kaum asalkan adat itu tidak bertentangan dengan syara‘.
    * Islam menggalakkan hiburan yang sederhana dan sopan dengan menggariskan beberapa syarat seperti berikut:

    1. Tiada pergaulan bebas antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram.

    2. Nyanyian dan muzik yang tidak menimbulkan nafsu.
    3. Tidak melalaikan ingatan dan kewajipan terhadap Allah subhanahu wata‘ala.

    4. Senikata nyanyian tidak mengandungi perkataan-perkataan yang cabul atau tidak sopan.

    HUKUM MENGADAKANNYA

    Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    "Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

    HUKUM MENGHADIRINYA

    Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

    "Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG

    i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

    ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

    iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

    iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

    v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

    vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

    vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

    viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

    ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

    Sumber :  http://bhalaqah.blogspot.com/2009/10/walimah-al-urus.html
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 16 March, 2010, 11:14:35 AM
  • Publish Di FB
  • Bolehkah Orang Yang Berpuasa Menghadiri Walimah?

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
    Apabila seseorang di antara kamu diundang, hendaklah dia memenuhi undangan tersebut, jika dia sedang berpuasa hendaklah dia mendoakan, dan jika dia tidak berpuasa, hendaklah dia makan. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1431)

    Menurut Imam ash-Shanani, hadis ini menunjukkan wajibnya memenuhi undangan walaupun dia sedang berpuasa. (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 732, Darus Sunnah)

    Dan sebenarnya tidak ada perbezaan akan kewajiban untuk memenuhi undangan walimah sama ada dia sedang berpuasa atau pun tidak. Akan tetapi dibolehkan bagi mereka yang berpuasa untuk menghadirinya sahaja tanpa menyantap hidangan dan dianjurkan mendoakan orang yang mengundangnya.

    Namun, jika dia mahu, dia boleh untuk memakannya, atau tidak memakannya. Dan jika dia membatalkan puasanya, puasa sunat yang ditinggalkannya tidak wajib diganti.

    Dari Jabir radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
    Jika salah seorang dari kamu diundang makan, maka hendaklah dia menghadirinya. Jika mahu, dia dibolehkan makan, jika tidak mahu dia boleh untuk meninggalkannya.(Hadis Riwayat Muslim, no. 1430)


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 16 March, 2010, 11:16:41 AM
  • Publish Di FB
  • Hukum Menghadiri Undangan Walimah

    Hukum menghadiri undangan walimah adalah wajib. Ini adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

    Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

    Pendapat yang menjelaskan wajibnya menghadiri undangan walimah juga turut dijelaskan oleh Ibnu Abdil Barr, imam asy-Syafie, Imam Ahmad, Ibnu Hazm, Imam an-Nawawi, dan pendapat inilah yang telah menjadi kesepakatan para ulama.

    Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallalalhu alaihi wa Sallam bersabda:
    Dan barangsiapa yang meninggalkan undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

    Walau pun begitu, undangan ke majlis walimah boleh ditinggalkan sekiranya memiliki uzur. Ini adalah sebagaimana penjelasan berikut:

    1 “ Apabila di dalam walimah tersebut mengandungi perkara-perkara maksiat seperti jamuan khamar (arak), gambar-gambar makhluk bernyawa, dan permainan alat-alat muzik dan nyanyian. Sekiranya ini berlaku, maka seseorang tidak perlu menghadirinya melainkan dengan tujuan untuk mencegah kemungkaran tersebut. Sekiranya dia berjaya mencegahnya, maka itu adalah satu kebajikan, dan sekiranya tidak berjaya, hendaklah dia segera beredar.

    Ini adalah sebagaimana hadis ˜Ali radhiyallahu anhu, beliau berkata:
    Aku membuat makanan, lalu aku mengundang Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, kemudian beliau tiba, lalu beliau pun segera pulang. Aku pun segera bertanya, Wahai Rasulullah, Ibu dan Bapaku sebagai tebusan, apakah yang membuatkan engkau pulang?

    Beliau menjawab:
    Sesungguhnya di dalam rumah ada kain penutup yang bergambar, dan sesungguhnya para malaikat tidak akan memasuki ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya mengandungi gambar-gambar. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3359.

    Juga hadis dari Umar al-Khaththab radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
    Sesiapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, maka janganlah duduk di meja makan yang di sana dihidangkan minuman keras (khamar). (Hadis Riwayat Ahmad dan at-Tirmidzi.

    2 “ Apabila terdapat pengkhususan undangan di mana orang yang mengundang membeza-bezakan di antara yang kaya dengan yang miskin atau fakir, makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat, dan seumpamanya. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam ash-Shanani di mana diizinkan untuk tidak memenuhi undangan walimah apabila adanya uzur di antaranya, apabila makanan yang dihidangkan mengandungi syubhat (tidak jelas kehalalannya), atau diperuntukkan kepada orang-orang kaya sahaja, atau ada orang yang tidak senang dengannya... (Imam Muhammad bin Ismail ash-Shanani, Subulus Salam, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 729, Darus Sunnah)

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
    Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

    Di antara uzur lain yang dibenarkan untuk tidak hadir ke undangan walimah adalah seperti uzur yang dengannya seseorang boleh meninggalkan solat Jumaat, seperti terjadinya hujan yang sangat lebat, jalan yang bermasalah, kerana takutkan musuh, takut hilangnya harta, dan yang lain yang seumpama. (Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, Bab Nikah, m/s. 314, Pustaka Ibnu Katsir)

    Digalakkan Mengundang Orang Bertaqwa (Soleh)

    Ini adalah sebagaimana hadis berikut:
    Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan orang yang beriman, dan janganlah makanan kamu dimakan melainkan oleh orang-orang yang bertaqwa. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4811.

    Daripada Anas radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam berdoa kepada Saad bin Ubaidah yang menghidangkan kismis untuknya:
    Semoga orang-orang yang baik memakan makananmu, para malaikat mendoakanmu, dan orang-orang yang puasa berbuka di tempatmu. (Hadis Riwayat Ahmad.)

    Dan jangan sekali-kali hanya mengundang orang-orang yang kaya lalu melupakan orang-orang yang memerlukan.

    Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:
    Seburuk-buruk makanan adalah makanan walimah, yang mana di dalam walimah tersebut tidak mengundang orang yang memerlukan (fakir), dan hanya mengundang orang yang tidak memerlukan (orang kaya)...Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5177)

    Sumber  ;  http://bhalaqah.blogspot.com/2009/10/hukum-menghadiri-undangan-walimah.html

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 16 March, 2010, 11:18:42 AM
  • Publish Di FB

  • Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

    Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah mengikut sunah Nabi Muhammad SAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mewah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

    Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.

    Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

    msa

    • *
    • Posts: 1612
      • View Profile
    Jawab #6 16 March, 2010, 11:19:22 AM
  • Publish Di FB
  • Nak tanya...zaman sekarang ni biasanya orang pergi walimah bagi duit...walaupun asalnya sebagai sedekah meringankan beban, tapi sekarang macam wajib pula...dekat kampung, saya selalu dengar orang2 tua merungut bila tiba musim orang kawin...kena pegi banyak kenduri kawin, kena keluarkan banyak duit...kadang2 diorang tak nak pegi sebab dah banyak duit abis...macam mana tu ya?
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 16 March, 2010, 11:20:40 AM
  • Publish Di FB
  • Nak tanya...zaman sekarang ni biasanya orang pergi walimah bagi duit...walaupun asalnya sebagai sedekah meringankan beban, tapi sekarang macam wajib pula...dekat kampung, saya selalu dengar orang2 tua merungut bila tiba musim orang kawin...kena pegi banyak kenduri kawin, kena keluarkan banyak duit...kadang2 diorang tak nak pegi sebab dah banyak duit abis...macam mana tu ya?


    Baca topik ini  Kewajaran "SALAM KAUT"

    sayyidahumaira

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #8 16 March, 2010, 11:32:06 AM
  • Publish Di FB
  • ummi kalau duit kenduri tu duit loan yang kita dah tahu ada unsur riba maknaya tidak halal la yer..
    ramai org skrg.nk kenduri ambil loan, nak buat besar-besaran maklumlah kawin hanya sekali...sampai anak 5 pon loan tak habis bayar nanti..




    msa

    • *
    • Posts: 1612
      • View Profile
    Jawab #9 16 March, 2010, 11:34:51 AM
  • Publish Di FB
  • ummi kalau duit kenduri tu duit loan yang kita dah tahu ada unsur riba maknaya tidak halal la yer..
    ramai org skrg.nk kenduri ambil loan, nak buat besar-besaran maklumlah kawin hanya sekali...sampai anak 5 pon loan tak habis bayar nanti..





    kenape la dah tau ada unsur riba ambil juga loan tu...bahaya tu...kita dah tau haram tapi buat macam tak tahu...

    sayyidahumaira

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #10 16 March, 2010, 11:40:59 AM
  • Publish Di FB
  • ummi kalau duit kenduri tu duit loan yang kita dah tahu ada unsur riba maknaya tidak halal la yer..
    ramai org skrg.nk kenduri ambil loan, nak buat besar-besaran maklumlah kawin hanya sekali...sampai anak 5 pon loan tak habis bayar nanti..





    kenape la dah tau ada unsur riba ambil juga loan tu...bahaya tu...kita dah tau haram tapi buat macam tak tahu...

    nak berlagak punya pasal laa...
    kadang2 tu org tua2 pon salah....nak letak hantaran utk sorang2 anak perempuan tu letak mahal2...nak lawan dgan makcik sebelah rumah..
    anak dia spm jer sampai 7 ribu anak aku ada degree kena mahal sikit dari dia...macam tu pon ada adoiii

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1366
      • View Profile
    Jawab #11 16 March, 2010, 01:27:43 PM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian

    عَنْ أَبِى هُرَيْرةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: حَقُّ اَلمُسْلِمِ عَلَى اَلْمُسْلِم سِتٌّ، قِيْلَ: وَمَاهُنَّ يَا رَسُوْلُ الله؟ قَالَ: اِذاَ لَقِيْتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ، وَاِذَا دَعَاكَ فَأجِبْهُ، وَاِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ، وَاِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَشَمِّتْهُ، وَاِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ، وَاِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ.
    (رواه مسلم)
     
    Terjemahan:
     
    Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
     
    1.       Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
    2.       Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
    3.       Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
    4.       Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
    5.       Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
    6.       Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
     
    (Hadis Riwayat Muslim)

    awik1965

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #12 16 May, 2010, 09:55:41 PM
  • Publish Di FB
  • saya pernah ke walimah di pulau jawa indon, setiap jemputan yg datang akan di tulis nama dan berapa banyak sumbangan yang di beri
    apa pandangan tuan tuan dan puan puan

    awik1965

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Jawab #13 16 May, 2010, 09:55:59 PM
  • Publish Di FB
  • saya pernah ke walimah di pulau jawa indon, setiap jemputan yg datang akan di tulis nama dan berapa banyak sumbangan yang di beri
    apa pandangan tuan tuan dan puan puan

    supriyani

    • *
    • Posts: 170
      • View Profile
    Jawab #14 17 May, 2010, 08:51:54 AM
  • Publish Di FB
  • saya pernah ke walimah di pulau jawa indon, setiap jemputan yg datang akan di tulis nama dan berapa banyak sumbangan yang di beri
    apa pandangan tuan tuan dan puan puan

    mesti ada sebab kenapa mereka buat catitan mcm ini. Mengikut pengalaman saya, si pembuat majlis ini nanti akan memberikan amount duit yg sama atau lebih mengikut amount yg mereka terima drp seseorang tetamu (sekiranya tetamu tersebut mengadakan kenduri kawen atau apa2 majlis pd masa akan datang).
    "Aku mahu jadi org yg baik, melakukan kebaikan supaya org lain dpt manfaat.. jika aku tak mampu.. jgnlah kiranya aku buat kejahatan atau kejahatan dlm kebaikan. Biarlah aku diam andai aku belum bersedia.Kini aku lemah, namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya."

    supriyani

    • *
    • Posts: 170
      • View Profile
    Jawab #15 17 May, 2010, 08:57:02 AM
  • Publish Di FB
  • kalau tak dapat datang disebabkan jauh, tidak berteman, tiada transport (transport awam kan ada..:sedihnya:) dan tidak tahu jalan (walaupun ada peta diberikan) itu dkira alasan yang kukuh utk tidak datang ke? :sedihnya:....selalunya inilah alasan (atau malas datang?) yang saya selalu berikan...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14534
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 17 May, 2010, 09:09:03 AM
  • Publish Di FB
  • kalau tak dapat datang disebabkan jauh, tidak berteman, tiada transport (transport awam kan ada..:sedihnya:) dan tidak tahu jalan (walaupun ada peta diberikan) itu dkira alasan yang kukuh utk tidak datang ke? :sedihnya:....selalunya inilah alasan (atau malas datang?) yang saya selalu berikan...


    Segala-galanya bergantung kepada niat...pensyariatan Islam telah sempurna,  manusia yang mengadakan alasan dan keuzuran untuk  tidak hadir. Semuanya ada jalan penyelesaian...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    4682 Views
    Last post 02 April, 2009, 11:31:15 PM
    by najwa_hamali
    65 Replies
    9151 Views
    Last post 01 December, 2009, 09:49:12 PM
    by najwa_hamali
    22 Replies
    4510 Views
    Last post 07 January, 2010, 08:53:39 PM
    by Nor_207