Penyakit Psoriasis

*

Author Topic: Penyakit Psoriasis  (Read 16652 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Nor_207

  • *
  • Posts: 896
  • Just be yourself
    • View Profile
13 March, 2010, 09:19:51 PM
  • Publish
  •  :)

    Mohon bantuan dari sahabat-sahabat semua jika ada maklumat tentang ubat@supplement atau apa sahaja treatment untuk penyakit psoriasis. Pakcik saya menghidap penyakit ni dah lama, dah pergi pakar kulit, tapi tak sembuh juga. Mohon jika sesiapa ada maklumat.

    Terima kasih
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 15 March, 2010, 07:36:12 AM
  • Publish

  • Definasi
    Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

    Tanda-tanda
    Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
    • Keguguran sisik pada kulit
    • Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
    • Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

    Jenis-jenis psoriasis
    • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
    • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
    • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
    • Lampin psoriasis
    • Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

    Komplikasi
    Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
    • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
    • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

    Rawatan (Bergantung kepada lokasi dan keterukan kulit terlibat)

    Krim dan ubatan yang boleh melegakan. Pelembab
    • Ia adalah penting untuk menjaga kulit supaya lembap sepanjang masa. Anda seharusnya :
    o Menggunakan pengganti sabun contohnya krim akueus atau salap pelembap
    o Menggunakan sarung tangan
    o Memotong pendek kuku jari tangan dan kaki untuk mengelakkan daripada menggaru supaya kulit tidak rosak

    Ubatan dan krim
    • Doktor akan memberi ubatan seperti :
    o Krim yang berasaskan coal tar ( arang), kortison dan lain-lain jenis pelembap .
    o Methotrexate, Neotigason, Cyclosporine and Calcipatriol
    o Cahaya ultraviolet dan fototerapi PUVA

    Dimana untuk mendapat rawatan?

    Pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan dan berjumpa kepada doktor anda. Doktor anda akan menilai keadaan anda dan mulakan rawatan yang sesuai. Jika diperlukan anda akan dirujuk kepada pakar kulit bergantung kepada betapa teruk penyakit anda

    Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 15 March, 2010, 07:41:06 AM
  • Publish
  • Quote
    Perkara perlu diingati Psoriasis bukan penyakit berjangkit. Ianya tidak boleh sembuh tetapi rawatan jangka panjang boleh mengawal masalah ini.

    Arwah mak saya mengidap penyakit ini selama 20 tahun. Tidak pernah putus asa untuk mengawal masalah kulitnya.Penuaan usia kulit terlalu pantas. Namun bahagia hidupnya, berkat kesabaran, menjelang sebulan sebelum meninggal  ini telah sembuh,kulitnya menjadi putih bersih seperti tidak pernah mengidap psoriasis. Dia pergi dengan wajah yang bersih dan bersinar-sinar.

    Sesiapa yang diduga Allah dengan penyakit ini, bersabarlah , redha dengan pemberian Allah dan jangan putus asa untuk mengawal masalah-masalah kegatalan, rajin pakai krim dan mandi yang kerap. Kalau anak-anak ada di rumah, jangan rasa jijik untuk tolong sapu krim pada badan mak atau ayah dan kerap tolong sikat rambutnya. Kulit yang tanggal berkeping-keping di kulit kepala menyebabkan seperti bersisik.
    « Last Edit: 15 March, 2010, 07:44:27 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 15 March, 2010, 07:45:25 AM
  • Publish

  • Satu lagi, sokongan dan keperihatinan dari keluarga amat memainkan peranan untuk membantu mereka redha dan sabar dengan ujian ini.

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    ~ Begin with the End in Mind ~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 15 March, 2010, 08:20:57 AM
  • Publish

  • Untuk mengetahui apakah   Penyakit Psoriasis, sila layari laman ini     http://www.biovco.com/kesihatan/penyakit_kulit.html

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 15 March, 2010, 08:27:25 AM
  • Publish

  • Psoriasis Kulit merekah, bersisik

    APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

    Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

    Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

    Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

    Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 15 March, 2010, 08:32:34 AM
  • Publish
  • Psoriasis: Tak cantik tapi tak berjangkit

    SEJAK 20 tahun lalu, Sharifah tidak pernah memakai t-shirt atau blaus berlengan pendek apabila keluar dari rumah. Dia juga tidak pernah menukar fesyen rambutnya kerana tidak pernah ke salun rambut.

    Walaupun selalu diajak oleh kawan-kawannya untuk mencuba fesyen rambut yang baru, Sharifah akan menolak dan semua t-shirt atau blaus hadiah dari keluarga dan rakan-rakan hanya dipakai di dalam rumah.

    Sharifah sebenarnya malu jika rahsianya terbongkar. Sekian lama, Sharifah mengalami sejenis penyakit kulit yang menjadikan lengannya hodoh dan kulit kepalanya sentiasa gatal.

    Apa yang dialami oleh Sharifah adalah penyakit kulit yang kronik iaitu psoriasis. Ianya berpanjangan dan berulangan dan walaupun ianya tidak berjangkit, bentuk rupanya yang buruk menyebabkan ramai pesakit psoriasis seperti Sharifah menghadkan diri mereka dari melakukan aktiviti-aktiviti tertentu yang mendedahkan kondisi mereka kepada orang lain.

    Selama ini, Sharifah cuba menyembunyikan tompok bersisik pada siku lengan kirinya yang sebesar syiling 50 sen dan tompok-tompok yang lebih kecil yang tumbuh merata di lengan kanannya dengan sentiasa memakai baju berlengan panjang. Ada ketikanya, bahagian kulit tersebut menjadi amat kering dan mengelupas.

    Walaupun mempunyai paras rupa yang cantik, Sharifah malu untuk berkawan dengan lelaki kerana bimbang penyakitnya itu akan menyebabkan dia ditertawakan atau dipandang jijik..

    Sharifah juga malu untuk mendapatkan khidmat di salun rambut oleh kerana keadaan tersebut turut menjejaskan kulit kepala dan kulit di belakang cuping telinganya.

    "Kepala awak banyak kelemumurlah! Eeeiya," kata pencuci rambut di salun berdekatan rumahnya yang menyebabkan Sharifah, yang ketika itu baru berusia 20 tahun dan mengalami gejala pertama penyakit tersebut, serik untuk ke salun rambut lagi.

    Kenali apa itu psoriasis

    Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.

    Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

    Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.

    Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit

    Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.

    Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

    *Infeksi
    *Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
    *Kecederaan pada kulit
    *Tekanan
    *Cuaca
    *Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

    Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

    Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.

    Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

    Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.

    Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 15 March, 2010, 08:34:32 AM
  • Publish
  • Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian

    Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit

    Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.

    Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.

    Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.

    Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

    Rawatan dan sokongan

    Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.

    Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.

    Persatuan Dermatologi Malaysia baru-baru ini melancarkan KULIT – Kempen PDM 2007 Hidup bersama Psoriasis bagi memberi penerangan dan informasi tentang penyakit ini kepada orang ramai.

    KULIT membawa makna yang lebih mendalam iaitu:

    K - knowledge ataupun pengetahuan yang amat penting tentang penyakit ini
    U - singkatan you atau anda yang mengalami psoriasis
    L - living atau hidup dengan penyakit ini dan menghadapi cabaran seharian
    I - Interaction atau interaksi dengan orang lain
    T - treatment atau rawatan adalah perlu.

    Pesakit-pesakit psoriasis juga boleh mendapat bantuan sokongan daripada Persatuan Psoriasis Selangor dan Wilayah Persekutuan. Hubungi Eugene Cross di 03 - 8948 4335 untuk keterangan lanjut.

    Rujukan: 

    Dr Ain Tian, Pakar Perunding Kulit
     http://www.dermatology.org.my/psoriasis
     http://www.psoriasis.org
     http://www.skincarephysicians.com/psoriasisnet

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #9 15 March, 2010, 12:32:17 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah..terima kasih pada ummi dan sahabat yang memberi info, semoga sikit sebanyak dapat jadi panduan untuk saya nak bantu pakcik saya

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #10 18 March, 2010, 02:52:35 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    Ada tak sesiapa yang ada info tentang rawatan alternatif seperti herba dan lain-lain untuk mengurangkan kulit yang kering dan gatal tu. saya ada baca tentang minyak kelapa dara@virgin coconut oil (VCO) untuk mengurangkan kesan kulit yang kering. Selain itu, VCO ni boleh tingkatkan imunisasi badan dan juga anti bakteria dan anti kulat.

    Ada tak lain-lain lagi alternatif

    Terima kasih

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 18 March, 2010, 03:00:49 PM
  • Publish

  • Setahu ummi , tak ada Nor... halaqian lain tak berikan pandagan sebab penyakit ini jarang terjadi di dalam masyarakat terutama keluarga terhampir mereka. Macam ummi, pengalaman 20 tahun bersama mak, banyak yang ummi dapat. Tidak ada ubat alternatif, kecuali krim yang pihak hospital bekalkan adalah yang terbaik. Tak payah membazirkan duit membeli di perubatan alternatif atau swasta . yang pihak hospital berikan adalah terbaik sebab telah dijalankan penyelidekkan di seluruh dunia.

    KKM juga berusaha untuk mencari ubat untuk penyakit ini, tetapi belum ditemui. Jadi nasihatkan pakcik, tak perlu bazir duit dengan cadangan perubatan alternatif, kerana yang disarankan oleh hospital adalah terbaik. Makan semua makanan tanpa pantang, lalui hidup dengan sabar dan redha.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #12 18 March, 2010, 03:05:28 PM
  • Publish
  • Terima kasih ummi ye

    Nor kesian tengok pakcik Nor sebab dia rasa malu dengan keadaan kulit dia dan menyebabkan dia kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
    Tak perlu nak pantang ye ummi, kalau macam tu, salah la anggapan pakcik Nor, sebab dia cakap kena pantang. Nor pun rasa tak perlu pantamg sebab penyakit ni disebabkan genetik kan, bukannya alergi

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 18 March, 2010, 03:12:43 PM
  • Publish
  • Terima kasih ummi ye

    Nor kesian tengok pakcik Nor sebab dia rasa malu dengan keadaan kulit dia dan menyebabkan dia kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.
    Tak perlu nak pantang ye ummi, kalau macam tu, salah la anggapan pakcik Nor, sebab dia cakap kena pantang. Nor pun rasa tak perlu pantamg sebab penyakit ni disebabkan genetik kan, bukannya alergi

    Sebab itu sokongan keluarga amat penting untuk dia menghilangkan rasa rendah diri. Dan dia septutnya diberikan maklumat yang betul tentang penyakit ini. Langsung tidak perlu pantang...

    hafiz_addnan

    • *
    • Posts: 331
      • View Profile
    Reply #14 18 March, 2010, 03:20:12 PM
  • Publish
  • :)

    Mohon bantuan dari sahabat-sahabat semua jika ada maklumat tentang ubat@supplement atau apa sahaja treatment untuk penyakit psoriasis. Pakcik saya menghidap penyakit ni dah lama, dah pergi pakar kulit, tapi tak sembuh juga. Mohon jika sesiapa ada maklumat.

    Terima kasih

    setiap penyakit ada ubatnya..ini janji ALLAH..DIA yg turun kan penyakit,maka DIA juga lah menurunkan ubatnya...

    insyaALLAH boleh cuba SABUN CLAY..

    Ulasan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA Tentang Produk Sabun Clay:

    Sabun ini telah mula memasuki pasaran MLM dan mendapat pemintaan yang tinggi. Tanah liat putih yang dijadikan bahan campuran dalam sabun ini menjadi ubat yang baik terutama untuk sakit-sakit kulit seperti ekzema,gatal-gatal dan lain-lain lagi. Penggunaan tanah liat putih(clay) adalah antara 3 - 10% namun bagitu memberikan kesan yang cepat pada penyakit-penyakit tersebut.

    Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang sukar diubati dalam perubatan moden tetapi mudah diubati dengan penggunaan sabun clay ini. Pada peringkat awal sabun ini tidak di letakkan pewangi tetapi keluaran baru telah di masukkan pewangi yang boleh menyegarkan pengguna. Insyaallah.

    atau pun

    Sabun Cassia (Ekstrak Gelenggang)
    Sabun Cassia (Ekstrak Gelenggang)
    Sabun Ekstrak Gelenggang.

    Mencegah punca kegatalan kulit anda.
    Dihasilkan dari khasiat Gelenggang, Tea Tree Oil dan haruman Serai Wangi. Berkesan sejak turun-temurun untuk menyingkirkan ekzema, fungus, gatal-gatal, panau dan kurap. Baik untuk masalah kulit kanak-kanak dan orang dewasa. Kurang sesuai untuk perawatan muka.

    ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN KEADAAN HAMBA2NYA>>>>

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #15 18 March, 2010, 04:14:54 PM
  • Publish
  • Kawan saya ada masalah kulit mengelupas di kepalanya...sekali pandang macam kelemumur, tapi sebenarnya ia kulit bersisik...dia selalu 'koyak' kulit ni di bahagian kulit kelapanya, berdekatan dahi, begitu juga di belakang telinganya, sehingga banyak kulit ni atas lantai...bahagian yg dikoyaknya menjadi nipis, kemudian menebal dan mengelupas balik...adakah ini juga psoriasis?

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #16 18 March, 2010, 04:22:28 PM

    Hmm...psoriasis dan ekzema adalah 2 penyakit yg berlainan...cuba dapatkan nasihat doktor dulu sebelum menggunakan apa2 produk, kerana penyakit yg  berlainan walaupun kelihatan serupa, memerlukan ubat yg berlainan....sekadar pandangan...

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #17 18 March, 2010, 04:26:02 PM
  • Publish
  • Kawan saya ada masalah kulit mengelupas di kepalanya...sekali pandang macam kelemumur, tapi sebenarnya ia kulit bersisik...dia selalu 'koyak' kulit ni di bahagian kulit kelapanya, berdekatan dahi, begitu juga di belakang telinganya, sehingga banyak kulit ni atas lantai...bahagian yg dikoyaknya menjadi nipis, kemudian menebal dan mengelupas balik...adakah ini juga psoriasis?

    Kalau dari gambaran yang bagi bagi tu, mungkin itu pun psoriasis sebab ada persamaan dengan apa yang pakcik saya sedang alami

    nurmawaddah

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Reply #18 18 March, 2010, 08:38:14 PM
  • Publish
  • Kawan saya ada masalah kulit mengelupas di kepalanya...sekali pandang macam kelemumur, tapi sebenarnya ia kulit bersisik...dia selalu 'koyak' kulit ni di bahagian kulit kelapanya, berdekatan dahi, begitu juga di belakang telinganya, sehingga banyak kulit ni atas lantai...bahagian yg dikoyaknya menjadi nipis, kemudian menebal dan mengelupas balik...adakah ini juga psoriasis?

     :)

    berdasarkan gejala yang saudari ceritakan, penyakit kawan saudari tu juga adalah psoriasis..

    setakat ini, tiada lagi ubat yang boleh menyembuhkan psoriasis.. ia berkemungkinan akan hilang, tetapi hanya dalam tempoh waktu yang singkat kerana penyakit ini akan berulang..

    selalunya, doktor pakar akan mengesyorkan syampu berubat dan sejenis minyak untuk melembapkan kulit kepala yang kering bagi pesakit yang menghidap psoriasis di bahagian kulit kepala.. bagi anggota tubuh yang lain, doktor pakar akan memberikan sejenis krim untuk disapu pada kulit pesakit.. kaedah rawatan ini tidak akan menyembuhkan psoriasis, cuma ia hanya akan mengurangkan penyakit itu saja asalkan ianya dilakukan secara konsisten..

    untuk penghidap psoriasis yang akut, doktor akan memberikan ubat2 dalam bentuk pil yang perlu dimakan..

    p/s : saya syorkan pada kwn saudari, untuk psoriasis di bahagian kulit belakang telinga, sapukan krim antiseptik dettol (kalau dia belum berjumpa doktor) yang boleh didapati di farmasi.. diingatkan supaya kwn saudari jangan mengoyak kulit kering yang terhasil selepas letak krim dettol tu.. usaha sekerap mungkin untuk konsisten sapu krim tersebut.. insyaallah kulit belakang telinga kawan saudari akan pulih..

    msa

    • *
    • Posts: 1609
      • View Profile
    Reply #19 18 March, 2010, 08:45:10 PM

    Terima kasih atas cadangan...saya ada nampak dia sapukan krim pada kulit kepala dan belakang telinganya...dia kata krim tu mahal, jadi jarang2 dia gunakan. bila disapu, kulit kurang mengelupas, tapi bila tak disapu krim tu, kulit mengelupas tu berulang kembali...

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    16 Replies
    5653 Views
    Last post 30 October, 2012, 11:18:28 AM
    by seekerslight
    10 Replies
    9770 Views
    Last post 21 December, 2013, 07:16:42 AM
    by Hamidah Burham
    0 Replies
    3839 Views
    Last post 06 June, 2013, 10:31:07 PM
    by Nizam Herbalist