Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..

*

Author Topic: Pilihlah Aku Untuk Ikhlas Ya ALLAH..  (Read 3191 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

SiNaR aBaDi

  • *
  • Posts: 748
    • View Profile
12 March, 2010, 04:44:25 PM
  • Publish
  • Sejenak kita renungkan..
    Semoga ada ikhtibar yang kita dapat ambil bersama dalam melayari bahtera kehidupan.ceria*

    Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

    Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

    Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

    Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

    Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

    Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

    Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

    Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alas an untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

    Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
    Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!
    « Last Edit: 12 March, 2010, 04:46:33 PM by SiNaR aBaDi »
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    sitikhadijah

    • *
    • Posts: 62
    • ~ Ya ALLAH.bantulah hambaMU ini untuk JUJUR kpd MU
      • View Profile
    Reply #1 12 March, 2010, 07:16:44 PM
  • Publish
  • "Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja."

    Terima Kasih atas penulisan yg sangat menusuk hati...

    Ya ALLAH, pilihlah aku juga untuk ikhlas dan jujur kepada MU..Amin!!

    ~YA ALLAH,jika derita ini satu ujian untuk aku MENGHAPUSKAN dosa2 ku, maka aku redha dgn derita ini, PERBAIKILAH diri ku.Tetapi jika rasa dari derita  ini MENAMBAHKAN dosa ku pada MU, maka HILANGKANLAH ia dari hatiku, kerana aku TAKUT akan Murka dan  Siksa Neraka MU ~

    naf_qayyimah

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #2 12 March, 2010, 11:07:35 PM
  • Publish
  • SubhanaAllah, artikel yang bagus sekai...

    apa yang dapat ana rungkaikan ...usaha untuk melakukan amal terus giat dijalankan biar bagaimana pun perasaan di hati(risau adanya ujub dan takbur)

    yang penting niat utama .. melakukan sesuatu pekerjaan itu kerana apa?

    kiranya kerana ALLA,H maka mohon DIA terus pelihara hati ini untuk ikhlas...melakukan amal keranaNYA .

    bluemorpho

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Reply #3 12 March, 2010, 11:52:51 PM
  • Publish
  • terima kasih....jika hendak tunggu ikhlas baru melakukan amal...
    .tak tahu bila akan bermula......
    kerana ikhlas itu di hati..
    MOGA ALLAH MEMBERIKAN SEKEPING HATI YANG IKHLAS...... :aamiin:

    anazahra

    • *
    • Posts: 922
      • View Profile
    Reply #4 13 March, 2010, 02:11:51 PM
  • Publish

  • Jazakillah Khairan Jaza'
    Sangat terkesan dihati...
    Mohon izin untuk ana copy paste di blog ana..
    Moga ada manfaatnya...

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Reply #5 13 March, 2010, 03:07:33 PM
  • Publish
  • Salam.,

    Tiada Hak Cipta Terpelihara, ceria*
    dipersilakan untuk menyebarkannya atau penyampaian.

    ia, sahabat dikasihi sekalian,
    ana merujuk kepada majalah,
    memang begitu terkesan sekali dihati, baguss
    semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan.

    Wallahua'lam.

    ukhti khaulah

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #6 14 November, 2010, 09:44:04 AM
  • Publish
  • Orang yang ikhlas itu bebas
    Kerana dia hanya ada
    Satu TUHAN untuk disembah

    Orang   yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang   lain. Demikian kata-kata hikmah yang menerjah ruang fikirku.   Ahh….betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.
    Jesteru   mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan   menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia   melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-merangkak   menyusur jalan taubat.
    Betapa sekali skala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa   ingin dipamerkan segala-segala-galanya agar di puji dan di sanjung   dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik   ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau   sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang   sekutu. Dan manusia pn akhirnya memandang sinus dan loya dengan ‘aku’   mu.
    Apabila   riak itu adalh tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya   tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata masih menghrap-hrap   amal yg kononnya di sembunyikan itu di ketahui juga oleh manusia.   Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui   lalu di heboh2kan pula. Hebatnya dia!!!! Begitu kata sanjung yang di   junjung. Pada ketika itu hati berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat   tipuannya dari riak.
    Apabila   terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak   kurang hebatnya…ujub!!!! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.   Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang di   harapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku?
    Alangkah   hebatnya!! Terasa diri bagaikan wali apabila amal mengatasi orang lain.   Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Sampaikan pendapat   orang lain pun tak boleh nak di terima. Asyik diri sendiri je nak   menang. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain. Ujub hakikatnya lebih   sukar di kesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.
    [/color]Bukan   mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang   ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan   kerana ALLAH…itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana   ALLAH….itu pun tidak ikhlas.
    Kekadang   begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan,   kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar   pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku.   Memahami dan menangani rahsia ini.
    Beribadatlah   sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan ulama yang   menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit   fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jgn diperkirakn dulu.   Jgn mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau   hati tergganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.   Pedulikan ujub yang menanti masa utk menyusup. Tega dan relakan sahaja.
    Teringat   apa yg di pesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya “Tuan,   bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?”   lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,   “teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya   lidahmu akan terselamat daripada berkata2 yg kotor dan sia2.
    [/color]Aku   hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sangat dalam. Yang terjangkau   olehku hanyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga   hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru,   tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.
    Hanya   dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia   ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku   meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas   walaupun kutahu ikhlas itu sangat rahsia.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 14 November, 2010, 09:55:38 AM
  • Publish
  • Perhatian


    [error]
    Mohon edit semula dengan 'double spacing' antara perenggan. Ini memudahkan pembacaan dan memberikan keselesaan kepada pembaca.

    Tulis  tajuk dengan huruf besar  dipermulaan ayat.

    Mana-mana artikel  yang di'copy paste' wajib edit ,preview sebelum kirim.[/error]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    2547 Views
    Last post 02 February, 2010, 07:08:53 PM
    by mualli
    5 Replies
    1033 Views
    Last post 11 October, 2011, 12:31:46 PM
    by 5zul
    1 Replies
    1061 Views
    Last post 16 August, 2013, 09:45:32 AM
    by 5zul