Cukai Barangan dan Perkhidmatan - GST

*

Author Topic: Cukai Barangan dan Perkhidmatan - GST  (Read 3949 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Habiburrahman

  • *
  • Posts: 1985
  • Boleh Blah
    • View Profile
10 March, 2010, 06:24:17 PM
  • Publish
  • Sebelum aku teruskan tajuk ini, kita tengok trend perniagaan di Malaysia. Aku tak pandai niaga, dengan kata lain ‘businnesman’, oleh itu aku tak mahir dalam selok belok perniagaan. Aku tak mahu menyentuh GST secara teperinci. Kita biarkan kepada ahlinya untuk membahaskan dengan lebeh teperinci. Apa yang aku nak sentuh, sekadar aku sebagai pengguna serta akibat dari perlaksanaan GST tu nanti.

    Apa sebenarnya GST tu. GST adalah singkatan dari ‘Goods and services tax’. Dalam melayunya ‘ cukai barangan dan perkhidmatan’.

    Di negara kita telah diperkenalkan pelbagai cukai atau inggerisnya ‘TAX’. Mengapa cukai diperlukan bagi sesebuah negara dan bilakah cukai mula diperkenalkan ?

    Cukai sebenarnya telah lama digunakan, termasuk dalam agama Islam sendiri. Pelbagai nama digunakan. Tapi pokok tujuannya serupa. Cukai atau Tax. Ianya bertujuan baik, demi kebajikan bersama. Supaya yang kaya dapat membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi apabila manusia semakin tamak dan rakus, maka cukai cukai tersebut berubah corak menjadi penindas kepada golongan miskin. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin terus papa kedana.

    Dalam Islam, ia nya dikenali sebagai zakat, zakat fitrah, zakat perniagaan dan sebagainya, itu bagi yang beragama Islam. Bagi yang tidak beragama Islam, tetapi bersedia bernaung dibawah panji panji Islam, maka mereka dikenakan cukai yang dikenali sebagai cukai kepala.

    Tetapi, sekiranya ketua kerajaan Islam, merasakan dia telah tidak sanggup untuk mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam tersebut. Dengan kata lain, Kerajaan Islam tersebut tidak sanggup mempertahankan negara atau kelompok bukan Islam dari sebarang serangan luar, keatas mereka. Maka kelompok bukan Islam tersebut terlepas dari cukai yang dikenakan keatas mereka.

    Begitulah Islam mengajar umatnya supaya bertanggungjawab dari dunia hingga akhirat, hatta kepada bukan islam sendiri. Semuanya demi kebaikan dan kesejahteraan Umat manusia. Sebab nabi Muhammad diutuskan untuk kesejahteraan seluruh alam, bukan sekadar untuk Umat Islam sahaja. Itu secara ringkas tentang ukai dan tanggungjawab dalam Islam.

    Kembali kita kepada pokok asal kita. Cukai dan GST.

    Sebagaimana yang telah dinyatakan diatas tadi, cukai telah diperkenalkan sejak lama dulu. Begitu juga di Malaysia. Bila berlaku perubahan demi perubahan. Pelbagai cukai bertambah dan bertukar ganti. Namun cukai cukai tersebut semakin hari semakin membebankan, golongan miskin dan papa kedana. Mengapa ini berlaku. Sedangkan tujuan asal cukai itu tadi adalah untuk kebaikan bersama. Yang kaya membantu yang miskin. Yang senang membantu yang susah. Tetapi mengapa terbalik jadinya, yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin semakin terhimpit, akibat dari cukai cukai tersebut.

    Apabila GST diperkenalkan kelak. Sekadar yang aku faham, ianya akan dikenakan kepada sesiapa yang membeli lebeh banyak. Bermakna lagi banyak barang yang akan kita beli, maka, lagi banyak lah cukai yang akan kita kena. Lebeh mewah barang yang kan kita beli, lebeh banyak cukai yang akan kita bayar. Itu ikut faham singkat aku berdasarkan aku sebagai pengguna.

    Apa yang aku nak kongsi bersama alah berita dari utusan malaysia online pada 27 November 2009 bertajuk ‘GST pada 4 peratus’ dan satu lagi pada 4 Disember 2009 bertajuk ‘GST tidak bebankan rakyat’. Dua tajuk itu jelas menunjukan, bahawa kerajaan akan tetap melaksanakan GST di Malaysia, mulai tahun 2010. Begitu indah dan lunaknya bahasa ynag digunakan demi mencapai maksud yang tersirat.

    Ingatlah wahai rakyat Malaysia, sesuatu cukai itu, apabila telah diperkenalkan maka susah untuk di buang. Ianya akan menjadi biawak hidup yang meragas dibelakang kita.

    Seperti yang telah aku sebutkan sebelum ini, setiap cukai yang diperkenalkan, walaupun untuk dikutip dari golongan yang berada atau kaya, tetapi akhirnya kita yang susah ini lah yang akan menanggungnya.

    Mengapa aku kata begitu. Ini jelas kita rasai dalam sejarah perniagaan di Malaysia. Para peniaga besar (tokoh koperat) di Malaysia, di lindungi. Bukan oleh undang undang, tetapi oleh golongan ‘bangsa awan’. Siapa kah golongan ini ? Mereka adalah orang yang kita angkat untuk duduk disitu. Kita telah meletakan mereka sebagai ‘dewa’. Lebeh penting lagi, mereka ini tidak boleh disentuh oleh sesiapa pun, hatta undang undang sekalipun.

    Apa kaitan cukai dengan ‘bangsa awan’ dari golongan ‘dewa’ ini ?

    Mari kita tengok, apa yang terjadi kepada kita selama berpuluh tahun dan siapa yang sebenarnya nya ‘merogol’ kita balik, tanpa belas kasihan.

    Contoh mudah:

    Harga gula dan tepung untuk kegunaan harian kita. Semua orang perlukannya. Apa yang berlaku ?

    Semua tahu, gula dan tepung adalah barangan kawalan, bermakna untuk menaikan dengan sewenang wenangnya akan ditangkap dan didenda. Hatta menyimpanya secra berlebehan juga dianggap salah. Tetapi siapakah yang menaikan harga tersebut. Kerajaan sendiri istiharkan harga tersebut terpaksa dinaikan, dengan pelbagai alasan yang indah indah.

    Mengapa ini berlaku ?

    Mudah, atas desakan tokoh koperat yang mengusai perniagaan di Malaysia.

    Siapa mereka ?

    Orang ada disekeliling golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’

    Apa akibat dari kenaikan tersebut ?

    Golongan miskin makin terhimpit.

    Adakah golong kaya akan merasa susah akibat dari pelbagai cukai dan aturan ?

    Ya, mereka akan merasa susah sekira mereka tidak memberi apa yang golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ ini perlukan. Tetapi sekiranya hajat golongan ini termakbul, maka tokoh koperat atau golongan kaya ini akan tetap terjamin, tidak terusik sedikitpun.

    Oleh itu GST, buat lah apa juga undang undang atau aturan, akhirnya akan menekan golongan susah dan miskin. Dengan pelbagai cara dan kaedah.

    Mengapa aku katakan golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa’ tidak boleh disentuh oleh sesiapa, hatta undang undang sekalipun ?

    Kita ambil contoh kecik, yang budak budak pun faham. Berapa banyak kes orang politik yang ditutop dan dihilangkan begitu sahaja. Sebahagiannya dilupakan dan cuba dilupakan. Tapi golongan ikan bilis atau yang menentang sahaja yang di ‘highlight’ kan.

    Kes Khir Toyo, kemana menghilang ? Kes Isteri dia, juga, kemana menghilang ? Kes Rafidah Aziz, dalam saham menantu. Ezam yang kena tahanan sebab keluarkan dokumen rasmi, dah keluar semula dari. Kini dah masuk sekongkol dengan mereka. Tapi kemana menghilangnya kes itu ? dan banyak lagi kes kes yang besar dan kecil yang tiada undang undang di Malaysia yang mampu mengatasi mereka.

    Mengapa terjadi begitu ?

    Kerana mereka ini golongan ‘bangsa awan’ atau ‘dewa sakti’.

    Mereka ini akan memperkenalkan GST pada 2010. Sama sama kita tunggu nanti. Ambang 2010. Yang penuh misteri.

    Apa dia GST tu, ulang sekali lagi aku nak dengar …….

    -Golongan Susah Tertindas……

    Petikan dari sumber
    Quote
    http://kedahlanie.blogspot.com/2009/12/mari-belajar-apa-itu-gst-golongan-susah.html
    Tgh cari butang DELETE AKAUN

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #1 26 September, 2011, 08:20:09 PM
  • Publish
  • GST terhadap jenis makanan tertentu

    siapa guna dia akan bayar tax

    tak adalah beban, melaikan kamu ambil services tu

    ianya cukai terhadap services yang di beri

    makan di kedai KFC dah lama di kenakan GST - tetapi apa yang kalian rasa, anak anak suka saja masuk KFC, ibubapa tak kisah pun bayar

    bila kerajaan sebut nak kenakan di kedai mamak, kita bangkang gila
    awat

    siapa guna kereta, guna jalanraya bertoll, bayarlah Tollnya

    jalan tak bertoll ada, mahu ke lambat?

    nak cepat, bayarlah services cepat tu

    itulah dasarnya

    jika tahu jaga diri, tak adalah beban

    tapi dah gila sangat, sikit nak makan KFC, pizza hut, McD

    bayar ajalah GSTnya

    subhanallah

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 628
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Reply #2 26 September, 2011, 10:32:02 PM
  • Publish
  • GST ni ada kelebihan dan kekurangan. Tapi rasanya banyak kekurangan kot. GST (good and service tax) bermaksud, cukai segala barangan dan perkhidmatan akan di kenakan cukai 4% menggantikan SST (sales and service tax) yang dikenakan kepada sesetengah perkhidmatan dan jualan sebanyak 6%.

    Baiknya GST ni , semua orang akan kena bayar tax (termasuk golongan kaya yang tak bayar tax, macam peniaga, tokey MLM dll yang tak kena cukai pendapatan). Tax 4% ini akan di kenakan setiap kali kita membeli segala barangan kecuali produk sayuran, beras, gula, garam, tepung dan minyak masak, daging serta perkhidmatan bagi elektrik dan air. Pada barang-barang yang dah kena cukai seperti di KFC tu memang bagus lah sebab kurang dari 6% kepada 4%. Ini bermakna, cukai tidak dikenakan kepada pengguna sahaja sebaliknya turut dikenakan kepada pengilang, pemborong, dan juga peruncit yang tidak dikenakan dalam pelaksanaan SST sebelum ini.

    Keburukannya ialah, semua barangan kecuali yang di beritahu di atas akan di kenakan tax. Termasuk lah jajan, minyak kereta?, hand bag, basikal dan segalanya. Dan lagi, golongan yang berpendapatan rendah juga serta miskin tegar juga terpaksa membayar cukai ini. Rasanya Malaysia masih belum sedia untuk GST ni kerana gaji minima rakyat Malaysia pun ramai di bawah paras kemiskinan. Kesian lah pada diri ini dan kawan-kawan yang gaji kecik dan mempunyai saraan yang ramai.
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #3 27 December, 2011, 11:31:55 AM
  • Publish
  • Service tax:
    2010 & previously = 5%
    2011 = 6%

    2012 & onwards? Tak tahulah berapa GST pula dikenakan.. Barangan pula, makin hari makin naik. No sign of decreasing.. Pendek kata, bak segala barangan dalam Malaysia ni dikenakan cukai. Fast food outlets, barangan-barangan di kompleks beli belah.. Kebanyakan mengenakan tax.
    halaqahforum4

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #4 27 December, 2011, 01:30:30 PM
  • Publish
  • Cukai hanya membebankan Pengguna
    sesiapa yang menggunakan khidmat tersebut, di kenakan cukai

    beli ikan di pasar, masak sendiri, apa yang di cukai?

    TIME

    kos melepas bagi kegiatan

    jadi Cukai itu, harga TIME

    sama seperti Toll

    inshallah

    how you manage yourself

    it is about us, islam, manage lah ya dirimu

    ifahuzir

    • *
    • Posts: 523
      • View Profile
    Reply #5 27 December, 2011, 03:24:25 PM
  • Publish
  • Walaubagaimanapun, Nanti, setiap rakyat leh buat keje sendiri aje.. takpayah upah orang.. nanti kene tax..

    Nak repair kereta, beli barang (parts) kereta kene tax dah.. Upah Pasang, kene tax lagik.. Double Tax lah kiranya tuh..

    So, buat sendiri barang, dan pasang sendiri barang.. zero tax.. hee..

    msa

    • *
    • Posts: 1614
      • View Profile
    Reply #6 27 September, 2013, 05:15:13 AM
  • Publish


  • Bahang Kemelesetan ekonomi semakin terasa, terutama akhir-akhir ini kenaikan mendadak harga barangan dan perkhidmatan serta ura-ura untuk semakan peratusan GST.

    Apa itu GST? GST adalah ‘Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan (CBP).

    Selama ini kita rakyat Malaysia membayar SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan. SST kebiasaannya dikenakan ke atas bil telekomunikasi, internet, ASTRO, tiket parking, barangan di supermarket, fast food pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax). Kita boleh merujuk bil atau resit setiap kali kita membuat bayaran bil telefon, atau selepas membeli belah di supermarket dan sebagainya semuanya ada tertera jumlah dan peratusan SST yang dibayar.

    GST yang dikenakan kerajaan Malaysia pada kadar 4% menjadikannya lebih rendah daripada SST pada kadar 6%-10%.

    Jadi apa bezanya GST dan SST?

    Pelaksanaan GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada di Malaysia termasuk barangan yang diimport mahupun yang dibuat dibuat di Malaysia. GST akan mengenakan cukai pada setiap lapisan peringkat bekalan barangan dan perkhidmatan contohnya dari pengilang, pengeluar, pemborong, peruncit, peniaga hinggalah kepada pengguna.

    Cukai GST ini akan dikutip setiap kali transaksi berlaku dan penjual akan mengutip cukai daripada pembeli mengikut rantaian bekalan tadi.

    GST nampak tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah kerana mereka terpaksa membayar cukai pada kadar yang sama seperti mereka yang berpendapatan tinggi.

    Oleh sebab itu kerajaan disamping melaksanakan GST perlu memperkenalkan pakej atau program seperti bayaran tunai atau rebat kepada mereka yang berpendapatan rendah.

    semakin banyak kita membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang dibayar.



    Sumber


    ~ Begin with the End in Mind ~

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 27 September, 2013, 08:20:51 AM
  • Publish
  • Bagus la Malaysia ni, menetapkan cukai tertentu untuk dibayar oleh rakyat kepada kerajaan. Kerajaan sekular, kerajaan nasionalis, kerajaan demo-kras-i. Sungguh banyak pendapatan negara ini. Dah la kaya dengan sumber alamnya yang hebat. Masya Allah. SubhanAllah. Usaha peluh setiap rakyat tetap wajib membayar cukai. Cukai tolnya, gst, sst, eksais, impot, cukai pendapatan. Pergi servis kereta pun kena cukai. Makan kena cukai juga. Cukai judi ada, cukai arak ada, cukai rokok pun ada. Subsidi tu apa pula? Katanya petrol diesel naik bila kurangkan subsidi. Eh, ada lagi la cukai. Cukai pintu, cukai tanah, cukai taksiran, bayar bil kena cukai. Belajar kat IPT kena hutang bayar dengan bunga sama. Bila dah kerja wajib bayar hutang dan juga bayar cukai.

    Pergh..... Cukai mukai!
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    elsanxs

    • *
    • Posts: 902
      • View Profile
    Reply #8 27 September, 2013, 04:14:32 PM
  • Publish
  • Bagus la Malaysia ni, menetapkan cukai tertentu untuk dibayar oleh rakyat kepada kerajaan. Kerajaan sekular, kerajaan nasionalis, kerajaan demo-kras-i. Sungguh banyak pendapatan negara ini. Dah la kaya dengan sumber alamnya yang hebat. Masya Allah. SubhanAllah. Usaha peluh setiap rakyat tetap wajib membayar cukai. Cukai tolnya, gst, sst, eksais, impot, cukai pendapatan. Pergi servis kereta pun kena cukai. Makan kena cukai juga. Cukai judi ada, cukai arak ada, cukai rokok pun ada. Subsidi tu apa pula? Katanya petrol diesel naik bila kurangkan subsidi. Eh, ada lagi la cukai. Cukai pintu, cukai tanah, cukai taksiran, bayar bil kena cukai. Belajar kat IPT kena hutang bayar dengan bunga sama. Bila dah kerja wajib bayar hutang dan juga bayar cukai.

    Pergh..... Cukai mukai!

    Terbaek tok nazri baguss


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #9 28 September, 2013, 12:04:39 AM
  • Publish
  • Biasa lah..

    Zaman sekarang ni bukan PEMIMPIN BEKERJA UNTUK RAKYAT tp RAKYAT YANG BEKERJA UNTUK PEMIMPIN..

    Kerana kebodohan sesetengah orang, Kita yang cerdik ni turut rasa tempias nya..

    Saya x bodoh.. Saya x bodoh.. Saya x bodoh..

    Wallahualam!
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #10 30 September, 2013, 01:04:13 PM
  • Publish
  • Biasa lah..

    Zaman sekarang ni bukan PEMIMPIN BEKERJA UNTUK RAKYAT tp RAKYAT YANG BEKERJA UNTUK PEMIMPIN..

    Saya suka kenyataan assiddiq ini!

    keMuNcUpp

    • *
    • Posts: 881
      • View Profile
    Reply #11 01 November, 2013, 06:25:36 PM
  • Publish
  • Sekadar perkongsian...
    ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫ ♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫​♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫
    CatcH Me If U CaN...LoVe Me If U WaNt...HaTe Me IF U DarE...Hidup ini indah jika Ukhwah Fillah Ila Jannah ++++++

    florafauna

    • *
    • Posts: 493
      • View Profile
    Reply #12 01 November, 2013, 11:31:20 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..

    Bisnes online pun dikenakan GST?

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    3462 Views
    Last post 15 September, 2011, 02:32:32 PM
    by shearazi
    1 Replies
    794 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:42:53 AM
    by fatihah arumi
    1 Replies
    690 Views
    Last post 08 July, 2013, 04:36:03 PM
    by al_ahibbatu