Berhati-hatilah.. Takut kita menjadi fitnah kepada agama kita

*

Author Topic: Berhati-hatilah.. Takut kita menjadi fitnah kepada agama kita  (Read 3790 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 11 March, 2010, 09:02:46 AM
  • Publish
  • Quote
    Pakaian menjolok mata dan "berpakaian tetapi telanjang"  sudah mula menguasai pusat2 Pengajian Tinggi Islam!  Fesyen pakaian ketat dan tudung  sekadar melilit tengkuk sudah semacam  menguasai siswi2 Islam di Pusat2 Pengajian Tinggi Islam dewasa ini.  Apa pentadbir Pusat Pengajian Tinggi Islam ini buat.?  Mengapa mereka tidak mengambil tindakan?  Adakah sekadar meletakkan lebel Islam di pintu masuk, sudah dikira Islam?   

    Bukan universiti tidak buat peraturan ETIKA BERPAKAIAN, tetapi penguatkuasaannya yang tiada. Jika yang menguatkuasakannya hanya segelintir, tak mampu juga. Contohnya ,bila kelas subjek Umum pengajian Islam, para ustaz telah menetapkan jika berpakaian sekian-sekian tidak menurut cara berpakaian muslimin dan muslimat islam, pelajar dilarang masuk, mereka patuh. Berpakaian cukup sopan menurut ciri-ciri muslimah solehah. Namun selepas kelas berkenaan tamat, petangnya masuk kelas subjek lain, semua ciri-ciri muslimah solehah dah terbang.

    Jadi bagaimana jika hanya segelintir sahaja yang menguatkuasakan peraturan ETIKA BERPAKAIAN tu? dalam sebuah universiti pun, Pusat Islam tidak mampu untuk mengawal selia ETIKA BERPAKAIAN pelajar, jika HEP yang mengeluarkan arahan tidak sekali dengan penguatkuasaan semua pihak yang terlibat di dalam universiti.

    Namun sekiranya penguatkuasaan dapat dilaksanakan tanpa kesedaran individu tu sendiri pun tak guna juga, masih banyak dalih nya untuk tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan. Jadi kembali semula kepada asal,yang utama ialah kesedaran dalam diri setiap individu muslim untuk mengamalkan setiap apa yang telah syariat dalam agama Islam tetapkan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #21 11 March, 2010, 10:01:04 AM
  • Publish
  • Assalamu'alaikum.

    Yup, kita manusia, yang imannya turun dan naik. Tetapi berusahalah agar iman kita lebih baik dari semalam.
    Jangan kita lupa, setiap muslim itu bersaudara, ibarat satu badan. Dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim. Jika kita tidak tahu, maka carilah ilmu.

    Ingat, menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim, terutamanya ilmu fardhu 'ain.  Jangan berhenti melakukan amar makruf nahi munkar, rahmat Allah tidak akan sampai sekiranya amar makruf nahi munkar tidak dilaksanakan. Tapi sayangnya, apabila ulamak dan ahli agama menegur, masing-masing buat tak dengar.  Itulah sebabnya jadi kemarau, gempa bumi, dan macam-macam lagi.

    Apapun yang kita lakukan di dunia ini, utamakanlah yang utama. Kita memang boleh buat apa sahaja yang kita inginkan di dunia ini,nah! silakanlah! tetapi ingatlah Allah itu maha mengetahui dan tidak pernah leka dan malaikat itu sentiasa menjalankan tugasnya sebagai hamba Allah.

    Wallahu a'lam...

    Reply #22 22 March, 2010, 12:40:12 AM
  • Publish
  • Bismillah wa Syukrillah

    satu perkongsian yang membuatkan kita sentiasa berfikir dan berfikir... Setiap kita perlu saling ingat memperingati kerana lumrahnya kita sebagai insan yang lemah, alpa dan mudah leka (lebih-lebih saya)... Setiap daripada kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan dan dengan asbab itu, kita bersama-sama cuba tanamkan rasa bertanggungjawab dalam memberi ingat peringatan dengan cara berhikmah dan bijaksana... Manusia itu tidak akan mudah terpengaruh dengan kekerasan tetapi mudah tertarik dengan hikmah... Allahu a'lam.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Reply #23 29 March, 2010, 12:48:38 AM
  • Publish

  • Bukan universiti tidak buat peraturan ETIKA BERPAKAIAN, tetapi penguatkuasaannya yang tiada. Jika yang menguatkuasakannya hanya segelintir, tak mampu juga. Contohnya ,bila kelas subjek Umum pengajian Islam, para ustaz telah menetapkan jika berpakaian sekian-sekian tidak menurut cara berpakaian muslimin dan muslimat islam, pelajar dilarang masuk, mereka patuh. Berpakaian cukup sopan menurut ciri-ciri muslimah solehah. Namun selepas kelas berkenaan tamat, petangnya masuk kelas subjek lain, semua ciri-ciri muslimah solehah dah terbang.

    Jadi bagaimana jika hanya segelintir sahaja yang menguatkuasakan peraturan ETIKA BERPAKAIAN tu? dalam sebuah universiti pun, Pusat Islam tidak mampu untuk mengawal selia ETIKA BERPAKAIAN pelajar, jika HEP yang mengeluarkan arahan tidak sekali dengan penguatkuasaan semua pihak yang terlibat di dalam universiti.

    Namun sekiranya penguatkuasaan dapat dilaksanakan tanpa kesedaran individu tu sendiri pun tak guna juga, masih banyak dalih nya untuk tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan. Jadi kembali semula kepada asal,yang utama ialah kesedaran dalam diri setiap individu muslim untuk mengamalkan setiap apa yang telah syariat dalam agama Islam tetapkan.



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Apa yang Ummi kata tu betul.....!

    Pak Arab akui dan setuju Ustaz2 kita membuat sumbangan yang besar ke arah pembentukan peribadi Muslimah di kampus2 Universiti dan pusat2 pengajian Tinggi lainnya.  Demikian kita menyanjung sumbangan Persatuan2 Mahasiswa Islam yang sentiasa berusaha ke arah menyebarkan Da'wah Islamiyyah di kampus masing2!

    Teguran kita adalah lebih kepada pentadbir2 utama yang terdiri dari NC, VC dan pentadbir2 lain yang memegang amanah didalam keseluruhan perjalanan didalam kampus.    Peranan mereka yang di beri amanah ini adalah dipersoalkan.  Lebih buruk lagi dan lebih menyedihkan adalah Kampus2 universiti/kolej yang menggunakan nama Islam pun sudah tercemar dan terkena bahana budaya jahiliyyah.   Maka timbul persoalan apa makna :  Universiti Islam?  Apa makna nama Kolej Universiti Islam?   Bukankah namanya kita mempersendakan Islam?   Bukankah namanya kita menggunakan nama Islam sebagai bahan mainan?  Siapa agaknya yang akan menjawab persoalan ini?  

    Masalah ini sudah lama...!  Cuma terpaksa di ulang2 dan diingatkan kembali kepada pentadbir2, pemimpin2, ketua2....!  Adalah diharapkan  kita tidak selesa dan gembira hanya dengan panggilan2 dan gelaran2 sedangkan didalam praktisnya kita membelakangkan Agama!!!



    Quote
    Namun sekiranya penguatkuasaan dapat dilaksanakan tanpa kesedaran individu tu sendiri pun tak guna juga, masih banyak dalih nya untuk tidak mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan


    Betul kata Ummi pada satu sudut.  Cuma  di sini kita lihat ada 2 masalah :  

    Pertama :  Tarbiyyah dan Kesedaran individu.
    Kedua :  Penguatkuasaan/perlaksanaan Hukum

    Untuk memudahkan kita memahami Tarbiyyah dan Penguatkuasaan, Pak Arab membawa contoh sebuah keluarga :   Keluarga adalah satu contoh unik didalam memberikan gambaran kepada kepada sebuah kerajaan/pemerintahan/kepimpinan!  

    Kita perhatikan perintah Nabi   صلى الله عليه وسلم  didalam pembentukan dan pendidikan anak didalam mendirikan Solat.  Anak berumur  7 tahun di suruh di ajar solat.  Maksudnya  ajar anak itu bahawa ini adalah kewajipan.   Ajar dia cara2 wudhu dan rukun, sunnat didalam solat.    Jika sampai umur 10 tahun tak solat juga, Nabi perintah pukul.    

    Inilah salah satu contoh Tarbiyyah dan  Penguatkuasaan!   Seorang bapa yang yang tidak menunaikan Amanah ini akan bertanggungjawab di Mahkamah Ilahi!

    Demikian halnya didalam pemerintahan sebuah Negara,  didalam pejabat2,  didalam Pusat2 Pembelajaran danl lain2nya.  Mereka yang memegang kuasa pentadbiran dan  kepimpinan wajib memberikan didikan manusia2 dibawah tadbirnya dan pada yang sama melaksanakan penguatkuasaan!  

    Semoga kita semua termasuk didalam golongan melaksanakan Amanah Allah selama hidup diatas muka bumi ini!  


    Catitan :   Kalau Ummi atau mana2 ahli di sini  terlibat didalam pentadbiran Kolej/Universiti,  Pak Arab minta maaf.  Kita saling mengingatkan kepada kebaikan dan kebenaran!


    Wallahu A'lam





    « Last Edit: 29 March, 2010, 01:03:54 AM by PAK ARAB »
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Reply #24 29 March, 2010, 05:05:53 AM
  • Publish
  • Quote
    Catitan :   Kalau Ummi atau mana2 ahli di sini  terlibat didalam pentadbiran Kolej/Universiti,  Pak Arab minta maaf.  Kita saling mengingatkan kepada kebaikan dan kebenaran!

    Tak ada masalah Pak Arab, suara saya sendiri  terhadap pentadbiran kolej/universiti setakat angin lalu sahaja. Ibarat angin sepoi-sepoi bahasa yang menyamankan mereka mendengar tanpa ada kesan. Mungkin jika ada suara ibarat halilintar membelah bumi,maka baru lah pentadbir kolej/universiti akan tersedar.

    Pak Arab kata betapa nama islam dipermainkan  oleh nama kolej dan universiti tetapi tidak melaksanakan apa yang agama Islam tetapkan tu amat betul. Kadang lebih memalukan. Senang saja kita bandingkan adakah perbezaan berpakaian antara pelajar politeknik dengan pelajar kolej islam? Antara pelajar UiTM dengan pelajar UIAM?

    Reply #25 29 March, 2010, 08:52:58 AM
  • Publish
  • ye ummi, mengikut pemerhatian tiada banyak beza cara berpakaian pelajar UiAM dan UiTM. Bahkan yang menutup aurat cuma segelintir.. apabila fenomena 'bertudung' disalah-tafsir sebagai menutup aurat, pelajar di institusi pengajian tinggi sudah cukup merasa sopan bila bertudung sedangkan baju yang dikenakan sendat atau nipis. walaupun etika berpakaian di universiti sangat penting dikuat-kuasa supaya pelajar menutup aurat, namun harus dilihat juga penampilan pensyarah atau staf sokongan di universiti yang juga berlumba-lumba dalam fesyen. walaupun kelihatan formal dan sopan, namun masih tidak menutup aurat.

    alangkah baiknya andai institusi kekeluargaan yang menjadi medan tarbiyyah pertama diselia-selidik, dikaji dan dicerna menjadi institusi yang memberi kefahaman agama bahkan menjamin kemurnian akidah solehah tidak kira di mana biah-nya. jangan ingat menghantar anak ke sekolah agama atau kelas fardhu ain sudah cukup untuk makanan rohani mereka. anak yang terdidik dengan nilai spiritual yang mantap akan mampu membawa izzah dan kemualiaan Islam waima mereka di IPT USA sekalipun.

    *** Saya sering memerhatikan di stesen bas express, bapanya elok berkopiah bahkan ibunya bertudung labuh (haji dan hajjah agaknya).. tapi anaknya, memakai baju sendat, jeans ketat, selendang nipis.. dan ibu-bapa mereka tersenyum bangga menghantar anak tersebut untuk naik bas ke IPT. di manakah silapnya?
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    Reply #26 29 March, 2010, 12:30:14 PM
  • Publish
  • asslmualaikum....

    maaf..ana pon bukan budk sklh agam..tp ana mmg dari kecil hidup bersyariaat..
    ana x berpelung untk kesklh agama..
    sekdr  beljr mgji petng slps sklh...

    mmg ada persaan tkt untk menegur..alhmdullillah...
    sbb kwn2 ana smuanya bukn dri sklh agama..dia org boleh menerima teguran..
    cuma ana klng2 tkt jgk..dia org tnya soaln yg..ana sendr x thu jwpnnya..
    sbb tu ana join halaqah nie..alhmdulillah..bnyk yg membntu..

    Ya- Allah..Ya- Rahman.. Ya-Rahim..
    ampunilah dosa ku..

    Ya- Allah..Ya-Robi..
    Kasihilah dan redhailah daku...

    Reply #27 29 March, 2010, 02:48:53 PM
  • Publish
  • *** Saya sering memerhatikan di stesen bas express, bapanya elok berkopiah bahkan ibunya bertudung labuh (haji dan hajjah agaknya).. tapi anaknya, memakai baju sendat, jeans ketat, selendang nipis.. dan ibu-bapa mereka tersenyum bangga menghantar anak tersebut untuk naik bas ke IPT. di manakah silapnya?


    Ummi juga sering terfikir ini pula...
    Sambil menunggu /menghantar anak pergi dan balik dari sekolah agama, melihat anak yang keluar dari kereta, manis bertudung labuh, berbaju kurung, tetapi bapanya yang memimpin tangan anak pakai seluar 3/4 panjang, dan berambut panjang. Si ibu pula, pakai seluar dan berbaju T lengan pendek, tidak bertudung. Terfikir juga dihati, tentu ayah dan ibu mengharap anak itu menjadi baik, pandai mengaji, dan berakhlak mulia.

    Di tepi jalan raya, suami berbual dengan seorang bapa,(rupanya kerja polis)  menunggu anak balik sekolah Arab, suami bertanya tunggu siapa, polis tu jawap , "tunggu anak saya, ingat bapa polis tak nak anak jadi baik?, Cukuplah saya jahat, tapi jangan anak saya." Rupanya polis tu sedar, dirinya selalu makan rasuah, tetapi tak mahu anaknya jadi seperti dia juga....

    divider3
    halaqahforum4