Cara mudah untuk menghafal bacaan dalam solat

Author Topic: Cara mudah untuk menghafal bacaan dalam solat  (Read 19208 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

dya adriza

  • *
  • Posts: 424
    • View Profile
26 February, 2010, 11:34:41 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator untuk 10 pelajar lelaki darjah 4 yang tidak tahu langsung tentang solat, apatah lagi bacaannya. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mereka bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, dan sujud sahwi, dam menyuruh mereka menghafalnya. Begitu juga dengan beberapa surah..

    Namun, masa yang diberikan terlalu singkat bagi saya iaitu selama 1 jam sahaja. Saya ingin meminta pandangan halaqian sekalian tentang cara2 yang patut saya lakukan. Terima kasih.

     :jaz:

    rahmanw

    • *
    • Posts: 1150
      • View Profile
    Jawab #1 26 February, 2010, 03:56:20 PM
  • Publish Di FB
  • satu jam untuk tahiyat awal,akhir,qunut,sujud sahwi?pada yang tak tau solat lak tu?
    ALLAH.....tak pe....husnuzzon....
    nampak gaya kena tulis dalam tulisan rumi la...kalau tulisan arab bimbang diorang tak tau lak....

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #2 26 February, 2010, 05:45:53 PM
  • Publish Di FB
  • satu jam untuk tahiyat awal,akhir,qunut,sujud sahwi?pada yang tak tau solat lak tu?
    ALLAH.....tak pe....husnuzzon....
    nampak gaya kena tulis dalam tulisan rumi la...kalau tulisan arab bimbang diorang tak tau lak....

    Saya pun terkejut bila tau masanya. Tapi, seperti saudara, saya husnuzon saja..
    Terima kasih atas pandangan saudara.. Insyaallah saya akan cuba buat  ceria*

    nkarul

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #3 26 February, 2010, 06:00:12 PM
  • Publish Di FB
  • buat presentation pakai video...
    sound pasang kuat2

    pastu
    suh diorang tulis
    setiap ayat2 tu bagi flashback balik ape diorg belajar

    tak pon
    buat kertas keje...
    pastu photostat
    bagi semua pelajar
    buat ringkas tapi padat..

    1jam macam 10minit je kan

    sofia_luv

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #4 26 February, 2010, 06:04:54 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator untuk 10 pelajar lelaki darjah 4 yang tidak tahu langsung tentang solat, apatah lagi bacaannya. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mereka bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, dan sujud sahwi, dam menyuruh mereka menghafalnya. Begitu juga dengan beberapa surah..

    Namun, masa yang diberikan terlalu singkat bagi saya iaitu selama 1 jam sahaja. Saya ingin meminta pandangan halaqian sekalian tentang cara2 yang patut saya lakukan. Terima kasih.

     :jaz:

    salam...

    1 jam je ke? cabaran sungguh....cuba yang terbaik ya..berusaha! ceria*

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #5 26 February, 2010, 06:39:22 PM
  • Publish Di FB
  • buat presentation pakai video...
    sound pasang kuat2

    pastu
    suh diorang tulis
    setiap ayat2 tu bagi flashback balik ape diorg belajar

    tak pon
    buat kertas keje...
    pastu photostat
    bagi semua pelajar
    buat ringkas tapi padat..

    1jam macam 10minit je kan

    Menarik.. and I can imagine that..
    Terima kasih di atas cadangan saudara..
    Insyaallah saya akan cuba..
    Yup.. memang rasa macam 10 minit je..
    Terlalu singkat..

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #6 26 February, 2010, 06:51:21 PM
  • Publish Di FB
  • salam...

    1 jam je ke? cabaran sungguh....cuba yang terbaik ya..berusaha! ceria*

    Ya kak.. memang cabaran..ni la cabaran sebagai guru nanti :senyum:..
    Insyaallah.. terima kasih kak  ceria*


    anasameen

    • *
    • Posts: 1053
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Jawab #7 26 February, 2010, 10:29:24 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator untuk 10 pelajar lelaki darjah 4 yang tidak tahu langsung tentang solat, apatah lagi bacaannya. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mereka bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, dan sujud sahwi, dam menyuruh mereka menghafalnya. Begitu juga dengan beberapa surah..

    Namun, masa yang diberikan terlalu singkat bagi saya iaitu selama 1 jam sahaja. Saya ingin meminta pandangan halaqian sekalian tentang cara2 yang patut saya lakukan. Terima kasih.

     :jaz:

      :ws:

    Mabruk alaik!!! Tika ramai lagi insan diluar sana tidak berkesempatan untuk berdakwah, anda punya peluang itu.
    Pada saya, mungkin boleh guna gambar-gambar yang menarik perhatian, video pendek, ajarkan surah yang pendek dan senang untuk dilafaz. Anda boleh memberi markah kumpulan jika pertanyaan anda berjaya dijawab di depan rakan-rakannya yang lain. Cemburu yang hadir ketika kawan berjaya menjawab dapat memberi motivasi kepada yang tidak menjawab untuk menjawab, atau boleh juga diberikan gula-gula. Itu hanya cadangan spontan, maaf jika tidak sesuai. Mohon perbetul apa yang patut. ALLAHua'alam
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #8 26 February, 2010, 11:16:38 PM
  • Publish Di FB
  • :ws:

    Mabruk alaik!!! Tika ramai lagi insan diluar sana tidak berkesempatan untuk berdakwah, anda punya peluang itu.
    Pada saya, mungkin boleh guna gambar-gambar yang menarik perhatian, video pendek, ajarkan surah yang pendek dan senang untuk dilafaz. Anda boleh memberi markah kumpulan jika pertanyaan anda berjaya dijawab di depan rakan-rakannya yang lain. Cemburu yang hadir ketika kawan berjaya menjawab dapat memberi motivasi kepada yang tidak menjawab untuk menjawab, atau boleh juga diberikan gula-gula. Itu hanya cadangan spontan, maaf jika tidak sesuai. Mohon perbetul apa yang patut. ALLAHua'alam

    Terima kasih atas cadangan saudari.. saya betul2 tertarik..
    Saya ada mencari video tentang tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, dan sujud sahwi..
    Namun, semuanya tidak sesuai untuk tahap mereka..
    Insyaallah, saya cuba cari yang lain..
    Tentang gula2, saya amat tertarik dengannya..
    Insyaallah saya akan lakukan nanti..
    Syukran.. ceria*

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #9 27 February, 2010, 01:30:59 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    Saya telah dipilih untuk menjadi fasilitator untuk 10 pelajar lelaki darjah 4 yang tidak tahu langsung tentang solat, apatah lagi bacaannya. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mereka bacaan tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, dan sujud sahwi, dam menyuruh mereka menghafalnya. Begitu juga dengan beberapa surah..

    Namun, masa yang diberikan terlalu singkat bagi saya iaitu selama 1 jam sahaja. Saya ingin meminta pandangan halaqian sekalian tentang cara2 yang patut saya lakukan. Terima kasih.

     :jaz:



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Maaf bertanya, mungkin Pak Arab ketinggalan sedikit....! Kerana nampak sahabat2 bagi cadangan yang hebat2!

    Kalau dapat leraikan kemusykilan yang tengah ada dalam fikiran.....


    1. Apa sebenarnya motif project/program ini?  Megapa 1 jam?  Adakah menguji kepantasan mengajar?  Atau menguji kepantasan menghafal?

    2. Kanak2 yang tak tahu langsung tentang solat,  sepatutnya diajar dahulu rukun2 menurut turutan.  Tapi kenapa tiba2 mengajar bacaan sujud sahwi, doa qunut?

    3. Kalau ini merupakan satu jenis pertandingan, tolong jelaskan bagaimana cara perlaksanaan keseluruhannya.


    Terima kasih atas penjelasan kepada orang yang ketinggalan!   ceria*


    Wassalam
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #10 27 February, 2010, 06:59:21 AM
  • Publish Di FB
  • Satu jam memang tak mencukupi untuk mereka boleh ingat semua tu..cukup sekadar pendedahan awal & timbulkan minat untuk mereka terus belajar solat tu selepas ni..
    Cadangan yang kawan2 bagi tu memang menarik untuk dhiya laksanakan...
    Mengumpan dalam bentuk gula2 & coklat @ apa2 hadiah memang bagus untuk memancing mereka di tahap umur yang sebegitu.
    Sebenarnya nilai hadiah tu bukan penentu tapi hadiah tu sendiri yang akan menguja mereka & terus dapat menarik mereka selepas sesi ini...
    Terus kan usaha senyum*

    Ya Kak Long.. memang benar. Dengan hadiah saja, belum tentu kita boleh laksanakan apa yang hendak dicapai kan.. tapi.. saya cuba yang termampu.. Macam kata Kak Long, sekurang-kurangnya mereka tahu tentang asas2 dalam solat..
    Terima kasih kak Long  ceria*

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #11 27 February, 2010, 07:17:21 AM
  • Publish Di FB

  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Maaf bertanya, mungkin Pak Arab ketinggalan sedikit....! Kerana nampak sahabat2 bagi cadangan yang hebat2!

    Kalau dapat leraikan kemusykilan yang tengah ada dalam fikiran.....


    1. Apa sebenarnya motif project/program ini?  Megapa 1 jam?  Adakah menguji kepantasan mengajar?  Atau menguji kepantasan menghafal?

    2. Kanak2 yang tak tahu langsung tentang solat,  sepatutnya diajar dahulu rukun2 menurut turutan.  Tapi kenapa tiba2 mengajar bacaan sujud sahwi, doa qunut?

    3. Kalau ini merupakan satu jenis pertandingan, tolong jelaskan bagaimana cara perlaksanaan keseluruhannya.


    Terima kasih atas penjelasan kepada orang yang ketinggalan!   ceria*


    Wassalam

     :ws: pak arab..

    Untuk soalan Pak Arab..

    1. Bagi saya, kedua-dua objektif itu betul. Tapi, seperti Pak Arab dan yang lain2nya, saya musykil juga kerana objektif ini seperti sudah jauh dari objektif sebenar. Namun, saya cuba ambil inisiatif dari sudut lain, seperti kata Kak Long Hati, sekurang-kurangnya saya cuba memberi asas kepada mereka. Dan, saya ada menemui beberapa strategi untuk menghafal dengan cepat. Cuma, saya harap ada kerjasama dari pelajar2 itu sendiri.

    2. Perkara ini sudah lama saya terfikir. Sepatutnya, mereka didedahkan dengan yang asas dahulu, baru yang sunat dan yang lain2. Namun, saya hanya husnuzon saja Pak Arab. Perkara2 ini terdapat dalam silibus pengajian islam tahun 4.

    3. Ini bukan satu pertandingan Pak Arab. Ini hanyalah satu kem bestari solat.. Tiada sebarang pertandingan yang dijalankan. Di sini saya sertakan tentatifnya..

    8.30-9.30: Taaruf, menunjukkan cara wuduk dan niat yang betul, syarat wajib dan syarat sah solat, muafiq dan masbuq, kedudukan imam dan makmum.

    Saya telah merancang untuk membahagikan masa untuk kesemua slot ini. Insyaallah, akan terancang.

    10.00-11.00: tahiyat awal, tahiyat akhir, doa qunut, sujud sahwi

    Yang inilah yang amat berat untuk saya. Dan inilah yang saya cuba utarakan di sini.

    11.00-12.00: Surah Al-Zalzalah, Surah Al-'Adiyat, Surah Al-Qariah

    Seperti slot taaruf tadi, saya telah membahagikan masa untuk mereka menghafal.

    Saya harap, penjelasan saya dapat merungkai segala persoalan Pak Arab. Saya sendiri tertanya-tanya, semasa taklimat diadakan pun, ia tidak menyentuh tentang cara2 pelaksanaan. Yang diberitahu, semuanya terpulang pada fasilitator. Jadi, kami hanya positif thinking dan mengambilnya sebagai satu cabaran.

    Terima kasih Pak Arab... :jaz:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    22 Replies
    36156 Views
    Last post 05 November, 2012, 07:16:59 PM
    by al_ahibbatu
    1 Replies
    1524 Views
    Last post 17 November, 2011, 11:41:48 PM
    by Munzir khan
    3 Replies
    3835 Views
    Last post 20 December, 2012, 07:59:08 PM
    by Ummi Munaliza