Sampaikan Walau Satu Ayat..

*

Author Topic: Sampaikan Walau Satu Ayat..  (Read 5469 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

24 February, 2010, 10:05:48 AM
  • Publish
  •  :)

    "sampaikan walau satu ayat."

    kita pernah mendengar ungkapan ini....

    adakah ayat yang dimaksudkan itu adalah hadis??
    « Last Edit: 24 February, 2010, 04:04:24 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 24 February, 2010, 10:55:06 AM
  • Publish
  • al quran

    perentah Allah

    sampaikan dari ku walau satu ayat, jangan ikut yahudi menyembunyikan kebenaran, jangan ikut nasrani mengubah kebenaran, maka layaklah sampaikan walau satu ayat, kebenaran dari tuhan

    maaflah tak ingat surah mana, tapi dah lalui membacanya

    Reply #2 24 February, 2010, 12:45:25 PM
  • Publish
  • "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

    Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

    Reply #3 24 February, 2010, 12:51:06 PM
  • Publish

  • Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"

    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
    « Last Edit: 24 February, 2010, 01:13:03 PM by anazahra »

    Reply #4 24 February, 2010, 01:23:43 PM
  • Publish
  • " قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "بلـّغوا عني ولو آية
    Mrs. Ikan Pari

    Reply #5 24 February, 2010, 01:44:42 PM
  • Publish
  • Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"

    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


    ayat yang dimaksudkan ialah hadis bukan??

    Reply #6 24 February, 2010, 02:43:19 PM
  • Publish
  • Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"

    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)


    ayat yang dimaksudkan ialah hadis bukan??

    Ye benar ahmad...
    Hadith Riwayat Al Bukhari..
    Kenapa Ahmad..??

    Reply #7 24 February, 2010, 03:59:39 PM
  • Publish
  • tak maksud saya.. adakah ayat yang disabdakan nabi muhammad itu adalah hadis??

    atau dalam erti kata lain kita kena sampaikan hadis kepada orang lain...

    macam tu??

    Reply #8 24 February, 2010, 04:00:33 PM
  • Publish
  • Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat!"
    (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
    ayat yang dimaksudkan ialah hadis bukan??

     :)
    Benar, itu kata-kata Nabi Muhammad SAW. Namun, Nabi pernah cakap yang maksudnya macam ni. Sesiapa yang menyampaikan ayatnya atau dengan kata lain hadith, tanpa pengesahkan dahulu ketulenannya, biarkan dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
    Satu contoh sebagai pengukuhan kepada pandangan yang saya utarakan:
    Ada seorang pemuda yang bernama Musa datang ke rumah Umar r.a. Ketika dia memeberi salam sehingga tiga kali dia terus beredar. Umar menyedari akan hal tersebut dan kemudian Umar bertanya, "Mengapa kamu tidak mencariku sebelum pulang?" Jawab Musa, "aku mendengar Rasulullah bersabda, jika salam diberi sebanyak 3x hendaklah kamu beredar." Namun, Umar tidak terus mempercayainya, Umar terus meminta Musa membawakan saksi untuk hadith yang dikatakannya. Keesokannya, Musa datang dengan membawa saksi. Pemuda yang dibawa, mengesahkan bahawa hadith itu benar sambil berkata "Wahai Umar kenapa kau begitu kejam?". Umar menjawab, "Aku bukan bersikap kejam, namun untuk mendapat pengesahan bahawa hadith itu benar bukan diada-adakan (untuk kepastian)". Ingatlah semua (halaqian), menyampaikan hadith yang tidak tahu ketulenannya adalah satu jenayah besar dalam Islam.

    Namun ia diklasifikasikan kepada dua iaitu secara langsung atau tidak langsung. Dosa pahala itu rahsia Tuhan, kita hanya perlu memelihara semampu kita untuk tidak menyampaikan hadith yang palsu. Dan DIA Maha adil dalam setiap nilaian. ALLAHu'alam.
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    Reply #9 24 February, 2010, 08:39:56 PM
  • Publish
  • salam... kalu kita ambil hadis tapi tak sertakan sekali dengan perawi takpe ke? kalau ikutkan, (contoh) perawi tu tak putus sampai ke imam bukhari dan muslim je... jadi, kira yang bercakap tu juga meriwayatkan la kan?

    kedua, ana ada baca hadisnya berbunyi, "barangsiapa berbohong atas namaku, maka telah siaplah tempatnya di neraka"... hadis riwayat xingat dan dah lupa.. jadi bagaimana nak kira tu? adakah ana dikira berbohong?

    Reply #10 14 June, 2012, 12:24:09 PM
  • Publish
  • Orang mukmin ialah mereka yang orang lain selamat dari lidah mereka. Jom jaga apa kita taip difacebook dan blog. Jgn sia siakan jari jemari pada perkara yg mungkar

    Reply #11 14 June, 2012, 12:41:22 PM
  • Publish
  • Ye sampaikan walau sepotong ayat, biar manapun mereka telah mengetahui tetapi sekadar untuk peringatan moga yang diketahui akan mengingatinya kembali apa yang telah diketahui.

    Sampaikanlah walaupun di mana level kita, janji sesuatu yang saling memperingati antara satu sama lain.
    Jangan tunggu sampai diri lengkap dan sempurna dalam  beribadah kepada Allah swt kerana diri kita tidak mungkin akan kecapi kesempurnaan tersebut.

    Jika penantian itu yang dinantikan maka sampai bilakah kita perlu memperingati antara kita?
    Dan pastinya sampai MATI  akan tidak tercapai.
    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    3197 Views
    Last post 30 September, 2009, 10:11:04 AM
    by Sum79
    8 Replies
    7482 Views
    Last post 08 February, 2010, 07:59:57 PM
    by Saya Hamba
    1 Replies
    492 Views
    Last post 09 November, 2013, 08:22:21 PM
    by al_ahibbatu