Ilmu Mengenal Allah

*

Author Topic: Ilmu Mengenal Allah  (Read 26876 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hjzulkifli

  • *
  • Posts: 10
    • View Profile
22 February, 2010, 05:51:01 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Untuk Sahabat2, serta adek2 yang di Redai Allah...

    IKTIKAD KETUHANAN, SYIRIK DAN ILMU

       Perkara pokok yang perlu kita ketahui ialah iktikad ketuhanan.  Jika rosak iktikad kita tentang ketuhanan, maka rosaklah segala amalan dan ibadat kita ditolak oleh Allah.  Justeru itu perlulah kita ketahui sedalam-dalam dan  secara terperinci tentang iktikad ketuhanan ini, dimana pada hari ini tidak diperbincangkan lagi dan tidak dititik beratkan lagi oleh sebahagian besar umat Islam terutama pada cerdik pandai Islam pada zaman ini.  Kita rasa amat sedih sekali, kerana dewasa ini aspek-aspek ketuhanan ini telah diperingankan dan dianggap menyeleweng oleh sebahagian besar umat Islam terutama cerdik pandai Islam dimasa ini.  Jadi bagaimanakah pegangan kita tentang iktikad ketuhanan?.

       Rasullallah saw bersabda; "Untuk mengetahui tentang ketuhanan wajiblah menuntut ilmu dan untuk menjalani sesuatu amalan atau ibadat wajiblah kita menuntut ilmu".  Pepatah ulamak-ulamak dahulu ada berkata "Fardhu sebelum fardhu".  Menuntut ilmu itu fardhu ain pada setiap lelaki dan perempuan yang mukallaf, iaitu tiga ilmu yang wajib dituntut, iaitu


    a.   ILMU FEKAH,

    b.   ILMU USULLUDIN @ TAUHID

    c.    ILMU TASAUF.

       Sebagai contoh, iaitu untuk menyampaikan faham kepada kita, iaitu kita ibaratkan tiga ilmu itu sebagai orang yang hendak menjala ikan, yang bertujuan dan bermatlamat untuk mendapat ikan.  Sebelum hendak menjala wajiblah kita ketahui beberapa peraturan atau undang-undang untuk menggunakan jala tersebut, contohnya seperti dibawah:-


    1.1   FEKAH

       Sebelum kita hendak mengerjakan sembahyang, kita perlu ketahui cara-cara hendak bersuci dan cara-cara hendak mengangkat udhuk atau mengambil air sembahyang, dan  ini semua diterangkan secara terperinci didalam ilmu FEKAH.  Ilmu FEKAH ini kita ibaratkan dengan cara-cara hendak memegang jala sebelum kita menebarnya kedalam air.  Jala tersebut perlulah dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu dibelakang, ditengah dan dihadapan, dan jikalau tidak mengikut peraturan ini wajiblah jala tersebut tidak akan kembang dan sudah semestinyalah tidak akan mendapat hasilnya.  Ilmu FEKAH itu amat penting kerana kita perlu mengetahui cara-cara hendak mengerjakan amal, jikalau tidak mengetahui ilmu FEKAH bagaimana kita hendak mengerjakan sesuatu amal atau ibadat, sedangkan tiap-tiap satu rukun itu ada peraturan-peraturannya, dimana sekiranya kita tidak mengikut peraturan-peraturann yang telah ditetapkan, maka rukun atau ibadat itu batal dan tertolak (tidak sah).

    1.2   USULLUDIN @ TAUHID
       
    Setelah kita pandai menebar jala, perlulah pula kita pastikan tempat yang hendak kita menebar jala tersebut tidak ada halangan didalam air, seperti kayu, batu atau sebagainya.  Walaupun kita sudah pandai menebar jalan tetapi jikalau kita tidak pandai memeriksa tempat yang hendak kita menjala, sudah pastilah matlamat untuk kita mendapat ikan jadi sia-sia sahaja, kerana jikalau terkena kepada kayu atau batu sudah pastilah jala tersebut akan pecah atau koyak dan ikan yang diharapkan terlepas.  Oleh itu USULLUDIN juga ialah suatu ilmu yang terpenting,  yang mana kita hendak mengusul sehingga kita dapat mentauhidkan atau mengesakan Allah dengan sebenar-benarnya.  

    Jadi apabila kita hendak mengerjakan sembahyang bermakna kita hendak menyembah Allah, dan sebelum kita hendak menyembah tentulah kita kena ketahui dan kenal dengan tuan yang hendak kita sembah.  Sembahyang itu menyembah Allah, tetapi adakah kita kenal dengan Allah yang kita sembah?.  Ibaratnya; jikalau kita mengerjakan (menebas) kebun atau ladang seseorang, sedangkan tuan yang empunya ladang tersebut kita tidak kenal, cukup seminggu atau sebulan kita hendak minta upahnya, dari atau kepada siapa yang kita hendak minta upah?.  Atau adakah tuan punya ladang tersebut rela dengan permintaan kita?.  

    Begitulah juga dengan amal atau ibadat kita, kita berkehendakkan pahala atau syurga, sedangkan tuan yang empunya pahala dan syurga atau tuan yang kita tujukan amal ibadat kita, kita tidak ketahui dan tidak kenal, jadi kepada siapa yang hendak kita minta pahala atau syurga?.  Dan juga jikalau kita mengerjakan amal atau ibadat dengan disertai berkehendak kepada syurga atau pahala, ini bermakna tidak ikhlas namanya, sedangkan mengikut ilmu TASAUF batal pahala amal yang kita kerjakan.  Mengikut firman pula, tiap-tiap amal atau ibadat mestilah dengan ikhlas, jika tidak amalan itu ditolak oleh Allah.

           Contohnya; didalam sembahyang kita sebut sahaja aku sembahyang, jadi sahaja aku sembahyang  itu kita hendak letak dimana?.  Sebenarnya perkataan sahaja itu terletak dihamba, dari itu jikalau hamba membuat satu-satu kerja tidak layaklah hamba itu meminta balasan atau bayaran, sebab Allah menyebut kepada kita hamba bukan kuli.  Jikalau kuli tidak diberi upah atau bayaran sudah pastilah kuli tersebut tidak akan membuat sebarang kerja walaupun diperintah.  Seorang hamba apabila membuat kerja mengikut perintah tuannya bukan kerana upah atau gaji.  Sedangkan kuli membuat kerja kerana mengharapkan upah atau gaji, jadi kenalah faham betul-betul perbezaan antara kuli dengan hamba.  

    Seorang hamba mendapat ganjaran atau habuan diatas ikhsan tuannya, kerana tuan itu melihat hambanya rajin berkerja dengan ikhlas, tekun dan sabar sehingga tidak mengenal penat dan lelah, maka timbullah rasa kasihan tuannya itu kepada hambanya, lalu tuan itu memberi hadiah atau saguhati untuk hambanya.  Oleh itu kita hendak masuk syurga atau mendapat pahala bukanlah kerana amalan, tetapi kerana keikhlasan dan juga kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah.  Sekiranya kita masuk syurga kerana amalan kita, bermakna syurga dan pahala itu boleh dibeli dan seolah- olah baharu boleh memberi bekas.  Dari itu jikalau kita beramal dan beribadat kerana takut dosa dan hendakkan pahala, bermakna kita dengan Allah ibarat kuli bukannya hamba, dan kiranya tidak mendapat upah atau bayaran sudah pasti tidak mahu buat kerja.

       Seperkara lagi kerana takut dihukum dan juga kerana perintah, jikalau tidak sudah pasti siapa pun tidak mahu buat kerja, ini juga termasuk perkara-perkara yang tidak ikhlas.  Jikalau begitu dimanakah hendak diletakkan LILLAHITA'ALA?.  Dan jikalau kita beribadat kerana menuntut sesuatu, dan jikalau begitu apa yang kita ucapkan tidak setentang dengan apa yang kita niatkan.  Kita ucapkan kerana Allah, tetapi kita niat kerana syurga atau pahala, tentulah ini juga termasuk didalam golongan munafik, kerana kita lakukan bukan kerana Allah, tetapi kerana hendaklah syurga dan takut pada neraka, yakni bukan kerana Allah tetapi kerana HAK Allah.  

    Kesimpulannya jikalau Allah tidak buat syurga dan neraka sudah mesti kita tidak akan mengerjakan ibadat, dan jikalau kita periksa betul-betul diri kita, pada kebiasaannya apa-apa ibadat dan amal kerana HAK TAALA, bukan kerana Allah sebenarnya.  Pembalasan syurga dan neraka itu adalah janjian Allah kepada hambanya, setimpal dengan perilaku hambanya didunia.  Baik balasannya syurga dan jahat balasannya neraka, bukanlah bermakna disuruh hamba itu menuntutnya, kerana tugas hamba itu ialah memperhambakan dirinya zahir dan batin, dan terpulanglah kepada tuannya untuk meneracai keperhambaannya.  Kita sebagai hamba dengan ikhlas wajib memperhambakan diri sepenuhnya.

    Bersambung...Insya"Allah

    hjzulkifli

    • *
    • Posts: 10
      • View Profile
    Reply #1 22 February, 2010, 05:53:58 PM
  • Publish
  • Assalaumualaikum...sambungan

    1.3   TASAUF
       
    Ilmu TASAUF pula diibaratkan sebagai batu jala, kita sudah pandai menjala dan juga pandai memeriksa tempat menjala, akan tetapi jalanya tidak ada batu, walaupun kita pandai menebar jala dan jala kita kembang, tetapi disebabkan jalan tidak ada batu, jalan tersebut kembang di atas air tidak pula turun kebawah dan matlamat untuk mendapat  ikan jadi sia-sia.
       Kita sudah pandai syariat dan pandai cara-cara hendak beribadat, tetapi jikalau tidak mempunyai ilmu TASAUF pahala amal kita batal.  Amal ibadat kita tetap sah, tetapi tidak ada hasil atau pahala, walaupun sifat kehambaan itu bukanlah menuntut pahala, akan tetapi amal ibadat kita tidak ada nilaian disii Allah Taala, dan dengan sendirinya amalan kita tadi jadi sia-sia sahaja.

       Oleh sebab itulah kita wajib dan perlu mengetahui ketiga-tiga ilmu tersebut, terutama ilmu TASAUF, kerana ilmu TASAUF inilah hendak mengesahkan pahala amal.
                Usul, fekah dan tasauf pula dipecahkan kepada beberapa cabang dan rantingnya iaitu; USUL FEKAH, USULLUDIN (SIFAT DUA PULUH), USUL TAHQIQ, TASAUF IBADAT dan TASAUF HAKIKAT.  Usulludin setakat sifat 20, dipecah kepada empat bahagian iatu NAFSIAH, SALBIAH, MAANI dan MAANAWIYAH, dan juga dipecah kepada istiqna, istiqa, sifat kaya, sifat baqa dan tersimpulah aqidul iman.  Apakah setakat itu sudah beriman?.  Setakat usulludin hanya menceritakan dan memberitahu kita, bahawa Tuhan ada, Tuhan sedia, Tuhan bersalahan dengan yang baharu, Tuhan kekal, Tuhan melihat, Tuhan berkata-kata dll.  Usulludin setakat menceritakan sahaja,  tetapi yang melihat, berkata, berkuasa, mendengar itu dimana?. 

       Lazimnya usulludin terhenti disini sahaja dan jika ditanya Tuhan itu ada dimana, paling tinggi jawapannya Tuhan itu tidak bertempat. Tidak bertempat macammana?  pasti tidak dapat jawapannya dan kesudahannya dikatakan soalan bodoh atau soalan orang gila.  Sebab itu kita perlu tahu dan mempelajari USUL TAHQIQ selepas usulludin, kerana dengan USUL TAHQIQlah kita dapat menyatakan Tuhan, iaitu yang mendengar, yang berkata dll tadi itu dimana?.  Dengan usul tahqiqlah soalan-soalan tadi akan terjawab.  Ibarat kita tanam padi dari membajak, menuai sehingga menyimpan itulah usulludin. Tetapi  usul tahqiq diusahakan sehingga jadi beras, jadi nasi dan dicampur lauk pauk baharulah sempurna dimakan (sempurna amal).  Cara-cara hendak memasak pun perlu diketahui, takut kalau-kalau nasi jadi lembik atau mentah, kerana tidak tahu menyukat air dsb.  Cara-cara dan petua untuk menjadikan nasi itu sempurna kita ibaratkan TASAUF HAKIKAT.  Tasauf ibadat pula hanya setakat untuk mengelakkan daripada riak, ujub, takabur, dll.  Tasauf hakikat menyentuh tentang ketuhanan, kesedapan beramal dan kemanisan serta kelazatan dalam amal, ibarat nasi yang berlauk, bukan makan  nasi semata.
       
    Apakah dihari ini kita sudah mendapat kemanisan dan kelazatan dalam beramal dan apakah yang sebenarnya yang dikatakan kemanisan dan kelazatan ?  Oleh sebab itulah menjadi kewajipan kepada kita untuk mencari dan mengetahui ketiga-tiga ilmu tadi, supaya boleh mengetahui dan menghayati kemanisan dan kelazatan  dalam beramal.  Setengah-setengah pendapat mengatakan, tidak sembahyang tidak boleh duduk, gelisah dan sebagainya, itu yang katakan mereka kemanisan dan kelazatan.  Jikalau setakat itu masih diperingkat ketagih, seperti orang ketagih rokok, tidak merokok tidak boleh duduk, gelisah dan sebagainya, yang itu bukan lagi kemanisan dan kelazatan namanya. 

    Yang dimaksudkan kemanisan dan kelazatan itu tidak siapa yang boleh menghuraikannya, hanya diri sendiri atau mereka yang biasa menempuhinya atau menikmatinya.  Dengan cara ini baharulah kita akan mengetahui amalan kita itu diterima atau tidak.  Untuk mencapai  ketahap ini ialah dengan jalan MAARIFATULLAH iaitu mengenal akan Allah dengan sebenar-benar pengenalan.  Jikalau kita tidak maarifat akan Allah, sudah pasti sama sekali kita tidak dapat melepaskan diri dari  mensyirikkan Allah.  Syirik ialah satu-satunya dosa yang tidak akan dapat keampunan, dosa-dosa lain Allah ampun, tetapi bagi dosa syirik tidak sama sekali.

       Tanpa maarifat, amal ibadat tidak sempurna dan tidak akan telepas dari syirik.  Tidak maarifat ertinya tidak kenal, maka apabila tidak kenal bagaimana hendak cinta, sedangkan pepatah ada berkata "tak kenal maka tak cinta".   Kita kata kita cinta pada Allah,  teetapi setakat mana kita cinta kepada Allah?.  Sedangkan kita tidak kenal Allah.  Apakah cinta kita kepada Allah setakat lima waktu sehari semalam sahaja?, entah-entah dalam lima waktu itu pun kita tidak dapat ingat kepada Allah, sebab tidak mengenal akan Allah.  Sembahyang maksudnya ingat, Allah ingat kepada kita dua puluh empat jam sehari semalam, buktinya nafas kita yang turun naik tidak putus-putus duapuluh empat jam, kita ingat kepada Allah setakat lima waktu sahaja, lebih kurang lima puluh minit atau pun sejam, itupun  mungkin cacat kerana tidak maarifat.  Kata orang-orang hakikat, orang yang ulang alik pergi surau sembahyang lima waktu kerana perintah Allah itu jahat, sebab kerana perintah, tetapi jikalau tidak kerana diperintah mungkin tidak dibuatnya, itu yang dikatakan jahat.  Orang yang baik, ialah orang yang sentiasa ingat kepada Allah sentiasa, setiap waktu, setiap ketika sama ada dalam sembahyang atau di luar sembahyang.

    MAKSUD SEBENAR APA ITU SYIRIK DAN APA ITU ILMU

       Firman Allah Maksudnya "Tahukah kamu orang-orang yang mendustakan agama?"      (Al Ma'un ayat 1)
    Maksudnya. Maka kecelakaan  bagi orang-orang yang shalat . Orang-orang yang lalai didalam sembahyangnya" (Al Ma'un ayat 4).
       
    Apakah Tuhan itu zalim, hinggakan orang yang sembahyang menyembahnya, hendak dilontarkan kedalam neraka wail, (orang yang lalai).  Maksud lalai disini bukanlah sembahyang melengah-lengahkan waktu atau zohor sembahyang subuh tidak, magrib sembahyang isyak tidak, (begitulah setengah pendapat tok-tok alim zaman ini).  Sebenar lalai  yang  dimaksudkan oleh Allah itu ialah orang yang didalam sembahyangnya ingat selain dari Allah, tidak kira orangitu ulamakkah, tok alimkah, tok lebaikah atau sesiapa sahaja, asalkan lalai didalam sembahyangnya masuk neraka.  Orang-orang yang begini lalai pun kena dan dusta pun kena.  Sebab apa dikatakan dusta?.  Sebab tidak kenal, hendak ingat kepada seseorang itu mestilah kenal  terlebih dahulu, tidak kenal tetapi dia kata dia ingat.  Terang-terang orang itu berdusta. Sebab itu layaklah orang seperti itu dihumban oleh Allah kedalam neraka
       Sebagai contoh; seorang jejaka ingat kepada seorang gadis, jejaka tersebut ingat sampai termimpi- mimpi, sebab jejaka tersebut kenal dengan gadis itu.  Allah jadikan kita untuk mengenalnya dan Allah kenal akan kita baharu ada kenal mengenal antara satu sama lain.  Jikalau kita sahaja yang ingat, bukan dinamakan cinta, tetapi dipanggil angau.  Orang bercinta jikalau tidak dapat lihat orang yang dicintai, dapat pandang bumbung rumah kekasihnya pun sudah cukup.  Sebab itu jikalau hendak cinta pada Tuhan, kenalah kenal betul-betul.

    Hadis saw; Bertanya sahabat kepada Rasullallah, "Apa amal yang paling afdhal ya Rasullallah?" Sabda Rasullallah, "Maarifatullah". Bertanya lagi sahabat kepada Rasullallah."Amal apa yang terlebih pahalanya ya  Rasullallah?'.  Jawab Rasullallah, "Maarifatullah".  Bertanya lagi kali ketiga oleh para sahabat, dan pada kali ini sahabat bukan lagi bertanya, tetapi membangkang.  "Kami bertanya dari segi amal, kenapa engkau menjawab dari segi ilmu ya Rasullallah?'.  (maarifatullah itu kaedah ilmu bukanlah kaedah amal).  Menjawab Rasullallah, "Sedikit beramal dengan mengenal Allah, terlebih munafaat, banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat!". Tujuan para sahabat bertanya kerana mereka tamak akan pahala, kerana mereka hendak bersungguh-sungguh beramal dengan yang banyak pahala, dan yang kurang pahala mereka hendak ringankan.

       Kita selalu dengar dan terbaca didalam kitab-kitab atau buku-buku iaitu perkataan AWALLUDIN MAARIFATULLAH.  Perkataan itu terdapat beberapa pendapat, atau percanggahan pendapat oleh ulamak-ulamak sekarang.  Ada yang mengatakan bahawa perkataan tersebut bukanlah perkataan Rasullallah.

       Dengan itu perkataan MAARIFATULLAH itu ialah perkataan nabi saw ini kerana berdalilkan hadis diatas.  Akan tetapi berkemungkinan perkataan  AWALLUDIN itu ditambah oleh para ulama dahulu berdasarkan hadis diatas tadi, iaitu "Sedikit beramal dengan mengenal Allah lebih munafaat dan banyak beramal dengan tidak mengenal Allah tiada munafaat". Jadi sebelum kita membuat amal, wajiblah kita kenal Allah terlebih dahulu, jika tidak sia-sia sahajalah amalan kita itu.

    AGAMA
       Apa erti agama?.  Erti agama ialah suruh dan tegah, iaitu di suruh mentauhid dan ditegah mensyirik.  Agama disisi Allah hanya ISLAM sahaja, kepada yang lain seperti nasrani, yahudi dll dipanggil kaum, bukan agama.  Firman Allah

    Maksudnya
     "Katakanlah (wahai Muhammad ):’ Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah yang esa; Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh Dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun didalam beribadat kepada Tuhannya". (Al-Kahfi: 110).


    SYIRIK

       Syirik terbahagi kepada dua, iaitu syirik jali dan syirik khafi.  Syirik jali ialah syirik yang terang iaitu seperti menyembah berhala, patung, pohon kayu atau apa-apa juga objek yang terdapat disekeliling. Sejahil-jahil orang Islam berkemungkinan tidak akan terkena kepada syirik jali.  Syirik khafi pula ialah syirik yang tersembunyi, yang mana kita tidak sedari dan ketahui yang kita terkena kepada syirik.  Bukanlah seperti tafsiran sesetengah ulamak masa kini, yang mana mereka tafsirkan syirik khafi itu ialah syirik kecil, atau syirik halus dan oleh kerana itu mereka meringankan dan meremehkan syirik khafi ini, seolah-olah boleh dikuis seperti seekor semut sahaja.  Sedangkan syirik khafi inilah yang paling di takuti oleh ulamak-ulamak zaman dahulu.  Walaupun syirik khafi namanya, tetapi hukumnya tetap syirik jali, sekiranya kita tidak mengenal Allah atau menyata akan Allah. Insyaalah kita akan buktikan di bab-bab yang akan datang.
       
    Kita bertaubat siang malam dan pagi petang, tetapi syarat taubat tidak kita ikuti, iaitu; tinggalkan, menyesal dan tidak akan mengulangi lagi.  Bagaimana hendak ditinggalkan dan menyesal, sedangkan kita tidak ketahui kita kena syirik. Sampai ke mati pun kita tidak ketahui yang kita kena syirik.  Tetapi yang anehnya, kebanyakan cerdik pandai Islam sekarang mengatakan tidak mengapa, kerana syirik khafi ini halus, sekadar dosa kecil sahaja.  Tetapi bagi ulamak-ulamak zaman dahulu, syirik khafi inilah yang paling ditakuti oleh mereka, syirik jali tidak perlu ditakuti kerana tidak ada orang Islam yang akan kena dengan syirik jali.  Kita perlu waspada dengan syirik khafi  ini, sebab itulah kita perlu atau wajib ambil tahu tentang syirik khafi .

       Bagi orang-orang hakikat, sebesar zarah kena syirik khafi  seolah-olah sebesar gunung yang akan menghempap diri mereka, tetapi bagi orang-orang syariat, jikalau sebesar gunung pun mereka menganggap seperti seekor semut, yang dengan mudah mereka membuangkannya.  Sabdu rasullallah saw; "Tidak akan masuk syurga, jika ada walau sebesar zarah syirik".  Ini adalah amaran yang paling keras.  Tetapi kini adakah cerdik pandai Islam mendedahkan perkara yang penting ini?.  Perkara-perkara seperti ini jarang sekali kita dengar, malahan tidak pernah ada perbincangan secara terperinci didalam masyuarat Islam kita.  Jikalau adapun datangnya dari sebilangan kecil guru-guru hakikat, itupun mendapat tentangan dan cemuhan, dan dituduh menyeleweng, sesat dsb.  Yang paling menyedihkan ialah tuduhan dan cemuhan begitu datangnya dari apa yang dinamakan cerdik pandai Islam.  Mereka ini menyuruh kita bincang bab lain banyak-banyak, tetapi tentang hakikat jangan dikaji dan dipelajari, nanti jadi sesat atau gila isim, dan dimasukkan pula kedalam internet, iaitu didalam senarai ajaran sesat.  Amat menyedihkan didalam bilangan yang keempat belas, ILMU MENTAUHIDKAN ALLAH tercatit sebagai ajaran sesat.  Jadi jikalau tidak boleh mentauhidkan Allah, buat apa lagi sembahyang sampai lebam dahi, lebih baik tidak usah, buang masa sahaja.

       Syirik khafi setiap saat kita kena tetapi jikalau kita pelajari ilmu hakikat kita tahu kita kena, sebab ada isyaratnya, ibarat lampu isyarat yang merah.  Jikalau buat ibadat banyak-banyak, tetapi tidak tahu kena syirik, kedalam nerakalah tempatnya, kerana Allah sudah tegaskan bahawa dosa syirik adalah dosa yang tidak diampun.  Tidak kira syirik jali atau syirik khafi.  Punca-punca kena syirik sebab tidak maarifat atau mengenal Allah.  Itulah didalam Islam ada ilmu syariat, ilmu tarikat, illmu hakikat dan ilmu maarifat, keempat ilmu ini kenalah jalan seiring, jikalau tidak nerakalah tempatnya.

       Sabda nabi saw; "Beramal tanpa ilmu sesat yang amat sangat, dan berilmu tanpa amal dosa yang amat besar".  Orang yang berilmu jikalau beramal pasti  menjadi, tetapi orang yang tidak berilmu membuat amal tidak menjadi dan sia-sia.  Ilmu apakah yang dimaksudkan?.  Jikalau ilmu sembahyang atau ilmu puasa, yakni ilmu fekah, tidak dinamakan sesat, tetapi dikatakan jahil sahaja.  Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu MAARIFATULLAH, iaitu ilmu mengenal Allah, (insyaallah kita akan buktikan dibab-bab yang akan datang).  Barang siapa yang tidak MAARIFATULLAH bukan sahaja duduk didalam kesesatan, bahkan sentiasa mensyirikkan Allah.  Kaum kafir itu sesat kerana syirikkan Allah.  Jikalau kita bertanya kepada yang sedang pegang gaharu sembah  berhala, ini Tuhankah?.  Nescaya jawabnya, "bukan, tuhan alah, sambil menuding jari telunjuknya keatas.  Jikalau kepada orang Islam pula kita bertanya, engkau sembahyang sembah apa?.  Tentu jawabnya, "sembah Allah".  dan kita tanya lagi, dimana Allah?.  Nescaya terpinga-pingat tidak tahu dimana, dan ada juga yang menuding jari telunjuknya keatas.  Lagi teruk dari orang kafir, kerana orang-orang kafir sembah berhala sebab tidak tahu Allah, tetapi orang Islam tahu adanya Allah dan tidak tahu dimana (tak boleh nyata).  Jikalau seperti ini, didalam neraka besok orang kafir kata, "Gua kencing luu kena", sebab kita duduk dibawah dari mereka.

       Ada juga yang berkata, "kita ini muda lagi, esok bila sudah tua kita mengajilah".  Perkataan begini seolah-olah mereka lebih pandai dan tahu dari Tuhan, sebab mereka tahu bila hendak mati, iaitu seperti maksud mereka mati tua.  Ada pula seorang ahli kasyaf berkata, yang beliau baharu sahaja baligh tiga tahun, sedangkan usianya sudahpun tujuh puluh tiga tahun, kerana beliau baharu tiga tahun mengenal Allah.  Kita tidak mahu baligh umur, tetapi apa yang kita mahu ialah baligh akal, maksudnya akallah yang dapat memaarifatkan Allah.
       Apakah tujuan Allah jadikan kita?. Saja-sajakah?.  Atau untuk apa? Sedangkan kita tahu Allah itu maha kaya dan maha kuasa, jikalau Allah tidak mencipta makluk pun tidak jadi apa-apa kepada DIA.  Tetapi apa sebabnya diciptanya makhluk?  Sebenarnya Allah ciptakan makhluk ialah untuk menyatakan akan diriNYA yang tidak nyata, jikalau DIA tidak mencipta makhluk, DIA hendak nyata dimana?.  Bagaimana pula untuk menyatakan Allah?.  Jawabnya dengan jalan MAARIFAT.  Bagaimana pula hendak MAARIFAT?.  Jawabnya dengan jalan TAUHID.

       Didalam banyak-banyak makhluk ciptaan Allah, makhluk yang berbangsa insan sahajalah yang mendapat pujian dari Allah, kerana makhluk berbangsa insan sahajalah yang boleh dan lebih tepat untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata. 



    Firman Allah;   Maksudnya:
    "Sesungguhnya Aku telah menciptakan insan dengan bentuk  semulia-mulia kejadian. Kemudian kami kembalikan ketempat yang serendah-rendahnya"      (AT TIN: 4 dan 5). 

    Apakah sebabnya setelah dipujinya insan dan selepas itu dikembalikan kepada kehinaan?.  Sebabnya, Allah jadikan insan untuk menyatakan diriNYA yang tidak nyata, tetapi apabila insan yang tidak dapat menyatakanNYA maka sia-sia sahajalah dijadikan insan itu.  Sebab itu jikalau insan yang tidak boleh menyatakan Allah, tidak dipanggil insan, tetapi dipanggil manusia?.  Yakni yang sia-sia didunia dan diakhirat.  Allah hanya puji insan dan bukan manusia (Nas/Manusia), Allah puji insan yang boleh menyatakanNYA.  Insan pun masih belum selamat. 

    Firman Allah;
    Maksudnya :
    "Demi masa, sesungguhnya insan (manusia)  itu didalam kerugian, kecuali insan yang beramal soleh dan berpesan-pesan kearah kebaikan dan berpesan dengan kesabaran ".   
       ( Al-Asri: 1, 2 dan 3 ). 

    Beriman yakni sentiasa NYATA akan Allah dan beramal soleh, sentiasa ingat akan Allah setiap masa dan detik.
       
    Hendak menyata akan Allah, mestilah kenal, tetapi setakat mana kita kenal akan Allah?.  Insyaalah kita akan cuba hurai dan fahamkan dengan kaedah ilmu ini di bab-bab seterusnya.  Petikan firman, "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari fahsya dan mungkar".  Tetapi jikalau sembahyang tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, sembahyang itu tidak terpakai dan jikalau sebenar sembahyang ia dapat mencegah dari perkara-perkara tersebut, kerana sebenar sembahyang ialah menyata akan Allah.  Kemungkaran yang paling besar ialah mensyirik akan Allah.  Jikalau sembahyang masih mensyirikkan Allah sampai bila-bila pun tidak dapat mencegah dari fahsya dan mungkar, kerana itu wajiblah kita ketahui bagaimana untuk dapat menyata akan Allah.  Ada juga yang berkata apabila belajar ilmu hakikat, syariat tidak perlu ditunaikan, jikalau pendapat seperti itu, suruhlah dia berjalan dengan kaki sebelah, atau suruh dia letak nasi dihadapannya dan suruh nasi itu sendiri masuk mulutnya, jikalau dia boleh lakukan bolehlah dia tinggalkan syariat.

       Perlulah ditegaskan lagi disini, bahawa SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT, MAARIFAT ialah satu gabungan yang utuh, yang tidak boleh dipisahkan, dan jikalau dipisahkan antara satu sama lain bermakna pincanglah amalan.  Bolehlah diibaratkan disini;  SYARIAT ibarat perlakuan kaki yang melangkah, TARIKAT ibarat jalan yang hendak dilalui, HAKIKAT ibarat ilmu sebenar atau bulat iktikad hendak ditujui, dan MAARIFAT ibarat tempat yang sebenar hendak ditujui.  Dari itu dapatkah dipisahkan atau diceraikan antara keempat-empat gabungan tersebut?.
     
    RENUNGAN

    "Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi.  Aku ingin diketahui.  Maka aku  menciptakan  makhluk  agar  mereka mengenal Aku"
    (Hadis Qudsi).

    "Aku adalah 'Kanzun Mahfiyya' (yang terpendam dan tertutup).    Aku ingin ditemukan dan dikenal.  Aku ciptakan makhluk agar mereka mengenal Aku. 
    (Hadis Qudsi).

    Sabda Rasul saw. Ilmu itu ada dua macam.  Pertama: Ilmu lisan,    sebagai hujjah Allah  dan kepada  hambanya.  Kedua: Ilmu batin yang  bersumber  dilubuk hati,  ilmu inilah  yang  berguna  untuk    mencapai tujuan pokok dalam ibadah.


    DOA RASULLALLAH

    Ya Allah, tunjukkilah kami bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang benar dan berilah kami kemampuan untuk mengikutinya.  Dan tunjukkanlah kepada kami bahawa kebatilan itu adalah sesuatu yang batil, maka itu berikanlah kami kemampuan menjauhinya". (hadis Nabi).


    A M I N ! ! !
    Bersambung

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #2 22 February, 2010, 08:15:35 PM
  • Publish
  • aduih, awat panjang lebar ni

    siapa yang beri idea menulis tu - nafsu ke, tuhan sebenar ke, atau olahan dari diri sendiri, memandai mandai akal ke, atau berserah padanya jua

    waduh, siapa beri nafas tu, selesa saja bernafas naaaa
    waduh, awatlah awak type tu begitu, kuasa siapa tu, kudrat kamu tu, dari siapa ya

    awat pula tak bertempat, kamu hidup siapa yg menghidupkan, boleh hidup sendiri tanpanyakah?

    fikir balik lah ya, alastu birabbikum......................bahkan katamu, di mana duduknya ia, dia tiupkan dari nya.

    itulah awak, jika belum kenal diri, lagumana nak kenal tuhan
    diri sendiri, sombong ke mengakui, kuasa aku, tahukah haman dan qarun di telan bumi

    sungguhlah, Allah yang menyampaikan aku ke mari

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #3 27 December, 2010, 06:29:21 PM
  • Publish
  • Ilmu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t....ada ilmu lagi tinggi dari tarekat?

    :)

    Ada sapa-sapa boleh tolong komen tajuk di atas^_^

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #4 27 December, 2010, 10:27:41 PM
  • Publish
  •     بسم الله الرحمن الرحيم
    (33:21)  Sesungguhnya telah ada pd (diri) Rasulullah itu suri teladan yg baik bagimu (yaitu) bagi org yg mengharap (rahmat) Allah & (kedatangan) hari kiamat & dia banyak menyebut Allah.

    Mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Lalu Aisyah r.ha. menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".


    1jemaah

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #5 28 December, 2010, 12:11:21 AM
  • Publish
  •  :)
    Awal2luddin makrifatullah.awal2 agama mengenal ALLAH.
    pepatah mulayu yg berbunyi..Tak kenal maka tak cinta..
    so..mari mengenal ALLAH. :msya:

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #6 28 December, 2010, 10:31:05 AM
  • Publish
  • Sejahtera ke atas kalian .....

    Allah Yang Maha Permudah (Al-Fattah)

    Nabi Muhammad Yang Permudah .......... takkan susah sangat kot ajaran yg disampaikan melalui perantaraan-NYA

    atau saya sendiri yg buat payah ?

    elakkan dari sebar aib orang, jangan buka aib sendiri

    elakkan dari melakukan mungkar terhadap yg lain, jangan plak mengeji diri sendiri.

        بسم الله الرحمن الرحيم

    (4:36)  Sembahlah Allah & janganlah kamu mempersekutukan-Nya dgn sesuatupun. & berbuat baiklah kpd dua org ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, org2 miskin, tetangga yg dekat & tetangga yg jauh , & teman sejawat, ibnu sabil  & hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg sombong & membangga-banggakan diri,
    (4:37)  (yaitu) org2 yg kikir, & menyuruh org lain berbuat kikir, & menyembunyikan karunia Allah yg telah diberikan-Nya kpd mrk. & Kami telah menyediakan untuk org2 kafir  siksa yg menghinakan.
    (4:38)  Dan (juga) org2 yg menafkahkan harta-harta mrk krn riya kpd manusia, & org2 yg tidak beriman kpd Allah & kpd hari kemudian. Barangsiapa yg mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yg seburuk-buruknya.

    Sabda Baginda yang bermaksud: “Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal saleh, bererti sudah  tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”

    kemungkinan saya sombong sebelum maka jalan-NYA jadi makin sukarlah ....
    « Last Edit: 28 December, 2010, 10:33:01 AM by Saya Hamba »

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #7 28 December, 2010, 04:26:50 PM
  • Publish

  • ada dikalangan golongan yang membuat disiplin diri dengan membuat ibadat yang sangat berat bagi mendidik nafsu....

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #8 28 December, 2010, 08:21:50 PM
  • Publish
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    Saidin Umar pernah bertanya pada Abdullah bin Ma’ud

    Soalan pertama : “Ayat Qur’an manakah yang paling agung?”
    Jawab Abdullah,
    “(Allah, tiada Tuban selain Dia; Yang Maha Hidup Kekal, lagi terus menerus mengurus (rnakhluk-Nya): tidak mengantuk dan tidak pula tidur…). [Al-Baqarah: 255]

    Soalan ke dua , ayat Qur’an manakah yang lebih kuat hukumnya?”
    Jawab Abdullah,
    (Sesungguhnya Allah memerintah kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi . kepada kaurn kerabat, dan Allah melarang kamu dari perbualtn keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran)” [An Nahl; 16:9]

    Soalan ke 3 “Tanyakan kepada mereka, ayat Quran ma yang paling mencakup?” perintah ‘Umar.
    Jawab Abdullah,
    (“Barangsiapa mengerjakan kebaikan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walaupun seberat dzarrah, niscaya dia akan melihat balasannya pula). [Al Zalzalah; 99:8].

    Soalan ke 4 “Tanyakan, ayat Al Qur’añ manakah yang memberi kabar takut?”  Soal Saidina Umar.
    Jawab Abdullah,
    (Pahala dari Allah bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong. dan tidak pula menurut angan-angan Ahli Kitab. Barangsiapa mengerjakan kejahatan niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahaltn itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak pula penolong baginya selain Allah).” [An Nisa’; 4:123]

    Soalan ke 5 “Tanyakan pula, ayat Qur’an manakah yang memberikan harapan?”  Ditanya lagi akan Saidina Umar.
    Jawab Abdullah.
    (Katalahl Hai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah; sesungguhnya Allah mengampuni semua dosa. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang).” [Az Zumar; 39:53]

    mengapa nak tunggu yg berat2 .... perhatikan .... selesaikanlah dgn baik ... sabar2lah dgn sabar yg baik

    (2:26) Sesungguhnya Allah tiada segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yg lebih rendah dari itu . Adapun org2 yg beriman, maka mrk yakin bhw perumpamaan itu benar dr Tuhan mrk, tetapi mrk yg kafir mengatakan : "Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?." Dgn perumpamaan itu byk org yg disesatkan Allah , & dgn perumpamaan itu (pula) byk org yg diberi-Nya petunjuk. & tidak ada yg disesatkan Allah kecuali org2 yg fasik, 
    (2:27) (yaitu) org2 yg melanggar perjanjian Allah sesudah perjanjian itu teguh, & memutuskan apa yg diperintahkan Allah (kpd mrk) untuk menghubungkannya & membuat kerusakan di muka bumi. Mrk itulah org2 yg rugi.

    Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, bhwsnya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada mudharat dan tiada memudharatkan. "

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #9 31 January, 2011, 08:09:31 AM
  • Publish
  • Ilmu apakah yang boleh menimbulkan KESEDARAN?

    SEDAR bahawa Allah yang Menciptakan segala galanya
    SEDAR yang Allah lah yang memberi HIDUP, dan juga memberi MATI
    SEdar yang Penglihatan ini Allah yang beri - semuga memandang sesuatu nampak Allah,
    SEDAR yang Pendengaran ini Allah yang beri, maka tak layak Mendengar yang sia sia, semuga boleh  Taqwa

    mahu SEDAR bukan kerana ILMU
    ada Ilmu jika tak INGAT, tak menjadi apa apa
    semuga ILMU yang kamu dapat itu
    kaedah yang kamu belajar itu
    amal yang kamu lakukan itu
    membolehkan kamu INGAT Allaah

    Tinngi Rendah diri, berpusing dalam satu Bulatan, ada masa tinggi, ada masa rendah, ibarat RODA
    ILMU, tetap TINGGI
    ISLAM tetap tinggi
    Allah tetap Tinggi

    Ingatlah Allah, semuga bertaqwa

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #10 31 January, 2011, 12:41:02 PM
  • Publish
  • ILMU.. yg paling tinggi ialah ilmu yg buleh membantu menjawab soalan kubur... maka, udah disampaikan kepada setiap dari mu yg bersyahadat akan ALLAHU, LAAA ILAAHA ILLAA HU.... bahawa satu-satunya jalan ilmu menuju ke situ ialah ilmu yg diajar oleh MUHAMMAD RASUULULLAH... Baginda, diPERINTAHkan untuk memberitahu, mengajar,....Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Bukankah, udah terang, jelas dan nyata akan itu jalan untuk mu?? Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

    Wallaahu a'lam!...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #11 31 January, 2011, 12:50:24 PM
  • Publish
  • ala tuan aRozi

    soalan kubur masing masing dah hafal

    sunnah sering di perdebatkan

    sering di polemikkan

    itu sebab wa tetap mengatakan

    boleh ke dah ada dapat ILMU, menimbulkan kesedaran keberadaan Allah disisimu

    itu sebab, Ilmu tu bukan baca baca
    baca baca tu sedang belajar

    baca dengan lidah, melihat dengan mata, Hati, semuga SEDAR

    inshallah, nak stay Alert, ingat Allah sokmo..........

    hello Brader, ada INGAT ke, ihik, ahak, uhuk,

    Ingatlah Allah, dan sebutlah nama Allah sebanyak banyaknya

    subhanallah

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Reply #12 31 January, 2011, 01:00:32 PM
  • Publish
  • BENAR ITU WAHAI TOK BATU...

    DIRI sendiri, sendiri mao INGAT lah.. andai sudah ada ILMU untuk mengINGAT, maka bertandanglah itu TAUHID atas diri mencengkam.. terIKAT lah ini NAFSI dengan itu KITAABA WAL HIKMAH...akan IMAN dan AMAL itu padu pada LAAA ILAAHA ILLAAHU MUHAMMAD RASUULULLAHU...

    Saper yang mao??


    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #13 31 January, 2011, 09:11:06 PM
  • Publish
  • apa juga ilmu jika niatnya untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t insyaallah sampai juga kepada Allah

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1368
      • View Profile
    Reply #14 31 January, 2011, 09:26:34 PM
  • Publish
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    (4:36)  Sembahlah Allah & janganlah kamu mempersekutukan-Nya dgn sesuatupun. & berbuat baiklah kpd dua org ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, org2 miskin, tetangga yg dekat & tetangga yg jauh , & teman sejawat, ibnu sabil  & hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 yg sombong & membangga-banggakan diri,

    (4:37)  (yaitu) org2 yg kikir, & menyuruh org lain berbuat kikir, & menyembunyikan karunia Allah yg telah diberikan-Nya kpd mrk. & Kami telah menyediakan untuk org2 kafir  siksa yg menghinakan.

    (4:38)  Dan (juga) org2 yg menafkahkan harta-harta mrk kerana riak  kpd manusia, & org2 yg tidak beriman kpd Allah & kpd hari kemudian. Barangsiapa yg mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yg seburuk-buruknya.

    (4:39)  Apakah kemudharatannya bagi mrk, kalau mrk beriman kpd Allah & hari kemudian & menafkahkan sebahagian rezki yg telah diberikan Allah kpd mrk ? & adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mrk.

    (4:40)  Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorg walaupun sebesar zarrah, & jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya & memberikan dr sisi-Nya pahala yg besar .


    “Engkau mengabdi kepada Allah seperti engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.”
    Maksud Hadis

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #15 31 January, 2011, 10:26:07 PM
  • Publish
  • Bagaimana untuk memastikan kita tidak lari dari al-quran dan sunnah dalam beribadah kepadaNya

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #16 01 February, 2011, 03:19:49 AM
  • Publish
  • Bagaimana untuk memastikan kita tidak lari dari al-quran dan sunnah dalam beribadah kepadaNya

    Bagaimana: tentu lah mengikut Cara hidup Islam berpandukan apa yang Rasulillah tauladankan .....(wajibnya menuntut Ilmu)..... ramai tahu mengatakan berpandukan alQuran dan sunnah.

    untuk memastikan kita tidak lari dari alQuran dan sunnah: kita kena MENGETAHUI

    dalam beribadah kepadaNYA: kena Ingatlah pada Allah, padaNYA, kena SEDAR takboleh mabuk, kena SEDAR bukan lena, kena SEDAR bukan main main, kena SEDAR yakni Mengetahui dan Ingat padaNYA

    subhanallah, mohonlah kepada Allah
    Cukuplah Allah bagi ku

    wahdahu laa syarikalah

    razmanali

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #17 03 March, 2011, 08:48:08 PM
  • Publish
  •  :)
    Tn HJ Zulkifli...ana nak minta anta sambung mengenai Ilmu Mengenal Allah...
    mungkin boleh muzakarah mengenai perbezaan makhluk dan Allah...

     :ins:

    Qalam Buana

    • *
    • Posts: 65
      • View Profile
    Reply #18 03 March, 2011, 09:10:47 PM
  • Publish
  • :)
    Tn HJ Zulkifli...ana nak minta anta sambung mengenai Ilmu Mengenal Allah...
    mungkin boleh muzakarah mengenai perbezaan makhluk dan Allah...

     :ins:

    dari kalam HIKAM


    DI ANTARA BUKTI YANG MENUNJUKKAN ADANYA KEPERKASAAN ALLAH S.W.T YANG LUAR BIASA ADALAH YANG DAPAT MENGHIJAB ENGKAU DARIPADA MELIHAT KEPADA-NYA DENGAN HIJAB YANG TIDAK ADA WUJUDNYA DI SISI ALLAH S.W.T.
    BAGAIMANA DISANGKA ALLAH S.W.T DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MENZAHIRKAN SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK ZAHIR PADA SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA AKAN MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TERLIHAT DALAM TIAP SESUATU.
    SESUATU BAGAIMANA AKAN DAPAT DITUTUP OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK PADA TIAP SEGALA SESUATU. BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH PADAHAL DIA YANG ADA ZAHIR SEBELUM ADA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH NYATA DARI SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ESA, TIDAK ADA DI SAMPING-NYA SESUATU APA PUN.
    BAGAIMANA AKAN DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH DEKAT KEPADA KAMU DARI SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU, ANDAINYA TIDAK ADA ALLAH S.W.T NESCAYA TIDAK ADA SEGALA SESUATU.
    ALANGKAH AJAIBNYA BAGAIMANA NAMPAK WUJUD DI DALAM ‘ADAM (YANG TIDAK WUJUD), ATAU BAGAIMANA DAPAT BERTAHAN SESUATU YANG ROSAK BINASA ITU DI SAMPING ZAT YANG BERSIFAT KEKAL.

    Alam ini kesemuanya adalah gelap gelita sedang yang meneranginya adalah kerana nampak Wujud Allah s.w.t padanya. Pada hakikatnya alam ini tidak wujud, Allah s.w.t jua yang wujud. Tetapi apa yang terlihat kepada kita adalah alam semata-mata sedangkan Allah s.w.t yang lebih nyata menjadi terlindung daripada pandangan kita. Allah s.w.t yang menzahirkan segala sesuatu, bagaimana sesuatu itu pula menghijabkan-Nya. Allah s.w.t yang tampak nyata pada segala sesuatu, bagaimana pula Dia terlindung. Allah s.w.t adalah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya, bagaimana pula Dia dihijab oleh sesuatu yang tidak wujud di samping-Nya.

     Hati akan hanya diisi dengan iman (percaya) atau ragu-ragu. Jika Nur Ilahi menyinari hati maka mata hati akan melihat dengan iman. Seandainya pandangan mata hati  tidak bersuluhkan Nur Ilahi maka apa yang dipandangnya akan membawa keraguan dalam bentuk pertanyaan ‘bagaimana’. Pertanyaan ‘bagaimana’ itu merupakan ujian tentang Allah s.w.t. Ia boleh memberi rangsangan untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Jika tidak dikawal ia akan mendorong kepada perbahasan yang tidak ada penyelesaian kerana bidang ilmu sangat luas, tidak mungkin habis untuk diterokai. Jika kita ikuti perbahasan ilmu, kita akan mati dahulu sebelum sempat mendapat jawapan penghabisan. Oleh itu letakkan garisan penamat kepada ilmu dan masuklah ke dalam iman. Iman menghilangkan keraguan dan tidak perlu bersandar kepada bukti dan dalil-dalil.

     Pengalaman hakikat akan menghapuskan pertanyaan ‘bagaimana’. Apabila keraguan datang, ia akan disambut dengan jawapan, “Dengan Dia aku mengenal sifat-Nya, bukan dengan sifat-Nya aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal ilmu pengetahuan, bukan dengan ilmu pengetahuan aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal makrifat bukan dengan makrifat aku mengenal Dia”.

     Apabila hati sudah diisi dengan iman pertanyaan ‘bagaimana’ akan menguatkan keinginan untuk mencungkil Rahsia Ilahi yang menyelubungi alam maya ini. Jika dia tidak mampu memahami sesuatu tentang Rahsia Ilahi itu maka dia akan tunduk dan mengakui dengan kerendahan hatinya bahawa benteng keteguhan Allah s.w.t tidak mampu dipecahkan oleh makhluk-Nya.

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 814
      • View Profile
    Reply #19 04 March, 2011, 02:56:37 AM
  • Publish
  • :)
    Tn HJ Zulkifli...ana nak minta anta sambung mengenai Ilmu Mengenal Allah...
    mungkin boleh muzakarah mengenai perbezaan makhluk dan Allah...

     :ins:

    dari kalam HIKAM


    DI ANTARA BUKTI YANG MENUNJUKKAN ADANYA KEPERKASAAN ALLAH S.W.T YANG LUAR BIASA ADALAH YANG DAPAT MENGHIJAB ENGKAU DARIPADA MELIHAT KEPADA-NYA DENGAN HIJAB YANG TIDAK ADA WUJUDNYA DI SISI ALLAH S.W.T.
    BAGAIMANA DISANGKA ALLAH S.W.T DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG MENZAHIRKAN SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK ZAHIR PADA SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA AKAN MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TERLIHAT DALAM TIAP SESUATU.
    SESUATU BAGAIMANA AKAN DAPAT DITUTUP OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG TAMPAK PADA TIAP SEGALA SESUATU. BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH PADAHAL DIA YANG ADA ZAHIR SEBELUM ADA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH NYATA DARI SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG ESA, TIDAK ADA DI SAMPING-NYA SESUATU APA PUN.
    BAGAIMANA AKAN DAPAT DIHIJAB OLEH SESUATU PADAHAL DIA YANG LEBIH DEKAT KEPADA KAMU DARI SEGALA SESUATU.
    BAGAIMANA MUNGKIN AKAN DIHIJAB OLEH SESUATU, ANDAINYA TIDAK ADA ALLAH S.W.T NESCAYA TIDAK ADA SEGALA SESUATU.
    ALANGKAH AJAIBNYA BAGAIMANA NAMPAK WUJUD DI DALAM ‘ADAM (YANG TIDAK WUJUD), ATAU BAGAIMANA DAPAT BERTAHAN SESUATU YANG ROSAK BINASA ITU DI SAMPING ZAT YANG BERSIFAT KEKAL.

    Alam ini kesemuanya adalah gelap gelita sedang yang meneranginya adalah kerana nampak Wujud Allah s.w.t padanya. Pada hakikatnya alam ini tidak wujud, Allah s.w.t jua yang wujud. Tetapi apa yang terlihat kepada kita adalah alam semata-mata sedangkan Allah s.w.t yang lebih nyata menjadi terlindung daripada pandangan kita. Allah s.w.t yang menzahirkan segala sesuatu, bagaimana sesuatu itu pula menghijabkan-Nya. Allah s.w.t yang tampak nyata pada segala sesuatu, bagaimana pula Dia terlindung. Allah s.w.t adalah Maha Esa, tiada sesuatu beserta-Nya, bagaimana pula Dia dihijab oleh sesuatu yang tidak wujud di samping-Nya.

     Hati akan hanya diisi dengan iman (percaya) atau ragu-ragu. Jika Nur Ilahi menyinari hati maka mata hati akan melihat dengan iman. Seandainya pandangan mata hati  tidak bersuluhkan Nur Ilahi maka apa yang dipandangnya akan membawa keraguan dalam bentuk pertanyaan ‘bagaimana’. Pertanyaan ‘bagaimana’ itu merupakan ujian tentang Allah s.w.t. Ia boleh memberi rangsangan untuk menambahkan pengetahuan tentang Tuhan. Jika tidak dikawal ia akan mendorong kepada perbahasan yang tidak ada penyelesaian kerana bidang ilmu sangat luas, tidak mungkin habis untuk diterokai. Jika kita ikuti perbahasan ilmu, kita akan mati dahulu sebelum sempat mendapat jawapan penghabisan. Oleh itu letakkan garisan penamat kepada ilmu dan masuklah ke dalam iman. Iman menghilangkan keraguan dan tidak perlu bersandar kepada bukti dan dalil-dalil.

     Pengalaman hakikat akan menghapuskan pertanyaan ‘bagaimana’. Apabila keraguan datang, ia akan disambut dengan jawapan, “Dengan Dia aku mengenal sifat-Nya, bukan dengan sifat-Nya aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal ilmu pengetahuan, bukan dengan ilmu pengetahuan aku mengenal Dia. Dengan Dia aku mengenal makrifat bukan dengan makrifat aku mengenal Dia”.

     Apabila hati sudah diisi dengan iman pertanyaan ‘bagaimana’ akan menguatkan keinginan untuk mencungkil Rahsia Ilahi yang menyelubungi alam maya ini. Jika dia tidak mampu memahami sesuatu tentang Rahsia Ilahi itu maka dia akan tunduk dan mengakui dengan kerendahan hatinya bahawa benteng keteguhan Allah s.w.t tidak mampu dipecahkan oleh makhluk-Nya.

    Ya...exactly dalam kalam hikam...tertutup mata hati menyebabkan Allah terhijab dari pandangan kita...
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    94 Replies
    12988 Views
    Last post 19 January, 2013, 07:04:41 PM
    by nazri0070
    282 Replies
    58641 Views
    Last post 21 September, 2013, 10:22:24 PM
    by nazri0070
    5 Replies
    1041 Views
    Last post Yesterday at 01:26:19 PM
    by Fakir Billah