Kenapa Orang Islam Solat Menghadap Kaabah ?

Author Topic: Kenapa Orang Islam Solat Menghadap Kaabah ?  (Read 12595 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Delima^Biru

  • *
  • Posts: 126
  • Kembara ku di Kejora Biru
    • View Profile
19 February, 2010, 11:53:57 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    SOALAN:

    MENGAPA kita solat menghadap kaabah sebagai kiblat sedangkan kita tahu Allah itu tidak bertempat. Soalan ini sering ditanya oleh rakan-rakan beragama lain. Bagaimana kita patut menjawabnya?


    Kaabah - Kiblat Untuk Orang Islam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 19 February, 2010, 11:57:55 AM
  • Publish Di FB

  • Inilah indahnya Islam, setiap ibadat ada disiplin, rukun dan syaratnya bagi memastikan ibadat itu diterima Allah SWT.

    Agama Islam bukan sekadar agama nama tetapi agama yang mengatur dan mendidik umatnya agar sentiasa berada pada landasan yang betul lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan ibadat.

    Memang betul Allah tidak bertempat, namun ini tidak bermaksud kita boleh menghadap mana kita mahu ketika solat. Bayangkan sahaja kalau manusia tidak menghadap kaabah malahan ikut rasa mana dia nak hadap, hadaplah dengan alasan Allah SWT berada di mana sahaja.

    Hasilnya seorang akan mengadap timur, seorang lagi menghadap barat, seorang berikutnya menghadap selatan. Bukankah keadaan ini lebih tidak berperaturan berbanding dengan mereka yang menghadap kiblat sama-sama dalam solat.

    Saya yakin tiada suatu agama pun selain Islam yang menekankan konsep berkiblat. Sebab itulah di dalam al-Quran kitab agung umat Islam dan panduan manusia keseluruhannya telah menegaskan melalui firman Allah yang bermaksud: "Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. (al-Baqarah: 144)

    Ayat ini turun dilatari dengan ejekan kaum Yahudi yang menggangap Nabi Muhammad kehabisan modal dalam beragama terpaksa mengambil Baitul Maqdis sebagai kiblat, sedangkan itu adalah kiblat mereka berzaman.

    Hampir setahun lebih umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis sehingga turun ayat dari surah al-Baqarah ayat 144. Maksudnya menghadap wajah ke arah kiblat adalah syariah yang menuntut sifat taabudiy (patuh semata).

    Mengikut fahaman ahlu sunnah wal jamaah, Allah SWT tidak bertempat, yang bertempat hanya makhluk.

    Apabila orang Islam menghadap kiblat itu bukan bermaksud menghadap Allah dalam solat dalam erti kata mengingati Allah SWT.

    Ini jelas dalam dalam penjelasan Nabi SAW terhadap soalan Jibril yang bertanyakan apa itu ehsan lantas baginda menjawab yang bermaksud: Ehsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat dia (Allah), kalaupun kamu tidak dapat melihatnya yakinlah dia melihat kamu…(riwayat al-Bukhari no. hadis: 50, Muslim, no. hadis: 8)

    Maksud hadis ini ialah melihat kebesaran Allah SWT serta menghayati keagungan-Nya. Dalam keadaan kita berpeluang mencari arah kiblat kita adalah disuruh untuk mencarinya dan memastikannya terlebih dahulu. Sekiranya kita tidak tahu dan gagal mencari kiblat kita hadapkan wajah ke arah mana pun adalah sah solat tersebut.

    Sebab itulah Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi sentiasa Mengetahui. (al-Baqarah: 115)

    Maksudnya dalam keadaan apa sekalipun manusia sama ada menghadap barat mahupun timur.

    Di dalam tafsir al-Jalalain ada menjelaskan bahawa: "Kepunyaan Allah jua seluruh jagat ini, sebab di mana-mana ada timur dan di mana-mana pun ada barat. Apabila kita tegak menghadap ketepatan matahari terbit maka yang dibelakang kita adalah barat, yang di kanan kita adalah selatan dan di kiri kita adalah utara".

    Manakala Pak Hamka dalam tafsir al-Azhar menjelaskan: "Inilah hikmah yang sebenarnya, ke mana kita menghadapkan muka ketika kita beribadat kepada Allah, ketika solat pun, asalkan hati telah dihadapkan kepada Allah maka diterimalah ibadat itu oleh Allah. Sebab Timur dan Barat, Utara dan Selatan Allah jua yang empunya…" (Prof. Dr. Hamka, Tafsir al-Azhar, jld: 1, hlm: 277).

    Di dalam hadis yang lain daripada Abudullah bin Abbas baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Baitullah adalah kiblat bagi mereka yang berada dalam masjid, dan masjid adalah kiblat bagi mereka yang tinggal di tanah haram (sekeliling Mekah), dan tanah haram adalah (Mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timurnya dan baratnya dari umatku". (riwayat al-Baihaqiy, Al-Sunan al-Kubra, jld: 2, hlm: 10, al-Syawkaniy, al-Sail al-Jarar, jld: 1, hlm: 172).

    Disiplin dalam solat adalah bermaksud disiplin dalam kehidupan. Sekiranya manusia tidak adalah peraturan seperti mana yang telah ditetapkan oleh syariat Islam maka manusia akan menggunakan akalnya sendiri yang terhad kemampuannya.

    Lebih-lebih lagi dalam soal agama tidak boleh dibiarkan tanpa satu peraturan yang boleh mengikat kesatuan dalam ibadat dan kesatuan dalam kehidupan.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 19 February, 2010, 12:18:55 PM
  • Publish Di FB
  • Menghadap Kiblat Dalam Solat
    Oleh : Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)


    Sebelum membincangkan cara-cara yang diajar oleh nabi saw ketika mendirikan solat yang bermula daripada takbir sehingga salam, seeloknya kita membahaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan syarat wajib solat itu sendiri. Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam bab ini ialah menghadap ke arah kiblat ketika menunaikan solat. Ia merupakan sesuatu yang wajib, dan solat tidak sah tanpanya.

    Landasan utama dalam persoalan menghadap kiblat ketika mendirikan solat ialah firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Dan dari mana saja kamu keluar, maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjid al-Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka hadapkanlah wajahmu ke arahnya (QS 2:150)’.

    Al-Masjid al-Haram dalam ayat di atas memberi maksud ka’bah iaitu menghadap ke arah kaabah ketika menunaikan solat. Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a, bahawa dia berkata, “Ketika Nabi Muhammad saw memasuki Baitullah (Ka’bah), Baginda berdoa pada semua sisinya, tetapi tidak melakukan solat hingga keluar darinya. Setelah keluar, baginda melakukan rukuk dua kali (solat dua rakaat) di hadapan ka’bah. Lalu baginda bersabda, ‘Inilah Kiblat.’

    Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad saw bersabda, “Hadaplah ke kiblat dan bertakbirlah.” Menghadap kiblat merupakan syarat sah solat kecuali dalam dua keadaan, iaitu ketika keadaan sangat tidak aman dan ketika melakukan solat sunat dalam perjalanan. Dalil yang membolehkan tidak menghadap kiblat ketika mendirikan solat adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), maka solatlah sambil berjalan atau berkenderaan (QS 2:239)

    Mengenai penafsiran ayat ini, ‘Abdullah bin ‘Umar r.a mengatakan, “Jika ada rasa takut yang lebih besar daripada itu, hendaklah mereka melakukan solat sambil berjalan dan berdiri atau sambil berkenderaan, sama ada menghadap kiblat atau tidak.” Ia juga turut diperkatakan oleh Imam Malik dalam al-Muwatha’.

    Keharusan untuk tidak menghadap kiblat ketika menunaikan solat sunat adalah berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada Sayyidina ‘Abdullah bin ‘Umar r.a yang mengatakan, “Rasulullah saw bertasbih (melakukan solat sunat) di atas tunggangannya sambil menghadap ke arah mana saja baginda menghadap dan baginda pun melakukan solat witir di atas tunggangannya itu. Baginda hanya tidak melakukan solat fardu di atasnya.”


    Diriwayatkan juga daripada Sayyidina Jabir bin ‘Abdullah r.a, ia mengatakan, “Rasulullah saw melakukan solat di atas tunggangannya ke mana saja tunggangannya itu menghadap. Jika baginda saw akan mendirikan solat fardu, baginda akan turun dan menghadap kiblat.”
    Al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani – dalam al-Fath al-Bari (I:503) mengatakan, “Hadis tersebut menunjukkan tidak boleh membelakangi kiblat dalam mendirikan solat fardu – dengan ijmak, tetapi seseorang diberi rukhsah jika ia dalam keadaan sangat takut.”


    Setiap muslim wajib memahami cara-cara untuk mengetahui arah kiblat. Perkara ini sebagaimana diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah saw bahawa setiap orang yang mendirikan solat hendaklah menghadap kiblat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:…dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk (QS 16:16).

    Termasuk alat petunjuk jalan ialah kompas. Alat ini digunakan oleh manusia moden untuk mengetahui arah kiblat. Setiap muslim diwajibkan mengetahui dalil-dalil atau cara-cara mengetahui arah kiblat, sama ada dengan memerhati terbit dan terbenamnya matahari, melalui penggunaan kompas atau dengan memerhati bayang-bayang ‘kayu’ pada siang hari. Seseorang harus mengetahui arah perjalanan yang sedang dilaluinya, demikian pula arah kiblatnya. Begitulah sebaiknya dilakukan insan Muslim yang memerhatikan kepentingan agamanya, sebagaimana yang dilakukan para sahabat Rasulullah saw .

    Imam an-Nawawi mengatakan, “Jika seseorang Muslim tidak mahu belajar lalu bertaklid (mengikuti yang lain) maka tidak sah solatnya, kerana ia telah meninggalkan tugasnya dalam istiqbal (upaya untuk menghadap kiblat). Akan tetapi, jika ia tidak mengetahui arah kiblat kerana ia tidak termasuk orang yang mampu mengetahui kerana bukan ahlinya, atau ia tidak mendapatkan seseorang (guru) tempat belajar masalah itu, sedangkan waktu solat telah sedikit, atau mungkin ia buta, maka yang difardukan kepada orang seperti itu adalah taklid (mengikuti tanpa mengetahui dalilnya).”

    Taklid yang dimaksudkan adalah mengikuti perkataan atau pendapat orang lain yang disandarkan pada ijtihad. Akan tetapi jika orang yang diharuskan bertaklid itu tidak mendapatkan orang yang ditaklidnya, maka mereka hendaklah melaksanakan solat – untuk menghormati waktu ibadat – dalam keadaan seadanya. Kemudian ia hendaklah mengulanginya lagi kerana perbuatan itu termasuk uzur yang jarang terjadi. Hal ini perlu dilakukan setiap Muslim kerana menghadap kiblat merupakan syarat sah solat. Syariat tidak menggugurkan kewajipan menghadap kiblat kecuali dalam keadaan sangat tidak aman atau ketika melakukan solat sunat dalam perjalanan.

    Perlu diketahui, jika seseorang baru memasuki satu daerah, ia tidak boleh terus mendirikan solat sebelum mengetahui arah kiblat yang tepat. Ia harus berusaha mengetahui perkara itu, contohnya dengan cara bertanya penduduk setempat atau mencari masjid di daerah tersebut. Jika ia melakukan solat tanpa mengetahui terlebih dahulu arah kiblatnya, kemudian ada orang lain yang memberitahu arah kiblat yang sebenar, maka ia harus mengulangi solatnya kerana solatnya tidak sempurna.

    Wallualam.

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Jawab #3 19 February, 2010, 02:57:35 PM
  • Publish Di FB
  • alhamdulillah bertambah lg ilmu didada


    syukran ummi
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #4 19 February, 2010, 03:33:58 PM
  • Publish Di FB
  • kenapa kaabah di kata kiblat

    itu zahir solat

    adapun hati kamu kemana kiblatnya - Allah tahu, Muhammad cinta kasih kepada MEKAH.

    demikianlah, Allah makbulkan apa yang ada di hatimu, jika benarlah hatimu itu, Ingat Dia yang dekat dengan mu, damn mu meminta kepada Allah Yg Esa, bukan kepada selainnya

    subhanallah yang memperjalankan Muhammad kepadaNYA.

    usahakanlah, inshallah

    ako

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #5 19 February, 2010, 03:45:39 PM
  • Publish Di FB
  • kite menghadap kiblat kerana perintah Allah..
    ia adalah lambang kesatuan ummah..
    klo disuruh menghadp Allah,sudh tentu la kite kene tahu dimana Allah berada..sedangkan mana mungkin kita mengetahui dimana Allah berada..
    oleh itu menghadap kaabah adalah menifestasi ketaatan kita kepadaNya..

    kita menghadp kaabah bukan bermakna kita menyembah kaabah..hanya Allah sahaje yang layak disembah..
    ambil contoh kalau kite solat di masjid, dan di dinding masjid terdapat gambar kaabah, adekah kita menghadap gambar tu?
    sudah tentu tidakkan..sebab klo kite mnyembah kaabah sudh tentu kite menghadap gambar tersebut seperti mana penganut agama lain mengahadap gambar2 dan patung2 'tuhan' mereka...

    balqisya

    • *
    • Posts: 4
    • hidup untuk mencari kerdhaan ilahi
      • View Profile
    Jawab #6 19 February, 2010, 07:40:28 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    nk bg feedback psal slt mghadap kaabah ni...
    ade kwn sye tye sndiri kat sy(of kos bkan islam)
    die mcm tye sbb mgkin niat nk thu..
    die tye npe org islam smbah kaabah sdangkan die thu yg org islam jus smbah Allah yang satu
    sbnrye nk bgtau dorg pasal hal agame mmg ssh..
    kite kne ad kebijksanaan nk jwb soalan yg mmg bru bg dorg..
    slah ckp...jd lain lak faktanye
    sy jus ckap ngn kwn sy..
    kiteorg tk sembh kaabah..
    ntah mcm ne sy explain kt die..
    nsib bek ad kwn sy yang bijk dlm berkate2 ni bgtau kat die
    die ykinla ngn jwpan yang dah bg kat die..
    sy nk xplain mmg tk pandai
    tp mmg btul la..kite mmg kne ad kebijaksaan nk memberithu dorg..
    klu dorg yang bkan islam ni nk thu sal agme kite..
    tp sy nmpak kawn sy tu mmg mnt islam
    tp sure sy mmg tk lyak nk  didik die..
    sbb sy ni tk pandai n bijak dlm berbicara
     :syukur:
    skrg die da msuk islam..
    jgn slah phm.
    bkan kawin ngn org islm baru msuk islam..

    PenaHalaqah

    • *
    • Posts: 176
      • View Profile
    Jawab #7 19 February, 2010, 08:29:17 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    nk bg feedback psal slt mghadap kaabah ni...
    ade kwn sye tye sndiri kat sy(of kos bkan islam)
    die mcm tye sbb mgkin niat nk thu..
    die tye npe org islam smbah kaabah sdangkan die thu yg org islam jus smbah Allah yang satu
    sbnrye nk bgtau dorg pasal hal agame mmg ssh..
    kite kne ad kebijksanaan nk jwb soalan yg mmg bru bg dorg..
    slah ckp...jd lain lak faktanye
    sy jus ckap ngn kwn sy..
    kiteorg tk sembh kaabah..
    ntah mcm ne sy explain kt die..
    nsib bek ad kwn sy yang bijk dlm berkate2 ni bgtau kat die
    die ykinla ngn jwpan yang dah bg kat die..
    sy nk xplain mmg tk pandai
    tp mmg btul la..kite mmg kne ad kebijaksaan nk memberithu dorg..
    klu dorg yang bkan islam ni nk thu sal agme kite..
    tp sy nmpak kawn sy tu mmg mnt islam
    tp sure sy mmg tk lyak nk  didik die..
    sbb sy ni tk pandai n bijak dlm berbicara
     :syukur:
    skrg die da msuk islam..
    jgn slah phm.
    bkan kawin ngn org islm baru msuk islam..


    Harap betulkan ejaan kiriman ini.

    Kepada Halaqian yang dihormati sila patuhi ETIKA BERFORUM.
    Baca topik ini :

    1   Isu Penggunaan Bahasa Pasar/Rojak/SMS/Shortform

    2   Anda mungkin seorang yang kurang rajin jika...

    [box title=ETIKA BERFORUM]
         
    1. Ahli Halaqian tidak dibenarkan untuk:
    1.1.    Memulakan thread atau membalas topik dengan HURUF BESAR .
              Tulis tajuk seperti ini  "Islam Itu Indah"
              Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan,   
              pada permulaan perkataan selepas noktah dan nama khas.
    1.1.1. Dilarang Bahasa 'Rojak'
    1.1.2.Dilarang Singkatan Perkataan Yang Keterlaluan sehingga tanpa ada sukukata yang boleh dibaca.
              Eja perkataan dengan betul.
    Pengurusan Artikel, Bahasa dan Ejaan Halaqahnet.

    nazirul razali

    • *
    • Posts: 875
    • HIDUP JIHAD, MATI SYAHID, ALLAH HUAKHBAR.
      • View Profile
    Jawab #8 19 February, 2010, 10:08:11 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih atas info ilmu diatas......
    <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<                              <')))))<
                         <')))))<

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #9 20 February, 2010, 12:05:37 AM
  • Publish Di FB
  • kite menghadap kiblat kerana perintah Allah..
    ia adalah lambang kesatuan ummah..
    klo disuruh menghadp Allah,sudh tentu la kite kene tahu dimana Allah berada..sedangkan mana mungkin kita mengetahui dimana Allah berada..
    oleh itu menghadap kaabah adalah menifestasi ketaatan kita kepadaNya..



    jika tak tahu, eloklah belajar ya, tanya dengan yang tahu, apa guna sembah Allah bila tak tahu Dia di mana, dengan apakah kamu hidup? kamu angkat tangan, kamu melihat, mendengar, makan minum kunyah gigit, siapa punya Kuasa, ada kuasa selain Allaah kah?


    perentahNya lihat lah ke dalam diri
    lihat juga ke alam semesta
    Allah ada

    ako

    • *
    • Posts: 31
      • View Profile
    Jawab #10 20 February, 2010, 02:00:29 AM
  • Publish Di FB
  • kite menghadap kiblat kerana perintah Allah..
    ia adalah lambang kesatuan ummah..
    klo disuruh menghadp Allah,sudh tentu la kite kene tahu dimana Allah berada..sedangkan mana mungkin kita mengetahui dimana Allah berada..
    oleh itu menghadap kaabah adalah menifestasi ketaatan kita kepadaNya..



    jika tak tahu, eloklah belajar ya, tanya dengan yang tahu, apa guna sembah Allah bila tak tahu Dia di mana, dengan apakah kamu hidup? kamu angkat tangan, kamu melihat, mendengar, makan minum kunyah gigit, siapa punya Kuasa, ada kuasa selain Allaah kah?


    perentahNya lihat lah ke dalam diri
    lihat juga ke alam semesta
    Allah ada

    emmm..sebenarnye tuan ni faham ke ape yang saye tulis tu?
    ade saye menafikan kekuasaan Allah ke?
    ade saye menafikan kewujudan Allah ke?
    mksud saye dalam bab menghadap kiblat ni memang kita tak tahu Allah dimana..sebab kita tidak nampak Dia..akan tetapi kita kena yakin yang kita sebenarnya behadapan dengan Allah ketika solat..kita hanya menghadap kaabah sebagai mematuhi perintahNya..dan Allah lah yang kita sembah time solat 2..kalau kite tahu Allah dimana sudah tentu kita tidak menghadap satu arah yang sama semasa solat..boleh jadi ade yang menghadap ke timur,barat,selatan,utara dan sebagainya sebab Allah itu maha berkuasa untuk berada di mana2...dan Dia sangat berkuasa untuk menampakkan dirinya kepada sesiapa pun yang dikehendakiNya walau dimana ia berada...

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #11 20 February, 2010, 03:46:40 AM
  • Publish Di FB
  • Kisah iblis dan para malaikat di suruh bersujud kepada Nabi Adam.. Bukan kerana Nabi Adam tetapi kerana PerintahNya..
    Taat akan perintahNya..
    Lambang penyatuan kita sebagai ummat islam yang taat pada ALlah..

    ALlah jua yg mengetahui.. Yang penting kita sebagai hamba terima dahulu segala ketentuanNya.. Moga sejahtera kita di dunia dan akhirat.. InsyaALlah..
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #12 20 February, 2010, 07:15:23 AM
  • Publish Di FB
  • belajarlah ya, hal solat tu bukan sekadar yang tertulis di dada Kitab sahaja. sebab hal bathin tu, siapa yang tahu, akan tahulah

    waktu solat tu, siapa yang menyembah siapa, di mana pula Yang Esa, di mana pula Yg Maha Kuasa.

    itu sebab, bila di tanya, khusyuk ke? macam macam jawapan

    terpulanglah kan, jika merasa dah khatam, carry on lah

    dinun nasihah, jujurlah - at least pada diri sendiri

    addinamubsyira

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Jawab #13 20 February, 2010, 12:34:29 PM
  • Publish Di FB
  • Allah itu Maha Melihat,Hikmah menghadap satu muka dan satu arah ke kiblat menunjukkan umat Islam bersatu padu,dan tujuan kita adalah satu iaitu mengabdikan diri pada Allah,apabila  musuh Islam melihat boleh menimbulkan perasaan gerun..
    Ini hanyalah pandangan saya.

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #14 20 February, 2010, 04:46:51 PM
  • Publish Di FB
  • Menghadap Kaabah kerana ia perintah Allah dan Sunnah Rasulullah SAW.

    Kaabah ni pun hanya makhluk. Nabi SAW berkata "Seorang Muqmin lebih mulia dari Kaabah" (Mahfum Hadith)

    Ketika membuat Umrah/Haji Umar RA memegang Hajratul Aswad sambil berkata "kalaulah aku tidak melihat Nabi SAW memegang kamu nescaya Aku pun tak ingin nak memegang kamu"

    Ia juga sebagai satu tanda bahawa Kita menyembah kepada "Yang Satu"

    Wallahua'lam.....
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    bakillah

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Jawab #15 20 February, 2010, 06:34:55 PM
  • Publish Di FB
  • sebab kaabah tu lambang penyatuan umat islam lagi pun ia menjadi syarat sah solat

    hj.ramansa

    • *
    • Posts: 17
    • Satu Perjuangan
      • View Profile
    Jawab #16 12 June, 2010, 05:38:54 AM
  • Publish Di FB
  • Kaabah adalah satu tempat yang diizinkan oleh Allah untuk arah sujud.

    Biasanya agama lain akan bermain akal untuk melemahkan iman kita. Tapi sebagai seorang muslim, kita tidak patut tergugat walaupun kita kurang arif dalam beragama dan permainan akal mereka sukar dijawab.

    Dalam beragama akal kurang digunakan, tauhid kita perlu kuat.

    • Kita mengaku Allah tuhan kita, yang menciptakan alam ini, tapi kita tidak kenal Allah.
    • Kita mengaku ada syurga, neraka, tapi pernahkah kita lihat?

    Persoalan di atas di mana akal kita digunakan? Tiada... Perkara ini melibatkan tauhid. Kita kena teguhkan tauhid kita.

    Dan jangan cuba berbahas soal agama dengan agama lain. Mereka tidak akan percaya dengan kitab dan hadis kita.



    Al Kaafiruun - Orang-orang kafir - الْكَافِرُونَ

    1. Katakanlah (Wahai Rasulullah): "Hai orang-orang kafir!

    2. "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

    3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang Aku sembah.

    4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

    5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.

    6. "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku".

    hj.ramansa

    • *
    • Posts: 17
    • Satu Perjuangan
      • View Profile
    Jawab #17 12 June, 2010, 05:43:46 AM
  • Publish Di FB
  • Setuju dengan bakillah; Kaabah tu lambang penyatuan umat islam lagi pun ia menjadi syarat sah solat.

    SYARAT-SYARAT SOLAT

    Syarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.


    SYARAT WAJIB SOLAT

    Syarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sembahyang ke atas seseorang.
    Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:
    1. Beragama Islam.

    2. Baligh.

    3. Berakal.

    4. Suci daripada haidh dan nifas.

    5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.

    6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.


    SYARAT SAH SOLAT

    Syarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.
    Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
    1. Suci daripada hadath kecil dan besar.

    2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.

    3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.

    4. Menutup aurat.

    5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).




    [nb]www.al-azim.com - Ibadat > Bab 16 : Syarat-syarat Sah Solat[/nb]

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 820
      • View Profile
    Jawab #18 07 December, 2010, 07:37:59 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Saya teringat dengan diri saya sendiri...Saya pernah solat tanpa mengetahui arah kiblat. Sebab orang rumah tu tak pernah solat. masa siang hari, saya tak ingat nak tengok arah matahari. Saya memang ragu-ragu dengan apa yang saya lakukan. Tak tahu lah solat saya diterima atau tidak.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #19 07 December, 2010, 09:02:29 AM
  • Publish Di FB
  • Menghadap ain/tubuh kiblat dengan dada  yakni wajib membetuli sekelian badannya pada kiblat dan dadanya menghadap kiblat. Sekiranya terkeluar sebahagian badannya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya, begitu juga jika berpaling dadanya dari kiblat maka tidak sah sembahyangnya. Yang dikehendaki dengan menghadap dada kepada kiblat ialah lintang dada dari bahu kanan hinga bahu kiri.

    Menghadap kiblat itu sama ada dengan yakin seperti berada di hadapan Kaabah atau dengan zan yakni mengetahui ain/tubuh Kaabah dengan jalan ijtihad bagi mereka yang tidak nampak Kaabah.

    Keadaan yang mengharuskan meninggal menghadap kiblat:


    1. Ketika bersangatan takut pada perang yang harus seperti perang muslimin akan kafir harbi, atau perang pemerentah yang adil akan penderhaka. Apabila sembahyang mereka ini tanpa menghadap kiblat maka tidak wajib mengulang sembahyang atau menqadanya.

    Maksud mengulang ialah diulang sembahyang dalam waktu, dan maksud qada ialah melakukan sembahyang pada luar waktunya.

    2. Sembahyang sunat musafir di atas kenderaan dengan syarat musafir yang harus, maka tidak harus sembahyang sunat musafir dengan tidak menghadap kiblat bagi mereka yang bermusafir kerana hendak buat maksiat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    57 Replies
    23630 Views
    Last post 10 December, 2012, 08:04:38 PM
    by Air Mata Kasih
    8 Replies
    4261 Views
    Last post 30 March, 2012, 05:58:08 PM
    by Arozi
    0 Replies
    411 Views
    Last post 24 December, 2012, 10:50:16 AM
    by Abi Naim