Di mana mencari Toriqat Mu'tabar?

Author Topic: Di mana mencari Toriqat Mu'tabar?  (Read 13475 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

PAK ARAB

  • *
  • Posts: 288
    • View Profile
17 February, 2010, 04:54:31 PM
  • Publish Di FB


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    DIMANA MENCARI TORIQAT MU’TABAR?

    Ada beberapa orang hamba Allah hantar "pm"  pada pak arab, bertanya beberapa soalan :

    Adakah masih wujud Toriqat Mu’tabar?
    Adakah masih terdapat Shaikh /Guru Mursyid dizaman sekarang?
    Jika benar dan jika memang wujud,  dimana boleh saya menemuinya?

    Ini sebahagian soalan yang dikemukakan oleh beberapa hamba Allah melalui  "pm" kepada Pak Arab.  Oleh kerana soalan2 yang dikemukakan hampir sama, kita cuba menjawab secara umum.


    JAWAPAN :

    Alhamdulillah pertanyaan ini menjadi bukti wujudnya kesedaran didalam batin anak2 muda zaman ini untuk mencari kebenaran.  Insya Allah, bagi mereka yang benar2 ikhlas dalam pencarian ini, tidaklah akan sia2 melainkan pasti Allah menunjukkinya sebagaimana janjiNya!

    Berdasarkan segala keterangan yang sampai kepada kita daripada sekalian Ahli Ma’rifat,  Toriqat Sufiyyah yang Mu’tabar dan Shaikh2 yang Kamil yang siddiq akan tetap wujud sehingga ke Hari Qiamat.    Kerana mereka adalah pewaris Nabi yang memimpin manusia kepada Allah Ta’ala sepanjang zaman hingga hari Qiamat.


    Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :

    "Tidak akan masuk neraka seorang muslim yang telah melihat dia akan daku. Dan tiada pula masuk neraka, mereka yang melihat ia akan orang yang melihat ia akan daku sehingga 70 lapisan wasitah sekalipun. Maka sesungguhnya mereka itulah khalifah- khalifahku (pewarisku) pada menyampaikan syariatku dan memimpin Ummatku pada jalan ketuhanan dan ubudiyyah yang sebenar. Dengan syarat mereka tetap pada syari'atku."

    (Riwayat Khatib daripada Abdur-Rahman bin Uqbah)



    Tetapi bilangan mereka makin berkurangan  menuju hari Qiamat, sehingga terlalu sukar untuk mencari mereka2 yang benar pada jalan ini.  Ditambah dengan manusia2 tamak  yang   menyamar sebagai Guru Mursyid dan Ahli Sufi padahal mereaka hanya bertujuan menipu Ummat untuk mendapat habuan dunia yang hina.


    CARA TERBAIK MENCARI SHAIKH DAN TORIQAT MU’TABAR

    Cara terbaik untuk mencari Shaikh yang benar serta Toriqat Sufiyyah yang mu’tabar adalah dengan memohon sendiri kepada Allah Ta’ala agar di tunjukkiNya Shaikh yang dapat memimpinnya kepada jalan keTuhanan sebagaimana yang di sebut oleh Shaikh Abdul Qadir Jilani   رضي الله عه             .

    “Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian /Shaikh Tasawwuf/ Ahli Ma'rifat yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil 2 rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala.”(Fathur-Rabbaniyy Wa-Faidhur-Rahmaniy)


    Para Ulama Arif Billah telah memberikan panduan didalam mengenali Shaikh yang siddiq (benar) serta Toriqat yang Mu’tabar.

    1.   Toriqat tersebut dipimpin oleh seorang Shaikh yang mempunyai ciri2 PEWARIS NABI  iaitu mempunyai silsilah yang nyata kepada Rasulullah, Alim didalam Syari’at dan Haqiqat, sentiasa bersifat benar, memiliki akhlaq Nabi dan sifat2 lainnya sepertimana yang kita huraikan dahulu.  

    2.   Toriqat tersebut mempunyai Sistem Pendidikan Ruhaniyyah yang tersusun yang diterima sebagai warisan tunun temurun daripada Rasulullah                            


    3.   Toriqat tersebut tidak mengabaikan Syari’at sebaliknya menjadikan kedua2nya sebagai gandingan menuju Allah Ta’ala.



    SENARAI TORIQAT2  MU’TABAR YANG SUDAH DISAHKAN

    Berdasarkan hasil  “ Mu’tamar dan Musyawarah Besar Jam’iyyah Toriqat Mu’tabarah Nahdatul Ulama (1957 – 2005 ) sebanyak 44 Toriqat telah disahkan sebagai Toriqat Mu’tabar diseluruh dunia.

    Diantara yang terkenal dan masyur serta ramai pengikutnya diseluruh dunia adalah ;

    1.   Naqsyabandiah
    2.   Qadiriyyah
    3.   Samaniyyah
    4.   Shattariyyah
    5.   Jistiyyah
    6.   Alawiyyah
    7.   Saziliyyah
    8.   Ahmadiyyah
    9.   Shahruwaridiyyah
    10.   Rifa’iyyah

    Semua Toriqat tersebut diatas masih hidup dipimpin oleh Shaikh2 Pewaris Nabi yang siddiq.  Jika seseorang berhati suci, benar2 dan bersungguh2 mohon kepada Allah Ta’ala nescaya Allah Ta’ala akan menunjukkinya ; samada melalui mimpi atau secara nyata melalui seorang sahabat baik yang soleh.


    Wallahu A’lam
    « Last Edit: 17 February, 2010, 05:01:59 PM by PAK ARAB »
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    intizhar

    • *
    • Posts: 623
      • View Profile
    Jawab #1 17 February, 2010, 10:11:28 PM
  • Publish Di FB
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan nikmat kurniaanNya...

    Syukran Pak Arab..maklumat yg baik buat pencinta keruhanian yang mahu menuju ketuhanan...

    tumpang sama...tambahan sedikit maklumat yang ada,

    - nama tarekat TAREKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASHIDIAH AL-DANDARAWIAH
    -Syeikh : DATO' HJ MOHD MURTADZA BIN HJ AHMAD
    Pusat Pengamalan : surau kg pondok rasa, seremban
    no tel : 06 6311603


    nama tarekat TAREKAT NAQSYABANDIAH AL-KHOLIDIAH

    - Syeikh : TN HJ ABU TALIB BIN RABIT
    Pusat Pengamalan : surau suluk, kg baru,71750 lenggeng
    no. tel : 0193958406


    tareqat naqsyabandiah al khalidiah az zainiah al maliziyyah..

    - No. 14, surau suluk kg Kemensah, Ulu Klang, Selangor.

    - PERTUBUHAN MURID-MURID KITAB TURATH NEGERI MELAKA (PMKT). Pertubuhan ini beroperasi di Madrasah AI-Hasanah, No. 236-1, Km. 5, Kampung Padang Temu, 75050 Melaka.

    - Di Mahang, KEDAH..Mursyid ( Syattariah ) PAK TEH MAT ISA..

    Maaf bertanya, Pak Arab sendiri dari Tareqat mana..?? siapa Mursyidnya..??
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #2 25 February, 2010, 12:45:20 PM
  • Publish Di FB


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Ada beberapa hamba Allah bertanyakan tentang jumlah Toriqat Sufiyyah yang telah disahkan oleh Ulama2.   Berikut adalah petikan dari “hasil Musyawarah Ahli Toriqah Mu’tabarah.


    JUMLAH TORIQAH SUFIYYAH YANG SUDAH DISAHKAN


    Berikut adalah senarai 44 Toriqah Sufiyyah yang telah disahkan sebagaimana tercatit didalam  hasil Mu’tamar dan Musyawarah  Ahli Toriqah Mu’tabarah  Nahdatul Ulama 1957-2005 :

    Mu’tamar merujuk kepada kitab Jami’u Usul al-Aulia hal. 187 ;

    1.   Naqsyabandiah
    2.   Qadiriyyah
    3.   Shattariyyah
    4.   Samaniyyah
    5.   Umariyyah
    6.   Saziliyyah
    7.   Rifa’iyyah
    8.   Ahmadiyyah
    9.   Dasukiyyah
    10.   Akbariyyah
    11.   Maulawiyyah
    12.   Kubrawiyyah
    13.   Shahruwardiyyah
    14.   Khalwatiyyah
    15.   Jalwatiyyah
    16.   Bakdasyiyyah
    17.   Ghazaliyyah
    18.   Rumiyyah
    19.   Sa’diyyah
    20.   Gistiyyah
    21.   Sya’baniyyah
    22.   Kalsaniyyah
    23.   Hamzawiyyah
    24.   Bairumiyyah
    25.   Usysyaqiyyah
    26.   Bakriyyah
    27.   Idrusiyyah
    28.   Usmaniyyah
    29.   Alawiyyah
    30.   Abbasiyyah
    31.   Zainiyyah
    32.   Isawiyyah
    33.   Buhuriyyah
    34.   Haddadiyyah
    35.   Ghaibiyyah
    36.   Khadiriyyah
    37.   Bayumiyyah
    38.   Malamiyyah
    39.   Uwaisiyyah
    40.   Idriyyah
    41.   Akabiral Auliyyah
    42.   Matbuliyyah
    43.   Sunbuliyyah
    44.   Tijaniyyah


    Berdasarkan keterangan Imam Ghazali   رضي الله عه di zaman beliau Toriqat yang sudah disahkan sebanyak 40 dan belum disahkan 40 lagi. Ini bermakna mungkin ada lagi Toriqat lain yang sah tetapi tidak disenaraikan diatas . (Risalah Ma’rifat,  Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radiallahu Anh). Allah lebih Mengetahui. 

    Jika ada di antara kita terjumpa Toriqat lain, untuk pengesahan rujuklah Mursyid masing2. (Pengertian Mursyi serta kelayakan beliau sudah dibicarakan sebelum ini.  Seorang Mursyid atau Shaikh adalah Mu’min yang telah menyaksikan alam Mutlaq,  mendapat hikmah dan  berbagai Rahsia Ilahiyyah serta sentiasa didalam bimbingan Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagaimana ditegaskan oleh Shaikh Muhiddin Abdul Qadir Jilani  رضي الله عه )

    Dan sebagaimana biasa juga, sebagai menyambung seruan Shaikh serta Imam Toriqah yang benar,  kita menyeru supaya sangat berhati2 didalam memilih Guru Mursyid serta Toriqat Sufiyyah  di akhir zaman ini banyak yang menyamar sebagai Mursyid dan Toriqah Sufiyyah padahal mereka tidak mempunyai kelayakan.   Seldiikilah dahulu berdasarkan  panduan2 yang telah diberikan oleh Ulama2 yang Mu'tabar.


    Wallahu A’lam

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #3 06 March, 2010, 04:55:49 PM
  • Publish Di FB



  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     

    Salah satu sifat Toriqat Sufiyyah yang Mu'tabar serta Guru Mursyid yang benar adalah :  Tetap berpegang teguh dengan Syari'at iaitu Al-Qur'an dan Sunnah Nabi   صلى الله عليه وسلم .

    Tujuan pendidikan keruhanian yang dilakukan oleh sekalian Arif Billah ( Guru Mursyid)  melalui kaedah Toriqat Sufiyyah adalah untuk memperteguhkan Iman dan Islam dan menjadikan hamba2 yang bertaqwa dan benar2 berubudiyyah dengan ikhlas kepada Allah Ta'ala.  Batas dan pagar kepada seluruh perjalanan ini adalah Al-Qur'an dan Sunnah Nabi  صلى الله عليه وسلم .   

    Dengan demikian mana2 Guru atau golongan atau jamaah menda'wa diri mereka sebagai ahli Toriqah Sufiyyah sedangkan zahir mereka bercanggah dengan Syari'at, seperti mereka melakukan tari menari lelaki campur perempuan,  atau tidak melarang pergaulan bebas lelaki perempuan atau meremehkan solat kononya mereka sudah 'wasil' atau sebaginya,   maka mereka itu bukanlah dari golongan Toriqah Sufiyyah yang diwarisi dari Nabi صلى الله عليه وسلم.   Sebaliknya mereka adalah musuh agama dan Ummat Islam!


    Sebagaimana kata Sayyid-At-Tariqah As-Sufiyyah Shaikh Junaid Al-Baghdadi رضي الله عه :

    "Ilmu kami, ahli Tasawwuf diikat dengan Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Jika seseorang tidak menghafal Hadis Nabi dan tidak menulisnya tidak menghafal Al-Qur'an, dan tidak mahir didalam hukum2 syaria't dan tidak pula 'alim didalam ahwal perjalanan kerohanian, maka orang itu tidak layak diikuti sebagai pemimpin Ma'rifat ketuhanan. Maka jangan kamu mengambil ilmu daripadanya"



    Berkata Shaikh Hujweri   رضي الله عه :

    Seorang Murshid (Shaikh) wajib mematuhi hukum Syariat dengan tegas tanpa berbelah bahagi. Tugas beliau adalah untuk menerangi jalan mereka yang telah tersesat kepada kebenaran dan pimpinan yang haq. Seorang Murshid (Shaikh) yang tidak menghormati hukum Syari'at serta mematuhinya adalah diri sendirinya dalam kegelapan dan mustahil dapat menerangi jalan orang yang dipimpinnya. Orang seperti ini bukanlah Murshid (Shaikh) tetapi pengikut Syaitan dan musuh Islam.
    (Kashful Mahjoob)



    Wallahu A'lam



    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #4 06 March, 2010, 08:40:39 PM
  • Publish Di FB
  • siapa yang mengaku MUrsyid nescaya belum Makrifatlah, hanya di permainkan oleh jin dan syaitan.

    siapa yang khadim, yg tak tidur, tak lena, tak mengantuk, tak mati tak lupa tak lalai,
    itulah baru Mursyid, sebab itu dia tahu, tak mahu muhammad menangung masalah, lalu di Mikrajkan ke hadapannya, di perlihatkan syurga nerakanya, di perlihatkan akibat manusia terdahulu, dengan Pengetahuan itu dia berkata, mana aku tahu alam ghaib.!

    kamu dakwa ikut quran sunnah, tapi melebihkan manusia lain daripada rasulillah muhammad sallallahu alaihi wasallam

    ketika orang mengatakan Muhammad melihat Allah, siapa yang melarang mengatakan demikian.........................

    Allah mencipta manusia ................. taiada sattu pun yang sama, jika di telitikan - tetapi manusia semua nya sama sahaja, kecuali siapa yang lebih taqwanya.

    Makrifat tu mengetahui hakikat sesuatu, tentu sahaja tahu, apa punca penyakit, dan dapat menghindarinya, terpelihara di rinya kerana, Cukuplah Allah kepada ku


    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #5 06 March, 2010, 08:49:40 PM
  • Publish Di FB
  • siapa yang mengaku MUrsyid nescaya belum Makrifatlah, hanya di permainkan oleh jin dan syaitan.

    siapa yang khadim, yg tak tidur, tak lena, tak mengantuk, tak mati tak lupa tak lalai,
    itulah baru Mursyid, sebab itu dia tahu, tak mahu muhammad menangung masalah, lalu di Mikrajkan ke hadapannya, di perlihatkan syurga nerakanya, di perlihatkan akibat manusia terdahulu, dengan Pengetahuan itu dia berkata, mana aku tahu alam ghaib.!

    kamu dakwa ikut quran sunnah, tapi melebihkan manusia lain daripada rasulillah muhammad sallallahu alaihi wasallam

    ketika orang mengatakan Muhammad melihat Allah, siapa yang melarang mengatakan demikian.........................

    Allah mencipta manusia ................. taiada sattu pun yang sama, jika di telitikan - tetapi manusia semua nya sama sahaja, kecuali siapa yang lebih taqwanya.

    Makrifat tu mengetahui hakikat sesuatu, tentu sahaja tahu, apa punca penyakit, dan dapat menghindarinya, terpelihara di rinya kerana, Cukuplah Allah kepada ku

    Eh jangan nak merapu dalam hal tasawwuf ni...mursyid memiliki ilmu dan derajat yang mulia...mereka ulama...

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #6 06 March, 2010, 09:09:18 PM
  • Publish Di FB
  • Thariqah Mu'tabarah Nahdlatul Ulama ada banyak...salah satu yang paling terkenal di Indonesia:

    Thariqah Qadiriyyah wa Naqshabandiyyah: Pondok Pesantren Raudlatul Ulum, Kencong-Kepung-Kediri-Jatim-Indonesia. No. Tel. 0354-393966/395600. Sana thariqah ini melalui Mbah Kyai Muslih Mranggen sampai ke Khatib Sambas selaku yang menyatukan kedua thariqah tersebut dan sambung menyambung ke Nabi Muhammad SAW. Bagi Thariqah yang ada di pondok ini, murid thariqah telah mencapai lebih dari 50000 (lima puluh ribu) yang tersebar paling barat di Bojonegoro dan paling timur Banyuwangi. Thariqah Kencong ini juga menjadi Pusat Sekretariatan Jami'ah Ahli Thariqah Mu'tabarah Nahdlatul Ulama di Daerah Jawa Timur sebagai koordinator Idaroh Wustho. dan Mursyidnya K. Muhammad Nuril Anwar adalah sebagai Koor Idaroh Aliyah.

    Thariqah ini ada banyak jalur. Di Jawa Barat paling besar ada di Tasikmalaya melalui jalur Abah Anom. manakala di Jawa Tenggah Mranggen, Mbah Muslih dan Pekalongan: Habib Luthfi. Di Surabaya Jawa Timur ada dipengang oleh Kyai Asrori al-Marhum.

    Sedangkan di Malaysia saya tak tau banyak. yang saya tau secara pasti Thariqah al-Naqshabandiyyah al-Aliyyah al-Haqqaniyyah, dgn mursyid Mufti Cyprus (al-Qubrusi) Shaikh Nazim Adil al-Haqqani. Di Malaysia dikhalifahkan oleh Syaikh Raja Ashman. Pusatnya ada di Bukit Damansara. Thariqah ini telah diiktiraf sebagai thariqah yang paling besar di dunia oleh sebagian ulama dan juga diiktiraf di dalam Konvensi Thariqah sedunia di Morocco. Salah satu ulama agung yang mengikuti thariqah ini adalah Shaikh Gibril Fuad Haddad (Seorang ulama Syiria yang tinggal di Brunei). Salah satu jasa thariqah ini adalah dapat mengislamkan lebih dari 10000 orang barat seperti yang dikatakan oleh GF Haddad. Murid Thariqah ini berada di merata dunia. Di Indonesia sendiri ada lebih dari 5000 murid yang dipimpin oleh KH Taufiq, Pekalongan. Pada awal tahun 2000an, Thariqah ini masuk di dalam thariqah2 yang mu'tabarah oleh organisasi Islam terbesar dunia yaitu Nahdlatul Ulama. Sedangkan ulama yang memasukkannya adalah Ketua Jami'ah Ahli Thariqah Mu'tabarah Nahdlatul Ulama itu sendiri yaitu Habib Luthfi Pekalongan.

    Apa yang menarik dari thariqah di Indonesia, orang Wahhabi tak berani nak kacau sebab ia sangat besar dan dilindungi oleh Jami'ah sendiri yang saling mendukung. lebih2 lagi mursyid2nya Alim2 belaka yang ketika ada buku yang menentang thariqah dan tasawwuf, maka akan lahirlah puluhan buku yang mengcounter orang2 Wahhabi. dan terkenal juga di Indonesia sepandai2nya orang Wahhabi di Indonesia, tetap lebih banyak kyai2 Nahdlatul Ulama yang lebih pandai dan alim bahkan mengarang banyak kitab dari berbagai fan dan ilmu sehingga orang wahhabi tidak dapat menarik suara dari kalangan orang yang agamawan tapi hanya kepada orang yang belatar belakang orang awam.

    Semoga Allah membesarkan tarikat2 di Malaysia...Amin...

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #7 06 March, 2010, 11:18:11 PM
  • Publish Di FB
  • siapa yang mengaku MUrsyid nescaya belum Makrifatlah, hanya di permainkan oleh jin dan syaitan.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Allah Ta'ala akan memelihara ketinggian dan kemuliaan Ahli Ma'rifat /Guru Mursyid yang mewarisi Ilmu Nabi صلى الله عليه وسلم dan berada hampir dengan Baginda!   Mereka tetap akan dimuliakan walaupun manusia2 durjana menentang mereka!  Akhirnya kebinasaan adalah untuk penentang2 Aulia Allah!

    Kita pernah huraikan pengertian Guru Mursyid secara panjang lebar berdasarkan perkataan Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sila rujuk didalam thread "Guru Mursyid".    

    Kalau dol_bendul  mempunyai bukti dakwaan kamu diatas,  sila bawakan bukti dari perkataan Ulama dan kitab2 Ulama Mu'tabar!.  Apa yang dapat diperhatikan selama ini kamu hanya bercakap /menulis ikut  kehendak kamu!  


    Kita menunggu jawapan yang bernas berdasarkan keterangan!


    Wallahu A'lam
    « Last Edit: 06 March, 2010, 11:37:09 PM by PAK ARAB »

    fadzil b hussain

    • *
    • Posts: 144
      • View Profile
    Jawab #8 07 March, 2010, 12:37:18 AM
  • Publish Di FB
  • solat isthiqarah dan solat hajatlah meminta petunjuk

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #9 07 March, 2010, 12:45:24 AM
  • Publish Di FB
  • sy tertarik kata2 seorang penceramah yang terkenal di malaysia berkenaan tarekat ni

    " beramal lah dgn apa yang ada (ibadah yang biasa kita lakukan), itu pun kita belum tentu mampu nak melakukannya"

    hanya berkongsi..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #10 07 March, 2010, 01:17:15 AM
  • Publish Di FB
  • siapa yang mengaku MUrsyid nescaya belum Makrifatlah, hanya di permainkan oleh jin dan syaitan.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Kalau dol_bendul  mempunyai bukti dakwaan kamu diatas,  sila bawakan bukti dari perkataan Ulama dan kitab2 Ulama Mu'tabar!.  Apa yang dapat diperhatikan selama ini kamu hanya bercakap /menulis ikut  kehendak kamu!  


    Kita menunggu jawapan yang bernas berdasarkan keterangan!


    Wallahu A'lam


    kehendak wa? bukan, maaf ya

    wa tak ada kehendak tu
    wa tak ikut buku
    wa tak ikut pendapat 'mereka' wa dah jumpa wali keramat, tarikat naqsyabandiah khalidiah mujalidiah, ternyata dia menggunakan bunian, maulana abdul rahman, dan seorang lagi ............. maaf ya - ada di batu 13 hulu langat, ada pati geni, ada harimau jadian

    wa jumpa anak murid HAMKA , dia tak mengaku pun sebagai mursyid, dia tak mengaku pun sebagai khalifah, dia tak mengaku pun sebagai ................. tetapi dia ceritakan , dari mana turutan ilmunya

    Mursyid itu bukan manusia, maaf ya
    bukan malaikat, maaf ya
    bukan jin dan bunian, maaf ya
    bukan jin syaitan, maaf ya

    Tarikat mana, ya ada Guru yg boleh tengok masa depan, macam baginda nabi sebut, umat islam akan sekian sekian bila tiba masanya

    guru mana tahu, apa yang telah berlaku, pendekkata, tak adalah susah suah nak pukul nak dera utk dapatkan kebenaran dari yg tertuduh

    guru mana ya, boleh ke matahari.... ke bulan, ke bintang, yang bukan seperti ayah pin?!

    ceritakan pada saya, siapa mereka, pasti kami ketahui apa ilmunya.........

    tidak lah kami selindung di sebalik wallahu 'alam

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #11 07 March, 2010, 01:25:07 AM
  • Publish Di FB
  • Pak Arab , bagaimana sekiranya kami tidak dapat mencari tariqat atau tempat tersebut terlalu jauh atau ditakuti diperdaya ?

    apakah amalan2 yang perlu kami lakukan jika kami masih gagal menemui tariqat yang benar2 pasti ?




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Janganlah bimbang.  Allah Ta'ala itu Maha Adil.  Seseorang yang benar didalam pencariannya, akan menemui Toriqat yang mu'tabar serta Guru yang siddiq dengan Rahmat Allah Ta'ala.  Dia tidak akan mensia-siakan kebaikan orang beriman.   Bekal yang paling penting adalah keikhlasan! 

    Jika ditaqdirkan telah menemui seorang Guru dan Toriqat Sufiyyah  tetapi timbul keraguan akan kebenarannya ikutilah panduan yang diberikan oleh Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عه :


    "Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian /Shaikh Tasawwuf/ Ahli Ma'rifat yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil 2 rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon petunjuk Allah Ta'ala. Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia2 suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran. Dia mesti sungguh2 merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan. Dan yang akan membuka kepada kejadian2 ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya. Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala. (Fathur-Rabbaniyy Wa-Faidhur-Rahmani)"


    Quote
    apakah amalan2 yang perlu kami lakukan jika kami masih gagal menemui tariqat yang benar2 pasti ?


    Jika tidak menemui Toriqat dan Mursyid yang benar yang menepati syarat2 yang telah disebutkan sebelum ini, maka teruskanlah beramal dengan apa2 yang telah dipelajari :

    1. Banyakkan solat Taubat, solat Dhuha dan Tahajjud.
    2. Banyakkan mengerjakan zikir "La-Ilaha- Illa-Allah dengan jihar dan dan didalam hati.
    3. Banyakkan istighfar
    4. Banyakkan baca Al-Qur'an terutama surah Yasin, Al-kahfi, Al-Waqi'ah
    5. Banyakkan solawat atas Nabi.
    6. Selalu hadiahkan Fatihah kepada Rasulullah, Ahlul Bayyit Baginda dan Sahabat Nabi serta Tawassul dengan mereka.

    Mudah-mudahan Allah Ta'ala menerima kita sebagai hamba2 yang diredhaiNya!


    Wallahu A'lam







    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #12 07 March, 2010, 01:34:51 AM
  • Publish Di FB
  • maaf ya, apa maksud wallahu alam tu

    solat tahajud tu, jika bukan dengan pengetahuan, tentu saja di perdayakan oleh syaitan
    solat apa sekalipun dah dapat kah mencegah keji dan mungkar

    dapatkah menjadi baik tanpa ada bisikan sesiapa

    semuga benarlah ikhlas jujur dan dengan ilmu pengetahuan bila melakukan sesuatu itu, semuga terhindar dari penyakit diri berkaitan darah,
    kerana darah yang suci terhindar dari syaitan syaitan. sebagaimana kata baginda, dia dah ikut aku...................muslim, aslam


    [mod]
    Harap berhati-hati dalam penulisan. Buktikan secara ilmiah.
    [/mod]
    « Last Edit: 07 March, 2010, 07:30:25 AM by Ummi Munaliza »

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #13 07 March, 2010, 02:43:01 AM
  • Publish Di FB
  • siapa yang mengaku MUrsyid nescaya belum Makrifatlah, hanya di permainkan oleh jin dan syaitan.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Kalau dol_bendul  mempunyai bukti dakwaan kamu diatas,  sila bawakan bukti dari perkataan Ulama dan kitab2 Ulama Mu'tabar!.  Apa yang dapat diperhatikan selama ini kamu hanya bercakap /menulis ikut  kehendak kamu!  


    Kita menunggu jawapan yang bernas berdasarkan keterangan!


    Wallahu A'lam


    kehendak wa? bukan, maaf ya

    wa tak ada kehendak tu
    wa tak ikut buku
    wa tak ikut pendapat 'mereka' wa dah jumpa wali keramat, tarikat naqsyabandiah khalidiah mujalidiah, ternyata dia menggunakan bunian, maulana abdul rahman, dan seorang lagi ............. maaf ya - ada di batu 13 hulu langat, ada pati geni, ada harimau jadian

    wa jumpa anak murid HAMKA , dia tak mengaku pun sebagai mursyid, dia tak mengaku pun sebagai khalifah, dia tak mengaku pun sebagai ................. tetapi dia ceritakan , dari mana turutan ilmunya

    Mursyid itu bukan manusia, maaf ya
    bukan malaikat, maaf ya
    bukan jin dan bunian, maaf ya
    bukan jin syaitan, maaf ya

    Tarikat mana, ya ada Guru yg boleh tengok masa depan, macam baginda nabi sebut, umat islam akan sekian sekian bila tiba masanya

    guru mana tahu, apa yang telah berlaku, pendekkata, tak adalah susah suah nak pukul nak dera utk dapatkan kebenaran dari yg tertuduh

    guru mana ya, boleh ke matahari.... ke bulan, ke bintang, yang bukan seperti ayah pin?!

    ceritakan pada saya, siapa mereka, pasti kami ketahui apa ilmunya.........

    tidak lah kami selindung di sebalik wallahu 'alam




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    Janganlah gopoh sangat menuduh dol_bendul!

    Semua perkataan /dakwaan kamu perlu kepada pemeriksaan yang teliti berdasarkan keterangan yang nyata berdasarkan Al-Qur'an, Hadis dan Ijma' Ulama Mu'tabar.  


    Masalah 1 : [box title=TitleBox]wa dah jumpa wali keramat, tarikat naqsyabandiah khalidiah mujalidiah, ternyata dia menggunakan bunian, maulana abdul rahman, dan seorang lagi ............. maaf ya - ada di batu 13 hulu langat, ada pati geni, ada harimau jadian
    [/box]


    Jawapan:
    Kalau benar dibuktikan dengan keterangan yang nyata dan  bukan dari perkhabaran palsu, bahwa mereka telah melanggar syari'at,   maka mereka bukan ahli Toriqat. Mereka cuma menyamar sebagai ahli Toriqat.    

    Sebaliknya jika ternyata selepas pemeriksaan, bahwa mereka di pihak benar dan tidak melanggar syaria'at,  maka tuduhan sesat akan kembali kepada orang yang menuduh!


    Masalah ke 2:   [box title=TitleBox]"wa jumpa anak murid HAMKA , dia tak mengaku pun sebagai mursyid, dia tak mengaku pun sebagai khalifah, dia tak mengaku pun sebagai ................. tetapi dia ceritakan , dari mana turutan ilmunya"[/box]
     
    Jawapan :
    Mereka benar kerana mereka bukan Mursyid dan bukan Khalifah.


    Masalah ke 3:    [box title=TitleBox]Mursyid itu bukan manusia, maaf ya[/box]


    Jawapan :

    Mursyid itu manusia berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah :

    Berkata Imam Ghazali   رضي الله عه  didalam Ihya Ulumuddin :

    “Di antara hal yang wajib bagi para salik yang menempuh jalan kebenaran adalah bahwa dia harus mempunyai seorang Mursyid dan pendidikan ruhaniah  yang dapat memberinya petunjuk dalam perjalanannya, serta melenyapkan akhlak yang tercela. Yang dimaksud pendidikan di sini, hendaknya seorang pendidik keruhanian  menjadi seperti petani yang merawat tanamannya. Setiap kali melihat batu atau tumbuhan yang membahayakan tanamannya, maka dia langsung mencabut dan membuangnya. Dia juga selalu menyirami tanamannya agar dapat tumbuh dengan baik dan terawat, sehingga menjadi lebih baik dari tanaman lainnya. Apabila engkau telah mengetahui bahwa tanaman memerlukan  perawat, maka engkau akan mengetahui bahwa seorang salik harus mempunyai seorang mursyid. Sebab Allah mengutus para Rasul kepada umat manusia untuk membimbing mereka ke jalan lurus. Dan sebelum Rasulullah   wafat, Baginda telah menetapkan para Khalifah sebagai wakil Baginda  untuk menunjukkan manusia ke jalan Allah. Begitulah seterusnya, sampai hari kiamat. Oleh karena itu, seorang salik mutlak memerlukan seorang Mursyid.”



    Kalau kamu da'wa Mursyid itu bukan manusia, atau lainnya sila bawa keterangan yang nyata.  Bukan bercakap/menulis mengikut nafsu!


    Masalah ke 4 : [box title=TitleBox]ceritakan pada saya, siapa mereka, pasti kami ketahui apa ilmunya.........[/box]

    Jawapan :

    Semuanya telah dihuraikan sebelum ini darihal Toriqat sufiyyah yang benar dan sifat2 Mursyid!

    Sekarang cuba perkenalkan diri kamu ini siapa  kalau kamu kata "Kami pasti tahu apa Ilmunya"


    Petunjuk hanya bagi mereka yang mahu merendahkan diri dan benar2 mengharapkan petunjuk Allah!


    Wallahu A'lam
     
    « Last Edit: 07 March, 2010, 02:46:31 AM by PAK ARAB »

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #14 07 March, 2010, 07:46:43 AM
  • Publish Di FB
  • ada dalam al Quran meh?

    tapi Allah beritahu, mahukahn berfikir?

    masing masing ada akal, semuga mahulah tunduk kepada Allaah

    dan masa berlalu, lupa kot ke nabi, terlebih pula ke ulamak? ai ntahlah kan, masing masing diri, tak menanggung dosa orang lain, tetapi gunanya forum, mukmin tu bersaudara, bukan menuduh ya, tapi kenyataan, berjalanlah ke serata alam, lihatlah bagaimana mereka hidup, jangan sergah mereka, sebaliknya ikutilah, lama kelamaan akan terbuktilah kebenaran.

    cuba lah hadapi hidup ini dengan sabar, dan tenang, semuga beroleh jawapan kebenaran dari Allah, sebab kan, ulamak bukan maksum, bukan terpelihara, Ijtihad jika bukan di setujui ramai, itu terpakai atas diri sendiri, tak wajib di ikuti. maaf ya

    Kebenaran itu daripada tuhan mu - tuhan berikan al Quran kepada muhammad, tuhan suruh ikut muhammad, muhammad beritahu, ikutlah quran dan sunnahku7, dan sunnah sahabatku......nescaya kita tak akan sesat

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #15 07 March, 2010, 10:34:02 AM
  • Publish Di FB
  • ada dalam al Quran meh?

    tapi Allah beritahu, mahukahn berfikir?

    masing masing ada akal, semuga mahulah tunduk kepada Allaah

    dan masa berlalu, lupa kot ke nabi, terlebih pula ke ulamak? ai ntahlah kan, masing masing diri, tak menanggung dosa orang lain, tetapi gunanya forum, mukmin tu bersaudara, bukan menuduh ya, tapi kenyataan, berjalanlah ke serata alam, lihatlah bagaimana mereka hidup, jangan sergah mereka, sebaliknya ikutilah, lama kelamaan akan terbuktilah kebenaran.

    cuba lah hadapi hidup ini dengan sabar, dan tenang, semuga beroleh jawapan kebenaran dari Allah, sebab kan, ulamak bukan maksum, bukan terpelihara, Ijtihad jika bukan di setujui ramai, itu terpakai atas diri sendiri, tak wajib di ikuti. maaf ya

    Kebenaran itu daripada tuhan mu - tuhan berikan al Quran kepada muhammad, tuhan suruh ikut muhammad, muhammad beritahu, ikutlah quran dan sunnahku7, dan sunnah sahabatku......nescaya kita tak akan sesat

    Saya nak tanya kepada hang dol_bendol, apakah pengamal tarikat tak mengikut al-Qur'an? Semua ketetapan dalam tasawwuf dan tarikat ada istidlal dia...hanya saja dalam beristidlal tidak seharusnya nash dia zahir...kita ada cara lain seperti qiyas, sadd al-zari'ah, maslahah mursalah dan lain2 yang ada dalam ilmu usul fiqh...jangan nak cakap sembarangan...anta pun berpendapat satu pun tak berdasarkan quran dan hadis...malah pak arab telah mengeluarkan hujjah dengan dasar...masih nak berdegil?? jangan jadi jahil murakab yaitu orang yang tidak tahu kalau dia itu tidak tahu...terlaknat lah orang itu...atau bahasa melayu bodoh sombong...

    Farah Diana

    • *
    • Posts: 58
    • MMAS dalam ingatan...
      • View Profile
    Jawab #16 07 March, 2010, 07:38:50 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamalaikum...

    terima kasih atas pemberitahuan mengenai tariqat nie.... ana semakin paham mengenai tariqat ini..

    tetapi, ana masih kurang jelas mengenai tariqat ini....
    bagaimana cara pergerakannya??
    Kenape ada yang memilih tariqat tetapi meninggalkan jalan dakwah..

    ana akui tidak semua individu yang menyertai tariqat seperti ini..
     tetapi situasi yang ana hadapi menggambarkan mereka meninggalkan jalan dakwah...
    Minta memberi pendapat mengenai hal ini..

    Syukran jazilan..
    DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU ISLAM DIJUNJUNG

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #17 07 March, 2010, 08:09:35 PM
  • Publish Di FB
  • mooks, ada yg amalkan bacaan al quran, tetapi yang dia dapat adalah dampingan bunian, jin, cuba selidiki tulisan dr amran kasimin, dalam utusan melayu, rasanya ada juga dalam halaqah ni

    saya jalani bersama pengamal naqsyabandiah khalidiah mujalidiah, batu 13 ulu langat, dan serba sikit saya tahu tarikat sekitar jalan ulu langat ke semenyih. dan tarikat syeikh mahmud kedah , pengikut ada di felda temerloh, suka mereka ratib saman dalam gua senyum, malahan mereka cerita dgn seronok, dapat panjat dinding gua waktu zikrullah

    selepas 3 tahun itu kami masuk ke masjid di melaka, alor gajah kot, yg ada kubur dol said
    kami ziarah kubur2 lama dan kubur baru, solat dan tafakur dalam masjid, minta petunjuk semuga dapatlah jumpa yg haq, selepas setahun baru jumpa guru, anak murid Hamka, dan hamka dah tahkik ilmunya, mana boleh pakai, mana idak. Inshallah, puas hati dah la

    wa ajak kalian bertamu, kalian terasa apa ya? ...........................( hanya Allah yang tahu)

    maaf ya cik rohani, awak ada baca di blog saya kan, semuga hilang kekeliruan awak

    ada ke tuan tuan ILMU, silakan lah, komen di blog saya http://al-merapu.blogspot.com

    maaf ya, wabillahittaufiq wassalamu alaikum warohmatuillahi wabarokatuh

    mooks

    • *
    • Posts: 801
      • View Profile
    Jawab #18 07 March, 2010, 09:36:55 PM
  • Publish Di FB
  • mooks, ada yg amalkan bacaan al quran, tetapi yang dia dapat adalah dampingan bunian, jin, cuba selidiki tulisan dr amran kasimin, dalam utusan melayu, rasanya ada juga dalam halaqah ni

    saya jalani bersama pengamal naqsyabandiah khalidiah mujalidiah, batu 13 ulu langat, dan serba sikit saya tahu tarikat sekitar jalan ulu langat ke semenyih. dan tarikat syeikh mahmud kedah , pengikut ada di felda temerloh, suka mereka ratib saman dalam gua senyum, malahan mereka cerita dgn seronok, dapat panjat dinding gua waktu zikrullah

    selepas 3 tahun itu kami masuk ke masjid di melaka, alor gajah kot, yg ada kubur dol said
    kami ziarah kubur2 lama dan kubur baru, solat dan tafakur dalam masjid, minta petunjuk semuga dapatlah jumpa yg haq, selepas setahun baru jumpa guru, anak murid Hamka, dan hamka dah tahkik ilmunya, mana boleh pakai, mana idak. Inshallah, puas hati dah la

    wa ajak kalian bertamu, kalian terasa apa ya? ...........................( hanya Allah yang tahu)

    maaf ya cik rohani, awak ada baca di blog saya kan, semuga hilang kekeliruan awak

    ada ke tuan tuan ILMU, silakan lah, komen di blog saya http://al-merapu.blogspot.com

    maaf ya, wabillahittaufiq wassalamu alaikum warohmatuillahi wabarokatuh


    Inilah masalahnya bila orang tu tak faham tujuan dari thariqah dan tasawwuf...Tarikat bukan bertujuan untuk cari karamah atau perkara2 yang khariqul adat...tarikat bertujuan untuk menuju hakikat dan makrifat Allah serta tasawwuf adalah agar hati ni dapat dijaga dari perkara2 yang merusaknya seperti hasut dengki dan lain2...karena penyakit2 hati inilah yang akan menghambat orang utk menuju tujuan sejati...Sedangkan dari pengamal2 tarikat atau ulamak2 yg juga dikenal wali yang kebetulan dapat melakukan khariqaul adat atau karamah seperti panjat gua ke apa ke atau dapat hidup walaupun tak makan sebulan misalannya lah, itu tidak lain sebuah kebetulan atau karamah yang dianugrahkan oleh Allah sebagai ma'unah yg bukan tujuan dari tarikat itu sama sekali. Mungkin dol_bendol ni harus membaca kitab asal dari tarikat2 agar faham dan jangan sampai sesat memahami tarikat...

    Sedangkan claim org2 yang kalau apa tuan bendol cakap itu benar dan benar mereka mencari ilmu2 seperti itu dalam masuk tarikat; maka saya jawab mereka telah salah faham dalam tarikat itu sendiri...akan tetapi ketika ada penganut yg salah faham apakah kita nak claim tarikat itu sesat dan tarikat itu keluar dari al-Qur'an? jawabannya TIDAK!! yang salah adalah orang tersebut bukan tarikat tersebut... samalah kiranya dol sebagai seorang guru macam hamka lah contohnya. ketika itu ada murid yang salah faham kata2 dol lalu mengajarkan org lain perkara yg salah atau melakukan sebuah jinayah, apakah kita nak salahkan dol? tentunya org tersebut yg salah sebab dia yg buat....kecuali ketika dol sebagai guru memang ajar dia buat perkara yang salah seperti Osama bin Laden ajar murid2 dia untuk Suicide Bombing kat Jakarta atau lain2...

    Sebagai tambahan masalah Hamka...ini sebuah yang menarik kalau nak bicara Hamka. apakah dol kenal siapa hamka itu? yang menarik, Hamka hanya diiktiraf oleh golongan Muhammadiyyah di Indonesia. Sedangkan namanya yg terkenal kononnya di Nusantara adalah tidak sepenuhnya benar. Buku2 teks Malaysia maupun Indonesia yang mengembar-gembor Hamka hanyalah kerana Hamka tempo dulu didukung oleh Pemerintahan Orde Baru (pemerintahan Suharto) kerana pemikiran beliau yang menentang komunis dan idealisme Sukarno. Itupun bertolak belakang pada tahun 1981, tapi Suharto terlanjur memberi kehormatan pada beliau. Oklah, kalau kita tetap menganggap beliau seorang ulamak nusantara karena mengarang tafsir al-Azhar. tapi yang menarik, beliau lebih dikenali sebagai seorang activist dan sastrawan, bukan seorang ulama sejati. ini kerana nama beliau kalah dibandingkan ulama2 Indonesia yang lain seperti Imam Nawawi al-Bantani yang memang mengarang puluhan kitab dalam Bahasa Arab seperti Marah al-Labid. Belum lagi KH. Ihsan Dahlan, Jampes Kediri yang mengarang Siraj al-Thalibin sebanyak 2 jilid yang dipakai dalam bahan Masters dan PHD di University al-Azhar. Bagi Kyai yang masih hidup dan jauh lebih tinggi keilmuannya daripada Hamka adalah KH Sahal Mahfudz (Ketua MUI sekarang) yg memiliki track racord sama dgn Hamka. Beliau malah mengarang syarah bagi kitab Usul Fiqh al-Luma'. Dahulu memang Majlis Ulama Indonesia didominasi oleh Orang Muhammadiyyah...tapi sekarang golongan Sunni Nahdlatul Ulama sudah mewarnai keakadimisi Indonesia. Malah Muhammadiyyah tergeser menjadi sebuah organisasi yang sifatnya kaya tapi mandul. isitilah ini dikeluarkan karena Muhammadiyyah memang sebuah organisasi yang memiliki banyak aset. tapi dari segi keilmuan, mereka jauh ditinggal belakang. Perkara ini diakui oleh Ketua Muhammadiyyah yaitu Prof. Din Syamsuddin sendiri di dalam muktamar Muhammadiyyah di Malang beberapa tahun lepas. malah Nahdlatul Ulama dikenal dengan sebuah organisasi yang miskin dan tidak tertata rapi. akan tetapi memiliki pengikut terbesar di dunia (diclaim sebagai organisasi islam non pemerintah terbesar di dunia) dan memiliki ulama terbanyak karena menaungi beribu pesantren di seluruh Indonesia. dan Ulama2nya diakui dunia seperti KH Sahal Mahfudz. So, bagi kome yg pro tajdid ala muhammadiyyah yg identik dgn Wahabi silakan sokong hamka habis2..tapi ketahuilah, di Indon sendiri yg menjadi negaranya, nama hamka semakin dilupakan, malah kalah dgn Kyai paling kontraversi yaitu Gus Dur...

    semangka

    • *
    • Posts: 91
      • View Profile
    Jawab #19 07 March, 2010, 09:47:55 PM
  • Publish Di FB

  •  tarikat syeikh mahmud kedah , pengikut ada di felda temerloh, suka mereka ratib saman dalam gua senyum, malahan mereka cerita dgn seronok, dapat panjat dinding gua waktu zikrullah


    :senyum:.. ana dah nampak dan perhati lama dah. lambat laun, kena jugak bahas tentang dalil2  FANA dan SYATAHIYYAT.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    72 Replies
    20443 Views
    Last post 10 February, 2012, 04:57:21 PM
    by Mei
    14 Replies
    6308 Views
    Last post 01 February, 2012, 03:34:13 AM
    by al_ahibbatu
    7 Replies
    2484 Views
    Last post 27 May, 2013, 10:54:38 PM
    by afiQoh