Hukum Telan kahak Dalam Solat dan Puasa?

Author Topic: Hukum Telan kahak Dalam Solat dan Puasa?  (Read 14956 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ahmadariff

  • *
  • Posts: 20
    • View Profile
17 February, 2010, 09:59:03 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya begitu keliru dengan hukum ini kerana terdapat pelbagai pendapat..

    mohon para saudara/saudari beri penjelasan yang baik dalam hukum ini....
    « Last Edit: 17 February, 2010, 10:58:32 AM by Ummi Munaliza »

    badryl3

    • *
    • Posts: 299
      • View Profile
    Jawab #1 17 February, 2010, 10:24:49 AM
  • Publish Di FB
  • tak batal selagi kahak tersebut belum  keluar dari mulut, jika terkeluar dari mulut dan ditelan balik, maka batal.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 17 February, 2010, 10:57:30 AM
  • Publish Di FB
  • :)

    saya begitu keliru dengan hukum ini kerana terdapat pelbagai pendapat..
    mohon para saudara/saudari beri penjelasan yang baik dalam hukum ini....

    [box title=Puasa]
    Soalan

    Batalkah puasa seseorang sekiranya menelan kahak atau lendir di tekak?.

    Jawapan

    Batal puasa bagi orang yang menelan kahak atau lendir di tekak. Jika puasa wajib maka hendaklah diqada'..
    [/box]


    [box title=Solat]
    Menelan kahak ketika solat:

    Kita fahami dari hadith ini, berkaitan kahak ketika solat ,adakah perlu ditelan atau diludah?

    Dari Abu Hurairah r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w melihat kahak di kiblat masjid. Lalu baginda menghadap kepada orang ramai lalu bersabda:”Bagaimana pendapat kamu semua jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya, lalu dia meludah ke hadapan? Senangkah kamu jika kamu sedang dihadapi seseorang, tiba-tiba orang itu meludahi mukamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat, maka ludahlah ke kiri atau ke bawah kakimu. Jika itu tidak mungkin, ludahlah ke sapu tanganmu.”
    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 17 February, 2010, 11:08:55 AM
  • Publish Di FB

  • Soalan      :

    Assalamu'alaykum Ustaz.. Ketika seseorg melakukan solat dlm keadaan sakit seperti demam dan selesema atau dlm keadaan nangis... sehingga hingus meleleh keluar dari hidung.. (terutamanya ketika sujud) adakah ia dikira najis? adakah batal wudhu dan batal sembahyang?

    Jawapan   :
    Wa Alaikumussalam Warahmatullahi Wa Barakatuh,

    Hingus tidak dihukumkan najis dan tidak membatalkan wudhu’. Oleh itu, solat anda adalah sah. Walau bagaimanapun, apa yang perlu diambil berat oleh mereka yang demam (selesema atau batuk) agar tidak menelan kahak atau hingus yang terkeluar semasa bersolat. Apabila tertelan (biasa dilakukan), ia dikira sebagai makan dan membatalkan solat yang sedang didirikan. Dari itu, sebelum memulakan solat sediakan terlebih dahulu sapu tangan atau tisu dan letakkannya di tempat yang mudah untuk mengambilnya semasa bersolat (dalam kocek baju). Hal ini berikutan daripada pandangan di dalam mazhab Syafi'i yang menyatakan bahawa seseorang yang tertelan sebiji kacang (sisa makanan di dalam mulut) ketika bersolat telah dianggap seperti makan. Oleh itu, elakkan daripada menelan kahak atau hingus dan bersihkan mulut terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.
    Wallahu 'alam..
       

    Sumber jawapan :
    Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM , Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie
    http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/7e883fba60985f514825765c0041d182?OpenDocument

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 17 February, 2010, 11:14:12 AM
  • Publish Di FB


  • HUKUM MENELAN KAHAK KETIKA PUASA


    MUKADDIMAH


    Banyak ditimbulkan persoalan berkenaan dengan kahak ketika puasa. Oleh itu saya amat kasihan kepada mereka yang ditimpa banyak kahak. Jadi disini saya bagitau secara ringkas hukum telan kahak ketika puasa.

    DEFINASI

    Kahak (Expectorate) adalah rembesan mukus yang keluar dari tekak samaada dengan cara senghaja atau tidak.

    HUKUM MENELAN KAHAK MENURUT FUQAHA


    Para ulama berselisih pendapat berdekenaan dengan hukum menelan kahak ketika puasa kepada dua pendapat:

    PENDAPAT PERTAMA:

    Menelan kahak tidak membatalkan puasa.
    Ini pendapat Mazhab Hanafi, pendapat muktamad dalam mazhab Maliki dan satu riwayat dalam Mazhab Hambali.

    DALIL

    Mereka menyamakan dengan hukum menelan air liur.

    PENDAPAT KEDUA

    Menelan kahak membatalkan puasa.
    Ini pendapat mazhab Syafie dan mazhab Hambali.

    KESIMPULAN

    Seeloknya kita ikut pendapat yang mengatakan kahak membatalkan puasa, untuk keluar dari kancah khilaf. Lebih-lebih lagi ramai diantara kita yang bermazhab Syafie. Namun sekiranya seseorang itu memang kahaknya tidak putus-putus dan amat sukar untuknya sentiasa membuang kahak, maka bolehlah dia mengikut mazhab Hanafi dan Maliki yang mengatakan menelan kahak itu tidak membatalkan puasa.

    Rujukan: Mausuah Tibbiah Feqhiah oleh Dr Ahmad Kan'an dan Mausuah Feqhiah (Kuwait).
    WALLAHUA'LAM

    addinamubsyira

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Jawab #5 17 February, 2010, 03:58:16 PM
  • Publish Di FB
  • Adakah tertelan air mata ketika solat dan puasa itu membatalkan solat dan puasa?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 17 February, 2010, 06:43:09 PM
  • Publish Di FB
  • Adakah tertelan air mata ketika solat dan puasa itu membatalkan solat dan puasa?

    Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa. Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.

    Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :

    "AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek." (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)

    Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.

    Berkaitan hukum tertelan air mata ...tertelan perbuatan tak sengaja, maka tidak batal solat dan puasa.

    addinamubsyira

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Jawab #7 17 February, 2010, 10:05:43 PM
  • Publish Di FB
  • Begitu.., kalau macam itu bagaimana pula kita memaksa diri menangis untuk menghadirkan rasa khusyuk dalam solat...apakah dibolehkan?

    ahmadariff

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #8 18 February, 2010, 08:27:26 AM
  • Publish Di FB
  • syukron....alhamdulilllah

    ahmadariff

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #9 18 February, 2010, 11:27:03 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    saya selalu menelan kahak ketika puasa...
    dalam pada masa yang sama saya masih dalam kekeliruan adakah telan kahak ketika puasa membatalkan.....

    tetapi selepas mendapat kepastian ..mmang jelas telan kahak ketika puasa adalah membatalkan puasa itu sendiri...
    dan saya sendiri tak ingat berapa kali puasa telan terbatal...

    adakah puasa saya diterima dan perlu diqada...???

    evori

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #10 18 February, 2010, 12:33:46 PM
  • Publish Di FB
  • salam
    telan kahak boleh batalkan puasa??
    ana rasa x..
    sebab kahak 2 dalam mulut kita..
    macam kite telan air liur, xbatal pun..
    len la kalau antum ludah kahak 2 kat udara, then masuk dalam mulut balek...
    iyaksss

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #11 18 February, 2010, 02:27:57 PM
  • Publish Di FB
  • Ustat saya kata benda yang keluar dari tekak ditelan kembali maka batal la puasanya... Wallahua'lam
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 18 February, 2010, 03:55:42 PM
  • Publish Di FB
  • salam
    telan kahak boleh batalkan puasa??
    ana rasa x..
    sebab kahak 2 dalam mulut kita..
    macam kite telan air liur, xbatal pun..
    len la kalau antum ludah kahak 2 kat udara, then masuk dalam mulut balek...
    iyaksss


    Rujuk jawapan di atas...Re: Hukum Telan kahak Dalam Solat dan Puasa?

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 18 February, 2010, 03:57:01 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    saya selalu menelan kahak ketika puasa...
    dalam pada masa yang sama saya masih dalam kekeliruan adakah telan kahak ketika puasa membatalkan.....

    tetapi selepas mendapat kepastian ..mmang jelas telan kahak ketika puasa adalah membatalkan puasa itu sendiri...
    dan saya sendiri tak ingat berapa kali puasa telan terbatal...

    adakah puasa saya diterima dan perlu diqada...???

    Terima atau tidak pahala puasa itu urusan Allah. Jika saudara ingat bilangan harinya, maka qada' lah.

    anasameen

    • *
    • Posts: 1053
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Jawab #14 18 February, 2010, 04:45:14 PM
  • Publish Di FB
  • Terima atau tidak pahala puasa itu urusan Allah. Jika saudara ingat bilangan harinya, maka qada' lah.

    Betul, dapat atau tidak bukan persoalannya namun tidaklah salah untuk berfikir dapat pahala atau tidak dengan niat untuk memperbaiki kualiti ibadah. Dan ianya sekadar pendorong kepada diri untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik buat DIA.
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    titisan_embun

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #15 18 February, 2010, 04:54:26 PM
  • Publish Di FB
  • telan secara sengaja membatalkn puasa dan perlu di qada kan.
    jika tidak sengaja, maka puasa tidak terbatal.

    dulu tak tahu...sekarang dah tahu.
    jadi....yang sengaja tertelan perhatian* tuu....kenalah ganti. perhatian*

    muslim kerdil

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #16 28 December, 2011, 07:21:21 AM
  • Publish Di FB
  • PENTING !!! : Batalkah solat jika kahak/hingus y berada di dalam rongga hidung ditarik naik dan terus ditelan (kahak ini masih belum berada di dalam mulut) ? Keadaan sebegini mungkin berlaku ketika solat dalam keadaan ---> menangis (seperti sedih) ,demam dan selesema . Yang batal solat tu kalau tak silap kahak itu sudah pun keluar dari kawasan tekak dan masuk ke ruangan mulut ,bukankah begitu ?

    muslim kerdil

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #17 28 December, 2011, 07:22:32 AM
  • Publish Di FB
  • PENTING !!! : Batalkah solat jika kahak/hingus y berada di dalam rongga hidung ditarik naik dan terus ditelan (kahak ini masih belum berada di dalam mulut) ? Keadaan sebegini mungkin berlaku ketika solat dalam keadaan ---> menangis (seperti sedih) ,demam dan selesema . Yang batal solat tu kalau tak silap kahak itu sudah pun keluar dari kawasan tekak dan masuk ke ruangan mulut ,bukankah begitu ?

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Jawab #18 28 December, 2011, 12:22:51 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Batalkah solat jika kahak/hingus y berada di dalam rongga hidung ditarik naik dan terus ditelan (kahak ini masih belum berada di dalam mulut) ? Keadaan sebegini mungkin berlaku ketika solat dalam keadaan ---> menangis (seperti sedih) ,demam dan selesema .

    sebaik-baiknya, xperlulaa tarik hingus/kahak tuh, pastu gi telan. hanya main tarik-tarik dengan hidung dah cukup. xpayah telan la.
    Nak kata BATAL, aku xde ilmu tntg tuh.. Nak kata TIDAK BATAL, aku xberapa clear permasalahan ini. rujuk kepada Ustaz terus.
    xcukup tanya dalam nih.

    Quote
    Yang batal solat tu kalau tak silap kahak itu sudah pun keluar dari kawasan tekak dan masuk ke ruangan mulut ,bukankah begitu ?


    Kalau bahan dalam perut, naik ke atas, dan masuk mulut dan telan balik, BATAL.
    Maaf xjawab soalan. (^__^)
    *-Sayangi ISLAM, kembali ke negeriku-*

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    800 Views
    Last post 28 April, 2010, 02:58:31 PM
    by alprozz
    3 Replies
    1903 Views
    Last post 29 August, 2011, 03:59:30 PM
    by LAN
    5 Replies
    1194 Views
    Last post 02 September, 2011, 07:19:32 PM
    by FaizHamizaz