Ciri-ciri Wali Allah swt.

Author Topic: Ciri-ciri Wali Allah swt.  (Read 5795 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

halawah

  • *
  • Posts: 2589
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
15 February, 2010, 09:22:54 AM
  • Publish
  •  :)

    Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t.
    telah berfirman:
    “Barangsiapa yang memusuhi waliKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seseorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu dengan sesuatu yang lebih kucintai daripada ia menunaikan segala yang Ku fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklahhambaku bertaqarrub kepadaKudengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Dan apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan pemandangannya yang ia memandang dengannya, dan tangannya yang ia bertindak dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan andaikata ia memohonKu pasti akan Kuberinya, dan andaikata ia berlindung kepadaKu pasti akan Kulindunginya”.


    Begitu juga dengan permusuhan terhadap para wali-wali Allah. Sesungguhnya Allah swt sentiasa mengurniakan kemenangan kepada para waliNya, mengasihi mereka dan menyokong mereka. Maka barangsiapa yang memusuhi mereka, maka ia telah memusuhi Allah swt serta memerangiNya. Dalam hadis Nabi saw berkata :

    “Allah, Allah pada para sahabatku, janganlah kamu mengambil ringan terhadap mereka.Barangsiapa yang menyakiti mereka, maka mereka telah menyakitiku, dan barangsiapa yang menyakitiku, bererti dia telah menyakiti Allah swt. Dan barangsiapa yang menyakiti Allah swt, tiada teragak-agak bagi Allah untuk mengambilnya


    Berkata Aishah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:
    “Barangsiapa yang menggangu waliKu, maka ia telah menyatakan perang terhadapKu. Dan tiada seorang hambaKu yang bertaqarrub kepadaKu seperti menunaikan segala kefardhuannya. Dan selamahambaku bertaqarrub kepadaku dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku mencintainya, nescaya jadilah Aku (seolah-olah) seperti matanya yang ia melihat dengannya, dan telinganya yang ia mendengar dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya, dan hatinya yang ia memikir dengannya, dan lidahnya yang ia berkata-kata dengannya. Apabila ia meminta, Aku akan memberinya, dan apabila ia berdoa, Aku akan mengkabulkannya. Dan tidak pernah teragakagak dalam sesuatu perbuatan yang Aku putuskan, seperti teragak-agaknya Aku untuk mewafatkannya. Sebab dia bencikan mati, sedang Aku benci pula untuk menyakiti hatinya”.

    Barangsiapa yang menghina waliKu, maka ia telah menyatakan perang terhadapKu. Wahai anak Adam, sesungguhnya engkau tidak sekali-kali akan mengetahui apa yang ada di sisiku kecuali apa yang telah Aku fardhukan ke atasmu. Dan hendaklah hambaKu bertaqarrub kepadaKu dengan Nawafil, sehingga Aku mencintainya. Maka nescaya jadilah Aku hatinya yang ia memikir dengannya, dan lidahnya yang ia berkata-kata dengannya, dan pandangannya yang ia melihat dengannya. Maka
    apabila ia berdoa kepadaKu, akan Kukabulkannya, dan apabila ia meminta padaKu, maka Akan Aku beri padanya, dan apabila ia memohon kemenangan dariKu, maka akan Ku berikannya kemenangan.
    Dan sebaik-baik ibadah hambaKu yang Aku sukai adalah [font=Verdana]NASIHAT”[/font]

    Wali-wali Allah diwajibkan kita mengikuti mereka, dan diharamkan permusuhan terhadap mereka,sepertimana musuh-musuh Allah itu wajib diperangi dan haram mengikuti mereka. Allah swt
    berfirman :
    Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia.

    Dan firman Allah swt lagi :
    Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman, yangmendirikan solat dan menunaikan zakat serta mereka tunduk kepada Allah. Dan barangsiapa mengambil Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya
    pengikut agama Allah itulah yang pasti mendapat kemenangan.

    “Adapun jika ia termasuk golongan yang dekat (kepada Allah). Maka dia memperoleh ketenteraman dan rezeki serta syurga kenikmatan. Dan adapun jika ia termasuk golongan kanan. Maka keselamatan bagimu dari golongan kanan”.

    Telah berkata Umar Bin Al-Khattab ra : “Sebaik-baik amalan ialah melaksanakan segala yang difardhukan Allah swt serta menjauhi segala laranganNya dan meluruskan niat di sisi Allah swt.”

    Umar Bin Abdul Aziz pernah berkata dalam khutbahnya : “Sebaik-baik amalan ialah melaksanakan segala yang diwajibkan dan menjauhi segala yang dilarang. Ini adalah disebabkan Allah swt apabila mewajibkan atas hambanya sesuatu, adalah bertujuan mendekatkan mereka kepadaNya dan bagi mereka keredhaan dan rahmat Allah swt.”

    Sebaik-baik kefardhuan badan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah swt ialah solat sebagaimana firman Allah swt :
    Dan sujudlah dan dekatkanlah dirimu kepada Tuhan2


    Rasulullah saw telah bersabda :
    “Sedekat-dekat seorang hamba kepada TuhanNya ialah ketika ia sujud”. Baginda bersabda lagi :
    “Sekiranya salah seorang dari kamu melakukan solat, maka sesungguhnya ia bermunajat dengan TuhanNya dan TuhanNya itu di antara dirinya dan qiblat”. Baginda berkata lagi “Sesungguhnya
    Allah berhadapan wajahNya dengan wajah hambanya ketika ia solat dan tidak memaling”

    Dan di antara kewajipan yang mendekatkan diri kepada Allah swt ialah keadilan seorang pemimpin terhadap rakyatnya, baik kepimpinannya itu umum seperti seorang hakim atau pun khas seperti kepimpinan setiap orang terhadap keluarga dan anak-anaknya, sepertimana sabda Rasulullah saw :
    “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertangunggung jawab atas kepimpinannya”.
    Dalam riwayat At-Tarmizi dari Abu Saeed, Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya hamba paling dikasihi Allah pada hari qiyamat dan yang paling dekat denganNya ialah pemimpin yang adil”.

    "Allah memberi pertunjuk bagi siapa orang yang diKehendaki"


    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 15 February, 2010, 05:15:54 PM
  • Publish
  • who knows

    siapakah wali Allah yang terbaik
    jika nabi muhammad sallallahu alaihi wasallam nabi terbaik,
    siapa walinya yang terbaik
    setiap zaman akan ada kan

    tuntut ilmu, yang daripada NYA, dari muhammad sallallahu alaihi wassalam.

    jika di gelar, kamu , ulamak pewaris nabi, kamu walinya kah

    tiada keraguan padanya, tiada resah, cukuplah Allaah baginya

    dulu dalam topik, keliru .......... Makrifat, ada satu soalan Makrifat belum terjawab: jika walinya, tentu tahu

    satelah di ciptakan segala galanya, kemana hilangnya Dia .........

    ada tak wali nya yang mahu jawab?

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #2 16 February, 2010, 01:42:09 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita bagi segala nikmat kurniaanNya...Allah Dzat Yang Maha Agung, Dzat Yang Maha Mengetahui segala sesuatu...

    Pernah suatu ketika Syeikh Abu'l Hasan Asy Syadzili berkata " Orang yang menunjukkan dunia sahaja kepada mu, dia menipumu. Orang yang menunjukkan perbuatannya kpdmu, dia akan membuatmu letih berpanjangan, tetapi andainya ada orang yang menunjukkan Kebesaran serta Kesempurnaan Allah, dialah yang akan menasihatimu...

    Banyaklah sudah istilah mahupun pengertian mengenai ciri-ciri kewalian..dzahirnya termaktub..Salah satu rahsia yg Allah sembunyikan walayah ( kewalian ) dalam  / atas hamba-hambanya...bathinnya setiap zaman pasti ada dan terus ada...hilang ia tanda akhir zamanlah kita.

    Baginda Mulia RasulAllah saw sudahpun berpesan,  jgn tinggalkan ia....sungguh indah Al Quran, bukan hanya untuk satu bangsa, malah satu dunia takluknya, Mustahil FirmanNya hanya tertakluk pada tersurat dalam sebuah kitab mengandungi  6,236 ayat, 114 surah..??  semakin kita teliti dan renungi, di atas iIzinNya dan RahmatNya semakin kita menemui rahsia-rahsia FirmanNya..

    Di situ ada Rasul, Nabi, malaikat, para siddiqin, para syahid, solehin, iblis laknatullah, Jin dan syaitan, manusia, alam diri, alam nyata, alam lahut, malakut, jabarut, syurga dan neraka, Iman, Islam dan Ihsan serta  segala-galanya..itulah pedoman kita.

    FirmanNya “ Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat ayat-ayat Allah bagi orang-orang yang beriman. Dari pada penciptaan kamu dan bintang-bintang yang melata yang tersebar ( di muka bumi ) terdapat ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi kaum yang yakin, dan pada pergantian malam dan siang serta hujan yang diturunkan Allah dari langit sebagai rezeki lalu di hidupkan-Nya bumisesudah matinya dengan air hujan itu, dan pada perkisaran angin terdapat pula ayat-ayat ( tanda-tanda ) kekuasaan Allah bagi mereka yang beraqal. Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat-ayat-Nya.”  ( Al Jaatsiyah : 3-6 )..

    Di sini ada pengertian dan pemahaman, setiap ayat mampu di fahami berbeza oleh individu yang berbeza, di setiap kurun waktu ( zaman ) tertentu..Pengertian dan pemahaman ketikanya berubah berdasarkan ilmu, pengalaman serta budaya..tentu sahaja tidak dengan mengubah lafadz Al Quran..

    Biarkan lafadz itu bercerita , mengungkapkan kebenaran Firman-firman-Nya kepada sesiapa saja yang mahu membacanya dan pengertiannya termaktub dalam intuisi yang di atas IzinNya dan  RahmatNya turun melalui jiwanya...menghilangkah ia..??

    Wallahu’alam.
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 622
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #3 18 February, 2011, 04:06:49 PM
  • Publish
  • :)

    Nak share juga..

    Antara sifat para wali Allah:

    *Khusyuk dalam solat, firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2:

    "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."

    *Menjauhi perkataan yang tidak bermanfaat.Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 3:

    "Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia."

    *Menunaikan zakat harta dan zakat lainnya kepada yang memerlukan.Firman Allah SWT dalam surah yang sama, ayat 4:

    "Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)."

    *Menjaga mulut, telinga, mata dan aurat.Firman Allah SWT dalam surah sama, ayat 5-7:

    "Dan mereka yang menjaga kehormatannya.Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas."

    *Menjaga amanah.Firman Allah SWT dalam ayat 8, surah yang sama:

    "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya."

    *Selalu menunaikan solat(memelihara solatnya).Firman Allah SWT dalam surah sama, ayat 9-11:

    "Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya."

    Siapa wali Allah SWT..?Hanya Allah SWT yang tahu..senyum*
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    126 Replies
    37804 Views
    Last post 15 August, 2013, 04:55:11 PM
    by Kahfi20
    5 Replies
    3817 Views
    Last post 04 May, 2009, 10:06:50 PM
    by ibnuwalidaini
    33 Replies
    9890 Views
    Last post 19 June, 2012, 07:18:53 PM
    by 5zul