Surah An-Nur ,Ayat 35 (Cahaya atas Cahaya)

*

Author Topic: Surah An-Nur ,Ayat 35 (Cahaya atas Cahaya)  (Read 24377 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

14 February, 2010, 09:53:42 AM
  • Publish


  • Allah SWT berfirman:


     ٱللهُ نُورُ السَّماواتِ وَ الْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكاةٍ فيها مِصْباحٌ الْمِصْباحُ في‏ زُجاجَةٍ الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ
    وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكادُ زَيْتُها يُضي‏ءُ وَلَوْلَمْ تَمْسَسْهُ نارٌ نُورٌ عَلى‏ نُورٍ يَهْدِي اللهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشاءُ وَ يَضْرِبُ اللهُ الْأَمْثالَ لِلنَّاسِ وَ اللهُ بِكُلِّ شَيْ‏ءٍ عَليمٌ


    Maksudnya:
    “ Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau). Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35)

    "Allah adalah cahaya seluruh langit dan bumi"
    Allah SWT menguasai segala yg dilangit dan dibumi dengan cahayaNya. Setiap sesuatu yg diciptakanNya bermula dari cahaya yg satu. Kemudiannya cahaya itu berpecah menjadi 2 dalam bentuk unsur hitam dan putih. Cahaya Hitam adalah unsur dunia manakala Cahaya Putih pula berunsur akhirat.Dari cahaya yg berunsur hitam ianya berpecah menjadi 4 keperluan asas utk dunia iaitu tanah,air,api dan angin. Daripada 4 perkara asas itu maka terjadinya Alam dan Manusia. Dari cahaya yg berunsur putih pula ianya berpecah menjadi 4 jenis keperluan asas utk akhirat iaitu Syariat,Tarekat,Hakikat dan Makrifat. Semua ilmu berasal dalam bentuk cahaya sebelum ilmu itu dizahirkan melalui manusia. Daripada 4 perkara ini terbentuknya Islam dan masa. Mungkin anda bertanya bagaimana daripada Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat boleh wujudnya Masa.

    Allah SWT mempunyai kaedah dan tertib didalam penciptaanNya. Allah SWT tidak mencipta manusia lebih dulu dan kemudiannya baru mencipta dunia. Dunia dijadikan lebih dulu sebelum Nabi Adam as engkar pada perintah Allah SWT. Manusia akan melakukan yg sebaliknya. Ini membuktikan Allah SWT itu Maha Mengetahui sedangkan manusia diciptakan tanpa berilmu. Islam lebih dulu diciptakan sebelum diciptakan alam dan manusia. Kerana adanya Islam lah masa diciptakan dan bukan sebaliknya. Islam perlu dimulakan didalam keadaan bermasa dan berakhir didalam keadaan yg tidak bermasa. Islam perlu dimulakan didalam keadaan berdunia dan berakhir didalam keadaan tidak berdunia. Pertamanya Islam diciptakan dalam bentuk Nur Ilahi, yg keduanya manusia dlm bentuk Nur Muhamad, yg ketiganya Masa dalam bentuk Nur Ain dan yg keempatnya dunia dalam bentuk Nur Alam. Apabila penciptaan itu dizahirkan daripada bentuk cahaya kepada bentuk nyata maka ia bermula dari yg keempat iaitu Dunia dan kemudiannya Masa,Manusia dan akhirnya Islam. Allah SWT menggunakan konsep dimana ianya berakhir, maka disitulah ianya bermula kembali. Apabila Islam diciptakan lebih dulu daripada yg lain maka ini membuktikan Allah SWT telah menyediakan ubat lebih dulu daripada penyakit. Allah SWT tidak akan mengizinkan sesuatu masalah itu terjadi sekiranya jalan penyelesaiannya tidak disediakan didalam Al Quran. Kenapakah umat Islam tidak berjumpa dengan jalan penyelesaian kepada masalah yg dihadapi sekarang melalui Al Quran?

    *** Disini tidak dijelaskan tentang penciptaan Malaikat dan Jin kerana ia memerlukan ilmu Makrifat utk memahami konsep penciptaan Nur dan Api.


    "Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar". Nur Ilahi diumpamakan seperti sebuah tempat yg didalamnya ada pelita iaitu Al Quran. Al Quran adalah seumpama sebuah pelita besar yg memancarkan cahaya utk menerangi hati manusia dengan Nur Ilahi.

    "Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)". Al Quran yg bercahaya itu pula berada didalam Nur Muhamad dan Nur Muhamad pula berada didalam diri Rasulullah saw. Nur Muhamad diumpamakan seperti kaca yg seakan-akan bintang yg bercahaya. Kaca yg bersih itu boleh membiaskan cahaya manakala bintang membawa maksud petunjuk arah yg tepat. Nur Muhamad berfungsi seumpama cermin yg akan membiaskan cahaya Allah SWT ke hati manusia utk memberi petunjuk ke jalan yg benar. Nur Muhamad boleh diumpama seperti kilauan yg ada didalam sebuah lampu suluh atau lampu kereta. Cahaya yg terpancar dari mentol itu akan dibiaskan oleh kilauan yg ada didalam lampu tersebut supaya cahaya akan menyuluh ke hadapan utk menerangi jalan. Begitulah juga caranya Nur Muhamad membiaskan Nur Allah ke hati manusia. Jika hati manusia itu berkilau dengan Nur Muhamad, maka dia pula akan membiaskan cahaya itu kepada manusia yg seterusnya.

    "yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)". Perumpamaan minyak pada ayat ini membawa maksud kalimah. Dengan wujudnya kalimah didalam diri manusia maka terpancarlah cahaya Nur Muhamad didalam hatinya. Perumpamaan pokok zaitun yg tidak tumbuh di timur atau dibarat bermaksud agama iaitu Islam. Hanya melalui Islam saja manusia boleh menghidupkan kalimah didalam hatinya. Islam mesti berkembang ke seluruh dunia tanpa ada persempadanan timur atau barat.

    Cahaya di atas cahaya bermaksud Para-para Nabi adalah cahaya yg membawa cahaya. Rasulullah saw adalah penghulu para-para Nabi dan Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw. Nabi Muhamad yg pertama dijadikan dan yg terakhir diutuskan. Nur Muhamad wujud didalam diri para-para Nabi sebagai pembawa Nur Allah kepada manusia.

    Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki. Para-para Nabi hanya sebagai pembawa petunjuk sahaja tetapi akhirnya Allah SWT jualah yg akan menentukan kesudahannya. Kalau orang itu diterima maka Allah SWT yg akan membawa manusia itu kepada cahayaNya.

    Kesimpulannya:

    1. Ada 4 lapisan cahaya yg terkumpul didalam satu pusat cahaya.
    2. Cahaya itu terbahagi pula kepada 2 pasangan iaitu Nur Ilahi dan Nur Muhamad.
    3. Nur Ilahi adalah cahaya dilangit dan Nur Muhamad pula adalah cahaya dibumi.
    4. Cahaya Al Quran dan Nur Muhamad bersatu didalam diri Rasulullah saw. utk membentuk perhubungan diantara Allah SWT dan RasulNya.
    5. Nur Muhamad berfungsi sebagai pembias cahaya daripada Al Quran kepada manusia melalui saluran utamanya iaitu Rasulullah saw.
    6. Hati yg dihidupkan dengan kalimah akan menghidupkan pula Nur Muhamad didalam hatinya.
    7. Hati yg hidup dengan Nur Muhamad pula akan tertangkap kepada cahaya Al Quran yg dibiaskan dari Rasulullah saw.

    Pecahan Cahaya'
    1. Nur Ilahi berpecah menjadi 99 asma (asma ul husna)
    2. Nur Al Quran berpecah menjadi 7 (Al Fatihah)
    3. Nur Muhamad berpecah menjadi 5 (Adam,Nuh,Ibrahim,Musa,Muhamad)
    4. Nur Islam berpecah menjadi 3 (Khalifah,Imam,Ulama)
    5. Nur Syahadah hanya menjadi 1 (Kalimah)

    Rasulullah bersabda:

    "Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka" (Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757)

    Nur Muhamad yg hidup dihati adalah tempat utk Nur Ilahi bertapak. Nur Muhamad berfungsi seperti sebuah cermin yg akan menangkap Nur Ilahi dari Al Quran dan membiaskan pula Nur Ilahi itu ke hati manusia utk mendapat petunjuk. Apabila kalimah hidup dalam hati manusia maka bersinarlah Nur Muhamad yg ada didalam hatinya. Dengan bersinarnya Nur Muhamad maka tertangkaplah Nur ilahi kedalam hatinya seperti lensa kamera video yg menangkap cahaya. Nur Muhamad kemudiannya membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia yg seterusnya. Dengan cara ini maka Nur Ilahi akan terpancar dari satu manusia ke satu manusia yg lain dan begitulah seterusnya cahaya itu berjalan. Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw dan Nur Muhamad itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda setelah kewafatan Baginda saw. Sebab itu Baginda saw berpesan supaya manusia mesti berpegang dua perkara iaitu Kitabullah Azza Wa Jal dan Ahlul Bait Baginda. Tanpa kedua-duanya maka manusia akan sesat kerana tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Maka perhatikanlah bagaimana kita memperlakukan kepada keduanya setelah kewafatan Rasulullah saw. Inilah perkara yg patut ulama perhatikan.

    "Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmidzi.)

    Umat Islam sepatutnya dibimbing oleh Ulama-Ulama yg berbai'at dengan wakil Rasulullah saw. Dengan cara ini barulah ulama tersebut diberi petunjuk melalui Al Quran bagaimana utk menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh umat Islam sekarang. Keadaan umat Islam sekarang seperti layang-layang terputus tali. Perhubungan ulama dengan Rasulullah saw tidak wujud lagi. Maka Ulama hanya boleh bergantung kepada ilmunya sahaja. Masalah pasti tidak selesai. Perhubungan ulama sekarang dengan Rasulullah saw terputus angkara perbuatan Yahudi yg sememangnya memahami bagaimana utk melemahkan Islam. Mereka sudah menjalankan kerja jahat ini beratus-ratus tahun dahulu semasa era penjajahan. Janganlah kita saling menuding jari. Umat Islam terdahulu pun jangan disalahkan malah kita harus berterima kasih kepada mereka kerana diatas usaha dakwah mereka juga kita hari ini beragama Islam. Binalah semula Islam dalam semangat berkasih sayang kerana Allah SWT. Insafi lah betapa kasihnya Rasulullah saw kepada kita. Mudah-mudahan melalui ayat dan hadis diatas Allah SWT memberi petunjuk kepada kita tentang apakah punca masalah umat Islam pada hari ini.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 14 February, 2010, 11:05:40 AM
  • Publish
  • [35] an nurr dari web   http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/
    Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

    ada bezanya, bila kata Allah adalah cahaya................ maaf ya, ambo tak setuju

    Reply #2 14 February, 2010, 11:07:01 AM
  • Publish
  • [36]
    (Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
    [37]
    (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
    [38]
    (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

    berbeza jika kafir
    [39]
    Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.
    [40]
    Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

    Reply #3 14 February, 2010, 12:46:01 PM
  • Publish
  • cahaya atas cahaya ..cahaya meliputi cahaya.....

                                     cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”. (An Nur: 35)


                                      alhamdulillah

    Reply #4 14 February, 2010, 02:55:23 PM
  • Publish
  •   :)
     أعوذ بالله من الشيطان الرجيم.

     بسم الله الرحمن الرحيم

    "Allah mempunyai tujuh puluh ribu hijab (tabir) cahaya dan
    gelap. Sekiranya Ia membuka hijab itu, maka keagunganNya pasti
    akan menghancurkan sesiapa yang mengenalinya dengan
    pandangan

    Sesungguhnya Allah itu tidak tidur dan tidak sepatutnya Ia
    tidur. Dialah yang meringan dan memberatkan timbangan.
    Dia mengangkatkan kepadaNya amalan pada waktu
    malam sebelum amalan siang, dan amalan pada waktu
    siang sebelum malam. HijabNya itu cahaya dan sekiranya
    Ia membuka hijab itu, maka keagunganNya pasti akan
    menghancurkan sesiapa yang mengenaliNya dengan
    pandangan daripada sekelian ciptaanNya.

    Ada tiga jenis hijab yang ada pada manusia iaitu :
    1. Gelap keseluruhannya
    2. Campuran gelap dengan cahaya

    Mereka ini pula terbahagi kepada beberapa pecahan.

    1 Mereka yang hendak mencari sebab terhadap kehidupan di dunia ini dan
    mereka jadikan alam nyata ini sebagai sebab. Tetapi alam nyata ini ialah satu
    sifat yang ada pada benda-benda. Ianya pula adalah gelap kerana ia;

    Tidak ada ilmu pengetahuan,
    Tidak ada pandangan,
    Tidak ada kesedaran terhadap diri sendiri,
    Tidak ada kesedaran terhadap yang lain,
    Tidak ada cahaya pandangan melalui perantaraan mata.

    2 Mereka yang dipengaruhi oleh kepentingan diri sendiri dan tidak mahu


    mengetahui tujuan hidup ini. Mereka hidup seperti kehidupan binatang. Hijab
    ini ialah diri mereka sendiri (self-centered ego) dan hawa nafsu gelap mereka
    itu. Tidak ada gelap yang lebih gelap daripada penghambaan kepada dorongan
    diri sendiri dan cinta diri sendiri.

    Firman Allah :

    "Tidakkah engkau perhatikan orang yang menjadikan hawa
    nafsunya sebagai tuhannya?" 24 Surah Al-Furqan ayat 43


    Hadis riwayat Imam Muslim. Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad
    Sabda Nabi Muhammmad saw :
    "Mempertuhankan hawa nafsu adalah penyembahan yang
    paling dibenci oleh Allah".

    Bahagian yang kedua ini terbahagi lagi kepada beberapa pecahan iaitu :

    1 Manusia yang menganggap dan berkeyakinan bahawa matlamat atau
    tujuan akhir hidup di dunia ini ialah untuk memuaskan hawa nafsu
    kebinatangan mereka sahaja, sama ada berkenaan dengan jantina, atau
    makan-minum atau pun pakaian. Inilah hamba nafsu. Hawa nafsu itulah
    Tuhan mereka. Mereka percaya bahawa dengan memuaskan nafsu itu,
    mereka akan mendapat kebahagiaan. Inilah manusia yang merendahkan
    martabat mereka lebih rendah daripada martabat binatang. Adakah sesuatu
    yang lebih gelap daripada ini????. Inilah orang yang dihijab sebenarnya.

    2 Manusia yang menganggap matlamat akhir hidup ini ialah menakluk dan
    menguasai, seperti membunuh dan merampas. Mereka itu ialah orangorang
    yang jahil. Hijab pada mereka ialah sifat-sifat ganas dan garang. Sifatsifat
    ini menguasai mereka. Mereka berasa senang hati dengan sifat-sifat
    mereka itu. Inilah orang-orang yang bersifat binatang. Mereka merendahkan
    martabat kemanusian mereka itu lebih rendah lagi daripada binatang.

    3 Manusia ialah yang menganggap matlamat akhir hidup ini ialah
    kekayaan harta benda kerana kekayaan ini adalah alat untuk memuaskan
    tiap-tiap nafsu syahwat mereka. Mereka menghabiskan masa muda dan
    tenaga mereka dengan memperbanyakkan dan mengumpul harta kekayaan
    ,wang ringgit, emas dan perak, tanah dan rumah yang indah, gedunggedung
    besar dan lain-lain lagi. Mereka mengumpul dan menyimpan wang

    24 Surah Al-Furqan ayat 43
    25 Hadis dikeluarkan oleh At-Tabrani dan Abu Nua’im dari Abu Imamah

    Allah swt berfirman : 26 Surah Al-Baqarah ayat 257

    “Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindung mereka
    ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya
    kepada kegelapan”26


    2 Campuran Gelap Dengan Cahaya

    Mereka ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu;
    1. Terhijab Oleh Pancaindera
    2. Gelapnya Berpunca Dari Khayalan
    3. Gelapnya Berpunca Dari Logik Akal Yang Palsu.
    3 Gelapnya Berpunca Daripada Logik Akal Yang Palsu

    1 Terhijab Oleh Pancaindera

    Mereka ini ialah orang-orang yang telah melangkah sempadan
    mempertuhankan diri sendiri, yang mana itu adalah sifat orang-orang yang
    dalam golongan pertama yang telah tersebut dahulu kerana mereka
    mempertuhankan kepada sesuatu yang di luar diri mereka, dan ada sedikit
    keinginan untuk mengetahui Tuhan.

    Peringkat pertama terdiri daripada mereka yang menyembah berhala.
    Peringkat akhir terdiri daripada mereka yang menduakan Tuhan.
    Antara kedua-kedua peringkat tersebut, ada peringkat-peringkat lain
    lagi.

    2 Gelapnya Berpunca Dari Khayalan

    Mereka ini melangkah dari sempadan pancaindera kerana mereka sedar adanya
    sesuatu di sebalik objek-objek pancaindera. Tetapi golongan ini tidak dapat
    melangkah lebih dari sempadan khayalan. Oleh itu, mereka sembah sesuatu
    yang benar-benar duduk di atas kursi singgahsana.

    3 Gelapnya Berpunca Daripada Logik Akal Yang Palsu

    Mereka ini menyembah tuhan "yang mendengar, melihat, dan berilmu,
    berkuasa, berkehendak dan hidup", dan melampaui semua arah termasuk arah
    ke atas. Tetapi konsep mereka tentang sifat-sifat ini diserupakan dengan sifatsifat
    mereka sendiri, hingga ada mereka berpendapat bahawa perkataan
    (KALAM) Tuhan itu ialah berhuruf dan berbunyi, seperti manusia juga.
    Sementara yang lain pula lebih maju lagi ke depan. Kata mereka; "Sebenarnya
    seperti kalam fikiran kita, iaitu tidak berbunyi dan tidak berhuruf". Oleh itu,
    apabila mereka dicabar untuk menunjukkan bahawa Allah itu benar-benar
    "mendengar, melihat, hidup dan lain-lain", maka penjelasan mereka seolaholah
    menyifatkan tuhan itu sebagai manusia, meskipun mereka menafikannya.
    Ini adalah kerana mereka tidak dapat memahami apakah sebenarnya maksud
    pendapat tentang Sifat Allah itu. Mereka berkata bahawa berkenaan dengan
    Iradat atau Kehendak Allah itu, adalah ianya bergantung atau berkaitan,
    seperti kehendak atau iradat manusia juga, berkehendak kepada sesuatu dan
    bertujuan. Semua pendapat-pendapat ini sudah terkenal dan termasyhur dan
    kita tidak perlu bicara tentang perkara ini dengan panjang lebar. Mereka ini
    terhijab oleh beberapa cahaya Ketuhanan dan bercampur dengan kegelapan
    logik akal palsu. Semua yang tersebut itu adalah golongan bagi bahagian kedua
    yang terdiri daripada hijab gelap bercampur cahaya.

    Wallahu 'Alam Bissawob.
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Reply #5 14 February, 2010, 09:22:25 PM
  • Publish
  • salam.....apa kelebihan kita membaca ayat ini??/
    ikhlaskan diri dlm sesuatu perkara....semuanye kerana ALLAH...

    Reply #6 14 February, 2010, 10:35:25 PM
  • Publish
  • salam.....apa kelebihan kita membaca ayat ini??/
    Faedahnya adalah mendapat Ilmu yang Rahasia Allah (Ilmu Laduni yang dizin dari Allah swt) :msya:
    penuh berarti dan cahaya Bathin dapat mengenali orang yang baik dan sebaliknya agar dapat menjaga diri dari kemungkaran dan kekalkan amalan yang baik sebaik-baiknya dari terjerumus kemaksiatan.
    Segala-galanya dengan Izin Allah swt dan atas pengetahuan Allah swt jua tanpa diketahui orang lain.
    Wallahu 'alam

    Reply #7 15 February, 2010, 07:21:09 AM
  • Publish

  • Dalam bab ke-10 jilid 3 itu Imam al-Ghazali membuat kesimpulan yang diambil daripada ayat al-Quran yang sangat menarik yang bermaksud: "Maka orang cerdik dan yang memiliki fikiran tajam hati mereka seperti sebuah misykat (lubang) yang berisi sebuah lampu; lampu itu ada dalam geluk kaca (kandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari ketika naiknya dan bukan saja ketika turun (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar walaupun ia tidak disentuh api, cahaya berlapis cahaya. Sebaliknya, orang yang tertipu oleh hiruk-pikuk keduniaan, hati mereka adalah umpama keadaan gelap-gelita di lautan yang dalam, diliputi ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; gelap gelita berlapis-lapis apabila orang itu mengeluarkan tangannya, dia tidak dapat melihatnya sama sekali.

    "Sesiapa yang tidak dijadikan Allah mendapat petunjuk, maka dia tidak akan beroleh sebarang petunjuk hidayah." Di mana kedudukan kita?

    Reply #8 28 April, 2010, 01:54:55 AM
  • Publish
  • Allah bukan cahaya, tetapi Allah adalah sumber kepada seluruh cahaya di langit dan juga di bumi....Mohon diperbetulkan.

    Reply #9 21 December, 2010, 12:06:20 AM
  • Publish
  • Surah An Nuur (سورة النّور) adalah surah ke-24 dari Al Qur'an. Surah ini terdiri atas 64 ayat, dan termasuk golongan surah-surah Madaniyah. Dinamai An Nuur yang bererti Cahaya yang diambil dari kata An Nuur yang terdapat pada ayat ke 35. Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menjelaskan tentang Nuur Ilahi, iaitu Al Quran yang mengandungi petunjuk-petunjuk. Petunjuk-petunjuk Allah itu, merupakan cahaya yang terang benderang menerangi alam semesta. Surah ini sebahagian besar isinya memuat petunjuk- petunjuk Allah yang berhubungan dengan soal kemasyarakatan dan rumah tangga.

     isi kandungan

       
    1. Keimanan: Kesaksian lidah dan anggota-anggota atas segala perbuatan manusia pada hari kiamat; hanya Allah yang menguasai langit dan bumi; kewajiban rasul, hanyalah menyampaikan agama Allah; iman merupakan dasar daripada diterimanya amal ibadah.
       
    2. Hukum-hukum: Hukum-hukum sekitar masalah Zina, li'an dan adab-adab pergaulan di luar dan di dalam rumah tangga.
       
    3. Kisah-kisah: Cerita tentang berita bohong terhadap Ummul Mu'minin 'Aisyah r.a. (Qishshatul Ifki).
       
    4. Dan lain-lain: Janji Allah kepada kaum muslimin yang beramal soleh.

    Reply #10 08 January, 2011, 02:34:18 PM
  • Publish
  • Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu

    Ada sesiapakah rakan2 halaqah tahu sebab2 penurunan ayat ini....?

    Reply #11 08 January, 2011, 03:13:48 PM
  • Publish
  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

     


    Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



    1.1. Hakikat Cahaya

    Kejelasan, penafsiran dan pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam memahami persoalan hati dan perjalanan suluk.

    Pada ayat pertama, komposisi atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak tembus dengan pelita dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang tidak tembus ke sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding yang menghimpun dan melingkupi pelita yang menerangi.

    Perumpamaan ketiga-tiga komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang padanya ada jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad diumpamakan dengan misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan dengan pelita yang ada dalam kaca.

    “Allah cahaya langit dan bumi”

    Bermaksud; Dia adalah pemberi petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada petunjuk di langit dan di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan petunjuk-Nya sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.

    Jadi, misykat adalah jasad orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati orang mukmin yang melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk bagi orang mukmin itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala sesuatu yang berjalan di atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini adalah Tahap Pertama dalam perumpamaan.

    Tahap perumpamaan kedua ialah kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi cahaya  dan kebenderangan cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan bintang yang menerangi, di mana bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana sangat cemerlangnya cahaya bintang tersebut.

    Kita perhatikan di sini, perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang hati dan cahayanya, seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara (al-Kaukub ad-Durriy) sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya, ia bersinar kerana cemerlang dan putih bersih.

    Perumpamaan Tahap Ketiga ialah pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu dinyalakan? Dari mana cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah) mampu berlangsung? Dengan ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari mana hati itu memperoleh nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang diberikan kepada hati atau yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang menimbulkan cahaya rohani tersebut?

    Allah SWT berfirman, yang dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada dalam kaca atau cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan minyak yang dari pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya”. Sedangkan Zaitun ialah syariat Allah.

    Menurut Ibnu Kasir, kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin diumpamakan seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata, sedangkan al-Qurán dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik, bercahaya dan seimbang tanpa ada sedikit pun keruh.

    Perumpamaan terhadap keempat pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati, adalah syariat Allah yang penuh manfaat, yang merupakan sumber dari cahaya kalbu. Dari situlah kalbu mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah befirman:

    “Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”


    Minyak itu dinyatakan jernih dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir bersinar tanpa ada api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat yang memberi cahaya pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari sinaran cahaya syariat?

    Demikianlah adanya, dan kerana itulah Allah berfirman:

    “Cahaya di atas cahaya”


    Ini adalah perumpamaan tahap kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata an-Nasafi, seperti yang bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya terjadi interaksi antara (cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak ada satupun yang tinggal untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita yang ada di dalam tempat yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di mana ia mampu menghimpun dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza seandainya di tempat yang luas, maka sinar cahayanya akan tersebar dan berserakan. Sedangkan (dinding) kaca merupakan suatu yang paling banyak menambah penerangan, demikian juga dengan minyak dan kebenderangannya.

    Menurut Ibnu Kasir’ As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.

    Dengan demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.

    Selain itu, berdasarkan pendapat Ibnu kasir’ As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.

    Di sini, kita sudah mulai memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan yang kekal bagi kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala terang dan akan tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati dan pancarannya bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan al-Qurán dan misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan baginya menjadi terang dan juga bagi yang lain.

    “Allah membimbing kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

    Maksudnya Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.

    Ayat berikutnya menjelaskan tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan hidayah:

    “Di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.”

    Ketika menerangkan ayat misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian rumah Allah, iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang mukmin yang hatinya adalah mencintai masjid.

    Dapat disimpulkan bahawa titik tolak kepada pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara menyucikan diri di dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan melaksanakan solat di dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat Allah, dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu hari (yang di hari itu) hati penglihatan menjadi goncang.


    http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/06/tafsir-sufi-cahaya-di-atas-cahaya-surah-an-nur/

    Reply #12 08 January, 2011, 03:21:37 PM
  • Publish
  • "Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti sebuah tempat pelita yang di dalamnya ada pelita besar". Nur Ilahi diumpamakan seperti sebuah tempat yg didalamnya ada pelita iaitu Al Quran. Al Quran adalah seumpama sebuah pelita besar yg memancarkan cahaya utk menerangi hati manusia dengan Nur Ilahi.

    Reply #13 08 January, 2011, 03:24:19 PM
  • Publish
  • "Pelita itu berada dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)".

    Al Quran yang bercahaya itu pula berada di dalam Nur Muhamad dan Nur Muhamad pula berada didalam diri Rasulullah saw. Nur Muhamad diumpamakan seperti kaca yang seakan-akan bintang yang bercahaya. Kaca yang bersih itu boleh membiaskan cahaya manakala bintang membawa maksud petunjuk arah yg tepat. Nur Muhamad berfungsi seumpama cermin yang akan membiaskan cahaya Allah SWT ke hati manusia untuk memberi petunjuk ke jalan yang benar. Nur Muhamad boleh diumpama seperti kilauan yang ada didalam sebuah lampu suluh atau lampu kereta. Cahaya yang terpancar dari mentol itu akan dibiaskan oleh kilauan yang ada didalam lampu tersebut supaya cahaya akan menyuluh ke hadapan untuk menerangi jalan. Begitulah juga caranya Nur Muhamad membiaskan Nur Allah ke hati manusia. Jika hati manusia itu berkilau dengan Nur Muhamad, maka dia pula akan membiaskan cahaya itu kepada manusia yang seterusnya.

    Reply #14 08 January, 2011, 03:27:53 PM
  • Publish
  • terima kasih umi tapi yg saya mahukan adalah asbab nuzul ayat itu jika ada

    Reply #15 08 January, 2011, 03:43:41 PM
  • Publish
  • "yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang penuh berkah, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api (lantaran minyak itu sangat bening berkilau)".

    Perumpamaan minyak pada ayat ini membawa maksud kalimah. Dengan wujudnya kalimah didalam diri manusia maka terpancarlah cahaya Nur Muhamad didalam hatinya. Perumpamaan pokok zaitun yang tidak tumbuh di timur atau dibarat bermaksud agama iaitu Islam. Hanya melalui Islam saja manusia boleh menghidupkan kalimah didalam hatinya. Islam mesti berkembang ke seluruh dunia tanpa ada persempadanan timur atau barat.

    Cahaya di atas cahaya bermaksud Para-para Nabi adalah cahaya yang membawa cahaya. Rasulullah saw adalah penghulu para-para Nabi dan Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw. Nabi Muhamad yang pertama dijadikan dan yang terakhir diutuskan. Nur Muhamad wujud didalam diri para-para Nabi sebagai pembawa Nur Allah kepada manusia.

    Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki. Para-para Nabi hanya sebagai pembawa petunjuk sahaja tetapi akhirnya Allah SWT jualah yang akan menentukan kesudahannya. Kalau orang itu diterima maka Allah SWT yang akan membawa manusia itu kepada cahayaNya.


    Kesimpulannya:

    1. Ada 4 lapisan cahaya yang terkumpul didalam satu pusat cahaya.

    2. Cahaya itu terbahagi pula kepada 2 pasangan iaitu Nur Ilahi dan Nur Muhamad.

    3. Nur Ilahi adalah cahaya dilangit dan Nur Muhamad pula adalah cahaya dibumi.

    4. Cahaya Al Quran dan Nur Muhamad bersatu didalam diri Rasulullah saw. untuk membentuk perhubungan diantara Allah SWT dan RasulNya.

    5. Nur Muhamad berfungsi sebagai pembias cahaya daripada Al Quran kepada manusia melalui saluran utamanya iaitu Rasulullah saw.

    6. Hati yang dihidupkan dengan kalimah akan menghidupkan pula Nur Muhamad didalam hatinya.

    7. Hati yang hidup dengan Nur Muhamad pula akan tertangkap kepada cahaya Al Quran yg dibiaskan dari Rasulullah saw.


    Pecahan Cahaya'

    1. Nur Ilahi berpecah menjadi 99 asma (asma ul husna)
    2. Nur Al Quran berpecah menjadi 7 (Al Fatihah)
    3. Nur Muhamad berpecah menjadi 5 (Adam,Nuh,Ibrahim,Musa,Muhamad)
    4. Nur Islam berpecah menjadi 3 (Khalifah,Imam,Ulama)
    5. Nur Syahadah hanya menjadi 1 (Kalimah)

    Rasulullah bersabda:

    "Aku telah diutuskan dalam keadaan yang terbaik pada semua keturunan anak Adam, sejak kejadian mereka" (Sahih Bukhari, Jild 4, Buku 56, No. 757)

    Nur Muhamad yang hidup dihati adalah tempat untuk Nur Ilahi bertapak. Nur Muhamad berfungsi seperti sebuah cermin yang akan menangkap Nur Ilahi dari Al Quran dan membiaskan pula Nur Ilahi itu ke hati manusia untuk mendapat petunjuk. Apabila kalimah hidup dalam hati manusia maka bersinarlah Nur Muhamad yang ada didalam hatinya. Dengan bersinarnya Nur Muhamad maka tertangkaplah Nur ilahi kedalam hatinya seperti lensa kamera video yang menangkap cahaya. Nur Muhamad kemudiannya membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia yang seterusnya. Dengan cara ini maka Nur Ilahi akan terpancar dari satu manusia ke satu manusia yg lain dan begitulah seterusnya cahaya itu berjalan.

    Nur Muhamad bersumber daripada Rasulullah saw dan Nur Muhamad itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda setelah kewafatan Baginda saw. Sebab itu Baginda saw berpesan supaya manusia mesti berpegang dua perkara iaitu Kitabullah Azza Wa Jal dan Ahlul Bait Baginda. Tanpa kedua-duanya maka manusia akan sesat kerana tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Maka perhatikanlah bagaimana kita memperlakukan kepada keduanya setelah kewafatan Rasulullah saw. Inilah perkara yg patut ulama perhatikan.

    "Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kukuh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".

    Diriwayatkan oleh Muslim dan tirmidzi:
    Umat Islam sepatutnya dibimbing oleh Ulama-Ulama yg berbai'at dengan wakil Rasulullah saw. Dengan cara ini barulah ulama tersebut diberi petunjuk melalui Al Quran bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam sekarang. Keadaan umat Islam sekarang seperti layang-layang terputus tali. Perhubungan ulama dengan Rasulullah saw tidak wujud lagi. Maka Ulama hanya boleh bergantung kepada ilmunya sahaja. Masalah pasti tidak selesai. Perhubungan ulama sekarang dengan Rasulullah saw terputus angkara perbuatan Yahudi yang sememangnya memahami bagaimana untuk melemahkan Islam. Mereka sudah menjalankan kerja jahat ini beratus-ratus tahun dahulu semasa era penjajahan. Janganlah kita saling menuding jari. Umat Islam terdahulu pun jangan disalahkan malah kita harus berterima kasih kepada mereka kerana diatas usaha dakwah mereka juga kita hari ini beragama Islam. Binalah semula Islam dalam semangat berkasih sayang kerana Allah SWT. Insafi lah betapa kasihnya Rasulullah saw kepada kita. Mudah-mudahan melalui ayat dan hadis diatas Allah SWT memberi petunjuk kepada kita tentang apakah punca masalah umat Islam pada hari ini.


    http://trumedia.blogspot.com/2008/01/cahaya-atas-cahaya.html

    Reply #16 08 January, 2011, 04:01:33 PM
  • Publish
  • terima kasih umi tapi yg saya mahukan adalah asbab nuzul ayat itu jika ada

    Sabarlah, saya sedang baca untuk mencari rujukan,kitab Asbabun Nuzul ada di rumah. Tak bawa pergi jalan-jalan kitab tu.

    Reply #17 08 January, 2011, 04:24:08 PM
  • Publish
  • Dalam kitab Asbabun nuzul imam Jalaluddin As sayuthi,

    Tiada specific merujuk terus kepada ayat 35 dalam bab sebab sebab di turunkan ayat.

    Namun kita boleh merujuknya kepada ayat2 sebelum dan sesudah ayat 35.

    Dalam Tafsir pimpinan al Rahman pula, surah yang di turunkan di madinah dan mengandungi 64 ayat

    di namakan an nur (cahaya) kerana bandingan nur hidayah petunjuk Allah swt adalah di sebut perihalnya

    yang mencakupi ayat 35. Demi perbandingan antara orang2 mukmin dan golongan musyrikin.

    Hidayah Allah swt dapat di saksikan dalam beberapa kejadian sehingga turun ayat2 an nur.

    Dalam satu riwayat ada di sebut bahawa Shubaih hamba kepada Huwaitib b Abd Uzza meminta untuk di

    merdekakan dalam satu perjanjian. Bila permohonan itu di tolak maka turunlah ayat2 AN NUR pada ayat 33.

    (riwayat Ibn Sakan dalam kitab Makrifatis)

    Dalam riwayat lain ada menyebut bahawa seorang bernama Abdullah b Ubay menyuruh hamba sahaya nya

    melacur dan meminta bahagian dri hasil itu. Maka turunlah sambungan dari ayat ayat itu (24:33) sebagai

    larangan memaksa hamba sahaya wanita melacurkan diri demi mengaut untung .

    Lalu ayat 35 adalah sambungan tentang hidayah Allah swt kepada golongan mukmin dan di sambungkan

    pula kepada perbandingan golongan yg mungkar.

    wallahualm.

    (Di riwayat Muslim dari Abu Sufyan dari Jabir b Abdillah)

    Reply #18 21 January, 2011, 03:20:31 PM
  • Publish
  •                                    

    cahaya atas cahaya.................begitulah petunjuk dari allah
    « Last Edit: 15 February, 2011, 12:54:40 PM by fadzil b hussain »

    Reply #19 21 January, 2011, 09:26:45 PM
  • Publish
  • cahaya atas cahaya ...........................

    di atas segala galanya ialah Allah
    malaikat cuba memanjangkan leher mendongak, namun Kursi NYA naik lebih tinggi
    tatkala Muhammad di bawa ke hadapanNya, di sidratul muntaha, malaikat tak mampu ikuti
    tandanya, manusialah sebaik baik kejadianNya
    Muhammad SAW adalah penghulu sekalian manusia

    pernahkah kalian mendengar bulan naik ke hadapannya
    matahari juga naik ke hadapannya

    sebenarnya, Cahaya yang matahari perolehi tu dari ATAS
    matahari sinarkan ke bulan, bumi dapat cahaya, itulah, Cahaya atas cahaya

    Ilmu manusia pula, berlapis lapis
    Ilmu juga ibarat cahaya, itulah cahaya dari Yg Esa, kepada malaikat, kepada manusia, kepada makhlukNya

    segala galanya ciptaan Allah
    dalam 6 masa, itulah tingkatannya
    berlapis lapis kejadiannya, cahayanya, ilmunya, zatnya yang memberikan kehidupan

    ibarat dalam lampu berdinding kaca, kerana cahaya tu berkaca kaca, alam makhluk berlapis lapis, cahaya atas cahayalah, Rahmat Allah memahamkan manusia, menunjukkan JalanNya

    cahaya atas cahaya, kebenaran tak akan terpadam, Ilmu ialah Al Alim, maka tak akan mati mati, kekal abadilah kebenaran itu

    dengan Kebenaran itulah, Keadilan akan berlangsung di Akhirat nanti, tatkala di yaumul Hisab, yaumul mahsyar

    semuga adalah cahaya dirimu, jelaslah akan mendapat syafaatnya, Inshallah

    jadi carilah Ilmu, beramallah, semuga iman masuk ke Hatimu

    berusahalah mendapatkan Cahaya kebaikan

    Inner Self, bercahaya, terpancar ke wajahnya

    subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah wahdahu laasyarikalah Allahu Akbar
    « Last Edit: 21 January, 2011, 09:28:23 PM by al_ahibbatu »

    divider3
    halaqahforum4