Ikhtilat

*

Author Topic: Ikhtilat  (Read 10254 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

najwa_hamali

  • *
  • Posts: 749
  • ~BIDADARI SYURGA IMPIAN DI HATI~
    • View Profile
03 December, 2008, 12:50:48 PM
  • Publish
  •  :)

    apakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

    Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

    Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
    Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

    Saya menyarankan ikhtilat adalah baik lelaki atau wanita, masing-masing tidak melayan perasaan sehingga menghanyutkan diri. Mereka jadi tidak tenang dan gusar, tidak melakukan apa-apa gerak kerja, ataupun jika dilakukan itu pun kerana si dia. Si lelaki tidak akan berjalan berdekatan si wanita, begitu juga tidak akan berjalan belakang si wanita. Ini sangat pantang. Jika mahu berjalan bersebelahan sekalipun, ia mesti dalam jarak yang jauh untuk menjaga perasaan.
    Si wanita tidak akan keterlaluan dalam melembutkan suara sehingga mampu menggoda dan meransang, dan tidak menunjukkan aksi-aksi yang boleh menimbulkan rasa yang kurang baik dalam hati wanita.

    Kedua-duanya tidak akan tenggelam dalam percintaan sehingga bahasa SAYANG menguasai menyebabkan hidup tidak tenang dan tenteram. Ikhtilat dengan tidak berada berdekatan seperti berhadapan dengan secara dekat semasa mengadakan mesyuarat apatah lagi berpegangan tangan dan berjalan di waktu malam.
    Ikhtilat adalah SAD ZARAIE, satu kaedah pencegahan sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini berdasarkan slogan JANGAN SEKALI KAMU DEKATI ZINA. Kenapa perlu si lelaki sentiasa bertemu si wanita atas alasan rindu dan sayang seolah-olah mereka tidak punya masa untuk mencurahkan rindu kepada Tuhan yang Maha Esa dan untuk perjuangan. Kenapa dihabiskan duit si dia terlalu banyak sedangkan duit untuk perjuangan langsung tidak dihulurkan.

    Saya mengingatkan kepada yang asyik bercinta. Bercinta harus, tetapi lemas haram. Bercinta harus, tetapi sekiranya anda makin hilang fungsi sebagai hamba, maka ia haram. Berhubungan dengan wanita, atau dengan lelaki, adalah dengan tujuan untuk saling lengkap-melengkapi dan untuk memudahkan urusan. Jika magnet itu teransang, maka salurlah dengan cara yang paling baik – yakni kahwin.

    Wanita yang sepatutnya malu dah tiada malu lagi; lelaki yang sepatutnya berakal dah hilangkan akal mereka. Perempuan dengan gejala dedah; lelaki dengan gejala dadah.


    Barakallahufikh... =)

     :jaz:
    YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

    miftahul jannah

    • *
    • Posts: 132
    • jihad fisabilalLAH...
      • View Profile
    Reply #1 04 December, 2008, 01:48:16 PM
  • Publish
  • Alhamdulillah semoga setiap pembaca yang membaca tentang ikthilat sentiasa beringat antra satu sama lain, kita manusia sentiasa melakukan kesilapan tapi kita sebgai khalifah dimuka bumi ini patut bertindak secara bijaksana, kerana bagi saya sebagai seorang yang di lahirkan dalam islam kita patut menjaga segala peraturan dan guide line dalam batasan, pebuatan, perkataan atau segala satu macam yang kita buat kerana apa yang kita inginkan adalah nikmat kehidupan kita di dunia n akhirat dan jaga lupa kemanisan iman hanya akan diperolehi untuk orang yang berpegang kepada amar makruf nahi mungkar... Amin

    Khalawatul Iman

    • *
    • Posts: 385
    • Hidup dan Matiku hanyalah ISLAM
      • View Profile
    Reply #2 04 December, 2008, 04:25:05 PM
  • Publish
  • Tanpa kita sedari, ikhtilat memang sentiasa berada dekat dengan kita....dalam kehidupan kita...kerana keinginan nafsu membatasi segalanya...jagala hati....biar payah untuk mencari redha Allah swt..biar ada benteng...kerana inginkan cinta Allah..peringatan buat diri ini..yang sentiasa lemah hatinya..Ya Allah....(^_^)
    Tiada rupa seindah AKHLAQ,tiada hati seindah IMAN,Tiada hidup seindah ISLAM,tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

    budakkolej92

    • *
    • Posts: 19
      • View Profile
    Reply #3 06 December, 2008, 10:06:32 PM
  • Publish
  • ada jugaklah yg bertanya........

    "Bagaimana nak bercouple sekaligus dgn menjaga BATASAN PERGAULAN???"

    heran tak dgn soalaan nih........ :msya:kalau dah kita sendiri bercouple tak mgkin dpt menjaga batasan PERGAULAN sebab apa???????


    sbab kita sendiri yg memandai-mandai dah melanggar batasan PERGAULAN.......apa kata ALLAH????????
    "LAA Takrabuzzina"........

    ni yg kena ingat nih......

    klu dah dekat pun TAK LEH........nikan plak nak buat zina......ish2222

    tp kena jugak di sinih.... zina tu tak smestinya/...
    LAKI NGN POMPUAN jumpa pastu ....................................
    tak semestinya....

    tak silap sayelah ada hadis yg mengatakan ttg jenis2 zina........

    1. MATA bleh berzina dgn melihat.......BERRZINA,,, bkn dekat tuh...bahaya22
       melihat ape ye????????
       melihat perkara2 yg haram lah..
    2. TELINGA bleh berzina dgn mendengar
    3. LIDAH dan mulut bleh berzina dgn berkata2....
    4. TANGAN bleh berzina dgn menyentuh
    5. KAKI bleh berzina dgn melangkah ke tempat lembah penzinaan...
    6.. DAN YG PALING PENTING SKALIK.........HATI bleh berzina dgn rindu, mengingat, menghayati, dan sbgnya yg sama spesies......

    masalah hati lah nih.......
    walaupun dr jauh ber'DATING' sehinggakan org tak perasaan kita 'DATING' TAPI HATI KITA AKAN SENTIASA DEKAT.......
    betul tak.........

    (mcm tulah bunyi hadis yer...tak brp nak igt...)

    ...............ZINA HATI............. ini buat ingatan kpd sesiapa yg membaca nih dan diri saya jugak

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #4 09 December, 2008, 01:04:49 PM
  • Publish
  • artikel tambahan mengenai apa itu ikhtilat..

    http://www.apisbp.com/v3/Dunia-dan-Semasa/Pergaulan-kita.html

    dishar

    • *
    • Posts: 92
    • "'cOUpLE' bukan pilihan...jgn dekati zInA"
      • View Profile
    Reply #5 25 February, 2009, 10:09:02 AM
  • Publish
  • IKHTILAT (PERCAMPURAN / PERGAULAN)
    - Maksud pergaulan: bercampur antara wanita dan lelaki ajnabi di satu tempat
    yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan
    berinteraksi.
    - Hukum asal pergaulan wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah.
    - Tiada nas yang jelas melarang pergaulan. Tegahan pergaulan ini hanya
    disimpulkan dari beberapa tegahan lain:
    - Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram
    - Tegahan berkhulwat antara wanita dengan lelaki ajnabi
    - Tidak wajib solat jamaah ke atas wanita
    - Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita
    - Hukum-hukum khusus mengenai wanita dalam ibadat haji
    - Tegahan wanita berjalan berseiringan dengan lelaki
    - Dari larangan-larangan inilah ulamak menyimpulkan pergaulan wanita
    dengan lelaki ajnabi ditegah.
    - Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
    - Pergaulan atas sebab darurat
    - Pergaulan untuk tujuan bermuamalah
    - Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman
    - Pergaulan menunaikan kesaksian
    - Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang
    - Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah
    - Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama
    - Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja
    syar’ie dengan syarat hukum-hukum Islam yang lain dipenuhi
    - Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad
    - Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu
    - Pergaulan atas sebab kebiasaan dan teradat yang tidak bercanggah dengan
    syara’
    - Dalam kitab Muwatta’ oleh Imam Malik disebutkan “Wanita (boleh) makan
    bersama lelaki apabila pada kebiasaan teradat wanita makan bersama-sama
    lelaki.
    - Pergaulan semasa menziarahi keluarga terdekat dan teman handai pada majlismajlis
    tertentu, maka dalam majlis yang sama dengan syarat memelihara adab
    sopan keislaman dan hukum-hukum Islam.
    26
    - Pergaulan wanita dengan lelaki dalam satu majlis bersama. Ada dua pendapat:
    - Pendapat pertama tidak boleh kerana hadis mengenai pengaduan kaum
    wanita di zaman Rasulullah tentang kelebihan kaum lelaki mendapatkan
    ilmu, lantas Rasulullah s.a.w memperuntukkan satu masa belajar khusus
    bagi wanita.
    - Pendapat kedua boleh kerana pergaulan untuk tujuan muamalah
    dibolehkan, maka pergaulan untuk menuntut ilmu tentulah lebih boleh lagi,
    kerana suasana menuntut ilmu lebih jauh dari fitnah berbanding suasana
    muamalah.
    - Tentang hadis yang dikemukakan di atas, pengkhususan satu majlis untuk
    kaum wanita bukan kerana larangan pergaulan lelaki dan wanita semasa
    menuntut ilmu, tetapi kerana tabiat kaum wanita sentiasa banyak terhalang
    untuk keluar bersama Rasulullah s.a.w. Tidak seperti kaum lelaki yang sentiasa
    berpeluang untuk berbuat demikian. Oleh itu wanita perlu dikhususkan satu
    masa bersama Rasulullah s.a.w.
    - Namun demikian keharusan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang
    bersungguh-sungguh, hukum, adab dan tata susila Islam:
    - Menjaga aurat
    - Tidak tabarruj
    - Tidak mengangkat suara dengan tinggi
    - Serius, tidak bermanja-manja dan melembut-lembutkan suara sewaktu
    bercakap
    - Menundukkan pandangan, bukan mata galak, bukan curi pandang
    - Warak, tapi bukan warak-warak kucing

    yusra

    • *
    • Posts: 30
      • View Profile
    Reply #6 24 March, 2009, 12:52:04 PM
  • Publish
  • assalamualaikum WBT.

    Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan/hubungan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi samada di tempat sunyi atau di tempat terbuka. Ia merupakan suatu ciri pergaulan masyarakat jahiliyyah dan juga berasaskan kepada nilai2 dan system hidup jahiliyyah. Bentuk pergaulan seperti ini telah ditolak oleh Islam sejak kedatangan Rasulullah SAW yang membawa system dan nilai hidup yg dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah.
    BEZA ANTARA IKHTILAT DAN KHALWAT

    IKHTILAT

    Seorang lelaki & seorang perempuan berada bersama di tempat terbuka.
    § Cth : Di pasar/bank/sekolah @ tempat awam semasa berurusan.
    2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan tidak berniat untuk berkhalwat walaupun berada di tempat tertutup atau sunyi
    § Cth : Bermesyuarat dlm bilik khusus,belajar di kelas/dewan kuliah.

    KHALWAT

    Seorang lelaki dan perempuan berada bersama di tempat tertutup/sunyi.
    § Cth : Sudah sedia maklum dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
    2 atau lebih lelaki dan perempuan berada bersama dan berniat untuk melakukan khalwat ditempat tertutup/sunyi.
    § Cth : Sekumpulan lelaki&perempuan berpakat berkhalwat dalam dewan tertutup walaupun dalam jumlah yg ramai.
    SALAH KE???

    Ramai yg bertanyakan soalan ini malah selalu diajukan soalan ini. Semasa saya di sekolah dahulu,soalan ini amat famous sekali diajukan pada saya malah sentiasa menjadi isu semasa yang panas dalam usrah saya. Disini saya utarakan 3 pendapat atau 3 golongan dalam menghukum dan mengadili permasalahan ini:-

    1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
    · Golongan ini amat keras/syadid dalam berhukum sehingga menfatwakan kesemua ikhtilat itu haram dalam apa jua keadaan sekalipun. Cth : Sekolah perlu diasingkan antara lelaki dan perempuan hatta sekolah rendah/tadika sekalipun. Malah guru perempuan hanya boleh mengajar di sekolah perempuan sahaja dan begitulah sebaliknya. Di Arab Saudi, ayah dilarang untuk menghadiri majlis di sekolah(cth: PIBG) bagi pihak anak perempuannya.
    · Golongan ini juga turut mendakwa memakai niqab adalah wajib selain menutup seluruh aurat.

    2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
    · Golongan ini terlalu memudah2kan urusan agama sehingga soal aurat dan ikhtilat ini dipandang enteng.
    · Aurat boleh didedahkan dan percampuran lelaki dan perempuan dibolehkan tanpa batasan atas dasar kebebasan dan hak individu.

    3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
    · Golongan ini adalah golongan pertengahan yang menjadi pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
    · Golongan ini bersederhana dalam pengamalan. Tidak terlalu keras/syadid atau tidak terlalu memudahkan dalam pergaulan lelaki dan perempuan.
    · Tidak mengharamkan dan tidak menghalalkan terus secara mutlak percampuran lelaki dan perempuan malah meletakkan garis panduan dan syarat2 tertentu dalam pengamalan ikhtilat.

    Daripada huraian diatas, kita perlu berpegang dan berhukum dengan golongan yg ketiga dan menolak pegangan golongan pertama dan kedua. Kita boleh berikhtilat lelaki dan perempuan tetapi mestilah disertai dengan etika garis panduan yang ditetapkan. Jika kita mengatakan haram berikhtilat secara mutlak,maka apa hikmahnya Allah menciptakan kaum wanita di bumi ini. Jika begitu,adalah munasabah jika kaum wanita berada di planet lain yang mana dikhususkan hanya untuk kaum wanita. Begitulah sebaliknya. Islam membenarkan ikhtilat bukan secara mutlak tetapi berpandu dan terarah.

    APA YANG SALAH???

    Hati kita sering tertanya2... Apa yang salahnya ikhtilat ini?? Dimanakah salahnya ikhtilat ini??? Mengapa salah?? Sememangnya hati sentiasa berperang dengan nafsu. Nafsu sentiasa membenarkan apa yang diharamkan. Mungkin hati kita terasa remeh dengan faktor2 tegahan ikhtilat ini namun ia memberi impak maksima pada maruah,hati, diri dan seterusnya rantaian hubungan dengan Allah. Apa yang dilarang??

    [ 1 ] MELIHAT النظر- -

    " Katakanlah kepada lelaki2 yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka...... . dan katakanlah kepada perempuan2 beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka"
    Surah An-Nur 30-31

    Sabda Rasulullah SAW :
    " Wahai Ali janganlah pandangan yang kedua menuruti pandangan yang
    pertama kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagi kamu
    sedangkan yang kedua itu dosa ke atasmu"
    Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi

    [ 2 ] SENTUH – المسح -

    Sentuhan amat beracun kerana lelaki dan perempuan mempunyai kuasa magnet yang positif+negetif. Ada kutub utara+kutub selatan. Dalil sudah sedia maklum tentang pengharaman sentuhan lelaki/perempuan.
    [ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع في القول –

    " Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
    Surah Al-Ahzab 32
    [ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )

    " Dan apabila kamu meminta sesuatu y harus diminta dari mereka(isteri2 nabi) mintalah dari sebalik tabir. Cra demikian lebih baik bagi hati kamu dan hati mereka"
    Surah Al-Ahzab 53

    [ 5 ] KHALWAT

    " Tidak boleh bersunyi dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim"
    Riwayat Imam Bukhari
    PECAHAN IKHTILAT

    Seperti yg bincangkan diatas,Islam meletakkan garis panduan etika bagi masalah ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi kepada 2 iaitu :
    [ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
    [ 2 ] Ikhtilat syar'ie

    IKHTILAT GHOIRI SYAR'IE
    1- Percampuran yang boleh menghilangkan maruah
    2- Percampuran yang boleh menimbulkan fitnah
    3- Bercanggah dengan adat dan adab etika Islam
    4- Bukan berhajat.. Yakni tidak mempunyai sebarang hajat.
    5- Tidak ikut adab Islam. Tidak mengasingkan tempat lelaki/perempuan. Ikhtilat seperti ini hendaklah dicegah jika bertepatan dengan syarat. IKHTILAT SYAR'IE
    1- Mempunyai hajat
    · Tempat menuntut ilmu
    · Medan jihad
    · Gerakan dakwah. Amar makruf nahi mungkar
    · Menziarah
    · Menghadiri jemputan. Cth: Kenduri kahwin dlll
    · Menunaikan haji dan Umrah
    · Musafir syar'ie
    · Muhasabah kepimpinan. Cth: Mesyuarat agung,pembentangan
    · Menjadi saksi
    · Menyaksikan hukuman. Cth: Menyaksikan hukuman hudud SYARAT2 IKHTILAT

    1- Tidak bersentuhan
    2- Menjaga aurat
    3- Menjaga adab bercakap
    4- Mengasingkan tempat ( Pada tempat2 tertentu )
    5- Dibawah kawalan orang yang dipercayai dan siqah.

    MENGAPA DITEGAH???

    1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
    2- سد الزرائع iaitu menutup segala lubang-lubang maksiat
    3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
    4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
    5- Menonjolkan ciri2 kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
    6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri2 kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
    7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

    KESIMPULAN

    Sesungguhnya masalah ikhtilat ini perlu diberi pencerahan dengan suluhan Al-Quran dan Sunnah. Pergaulan bebas tanpa kawalan dan terarah akan mengunndang bahana yang membengkak dalam masyarakat. Masyarakat kita sekarang 'tenat' dan semakin menjauh dari akhlak dan budaya ketimuran.

    Kembali dan berubahlah kepada pengamalan dan penghayatan Islam.. Jangan terikut dek kejahilan moden...

    "Dan jika engkau menuruti kebanyakkan orang yang ada di muka bumi,nescaya
    mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Tiadalah mereka sangka
    semata2 hanyalah berdusta"

    Permasalahan Ikhtilat

    Ikhtilat pada prinsipnya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi, ia boleh berlaku samada di tempat sunyi atau di tempat yang terbuka.. Kesan dari perhubungan semacam ini membuka ruang kepada berlakunya perzinaan di dalam masyarakat.

    Sabda rasulullah saw:

    Maksudnya : Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang ketiganya. Hadis Riwayat Turmu

    Syariat Islam mengharamkan kepada lelaki melihat kepada wanita lain yang bukan muhrim. Seorang lelaki tidak diperbolehkan memandang kepada orang perempuan selain kepada isterinya dan wanita-wanita muhrimnya.

    Firman Allah :
    قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم، ويحفظوا فروجهم… وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن، ويحفظن فروجهن… ( النور ؛ 31 )

    Maksudnya : katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka…dan katakanlah kepada orang perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka. Surah An Nur : 31

    Oleh kerana menahan pandangan mustahil dapat dilakukan dalam bentuk pergaulan yang bebas (bercampur lelaki dan perempuan) maka sayugialah Islam bertindak mengharamkannya, dan Islam menetapkan kepada yang ingin bermuamalat bahawa ia mestilah mengadakan sekatan yang menghalang penglihatan di antara keduanya.

    Firman Allah :
    واذا سألتموهن متاعا فاسألوهن من وراء حجاب (اللأحزاب

    Maksudnya : " Apabila kamu minta dari perempuan akan sesuatu seperti alat-alat yang digunakan di dalam rumah, baldi atau pinggan atau belajar ilmu atau minta sesuatu fatwa maka hendaklah kamu minta itu dari balik tabir iaitu dari belakang tabir iaitu dari suatu sekatan di antara kamu dengan perempuan itu." Surah Al Ahzab :53

    Selain itu, di sini juga suka untuk dinyatakan beberapa panduan interaksi antara lelaki dan perempuan iaitu 3 perkara pokok mesti sentiasa diikuti, iaitu

    1) Niat
    Mestilah diniatkan kerana Allah.

    2) Matlamat
    Melibatkan perkara yang perlu dan diharuskan di dalam Islam, contohnya perubatan, pembelajaran serta pengurusan yang bertepatan dengan syara'.

    3) Cara / Method
    Suara dan gerak geri mempunyai peranan utama di dalam interaksi, samada secara fizikal atau melalui alat-alat komunikasi. Matlamat tidak mengharuskan cara. Garis panduan asas mesti sentiasa diikuti, antaranya termasuklah:
    i) menjaga pandangan
    ii) memelihara aurat
    iii) bersuara dengan intonasi yang formal atau yang sepatutnya
    iv) mengawal gerak geri agar berpadanan dengan tujuan
    v) bertutur dengan perkara yang perlu sahaja

    Walapun telah jelas hukum serta garis panduan berkenaan ikhtilat namun di sana kita lihat masalah ikhtilat sentiasa berlaku. Siapakah yang harus kita persalahkan?

    Dan, lebih menyedihkan lagi bilamana penyakit terbaru ini juga merebak di kalangan mahasiswa Islam di tanah air termasuk warga azhari/ah. Adalah menjadi tanggungjawab kepada semua untuk sama-sama memikirkan masalah ini dan berusaha mencari jalan keluar. Kemelut ini tidak boleh dibiarkan. Penyakit yang berjangkit kepada mahasiswa kita ini mesti diubati dan dipulihkan sebelum ia benar-benar menjadi barah yang tidak dapat dirawat lagi. Semua pihak dan segala bentuk jentera mesti digerakkan ke arah itu.
    Very Happy
    ____________ _____
    Membangun Bersama Islam
    Kembalikan Hidup Islam
    islam forever.usrati jannati.

    Azwar

    • *
    • Posts: 97
    • ku milik-Mu
      • View Profile
    Reply #7 10 April, 2009, 09:52:10 PM
  • Publish
  • lelaki dan perempuan chatting dalam internet, betanyakan khabar dan juga hal yang berkaitan antara mereka berdua contoh hal harian dan juga hal peribadi perempuan itu, atau lain2 hal yang tiada kaitan antara keduanya, contohnya dalam halaqah ni lah. dalam keadaan ini,hukum apakah yang perlu dikatakan?? adakah haram atau harus??

    wArDaH iSlAm

    • *
    • Posts: 372
    • hidup penuh dengan perjuangan..
      • View Profile
    Reply #8 19 April, 2009, 09:03:09 PM
  • Publish
  • lelaki dan perempuan chatting dalam internet, betanyakan khabar dan juga hal yang berkaitan antara mereka berdua contoh hal harian dan juga hal peribadi perempuan itu, atau lain2 hal yang tiada kaitan antara keduanya, contohnya dalam halaqah ni lah. dalam keadaan ini,hukum apakah yang perlu dikatakan?? adakah haram atau harus??

    em....x sure lah.. tapi tidak ke kite di forum yang saling tarbiah mentarbiahi?
    berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...

    humayra_solehah

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Reply #9 29 April, 2009, 03:33:13 AM
  • Publish
  • lelaki dan perempuan chatting dalam internet, betanyakan khabar dan juga hal yang berkaitan antara mereka berdua contoh hal harian dan juga hal peribadi perempuan itu, atau lain2 hal yang tiada kaitan antara keduanya, contohnya dalam halaqah ni lah. dalam keadaan ini,hukum apakah yang perlu dikatakan?? adakah haram atau harus??

    actually kalau bercakapa perkara2 yg lagha dan melalaikan, x kira la dlm btk apa skalipun.. tetap dikira ikhtilat. kalau sekadar utk menuntut ilmu tu dibolehkan rasanya.. sama je hukumna dgn sms antara lelaki dan perempuan.. kalau ada keperluan, dibolehkan..
    aasas br hukum ni sebenarnya.. "janganlah kamu MENDEKATI zina.."
    jadi kalau ada keperluan, baru boleh bergaul dgn lelaki, tetapi di dalam batas yg ditetapkan.
    perlu menjaga adab dan cara, serta xboleh meleret2 kepadad apa2 yg tak perlu
    ni apa yg ana faham dan belajar dr sekolah..

    sebarang kesilapan, maaf ye..
    wallahu'alam...
    Fill the world with colors, paint it everywhere u go
    Paint everything u see, and tell everyone u know
    Quran will be ur paint and ur brush will be iman
    So fill the world with colors... every color of Islam

    nurbariroh

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #10 29 April, 2009, 08:00:46 AM
  • Publish
  • assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, ana nak bagi komen sikit, tentang masalah relation antara muslim, dan muslimah.
    bagi ana kita tak jadi masalah untuk menjalin persaudaraan, tapi kita kena tau cara dan etika yang sesuai dengan syara' yang pastinya akan menghasilkan hubungan persaudaraan yang sehat dan positif.  yakni watawaashoibil haqqi wa tawaa shoibisshobri, dengan itu umat islam akan menjadi kukuh.

    budokjuruh

    • *
    • Posts: 125
    • Ujian adalah tarbiyah dari Allah
      • View Profile
    Reply #11 29 April, 2009, 08:40:38 AM
  • Publish
  • bg sy yang jahil ni, 'jalinan persaudaraan' hanyalah term yang digunakan utk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Lainlah kalau melibatkan muamalah spt jual beli,atau doktor merawat pesakit, menemani suami melayan tetamu, dalam kenderaan awam dan sebagainya.

    Adapun ttg 'kena tahu cara dan etika itu, sy rasa semua orang tahu. dari segi luaran mmg semua ok tetapi bagaimana dengan hati? adakah hati mereka statik saja?

    Jadi setakat 'jalinan persaudaraan' biasa itu, rasanya tidak perlu lah walau kedua mereka adalah aktivis dakwah.

    Betul ke?

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #12 29 April, 2009, 09:07:59 AM
  • Publish
  • assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, ana nak bagi komen sikit, tentang masalah relation antara muslim, dan muslimah.
    bagi ana kita tak jadi masalah untuk menjalin persaudaraan, tapi kita kena tau cara dan etika yang sesuai dengan syara' yang pastinya akan menghasilkan hubungan persaudaraan yang sehat dan positif.  yakni watawaashoibil haqqi wa tawaa shoibisshobri, dengan itu umat islam akan menjadi kukuh.


    ana pun masih dhoif jg,ya memang dalam islam  untuk menjalinkan persaudaraan itu di bolehkan..
    tetapi untuk menjalikan persaudaraan dengan bukan muhrim kita..kita hendaklah menjaga ikhtilat..
    dalam islam pun kita di suruh untuk menjaga ikhtilat...
    wa'allahua'alam..

     :aamiin:

    Insignia of Islam

    • *
    • Posts: 243
    • Help each other
      • View Profile
    Reply #13 29 April, 2009, 10:14:51 AM
  • Publish
  • Bagus artikel ni. Suruh orang yang suka & degil jugak nak bercouple & berangkat2 (adik abang kakak angkat antara bukan mahram) baca & faham betul2 topik ni.

    nur_muslimah

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #14 30 January, 2010, 01:37:56 PM
  • Publish
  • slm..ana ada pertanyaan..bagaimanakah syarat2/kaedah2 muamalah antara muslimin dan muslimat dalam sebuah kelas??

    issyah

    • *
    • Posts: 267
      • View Profile
    Reply #15 30 January, 2010, 02:11:45 PM
  • Publish
  • bagi soalan nur..jawapannya mungkin nti boleh baca dibawah ini..
    Pergaulan Di Antara Lelaki dan Perempuan Ajnabi Semasa Belajar

    Dalam persoalan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar, sebenarnya tidak ada hadis yang secara langsung menyentuh persoalan ini, adakah ia dilarang atau dibolehkan. Bagaimanapun, ada sesetengah ulama’ berpendapat lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul semasa belajar. Mereka berhujah dengan hadith Sa’id al-Khudri yang meriwayatkan:

    “Perempuan berkata kepada Nabi s.a.w.: Golongan lelaki mengatasi kami ke atas kamu (orang lelaki sentiasa bersamamu setiap hari mendengar hal-hal agama). Tentukan bagi kami satu hari bersamamu (untuk mendengar dan belajar) lalu baginda menentukan satu hari untuk bertemu(mengajar) golongan perempuan, maka baginda menasihati dan mengajar mereka. Di antara nasihat baginda kepada mereka: “Sesiapa di antara kaum golongan perempuan yang menyerahkan tiga anaknya (untuk perang jihad dan anak itu mati syahid) pasti anak-anak itu menjadi penghalangnya dari apai neraka. Seorang perempuan berkata kalau dua orang? Baginda bersabda: “walau dua orang”.

    Bagi mereka hadith ini menunjukkan bahawa perempuan hendaklah diasingkan tempat belajar daripada lelaki. Sekiranya pergaulan di antara lelaki dan perempuan dibolehkan, pasti perempuan pada masa itu tidak meminta Nabi s.a.w.menentukan hari khusus bagi mereka untuk mempelajari ilmu. Begitu juga kalau pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dibolehkan, pasti Nabi s.a.w tidak mengkhususkan hari bagi perempuan.

    Bagaimanapun, setelah hadith ini diteliti, didapati ia tidak jelas menunjukkan lelaki tidak boleh bercampur dengan perempuan semasa belajar. Buktinya, ungkapan “ghalabana ‘alaika al-rijal” (lelaki mengatasi kami ke atasmu).

    Maksudnya, secara tab’ie kaum lelaki setiap hari bersama Rasulullah s.a.w atas tabiat dan fungsi mereka sebagai lelaki. Oleh itu, mereka dapat mendengar dan mempelajari perkara-perkara berkaitan agama sedangkan perempuan tidak mampu berbuat demikian atas sifat dan fungsi mereka sebagai wanita.

    Oleh yang demikian, kaum wanita pada waktu itu meminta Rasulullah s.a.w menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama. Ini bermaksud, permohonan tersebut dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi disandarkan atas dasar tabiat dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menyebabkan peluang bagi wanita untuk bersama dengan Rasulullah s.a.w agak terhad. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang.

    Jadi, hadith ini bukan hujah bagi pengharaman pergaulan antara lelaki dan wanita semasa belajar. Larangan tersebut mungkin lebih sesuai didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah” (menutup pintu-pintu yang boleh mendatangkan fitnah) kerana lelaki dan perempuan, terutama di peringkat awal remaja dan remaja banyak dipengaruhi oleh rangsangan nafsu syahwat. Dengan itu, pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar pada peringkat ini boleh mendorongkan kepada perkara-perkara keburukan lebih banyak daripada kebajikan. Oleh itu, pengasingan tempat belajar di antara lelaki dan perempuan adalah didasarkan kepada “Sadd al-Zari’ah” dan bukannya disandarkan kepada hadith di atas.

    Selain dari penjelasan perenggan di atas, mereka yang mengatakan pergaulan lelaki dan wanita semasa belajar diharamkan berpendapat bahawa pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa ziarah-menziarahi adalah dibolehkan dengan beberapa syarat.

    Mungkin sukar difahami kenapa pergaulan semasa ziarah dibolehkan dan pergaulan semasa belajar diharamkan, sedang suasana belajar lebih jauh daripada fitnah berbanding dengan suasana ziarah. Mungkin yang membezakan hanyalah ziarah dilakukan sekali sekala tetapi belajar mungkin lebih kerap, malah dalam konteks pendidikan formal, menengah atau tinggi ia berlaku setiap hari. Adapun, tegahan ke atasnya bukan merujuk kepada mana-mana nas, tetapi kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”

    wallahua'lam..
    ~..I was married to the Dunya but we have divorced. I am now engage to Akhirat, but my desire to marry Jannah remains..~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #16 14 February, 2010, 05:49:49 AM
  • Publish


  • Pengertian ikhtilat secara bahasa adalah bercampurnya dua hal atau lebih. Ikhtilat dalam pengertian syar'i maksudnya bercampur-baurnya perempuan dan laki-laki yang bukan muhrim di sebuah momen dan forum yang tidak dibenarkan oleh Islam.

    Al-Qur'an memberikan arahan kepada wanita bagaimana seharusnya mereka bersikap, bersuara, dan bergaul dengan lawan jenisnya. Allah berfirman, "Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." (QS. Al-Ahzab : 32).

    Ikhtilat adalah konspirasi musuh-musuh Islam. Seorang pemuda akan dipandang aneh jika tidak memiliki teman-teman wanita. Lebih jauh, pergaulan bebas semakin membudaya.

    Kita sekarang hidup di zaman terdapat berbagai fitnah serta godaan, karena interaksi kita dengan dunia luar, misal melalui media masa, audio maupun visual. Wanita dibiarkan berkeliaran ke mana saja tanpa batas dan bergaul dengan siapa saja serta dengan perhiasan zamannya, membuka aurat, dengan kosmetik dan haruman yang menarik perhatian. Sering kali kita menyaksikan, bahkan seorang gadis belia ke luar dari rumahnya tanpa didampingi oleh mahramnya, bertemu dengan siapa saja tanpa pantauan kedua orangtuanya. Wanita berbicara melalui telepon hingga berjam-jam tanpa diketahui oleh walinya.

    Di waktu siang maupun malam, tidak jarang dijumpai wanita berada di luar rumah, bukan untuk suatu kepentingan belanja atau urusan keluarganya, semata-mata untuk mencari hiburan. Kemudian ia bergabung dalam kumpulan laki-laki dan perempuan. Hampir biasa dipastikan bahwa tujuan wanita itu keluar rumah adalah sengaja menyebarkan fitnah dan menggoda mata laki-laki. Sementara orangtuanya, kakak dan adiknya tenang berada di rumah.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #17 14 February, 2010, 07:59:20 AM
  • Publish

  • Bahaya  Ikhtilat

    1. Ikhtilat adalah maksiat kepada Allah dan RasulNya.

    "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu." Mereka (sahabat) bertanya, "Ya Rasulullah, siapakah yang tidak mahu?" Beliau bersabda, "Barangsiapa taat kepadaku, akan masuk syurga. Dan barangsiapa bermaksiat kepadaku, ia orang yang tidak mahu." (HR. Bukhari).

    2. khtilat adalah permulaan zina.

    Setiap kali penyimpangan terjadi, akan melahirkan penyimpangan lain yang lebih besar. Ketika wanita tidak menutup auratnya dan tidak menjaga kehormatannya dengan bercampur bersama laki-laki yang bukan muhrimnya, terlebih dengan dandanan yang menyebar fitnah, rasa malu sudah sirna dan ghirah laki-laki mulai tiada, maka hal-hal haram menjadi mudah dilakukan, bahkan dosa-dosa besar menjadi hal yang biasa dan wajar.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #18 14 February, 2010, 08:18:24 AM
  • Publish

  • Ikhtilat
    merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

    Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


    Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

    Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

    Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

    Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

    Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

    Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

    Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

    Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Bukanlah kita mahu menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Mari kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan mahram:

    1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

    2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti :sedihnya:, :senyum:, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

    Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Jangan sesekali kita tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

    3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan mahram kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

    4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

    5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.


    Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan anak-anak yang dikasihi.

    "Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

    Wallahua'lam Bissawab

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #19 22 December, 2011, 04:08:36 PM
  • Publish



  • 2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan mahram gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti :sedihnya:, :senyum:, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.


    So kena berhati-hatilah kali ni tak boleh dah bagi ikon semacam itu. Tapi kenapa dibuat ikon seperti itu jika ia tidak membawa faedah?...
    tengah fikir ni...
    Tapi betul juga difikirkan balik macam entah ape-ape...macam kanak-kanak pun betul ...
    ...tapi setiap manusia walaupun tua macam mana pun sikap keanak-anakkan itu ade juga walau pun secalit cuma...


    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    7 Replies
    5903 Views
    Last post 17 January, 2013, 04:27:01 AM
    by qaniah