Perkara-perkara Membatalkan Puasa

*

Author Topic: Perkara-perkara Membatalkan Puasa  (Read 24918 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

pengemis_ilmu

  • *
  • Posts: 15
    • View Profile
10 February, 2010, 03:50:12 PM
  • Publish
  • Percayakah anda ketika anda berpuasa anda masih boleh melakukan hal-hal berikut?
         
                1) Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa. Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.
                   

                2) Anda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh Nasiruddin Al-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)
               

         
                3) Anda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah).
               

                Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam).
               

                Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.”
               

                Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, Rasulullah SAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.”
               

           
                4) Sekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.
               

               
       
                5) Anda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.
               

               
                6) Tidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.
               

               
                7) Anda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).
               

             
                8) Anda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.
               


                9) Anda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.
               

               
                10) Anda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.
               

               
                11) Anda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatan dan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda.
               

               
                12) Anda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.
               

                       
                13) Anda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih)
               

           
                14) Sekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.
               

               
                15) Sekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar.
               

               
                16) Sekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar.
               

                Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.
               

             
                17) Anda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.

    INI BUKANNYA AJARAN BARU... TAPI... ADA YG BERCANGGAH DENGAN APA YG ANDA BELAJAR KAN????
               
                Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.
               
    DARI:
    HambaNya yg Dha'if
    pengemis_ilmu

    maliki

    • *
    • Posts: 607
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #1 21 August, 2010, 11:40:02 PM
  • Publish
  • banyak betol yg bercanggah dengan yg lazim.
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    qaseh2003

    • *
    • Posts: 306
    • Anugerah Allah
      • View Profile
    Reply #2 22 August, 2010, 12:00:54 AM
  • Publish
  • salam,benda ni saya dah pernah dengar dulu.. Tapi was2 laa pulak.. Jd saya ikut je mana yg di ajar..
    Nasihat Rasullullah kepada Mu’awiyah : Wahai Mu’wiyah, jauhi sifat marah kerana marah dapat merosakkan iman seseorang sebagaimana pahit jadam merosakkan madu yang manis..

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #3 22 August, 2010, 12:02:56 AM
  • Publish

  • memang banyak bercanggah dengan kebiasaan kita,jika semuanya ada dalil yang sahih maka kita perlu sebarkan.saya lihat di atas ada juga yang tidak disertakan dengan dalil.

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #4 22 August, 2010, 12:07:22 AM
  • Publish
  • Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak)...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html  betul ka?..:senyum: copy jer..
    « Last Edit: 22 August, 2010, 12:18:42 AM by azrinkun »
    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    ahmad_chill

    • *
    • Posts: 61
      • View Profile
    Reply #5 22 August, 2010, 12:46:52 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Ada soalan:
    Jika gusi kita berdarah, dan kita tertelan darah itu, adakah puasa kita terbatal?

    muslim.net

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Reply #6 22 August, 2010, 01:24:41 AM
  • Publish
  • nma pun tertelan..dimaafkan kot...

    kayu manis

    • *
    • Posts: 13
    • Islam Sinar Hidupku...
      • View Profile
    Reply #7 22 August, 2010, 06:48:11 AM
  • Publish
  • Kalau ada perkataan 'kot', tidak boleh percaya sangat. senyum*
    Perkataan yang cantik "Allah S.W.T"
    Lagu yang merdu "Azan"
    Novel yang menarik "Al-Quran"
    Senaman yang baik "Sembahyang"
    Diet yang mujarab "Puasa"

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #8 22 August, 2010, 06:55:19 AM
  • Publish
  • Tidak batal puasa dengan sebab gusi berdarah dengan syarat jangan di telan air liur yang berampur dengan darah gusi tersbut.

    wallahua'lam

    mohamad zahrawi

    • *
    • Posts: 28
    • أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
      • View Profile
    Reply #9 22 August, 2010, 07:02:28 AM
  • Publish
  • banyak betol yg bercanggah dengan yg lazim.

    yg di atas adalah bukan pendapat Mazhab Syafi'e..
    أَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ

    http://mohamadzahrawi.blogspot.com/

    Solomon king

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Reply #10 22 August, 2010, 07:17:26 AM
  • Publish
  • banyak betol yg bercanggah dengan yg lazim.

    yg di atas adalah bukan pendapat Mazhab Syafi'e..

    so, tak boleh ikut ker? dah bg dalil dah tu...

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1648
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Reply #11 22 August, 2010, 07:18:38 AM
  • Publish
  • Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak)...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html  betul ka?..:senyum: copy jer..


    ini ha bace yang ini..

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #12 22 August, 2010, 07:25:57 AM
  • Publish
  • Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak)...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html  betul ka?..:senyum: copy jer..


    ini ha bace yang ini..


    Lebih mudah copy dan paste di sini sebab saya sudah minta izin dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL  untuk disiarkan semua artikel dan soal jawap agama dari mana-mana lamannya di Halaqahnet.



    Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?


    1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak); berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; “…maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)…”. (al-Baqarah; 187)

    2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

    3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi’ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha’ dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya” (HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.). Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

    4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak); wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

    5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

    6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

    7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

    8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi’ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.[1]

    9. Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

    10. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

    11. Berbekam (mengeluarkan darah); batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

    12. Berniat keluar dari puasa; batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi’ie; tidak batal puasa.

    Nota kaki;

    [1] Ketetapan umum dalam mazhab Syafi’ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).


    http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html
    « Last Edit: 22 August, 2010, 07:27:31 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #13 22 August, 2010, 07:38:12 AM
  • Publish

  • masukkan benda dlm rongga bkan kna tunggu knyang baru batai posa (rujuk kiriman awal)



    [box2 title=Ulasan ADMIN]
    Mr Beruang,tolonglah  Dilarang menggunakan singkatan ejaan perkataan. Eja perkataan dengan betul.[/box2]
    « Last Edit: 22 August, 2010, 07:41:32 AM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #14 22 August, 2010, 07:42:57 AM
  • Publish
  • banyak betol yg bercanggah dengan yg lazim.

    yg di atas adalah bukan pendapat Mazhab Syafi'e..

    so, tak boleh ikut ker? dah bg dalil dah tu...

    Nak ikut atau tidak,berdasarkan ilmu masing-masinglah. Apa yang kita yakini...

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #15 22 August, 2010, 07:49:59 AM
  • Publish

  • masukkan benda dlm rongga bkan kna tunggu knyang baru batai posa (rujuk kiriman awal)



    [box2 title=Ulasan ADMIN]
    Mr Beruang,tolonglah  Dilarang menggunakan singkatan ejaan perkataan. Eja perkataan dengan betul.[/box2]

    minta maaf ummi, ana sedang melayari halaqah menggunakan handphone kerana rindukan halaqah dan terpaksa berjauhan dengan lappy sementara, terbiasa dengan tulisan sms bila menggunakan hp...

    curious cat

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #16 08 July, 2013, 01:36:55 PM
  • Publish
  • salam,

    nak tanya kalau bercium waktu malam air mazi keluar.boleh ke berpuasa keesokan hari?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #17 08 July, 2013, 03:21:55 PM
  • Publish
  • salam,

    nak tanya kalau bercium waktu malam air mazi keluar.boleh ke berpuasa keesokan hari?


    mula mula fahamkan waktu wajib berpuasa ya
    satelah faham akan ketetapan waktu berpuasa, nak buat apa pun waktu tak puasa takdak maslah
    cumanya orang suka kejar ibadah
    dan hal hubungan suami isteri juga ibadah
    yang sunat di beri pahala wajib ya

    semoga kemudahan datang padamu satelah kamu mengetahui yg ini

    inshallah ya

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1352
      • View Profile
    Reply #18 08 July, 2013, 03:31:56 PM
  • Publish
  • Soalan: Batalkah puasa jika berus gigi?

    Ustaz Jawab: Ya batal,jika kamu telan air sisa berusan atau telan berus gigi tu!.

    *Memberus gigi tak batal puasa.  =;8)
    "The spirit of knowledge is action"..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    5382 Views
    Last post 01 September, 2010, 02:25:49 AM
    by syafiqah96
    54 Replies
    29809 Views
    Last post 06 August, 2013, 02:38:49 AM
    by Ana Tholibah
    10 Replies
    7382 Views
    Last post 01 November, 2012, 05:49:48 PM
    by Awit1910