Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua...

Author Topic: Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua...  (Read 184697 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

amanaimini

  • *
  • Posts: 14
    • View Profile
Jawab #1180 05 March, 2012, 08:24:10 PM
  • Publish Di FB
  • Assalam..situasi hampir sama dgn saya cuma yg bezanya suami masih lagi menjalankan giliran cuma bab2 nafkah je mmg saya tidak dpt hak yg sepenuhnya. Kami baru je kawin 5 bulan,kini isterinya memainkan peranan dgn mengugut suami utk membuat  pilihan,atau isteri pertama ingin memohon cerai di mahkamah. Sudah pasti suami akan memilih isteri pertama kerana secara logiknya mana mungkin suami sy akan mengorbankan masa depan anak2nya utk saya. saya kini umpama menati hukuman gantung...bila2 masa saja akan dilepaskan. Alhamdulillah....saya yakin dgn Allah Maha Segalanya. Doa2 saya agar isterinya akan belembut hati menerima perkahwinan ini. Sehingga kini suami masih melayan sy dgn baik dan setiap kali berada bersama saya,tidak nampak dirinya berada dlm kerisauan namun saya sedar,dalam hatinya masih dipenuhi rasa serba salah pd saya. Suami saya mmg seorg yg baik dan alhamdulillah....dia mnjadi semakin baik dgn isteri pertamanya walaupun isterinya masih memberontak. Itulah sebenarnya seorg suami.bila dia baik dgn isterinya...pasti dia akan baik dgn kita juga. Harapan saya semoga Allah beri yg terbaik pd kami semua. Jika peceraian terjadi antara saya dgn suami...saya redha tapi saya x kan brhenti berusaha,berdoa dan akhirnya bertawakkal pada Allah..
    saya rasakan saya seoarang yang hadapi masalah ini...rupa2nya ada insan lain yang senasib..saya dapat rasakan diri saya lebih menjadi penyabar daripada sebelum ini.mgkin inilah hikmahnya...percayalah...hati manusia bukan ditanganmanusa.Allah jualah yang mampumengubahnya...sama2 lah kita bersabar... Allah tidak akan menyusahkan hambaNya sebalikNya ada hikmah yang tersembunyi.Allahualam.

    CikPendiam

    • *
    • Posts: 46
    • Diam Itu Lebih Baik... Berkata Tatkala Perlu
      • View Profile
    Jawab #1181 11 March, 2012, 10:45:37 AM
  • Publish Di FB
  • Quote
    "Dan satu lagi, sajer saya nak tanya pada isteri2 kedua di luar sana....kenapa agaknya perlu mencemburui isteri pertama yang lebih dahulu bersama dengan suami anda sekarang...."
    Jawapan dari isteri kedua- Tak perlu cemburu... hanya menyakitkan hati sendiri. Cemburu yang melampau2 buat suami runsing. I choose to be happy. Kegembiraan & kebahagiaan diri saya tidak bersangkutan dengan orang lain.

    cemburu memang perlu ada.. cemburu sihat... tapi bagi saya.. sya mengetepikan rasa cemburu pada isteri pertama kerna ia hanya akan menjadi virus dalam hati saya,,, apa yang saya lakukan.. memberi senyuman ikhlas pada suami saya tatkala dia mengatakan betapa dia amat mencintai isteri pertamanya pada saya... pasti dia sedang menguji diri saya lebih2 lagi... saya yang baru menjadi isterinya..

    sama seperti ruhilhayati... saya akan membina kebahagiaan saya bersama suami saya dengan cara saya.. yang penting saya berbeza dari isteri pertamanya...
    Dikala Bicara Tak Lagi Kedengaran, Diam itu lebih baik dari Berbicara
    Dikala Mulut Tak Mampu Berkata-kata, Bingkisan Pemudah Bicara

    lieza7275

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Jawab #1182 01 April, 2012, 11:53:57 PM
  • Publish Di FB
  • Selama 3 ari bersama suami....saya dah temui jawapan "antara isteri pertama dan isteri kedua"....Alhamdulillah...tidak perlu guna perkhidmatan bomoh,dukun dan sbgnya,,,,cukuplah dengan doa2 penuh keikhlasan pada Pencipta kita dan Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Apa2 pun.aku sesekali takkan berhenti berdoa kerana aku hanya ada doa utk pertahankan cintaku....redha Allah kucari,redha suami ku jejaki...sesungguhnya suamiku adalah anugerah terindah dari Allah buat aku..insya Allah....amanah dan anugerah Allah ini...akan kujaga dengan sebaik mungkin...

    umi muslimah

    • *
    • Posts: 79
    • Alhamdulillah
      • View Profile
    Jawab #1183 02 April, 2012, 09:57:08 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

     :syukur: semoga bahagia dunia akhirat.. :ins: :aamiin:

    Princezz

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Jawab #1184 03 April, 2012, 09:39:47 PM
  • Publish Di FB
  • Skrg suami memilih utk bercerai dgn sy krn tekanan kerja dan keluarganya termasuklah ibu bapanya...apa lg yg perlu ys bt??terus bsabar dan bsabar dan redha dgn keputusannya...

    RS^

    • *
    • Posts: 157
    • Redha&Syukur: Rohku, ingat detik kembalimu kpdNya
      • View Profile
    Jawab #1185 04 April, 2012, 08:26:41 AM
  • Publish Di FB
  • Bila kita telah kehilangan daya, duduklah bersimpuh bermunajat kepadaNya. Pohonlah apa-apa yang Puan mahukan dalam hidup Puan. Jika Allah tidak mentakdirkan sesuatu seluruh insan berusaha pun takkan berjaya. Jika Allah telah mentakdirkan sesuatu seluruh insan berpakat menghalangnya takkan mampu.


    WANITA DAN SYURGA

    Syurga adalah sebaik2 tempat kembali untuk kedua2 lelaki dan wanita. Walaupun kita rasa tidak layak masuk syurga, takde siapa pun yang sanggup dibiarkan ke neraka. Namun tidak dapat dinafikan bahawa tidak kurang ramai lelaki yang tak layak masuk syurga atas sebab melakukan kezaliman dengan tidak memenuhi tuntutan syara' keatas dirinya atau mempersendakan syara' dengan menceraikan isterinya tanpa sebab yang kuat.

    Namun demikian renungan di sini menumpukan kepada hal wanita dan syurga dan siapakah temannya disana nanti. Apakah wanita akan ada bidadari lelaki?

    PERINGATAN: Janganlah kita samasekali mempersendakan urusan alam akhirat kerana akhirat itu adalah benar dan ia pasti berlaku.

    RENUNGAN 1: Jika lelaki yang layak masuk syurga ada bidadari, bagaimana pula dengan wanita?

    Berikut adalah perbincangan berkaitan perkara ini mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun demikian penentuan dan perincian bagaimana cara, bentuk dan rupa yang sebenar disyurga itu adalah dibawah kuasa Allah s.w.t….

    Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

    Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai secara sah dibawah hukum syara' dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu. Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

    Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
    Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

    Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya layak memasuki syurga.

    Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu. Seperti kes 4, wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut layak memasuki syurga.

    Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain. Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir”

    RENUNGAN 2: ISTERI MEMINTA CERAI TANPA ALASAN YANG DIBENARKAN SYARA'

    Rasulullah ﷺ bersabda,

    أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَاَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلاَقَ مِنْ غَيْرِ بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

    "(Wanita mana saja yang meminta perceraian dari suaminya tanpa alasan yang benar, maka haram baginya bau surga)". (HR.Abu Dawud,Tirmidzi, Ibnu Majah, lihat Shahihul Jami’ no.2706)

    Perceraian, bila terjadi tanpa alasan-alasan syar'i, berarti hanya mengada-ada dan sekedar mempermainkan. Ini bisa menimbulkan kerusakan bagi kehidupan, yang tentunya ditentang oleh Islam. Dimanakah orang-orang yang sudi memikirkan akibat-akibat buruk pasca perceraian? Siapakah yang mau memikirkan nasib anak-anaknya setelah kedua orang tuanya bercerai? Apakah dosa dan kesalahan anak-anaknya sehingga harus menangung beban sehingga "kehilangan" salah satu dari orang tuanya sehingga tidak lagi mendapatkan bimbingan dan kasih sayang dengan sepenuhnya?

    Ketahuilah, bahwa thalaq termasuk peristiwa yang sangat disenangi oleh setan. Imam Muslim meriwayatkan, yang artinya:

    "Sesungguhnya iblis meletakkan kerajaannya di atas air. Lantas, mengutus pasukan-pasukannya. Prajurit yang paling dekat dengannya, ia adalah yang paling besar fitnahnya. Kemudian salah satu dari mereka datang untuk melaporkan: "Aku telah melakukan ini dan itu!" Maka Iblis berkomentar: "Engkau tidak melakukan apa-apa!" Selanjutnya yang lain datang seraya berkata: "Tidaklah aku tinggalkan (anak Adam) sampai aku pisahkan dirinya dengan istrinya," maka Iblis mendekatkannya seraya berseru: "Bagus benar dirimu". [HR Muslim, 2813]
    « Last Edit: 04 April, 2012, 08:41:51 AM by RS^ »
    Aku musafir yg mencari kebenaran. Seorang manusia yg mencari erti kemanusiaan di antara manusia. Seorang warganegara yg mencari negerinya kemuliaan, kebebasan, kestabilan & kehidupan yg baik dlm naungan Islam yg hanif.

    http://bro-rs.blogspot.com/

    http://lamanpuisi-rs.blogspot.com/

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1186 05 April, 2012, 11:35:45 AM
  • Publish Di FB
  • Saya isteri pertama yang bakal dimadukan. Saya tinggal di Kedah manakala bakal madu tinggal di KL. Untuk mnegubat rindu suami terhadap bakal madu, maka setiap malam mereka akan berhubung melalui telefon atau webcam. Pedih sungguh hati saya bila masuk ke bilik tidur dan terdengar suami bergelak ketawa dan bersuara manja dengan bakal madu. Semalam adalah pertama kali saya menitiskan airmata dengan sikap mereka.

    Saya banyak kali desak suami untuk failkan permohonan berpoligami tapi suami bagi alasan untuk pertemukan saya dengan bakal madu dahulu. Saya desak sebab saya nak tahu dengan pendapatan suami RM1498, layakkah dia berpoligami? Suami kata dia tak risau sebab bakal madu bergaji RM5000 dan saya pula RM1100. Dicampur kesemua gaji, maka lebih dari mampu katanya. Itu yang saya hairan. Adakah mahkamah akan membuat keputusan begitu atau hanya gaji suami yang diambil kira? Saya mahu tahu keputusan dengan cepat sebab kalau diluluskan, maka boleh merancang bagaimana untuk hidup bermadu dan kalau tidak diluluskan, saya mahu suami dan bakal madu berpisah supaya bakal madu boleh cari kebahagiaan sendiri.

    Saya pernah bagi kata putus pada suami, sekiranya mereka bernikah di luar Malaysia, maka saya akan tuntut hak (harta sepencarian) saya sebagai isteri pertama di mahkamah.

    Saya takut nak bertanya pada sesiapa pun hal ni sebab hanya saya, suami dan bakal madu yang tahu hal kami. Keluarga mertua telah dapat mencium keinginan suami. Mereka kelihatan dapat menerima. Yalah, mereka tak rugi malahan dapat seorang lagi menantu. Keluarga saya kalau dapat tahu hal ni, entah-entah akan bertindak ganas.

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #1187 05 April, 2012, 12:42:52 PM
  • Publish Di FB
  • Apa punya b**** punya suami..... boleh dia call awek dia,gelak tawa dalam rumah..tak ada akal agaknya...cukupla da
    bagi izin...
    Kalau gaji bawah 5k tak payah mimpi nak poli....kos hidup tinggiaaa...

    ibu penyayang

    • *
    • Posts: 13
    • sayangi our baby
      • View Profile
    Jawab #1188 05 April, 2012, 01:44:17 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    saya sangat bersimpati dengan ukhti Inn_1234
    & juga kagum kerana ukhti dapat melalui situasi seperti itu


    siapalah ana yang cetek ilmu dunia & akhirat ni untuk bagi nasihat
    namun perasaan yang meluak-luak tidak tegar melihat keadaan seperti ini berlaku dalam masyarakat kita


    suara hati & akal ana menyarankan ukhti Inn_1234
    BERFIKIR SEDALAM-DALAMNYA
    adakah ukhti Inn_1234 betul-betul bersedia
    untuk dimadukan,
    untuk berkongsi kasih suami dengan orang lain,
    untuk merasakan suami ukhti bukan sudah milik ukhti sepenuhnya,


    fikir ukhti, tanya kata hati ukhti :
    adakah mampu & tabah untuk menangani hari-hari yang akan datang?
    adakah dimadukan mampu membuat ukhti seorang isteri yang solehah?


    sungguh tidak sopan untuk ana mengatakan ini tapi kata-kata ini datang daripada seorang kauseling yang agak terkenal di negara kita(ana sudah lupa nama beliau)
    beliau berkata :

    JIKA SUAMI INGIN POLIGAMI KERANA SUDAH TIDAK MENCINTAI ISTERI PERTAMA. APA GUNA SI ISTERI PERTAMA KEKALKAN HUBUNGANNYA DENGAN SUAMI.
    tambah beliau lagi :
    TIADA GUNA KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG SUDAH TIDAK MENCINTAI KITA. MUNGKIN SEMASA KITA BERPISAH SUAMI BARU SEDAR AKAN PENTINGNYA ISTERI PERTAMA & MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK RUJUK SEMULA

    ( biasalah manusia bila di depan mata tidak dihargai, bila hilang di mata baru tercari-cari )

    ana juga menyarankan ukhti untuk tidak menanggung dilema ini seorang diri
    kongsikan bersama teman yang boleh dipercayai jika ukhti masih berpendirian untuk merahsiakan hal ini dari keluarga ukhti
    kalau ukhti Inn_1234 tidak keberatan, boleh ana tahu kenapa suami ukhti mengambil keputusan untuk berpoligami?

    TERIMA KASIH yang baik datang dari ALLAH Taala, yang buruk datang dari kelemahan ana sendiri

    persatuan unta

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #1189 05 April, 2012, 02:32:32 PM
  • Publish Di FB
  • salam puan...dalam mahkamah nanti pihak mahkamah akan tanye gaji bersih dahulu..sbb itu tanggungan ia nanti..tapi  puan jika ia
    1.TIDAK BERLAKU ADIL IA AKAN TERIMA BALASAN DUNIA DAN AKHIRAT..
    2. lebih baik ia kawin kerana islam tidak meharamkan yg baik kerana nak buat maksiat too x perlu jauh2.
    3.sebagaiwanita tabah dan ini ujian puan selagi puan masih hidup ..allah berlaku adil pada insannyee
    4.lelaki jika nak kawin ia akan tetap akan kawin puan tidak ada hak mahu halang
    5.jika puan memilih cerai ia akan lebih parah kerana kesan pada anak2 dan keluarga.(kesan jangka panjang)

    cara atasi:
    1. doa dan berserah pada allah
    2.jgn amat bergantung segala2 pada suami belajar berdikari
    3.kemulian maknusia pada sabar dan amal bukan pada jumlah gaji dan harta
    4.penuhkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat  kerana ilmu adalah penentu siap diri puan

    inyallah puan...sebagai anggota tentera pasti puan telah didik dengan disiplin..ubah diri dgn disiplin pada agama.. \
    dan puan..rahsia lelaki.. mudah tertarik pada kecantikan..rebut hati suami dgn disiplin dan kecantikan diri..:)..wpon suami telah berkahwin 4 sekali pon..puan ada hak untuk rebut hati..belajar ilmu KESIHATAN.. JGN BELAJAR ILMU MEGARUT SEPERTI SIHIR DLL ..inyallah puan too jee tip saya..selamat mencuba :)..a..min

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #1190 05 April, 2012, 02:34:29 PM
  • Publish Di FB
  • Puan Inn_1234 boleh cuba ke mahkamah rendah syariah, isi borang mohon kebenaran poligami.. Nanti kena panggil interview, mahkamah akan tentukan sama ada suami puan layak atau tidak untuk poligami. Banyak lagi faktor yang akan diambilkira gaji, hutang, tanggungan dan lain2.. Kalu gaji 1k++, hutang banyak tentulah tak sama dengan orang yang tak berhutang langsung.. Jadi mahkamah akan pertimbangkan semua faktor..

    Puan jangan risau, sama ada suami layak atau tidak poligami, Allah s.w.t akan tentukan kelak. Puan tenang je. Puan halang macamne pun, kalau dah tertulis puan akan poligami, anggaplah itulah yang terbaik buat puan. Begitu pula sebaliknya.

    Allah s.w.t takkan uji puan dengan ujian yang tak mampu ditanggung, puan amalkan baca ayatul kursi tiap kali pas solat.. Pastu takyah fikir macam2 lagi.. Allah kuasa, makhluk tak kuasa..

    Minta pertolongan Allah dengan solat dan sabar. Moga puan diberikan jalan keluar yang terbaik buat puan sekeluarga..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    persatuan unta

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #1191 05 April, 2012, 02:50:45 PM
  • Publish Di FB
  • salam..baru2 nii abag ipar kawin  lagi ..dlm mahkamah ..mahkamah tanye berapa gaji..dan jawapan yg diberi rm40k satu bulan..mahkamah tanye isteri pertama setuju o tak..isteri jawap x mahu dimadukan..tetapi akhirnyee mahkamah putuskan membenarkan kawin   ..tetapi hakim beri nasihat "KEBAHGIAN TIDAK BOLEH DiBELI" !!!!!

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #1192 05 April, 2012, 02:57:45 PM
  • Publish Di FB
  • Betul la tu.. Sebenarnya mahkamah bukan nak susah2 nak dapat izin isteri pertama, suami kalau rasa layak poligami terus je ke mahkamah.. Mahkamah boleh luluskan bila suami cukup syarat walaupun isteri pertama tak setuju. Tak perlu pergi ke thailad..

    Niat yang baik Allah pasti bantu..

    persatuan unta

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #1193 05 April, 2012, 03:04:52 PM
  • Publish Di FB
  • yee setuju..tapi merah padam lee muka abg ipar bila hakim cakap cam too.... dan abg ipar memang ada sikap lelaki sejati..nak kawin mintak izin mahkamah... bukan bawa lari anak org...lepas jee nikah minnggu lepas.. abg ipar hadiahkan isteri pertama umah sebgi n kereta alfaromeo sebiji... duit2 bulan2 untuk anak2 2k setiap sorang....emmm baru betul bertangjawap..berani kerana benar....

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1194 05 April, 2012, 07:15:03 PM
  • Publish Di FB
  • Apa punya b**** punya suami..... boleh dia call awek dia,gelak tawa dalam rumah..tak ada akal agaknya...cukupla da
    bagi izin...
    Kalau gaji bawah 5k tak payah mimpi nak poli....kos hidup tinggiaaa...

    Itulah, saya pun rasa kalau buat permohonan tu kemungkinan takkan diluluskan. Tapi hendak seribu daya. Saya macam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati cuma tak tau tarikh hukuman akan dijalankan.

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1195 05 April, 2012, 07:20:22 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    saya sangat bersimpati dengan ukhti Inn_1234
    & juga kagum kerana ukhti dapat melalui situasi seperti itu


    siapalah ana yang cetek ilmu dunia & akhirat ni untuk bagi nasihat
    namun perasaan yang meluak-luak tidak tegar melihat keadaan seperti ini berlaku dalam masyarakat kita


    suara hati & akal ana menyarankan ukhti Inn_1234
    BERFIKIR SEDALAM-DALAMNYA
    adakah ukhti Inn_1234 betul-betul bersedia
    untuk dimadukan,
    untuk berkongsi kasih suami dengan orang lain,
    untuk merasakan suami ukhti bukan sudah milik ukhti sepenuhnya,


    fikir ukhti, tanya kata hati ukhti :
    adakah mampu & tabah untuk menangani hari-hari yang akan datang?
    adakah dimadukan mampu membuat ukhti seorang isteri yang solehah?


    sungguh tidak sopan untuk ana mengatakan ini tapi kata-kata ini datang daripada seorang kauseling yang agak terkenal di negara kita(ana sudah lupa nama beliau)
    beliau berkata :

    JIKA SUAMI INGIN POLIGAMI KERANA SUDAH TIDAK MENCINTAI ISTERI PERTAMA. APA GUNA SI ISTERI PERTAMA KEKALKAN HUBUNGANNYA DENGAN SUAMI.
    tambah beliau lagi :
    TIADA GUNA KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG SUDAH TIDAK MENCINTAI KITA. MUNGKIN SEMASA KITA BERPISAH SUAMI BARU SEDAR AKAN PENTINGNYA ISTERI PERTAMA & MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK RUJUK SEMULA

    ( biasalah manusia bila di depan mata tidak dihargai, bila hilang di mata baru tercari-cari )

    ana juga menyarankan ukhti untuk tidak menanggung dilema ini seorang diri
    kongsikan bersama teman yang boleh dipercayai jika ukhti masih berpendirian untuk merahsiakan hal ini dari keluarga ukhti
    kalau ukhti Inn_1234 tidak keberatan, boleh ana tahu kenapa suami ukhti mengambil keputusan untuk berpoligami?

    TERIMA KASIH yang baik datang dari ALLAH Taala, yang buruk datang dari kelemahan ana sendiri

     :ws: dan  :)
    saya ingin sekali meluahkan masalah saya pada kenalan. Tapi saya tak mahu mereka berprasangka buruk dengan suami. Layanan suami terhadap saya dan anak-anak tak pernah kurang. Malah apabila saya tak sengaja masuk ke bilik semasa dia sedang berbual dengan Su (saya namakan bakal madu saya itu Su sebab saya tak pernah tanya namanya), suami akan melayan saya lebih baik sebaik selepas menamatkan perbualan seperti memeluk atau mencium pipi. Mungkin layanan baik itu timbul dari perasaan bersalahnya kerana menduakan saya.

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1196 05 April, 2012, 07:33:04 PM
  • Publish Di FB
  • salam puan...dalam mahkamah nanti pihak mahkamah akan tanye gaji bersih dahulu..sbb itu tanggungan ia nanti..tapi  puan jika ia
    1.TIDAK BERLAKU ADIL IA AKAN TERIMA BALASAN DUNIA DAN AKHIRAT..
    2. lebih baik ia kawin kerana islam tidak meharamkan yg baik kerana nak buat maksiat too x perlu jauh2.
    3.sebagaiwanita tabah dan ini ujian puan selagi puan masih hidup ..allah berlaku adil pada insannyee
    4.lelaki jika nak kawin ia akan tetap akan kawin puan tidak ada hak mahu halang
    5.jika puan memilih cerai ia akan lebih parah kerana kesan pada anak2 dan keluarga.(kesan jangka panjang)

    cara atasi:
    1. doa dan berserah pada allah
    2.jgn amat bergantung segala2 pada suami belajar berdikari
    3.kemulian maknusia pada sabar dan amal bukan pada jumlah gaji dan harta
    4.penuhkan diri dengan ilmu dunia dan akhirat  kerana ilmu adalah penentu siap diri puan

    inyallah puan...sebagai anggota tentera pasti puan telah didik dengan disiplin..ubah diri dgn disiplin pada agama.. \
    dan puan..rahsia lelaki.. mudah tertarik pada kecantikan..rebut hati suami dgn disiplin dan kecantikan diri..:)..wpon suami telah berkahwin 4 sekali pon..puan ada hak untuk rebut hati..belajar ilmu KESIHATAN.. JGN BELAJAR ILMU MEGARUT SEPERTI SIHIR DLL ..inyallah puan too jee tip saya..selamat mencuba :)..a..min

    Saya bersetuju dengan pendapat saudara. Saya perlu berdikari mulai sekarang. Selama ini saya menurut sepenuhnya kata suami. Suami kata tak payah belajar bawa kereta atau motor, saya turutkan saja. Tadi saya suarakan keinginan untuk belajar memandu, suami hanya ketawa dan kata dia ada, kenapa saya nak susahkan diri. Saya pernah terlibat dalam kemalangan dan sejak itu fobia untuk memandu kereta atau menunggang motosikal.

    Maaf, saya bukan anggota tentera tapi kerani awam yang ditempatkan dibawah Kementerian Pertahanan.

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1197 05 April, 2012, 07:36:30 PM
  • Publish Di FB
  • Puan Inn_1234 boleh cuba ke mahkamah rendah syariah, isi borang mohon kebenaran poligami.. Nanti kena panggil interview, mahkamah akan tentukan sama ada suami puan layak atau tidak untuk poligami. Banyak lagi faktor yang akan diambilkira gaji, hutang, tanggungan dan lain2.. Kalu gaji 1k++, hutang banyak tentulah tak sama dengan orang yang tak berhutang langsung.. Jadi mahkamah akan pertimbangkan semua faktor..

    Puan jangan risau, sama ada suami layak atau tidak poligami, Allah s.w.t akan tentukan kelak. Puan tenang je. Puan halang macamne pun, kalau dah tertulis puan akan poligami, anggaplah itulah yang terbaik buat puan. Begitu pula sebaliknya.

    Allah s.w.t takkan uji puan dengan ujian yang tak mampu ditanggung, puan amalkan baca ayatul kursi tiap kali pas solat.. Pastu takyah fikir macam2 lagi.. Allah kuasa, makhluk tak kuasa..

    Minta pertolongan Allah dengan solat dan sabar. Moga puan diberikan jalan keluar yang terbaik buat puan sekeluarga..

    Terima kasih saudari atas nasihat tersebut. Saya akan berusaha untuk nasihatkan suami lagi. Sebagai wanita muslim, saya terikat dengan arahan suami. Saya tak boleh bertindak sendiri. Untuk meluahkan perasaan gusar saya di forum pun saya minta izin suami dulu. Cuma suami tak tau forum mana saya register sebab saya buka berpuluh forum tentang isu poligami.

    inn_1234

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1198 05 April, 2012, 08:03:08 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Haid saya lewat 1 bulan. Saya amat takut kalau hamil lagi. Dengan emosi saya yang runsing, fikiran kerap melayang, hidup dalam kepura-puraan demi menutup rahsia suami, saya tak bersedia untuk ada anak buat masa ni. Besar sungguh dugaan Allah pada saya.  Alhamdulillah, itu bermakna Allah sentiasa ingat pada saya.

    Kebanyakan forum atau blog yang saya masuk, rata-rata adalah dari pihak isteri kedua. Jarang sekali saya jumpa isteri pertama meluahkan perasaan mereka. Kebanyakan mereka juga ditipu oleh si lelaki yang mengaku bujang. Manakala Su (gelaran saya beri pada bakal madu), tahu dari awal status suami saya. Tapi, kalau sudah dapat tahu status si lelaki, kenapa masih diteruskan juga hubungan itu kalau tidak pasti kesudahannya? Itu yang menjadi tanda tanya buat saya? Pentingkah perasaan cinta itu walau terpaksa menerima cacian orang sekeliling sebagai perampas? Apa pula perasaan anak-anak dari isteri kedua?

    Su adalah bekas rakan sekolah suami. Dia menyimpan perasaan terhadap suami sejak sekolah lagi tapi suami tak tahu hal tersebut. Saya pula kenal suami di tempat kerja. Suami turut bekerja di TUDM sebagai juruteknik. Masa tu saya sudah ada teman lelaki tetapi suami beria-ia suka pada saya dan keluarga turut merestui niat baik suami dengan alasan suami orang Kedah manakala teman lelaki saya bukan. Saya terfikirkan perasaan Su selepas mendapat tahu lelaki yang dicintainya secara diam sejak sekolah menikahi perempuan lain. Adakah sama dengan perasaan saya sekarang?

    Suami dan Su bertemu kembali di satu laman sosial. Selepas mendapat tahu Su masih solo dalam usianya 30-an, suami bergurau untuk menjadikan Su isteri keduanya. Tentu sekali ibarat pucuk dicita ulam mendatang bagi Su yang telah lama memendam perasaan terhadap suami.

    Baru-baru ni saya duga suami dengan minta suami belikan untuk saya cadar mahal. Suami kata dia tak mampu beli sekarang. Tak lama lepas tu suami bagi tau, Su akan belikan cadar tersebut untuk saya. Adakah kebaikan Su tu akan bertahan selamanya atau hanya sekarang saja dia begitu? Saya pernah terdengar suami menceraikan isteri pertama kerana sayangnya pada isteri kedua. Saya hidup dalam ketakutan yang diselangi dengan perasaan marah, keliru, gusar, sedih dan sehingga ke hari ini saya sukar untuk percaya suami yang taat mengejar cinta saya dulu sanggup menduakan saya sekarang.

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #1199 06 April, 2012, 04:27:50 AM
  • Publish Di FB
  • Puan jangan takut apa-apa, usaha untuk semai rasa takut hanya pada Allah.. Sangka baik pada suami, sangka baik pada bakal madu.. Dari cerita puan, nampaknya suami puan dan Su memang baik2, puan juga baik2 orangnya.. Puan jangan takut untuk hamil ye, mungkin sahaja jika puan hamil suami dan su akan berfikir lebih panjang lagi untuk bernikah..

    Apa yang berlaku di depan tak siapa yang tahu termasuklah poligami atau tidak berlaku dalam rumahtangga puan.

    Apa yang penting, puan fokus dengan status puan sekarang sebagai isteri yang sah. Puan teruskan khidmat dan taat pada suami selama mana suami puan tidak menyuruh puan melanggar syariat.

     Hal poligami atau tidak, puan letak tepi dulu sebab itu bukan urusan kita. Kalau suami minta poligami nanti, bila suami dah sedia, puan giatkan lagi solat hajat, kalau puan rasa puan tak mampu, puan minta Allah jauhkan puan dari sebarang ujian yang puan tak mampu nak pikul..

    Minta ye puan, minta dari Allah.. Allah lebih tahu sama ada puan mampu untuk berdepan hidup poligami atau monogami.. Allah akan berikan yang terbaik buat puan.. Sabar ye puan.. Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu untuk poligami, tapi bila kita dihadiahkan dengan poligami, syukurlah kita sebenarnya Allah tahu kita tak mampu untuk monogami.. Begitulah sebaliknya, bila kita nak sangat poligami tapi Allah lebih tahu yang monogami tu lebih baik untuk kita.. Kita tak tahu apa-apa melainkan pengetahuan yang sedikit Allah beri pada kita..

    Wallahua'lam.
    « Last Edit: 06 April, 2012, 04:49:33 AM by Ummu Fatimah »

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    884 Replies
    124604 Views
    Last post 25 July, 2014, 02:34:13 PM
    by al-baab
    33 Replies
    11967 Views
    Last post 09 November, 2012, 03:30:55 PM
    by hazian
    35 Replies
    3810 Views
    Last post 25 October, 2013, 01:57:22 PM
    by nina36