Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua...

Author Topic: Antara Isteri Pertama dan Isteri Kedua...  (Read 164305 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

TokDdeka

  • *
  • Posts: 224
    • View Profile
Jawab #1120 21 January, 2012, 07:18:03 PM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    MUSTAHIL untuk Allah Taala mengharuskan sesuatu hanya untuk kebaikan sesuatu kaum sahaja, sedangkan KESELURUHAN isi alam ini, termasuk manusia, adalah makhlukNYA. Manusia pula terdiri dari kaum LELAKI dan PEREMPUAN.

    Hanya MANUSIA yang diberikan KEUPAYAAN oleh Allah Taala untuk menerima perintahNYA, dan keupayaan yang diberikan itu BERPADANAN dengan akal yang ada pada setiap orang. (Sebagaimana berpadanannya kekuatan KAKI manusia dengan tarikan GRAVITI bumi, sebagaimana berpadanannya saiz mulut BAYI yang baru dilahirkan dengan puting susu di dada ibunya, dan lain-lain perkara lagi yang sudah dipadankan dengan begitu SEMPURNA oleh Allah Taala.)

    Dengan itu, adalah MUSTAHIL untuk Allah Taala menurunkan sesuatu penghukuman, termasuklah keharusan yang membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang pada sesuatu masa (yang kita panggil POLIGAMI), jika kepentingan dari keharusan itu hanya untuk suatu kaum sahaja, yakni kaum lelaki.

    SELAMA MANA kita berpegang bahawa keharusan poligami itu hanya untuk diambil kesempatan untuk kepentingan oleh kaum lelaki sahaja, maka SELAMA ITU lah juga kita tidak akan berpuas hati dengan keharusan itu.

    Yakin lah kita bahawa Allah Taala itu adalah Maha Penyayang (yang kita lafazkan sendiri setiap kali kita membaca Bismillaah….) dan DIA TIDAK menghukumkan sesuatu apapun jika penghukuman itu hanya untuk kepentingan sesuatu kaum, sedangkan ada kaum yang lain akan derita akibat dari penghukuman itu. Kedua-dua kaum itu, LELAKI dan PEREMPUAN, dalah makhluk ciptaan NYA belaka, dan MUSTAHIL untuk DIA menzalimi sesiapa dari makhluk NYA sendiri, dengan penghukuman NYA.

    Begitulah juga dengan keharusan yang membolehkan lelaki berkahwin sehingga 4 isteri, keharusan itu juga adalah untuk kepentingan kedua-dua kaum, yakni LELAKI dan PEREMPUAN.

    Wallaahu a’lam.
    « Last Edit: 21 January, 2012, 07:26:03 PM by TokDdeka »

    amanaimini

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1121 03 February, 2012, 12:49:18 PM
  • Publish Di FB
  •  :)salam...semua perempuan mahukan hidup yang bahagia dan mempunyai suami yang tidak dikongsi tapi kita tidak mampu melawan ketentuan yang dah ditentukan pada kita...

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #1122 03 February, 2012, 01:01:10 PM
  • Publish Di FB
  • MAAF andai saya tersalah

    seingat saya belajar sirah dahulu, Nabi menjalankan poligami kerana ingin menyelamatkan janda2, dimana suami2 mereka syahid kan

    tapi, sekarang kebanyakan lelaki menggunakan alasan2 untuk berpoligami keran mengamalkan sunnah Nabi

    nah, sekarang silakan mengahwini janda2 kerana ingin mnyelamatkan mereka, kenapa mesti memilih anak dara yang cantik, lawa lagii

    Wallahualam
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    Paradise

    • *
    • Posts: 150
    • Berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
      • View Profile
    Jawab #1123 03 February, 2012, 03:15:34 PM
  • Publish Di FB
  • MAAF andai saya tersalah

    seingat saya belajar sirah dahulu, Nabi menjalankan poligami kerana ingin menyelamatkan janda2, dimana suami2 mereka syahid kan

    tapi, sekarang kebanyakan lelaki menggunakan alasan2 untuk berpoligami keran mengamalkan sunnah Nabi

    nah, sekarang silakan mengahwini janda2 kerana ingin mnyelamatkan mereka, kenapa mesti memilih anak dara yang cantik, lawa lagii

    Wallahualam

    Sebelum ini ana telah memilih janda. Kononya sebagai penyelamat tetapi terkandas di tengah jalan. Selepas itu jodohnya kepada anak dara (ketentuan Tuhan),
    AlhamduliLah sekarang sudah beranak 2. Isteri first ada tiga. Jadi semuanya 5. Berbalik kepada kata-kata Pn. bab-bab memilih cantik dan lawa tu memanglah kita usahakan.. Siapa tak mahu yang cantik.? Tetapi bila kita cakap tentang jodoh, kita kena akur bahawa kita tak berkuasa sebenarnya. Yang berkuasa hanya Allah SWT.
    InsyaAllah Amiin..

    amanaimini

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1124 04 February, 2012, 10:38:22 PM
  • Publish Di FB
  • saya isteri kedua...dan bila sy melihat suami saya tertekan dengan keadaan isteri pertama yang tidak dapat menerima keadaan ini...saya jd sedih..tidak sanggup melihat suami tertekan...kadang2 terfikir nak undur diri bagi memuaskan hati isteri pertamanya...

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #1125 05 February, 2012, 12:14:26 AM
  • Publish Di FB
  • saya isteri kedua...dan bila sy melihat suami saya tertekan dengan keadaan isteri pertama yang tidak dapat menerima keadaan ini...saya jd sedih..tidak sanggup melihat suami tertekan...kadang2 terfikir nak undur diri bagi memuaskan hati isteri pertamanya...

    Salam.

    Maaf cakap.

    Memang ada sesetengah isteri yang suka memberi tekanan kepada suami yang berpoligami. Bertambah ‘suka’ lagi isteri itu apabila suami menunjukkan reaksi-reaksi yang menampakkan kesan dari tekanan isteri itu.

    Isteri sedemikian tidak boleh disuruh, tidak boleh dilarang, dan tidak akan menerima nasihat sesiapa untuk berhenti dari terus menekan suaminya. Apatah lagi jika suami mula menunjukkan yang dia terkesan dengan tekanan-tekanan dari isterinya. Isteri akan mentafsirkan kesan dari tekanannya kepada suami sebagai satu “kejayaan” yang terhasil dari tekanan yang diberikan. Ini akan membuatkan isteri itu terus menekan, dengan matlamat bahawa di suatu ketika, suami rasa bersalah kerana berpoligami, suami merunduk kepada tekanan isteri, suami menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh isteri, khusunya untuk TIDAK berpoligami.

    Yang sebenarnya, mampukah isteri menekan suami, pada fizikal, mental dan emosi?

    MEN CAN DO BETTER THAN THAT. Sesungguhnya, isteri itu TIDAK MAMPU untuk menekan suami, KECUALI suami itu sendiri yang MEMBIARKAN dirinya ditekan dan dipermainkan oleh isteri.

    Isteri akan merasa sia-sia untuk terus menekan suami, jika suami TIDAK MENUNJUKKAN sebarang reaksi yang menggambarkan ‘kekalahan dan kelemahan’ walau sehebat mana tekanan yang diberikan oleh isteri. Tengok sendiri kepala siapa yang lebih keras, tekanan siapa yang lebih kuat, ketahanan siapa yang lebih mantap.

    Wallaahu a’lam.

    amanaimini

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1126 05 February, 2012, 01:44:42 AM
  • Publish Di FB
  • bila diluahkan pada suami,saya dikatakan tidak dapat menerima dia seadanya...sedangkan saya rasa saya mampu cuma saya perlukan kerjasama dari pihak dia dan isteri pertama.... bila isteri pertama melarang dia berjumpa saya,dia kan menurut demi menjaga hati isteri pertama... bagaimana hendak meyakinkan dia supaya berlaku adil walaupun berat

    TokDdeka

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #1127 05 February, 2012, 02:04:44 PM
  • Publish Di FB
  • bila diluahkan pada suami,saya dikatakan tidak dapat menerima dia seadanya...sedangkan saya rasa saya mampu cuma saya perlukan kerjasama dari pihak dia dan isteri pertama.... bila isteri pertama melarang dia berjumpa saya,dia kan menurut demi menjaga hati isteri pertama... bagaimana hendak meyakinkan dia supaya berlaku adil walaupun berat

    Salam.
    Sekali lagi, MAAF CAKAP.

    Jika suami PANDAI meminta anda menerimanya seadanya dia, nampak macam dia TAK PANDAI pula meminta benda yang sama dari isterinya yang asal. Kenapa begitu? Suami penakut? Suami hanya pandai berpoligami, tetapi takut bini?

    Isterilah yang WAJIB meminta izin suami untuk keluar rumah, dan BUKAN sebaliknya. Nampak macam apa yang berlaku pada suami anda dengan isterinya yang asal ialah yang SEBALIKNYA.

    BERHAK kah isteri menghalang suami dari keluar rumah, untuk apa-apa tujuan suami yang makruf?? PERLUKAH suami menurut isteri, menjaga hati isteri, yang menghalang suami dari keluar rumah, sedangkan suami ingin melaksanakan tanggungjawabnya?

    Maaf atas ke”brutal”an bahasa. Hanya sekadar untuk menguatkan maksud penyampaian.

    Mungkin ayat 1 dari surah Tahriim (surah ke 66) ini boleh dijadikan panduan kepada suami anda:

    Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (adakah kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Wallaahu a’lam.

    Salam.

    amanaimini

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #1128 06 February, 2012, 09:03:05 AM
  • Publish Di FB
  • saya sedar itutetapi adakah salah saya sabar dan redha sahaja kerana usaha saya tidak berkesan...jika hendak berjumpa suami akan bertengkar dahulu sebelum isteri pertama benarkan dia berjumpa saya...dalam kes ini sya rasa isteri pertama yang tidak memahami dan tidak cuba memahami keadaan dia yang telah bermadu... suami pernah memberitahu saya dia tahu apa haknya cuma dia mengalah dgn isteri pertama kerana nk mengelakkan bertengkar...dia yakin saya tak akan bertengkar dengan saya jd dia minta saya berkorban...

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #1129 06 February, 2012, 09:15:35 AM
  • Publish Di FB
  • itulah pasal
    carilah ilmu
    ubahlah diri

    kenapa nak komplen saja

    kenapa nak harap suami jadi baik pada kamu

    beleklah al quran

    isteri nabi pun tak dapat ikutinya - nabi nuh

    suami siapa pula jahat, isterinya baik?

    subhanallah

    Ujian Allah, pada setiap diri

    perbaikilah diri, agar dapat tenang, dapat aman, dapat kebaikan

    dunia luaran diri nak 'havoc' lagumana pun tak apa aih, jika tahu jaga diri

    mu kata Allah mu ada, awat jadi kelakuan begini

    cuba amati syarah ustaz azhar, inshallah

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #1130 06 February, 2012, 11:02:54 AM
  • Publish Di FB
  • Salam.

    MUSTAHIL untuk Allah Taala mengharuskan sesuatu hanya untuk kebaikan sesuatu kaum sahaja, sedangkan KESELURUHAN isi alam ini, termasuk manusia, adalah makhlukNYA. Manusia pula terdiri dari kaum LELAKI dan PEREMPUAN.

    Hanya MANUSIA yang diberikan KEUPAYAAN oleh Allah Taala untuk menerima perintahNYA, dan keupayaan yang diberikan itu BERPADANAN dengan akal yang ada pada setiap orang. (Sebagaimana berpadanannya kekuatan KAKI manusia dengan tarikan GRAVITI bumi, sebagaimana berpadanannya saiz mulut BAYI yang baru dilahirkan dengan puting susu di dada ibunya, dan lain-lain perkara lagi yang sudah dipadankan dengan begitu SEMPURNA oleh Allah Taala.)

    Dengan itu, adalah MUSTAHIL untuk Allah Taala menurunkan sesuatu penghukuman, termasuklah keharusan yang membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang pada sesuatu masa (yang kita panggil POLIGAMI), jika kepentingan dari keharusan itu hanya untuk suatu kaum sahaja, yakni kaum lelaki.

    SELAMA MANA kita berpegang bahawa keharusan poligami itu hanya untuk diambil kesempatan untuk kepentingan oleh kaum lelaki sahaja, maka SELAMA ITU lah juga kita tidak akan berpuas hati dengan keharusan itu.

    Yakin lah kita bahawa Allah Taala itu adalah Maha Penyayang (yang kita lafazkan sendiri setiap kali kita membaca Bismillaah….) dan DIA TIDAK menghukumkan sesuatu apapun jika penghukuman itu hanya untuk kepentingan sesuatu kaum, sedangkan ada kaum yang lain akan derita akibat dari penghukuman itu. Kedua-dua kaum itu, LELAKI dan PEREMPUAN, dalah makhluk ciptaan NYA belaka, dan MUSTAHIL untuk DIA menzalimi sesiapa dari makhluk NYA sendiri, dengan penghukuman NYA.

    Begitulah juga dengan keharusan yang membolehkan lelaki berkahwin sehingga 4 isteri, keharusan itu juga adalah untuk kepentingan kedua-dua kaum, yakni LELAKI dan PEREMPUAN.

    Wallaahu a’lam.

    Maaf, bagaimana pula dengan sirah Nabi SAW, DImana NABISAW mengahwini janda2 kerana ingin menyelamatkan mereka....

    Princezz

    • *
    • Posts: 23
      • View Profile
    Jawab #1131 26 February, 2012, 04:37:03 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum. Apa pula pandangan halaqian terhadap persoalan ini ?

    Kisahnya, seorang suami yang punyai dua isteri, tetapi isteri pertamanya
    tidak boleh menerima dengan redha tentang perkahwinan suaminya dengan
    isteri kedua, maka isteri pertama bersungguh sungguh memujuk dan berusaha
    keras supaya suami beralih arah dan lebih memberatkan dirinya, kalau tidak
    dia akan pergi tinggalkan suami bersama anak anak.

    Si suami yang kerana terlalu sayangkan keluarga pertamanya itu, tidak ada
    jalan lain melainkan mendengar kata isteri pertamanya itu. Jadi sisuami
    yang telah berubah hati telah melayan isteri keduanya itu secara ala kadar
    sahaja tanpa peduli apa perasaan yang kedua kerana katanya hati yang
    pertama lebih terluka dengan perkahwinan ini.

    Dalam masa yang sama sisuami mengharap agar isteri keduanya redha dengan
    perbuatannya yang sebegitu kerana katanya itu adalah kekurangan dia (tidak
    mampu untuk berlaku adil kerana lebih mementing kan isteri dan
    keluarganya). Dan kata sisuami, sekiranya isteri keduanya tidak dapat
    menerima dengan redha terhadap kekurangannya itu, dia ingin melepaskan
    isteri keduanya itu kerana tidak mahu lagi menanggung dosa.

    Soalannya di sini,

    1). Apakah dosa suami atas perlakuannya yang tidak dapat adil dengan isteri
    kedua akan terhapus bila isteri kedua redha (atas dasar terpaksa) ? Dan
    adakah dia akan terlepas dari dihisab di Akhirat (hukuman Allah) kelak
    kerana telah mendapat redha isteri keduanya atas perlakuannya itu?

    2). Setelah tidak dapat berlaku adil, apakah dosa sisuami akan terhenti,
    setelah menceraikan isteri keduanya kerana katanya tidak lagi sanggup /
    mampu pikul amanah (bertanggunjawab) kerana lebih pentingkan keluarga
    pertamanya.

    3). Sisuami mencari jalan mudah dengan memberi kata dua kepada isteri
    keduanya itu, samada redha dengan ketidakadilannya itu atau dia taknak lagi
    menerima amanah (maksudnya dia ingin mengundur diri /berpisah) kerana dia
    tidak mampu untuk adil dan tidak ingin lagi menanggung dosa kalau isteri
    keduanya tidak redha dgn keadaan ini. Persoalannya, bukankah perbuatan ini
    lagi dinamakan kezaliman? dan bukahkah dosanya akan dihitung dan akan
    berterusan smpai ke Akhirat kelak setelah mengkhianati amanah, mahu lagi
    dibuang amanah itu tanpa perbaiki/perbetulkan dirinya ?

    sayangsalmah

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #1132 27 February, 2012, 09:45:33 AM

    saya memberi pandangan sebagai isteri pertama yang melalui kehidupan bermadu sejak tahu lepas. saya merelakan suami menikah lagi walaupun suami sangat sayang pada saya dan saya juga mencintainya. di saat suami berbelah bagi untuk meneruskan niat, saya tetap memberi dorongan & sokongan walaupun hati saya hancur. dipendekkan cerita, suami pun selamat menikah lagi. sebulan selepas tu, saya mendapat keluhan dari mereka berdua. saya menerima sms dari adik (madu) yang dia tidak dapat apa2 cinta dari suami. semuanya biasa saja, tiada kehangatan seperti pengantin baru pun. dalam sms, adik kata sayalah satu2nya kekasih suami kami. dia dapat baca gerak geri suami. di sebelah pihak suami pula, dia nampak cuba berlaku adil. namun saya nampak juga, dalam usahanya itu dia tetap sedikit sebyk memberatkan saya. contonya bab giliran. saya diberi 4 hari & adik 3 hari sahaja dan kami semua setuju. bila time giliran sana, dia seperti melewat2kan masa ke sana, terhegeh2 kat rumah kami, buat kejelah, buat itulah, inilah tapi saya faham. saya ingatkan dia ttg giliran sana dan dia cakap, petang2 sikit la..panas ni. prnah juga adik call suami pukul 9pm sedangkan hari tu giliran dia & suami masih di rumah saya.

    kenapa saya ceritakan semua ini? sebab saya tak mahu bakal isteri kedua makan hati. princess dah tahu bakal suami puan memang sayangkan keluarganya kan? awal2 dia dah cakap macam tu, jadi sebaiknya princess fikirlah baik2. ini saya cakap berdasarkan pengalaman, bukan nasihat semborono. lagipun bakal madu puan pun garang kan? tak mahu dimadu kan? mungkin cabaran pincess hidup bermadu lebih hebat dari yang adik saya hadapi sekarang.

    Si suami yang kerana terlalu sayangkan keluarga pertamanya itu, tidak ada
    jalan lain melainkan mendengar kata isteri pertamanya itu. Jadi sisuami
    yang telah berubah hati telah melayan isteri keduanya itu secara ala kadar
    sahaja tanpa peduli apa perasaan yang kedua kerana katanya hati yang
    pertama lebih terluka dengan perkahwinan ini.

    saya pula tidak berkeras dengan suami, cukuplah pengalaman bersama dia selama ini mengajar saya memahami suami. lebih lembut dengan suami, lebih banyak beri peluang & masa, lebih banyak membelai dia, dia akan lebih memberi perhatian kepada kita. tak perlu hasut2. saya pernah menerima sms dari adik, dia kata suami banyak ikut keputusan saya. saya 'hangat' juga pada mulanya kerana saya bukan begitu. semua nya atas perbincangan & keputusan ttp di tangan suami. kerana sms itu, adik kena 'sekolah' dengan suami. :senyum:

    Dalam masa yang sama sisuami mengharap agar isteri keduanya redha dengan
    perbuatannya yang sebegitu kerana katanya itu adalah kekurangan dia (tidak
    mampu untuk berlaku adil kerana lebih mementing kan isteri dan
    keluarganya). Dan kata sisuami, sekiranya isteri keduanya tidak dapat
    menerima dengan redha terhadap kekurangannya itu, dia ingin melepaskan
    isteri keduanya itu kerana tidak mahu lagi menanggung dosa.

    suami mesti berusaha sehabis baik utk berlaku adil. pandai buat, pandailah tanggung..bukan sahaja di dunia ni, di akhirat pun kena soal jawab lagi. jadi kita isteri ni kalau sayang suami, bantulah dia berlaku adil, supaya hidup bahagia sama2 di dunia dan di syurga.

    Soalannya di sini,

    1). Apakah dosa suami atas perlakuannya yang tidak dapat adil dengan isteri
    kedua akan terhapus bila isteri kedua redha (atas dasar terpaksa) ? Dan
    adakah dia akan terlepas dari dihisab di Akhirat (hukuman Allah) kelak
    kerana telah mendapat redha isteri keduanya atas perlakuannya itu?
    Adil dari segi bagaimana yang princess harapkan dari suami? Giliran dia bagi ok tak?

    2). Setelah tidak dapat berlaku adil, apakah dosa sisuami akan terhenti,
    setelah menceraikan isteri keduanya kerana katanya tidak lagi sanggup /
    mampu pikul amanah (bertanggunjawab) kerana lebih pentingkan keluarga
    pertamanya.

    dah bercerai kan, dosanya setakat selama menjadi suami isteri ajelah. kalau suami bertaubat & mohon maaf sesama manusia, insya allah dia selamat.

    3). Sisuami mencari jalan mudah dengan memberi kata dua kepada isteri
    keduanya itu, samada redha dengan ketidakadilannya itu atau dia taknak lagi
    menerima amanah (maksudnya dia ingin mengundur diri /berpisah) kerana dia
    tidak mampu untuk adil dan tidak ingin lagi menanggung dosa kalau isteri
    keduanya tidak redha dgn keadaan ini. Persoalannya, bukankah perbuatan ini
    lagi dinamakan kezaliman? dan bukahkah dosanya akan dihitung dan akan
    berterusan smpai ke Akhirat kelak setelah mengkhianati amanah, mahu lagi
    dibuang amanah itu tanpa perbaiki/perbetulkan dirinya ?
    ni tokddekka yang kena jawab..bab keberanian, kekuatan emosi & rohani seorang lelaki..:senyum:

    schazmien

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #1133 27 February, 2012, 12:57:00 PM
  • Publish Di FB
  • salam...hai,saya kawan baru,,kalau nak berkongsi pendapat boleh la..saya merupakan isteri kedua..saya dah hidup poligami ni dah 4 tahun...tapi apa yang saya faham adalah madu itu sebenarnya racun bagi saya... saya sedar iman saya tak teguh tak macam isteri para nabi...agak sukar untuk mendapatkan payung emas itu andai hati tak ikhlas..entahla..susah nak cerita semuanya sebab takkan habis..

    sayangsalmah

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #1134 27 February, 2012, 01:10:55 PM
  • Publish Di FB
  • salam...hai,saya kawan baru,,kalau nak berkongsi pendapat boleh la..saya merupakan isteri kedua..saya dah hidup poligami ni dah 4 tahun...tapi apa yang saya faham adalah madu itu sebenarnya racun bagi saya... saya sedar iman saya tak teguh tak macam isteri para nabi...agak sukar untuk mendapatkan payung emas itu andai hati tak ikhlas..entahla..susah nak cerita semuanya sebab takkan habis..

     :) scha.. jom kongsi cerita..saya pun nak menyelami hati isteri kedua ni. manalah tahu dengan perkongsian saudari dapat saya perbaiki diri ini dan seterusnya keluarga kami.

    kenapa scha kata bermadu  itu racun? di mana silapnya?

    schazmien

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #1135 27 February, 2012, 01:14:35 PM
  • Publish Di FB
  • mula2 bagi scha...semua indah..memang scha disayang suami bagai nak rak..dia lebihkan scha dalam soal apa2 pun..tapi dalam scha bahagia dipandangan mata umum sebenarnya scha menderita...

    Mei

    • *
    • Posts: 1017
      • View Profile
    Jawab #1136 27 February, 2012, 01:20:28 PM
  • Publish Di FB

  • rasa-rasanya semua perkahwinan itu tetap akan diuji....tak kiralah poligami ke monogami ke.

    kalau mind set kita dah impikan yang indah2 sejak dari mula perkahwinan dan tak bersedia dengan ujiannya..memang kita rasa menderita.

    Sepatutnya...bila dah tahu nak berpoligami..mesti dah get ready..dengan kemungkinan2 yang bakal ditempuhi kan?

    mana ada orang yang berkahwin..terus jadi...'happily ever after'..tu kisah dongeng jer....

    ramai yang berangan dengan sebuah perkahwinan.....

    tapi lupa dengan realiti kehidupan.....

    sayangsalmah

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #1137 27 February, 2012, 01:31:59 PM
  • Publish Di FB
  • mula2 bagi scha...semua indah..memang scha disayang suami bagai nak rak..dia lebihkan scha dalam soal apa2 pun..tapi dalam scha bahagia dipandangan mata umum sebenarnya scha menderita...

    derita itulah yang mendekatkan kita kepada Dia scha..saya juga akui, dahulu sewaktu berdua, saya hanyut dalam kegembiraan dan kebahagiaan..hingga lupa mengingat Allah, ingat mati, ingat syurga neraka. bila ujian datang, barulah ade polish sikit ibadah kita selama ni mcm mana.

    saya rasa perkataan derita yang scha guna tu tak sesuai. mungkin lebih kepada ujian..ya pastinya ujian itu berlaku boleh kata setiap hari kan? tapi allah beri scha suami yg melebihkan scha dalam bab apa2 pun kan? pada pendapat saya, itu sudah cukup baik scha..

    bagaimana dengan isteri pertama? hubungan scha dengan dia bagaimana?

    sayangsalmah

    • *
    • Posts: 146
      • View Profile
    Jawab #1138 27 February, 2012, 01:41:41 PM
  • Publish Di FB
  • saya sendiri tidak cukup kuat. saya sedar keadaan ini, apabila saya tak dapat menahan perasaan bila terserempak suami naik kereta berdua dengan adik. memang masa tu giliran dia pun. tapi itulah cemburu namanya. ada rasa namun saya cuba tenangkan hati, memandu dengan baik dan sikit2 perasaan cemburu akan turun sedikit2 dan akal akan berfikir dengan lebih rasional. saya manusia biasa, allah tak angkat perasaan cemburu sebaik sahaja hidup bermadu ni. adalah BOHONG bagi sesiapa yang hidup bermadu tapi mengaku tidak ada rasa apa2 melainkan dia kena kawin paksa dengan suami.

    inilah hikmah bermadu, menundukkan ego wanita, menundukkan rasa memiliki sesuatu. akhirnya jika kita lulus hadapi ujian ini, sebenarnya kita berjaya meletakkan dan mengagungkan Allah di hati, bukan suami.

    schazmien

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #1139 27 February, 2012, 01:44:11 PM
  • Publish Di FB
  • hubungan dengan madu tu pada mulanya baik sangat..lepas pada raya 2009,dia jemput scha ke rumahnya, suami scha bawakan la...di sambut baik..semua benda dia nak tolong buatkan..makan pakai suami diuruskan dan scha hanya memandang..sampai 2 bulan berada kat rumah dia tu,scha mula fikir,aku pun isteri abang takkan aku tak diberi peluang untuk,jaga makan pakai abang??mana hak aku??aku macam adik je dalam rumah tu...sampai seru agaknya scha memberitahu suami yang scha nak ada rumah sendiri supaya scha boleh jadi isteri dan bukannya adik......

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    869 Replies
    113457 Views
    Last post 18 January, 2014, 01:11:35 AM
    by nazeera
    33 Replies
    11222 Views
    Last post 09 November, 2012, 03:30:55 PM
    by hazian
    35 Replies
    3241 Views
    Last post 25 October, 2013, 01:57:22 PM
    by nina36