Permainan “Telefon Rosak” (versi dewasa)

*

Author Topic: Permainan “Telefon Rosak” (versi dewasa)  (Read 3891 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

fufu

  • *
  • Posts: 49
    • View Profile
18 June, 2007, 09:25:20 PM
  • Publish
  • Permainan “Telefon Rosak” (versi dewasa)

    Segala puji-pujian kepada ALLAH s.w.t Tuhan Maha Agung,,tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH.Selawat serta salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Salam buat ikhwah dan akhowat sekelian.

    Amma ba’du.

    Kali ini penulis tertarik pada satu permainan yg seingat penulis pernah penulis main semasa zaman sekolah rendah penulis, - Telefon Rosak. Permainannya mudah,mengikut seorang kawan penulis yang bakal jadi cikgu (penulis bertanyakan dia sebab lupa nama permainan ini dan cara sebenar permainan ini) , sekumpulan murid sekolah diminta duduk atas kerusi yang sudah disusun dalam bentuk bulatan. Seorang murid dipilih untuk menyampaikan satu ayat kepada sama ada kepada kawan di sebelah kanan atau kirinya,begitulah seterusnya ayat itu disampaikan kepada rakan sebelah sehingga semua dalam kumpulan bulatan itu mendengarnya. Menurut kawan penulis lagi,permainan ini dikenakan had masa,maka proses penyampaian dilakukan dengan cepat dan kesudahannya murid terakhir menerima ayat yang lain dari ayat sebenar yang disampai kan oleh murid pertama.


    Di sini apa yang penulis nampak,simbolik permainan ini dalam dunia nyata sama dengan proses kita mendapat ajaran atau ilmu tentang islam. Maklumat yang kita dengar kononnya dari nabi kita Muhammad s.a.w boleh jadi palsu kalau kita tidak mengkaji sanad-sanad yang meriwayatkannya. Contoh dalam permainan tadi ,mungkin ada murid yang kurang pendengarannya,mungkin juga ada murid nakal yang menukar maklumat nya dengan niat untuk berseronok atau tanda protes tidak menyukai permainan yang mungkin dia dipaksa untuk turut serta. Begitu juga halnya kan dalam menerima apa sahaja yang dikaitkan dengan baginda nabi s.a.w . Maka mengkaji maklumat yang kita peroleh sangat – sangat logik dan dituntut.

    Itu la fikrah ringkas penulis yang ingin dikongsi,kepada sesape yang ada tambahan sangat-sangat dipohon untuk dikongsi,penulis pun hanya sekadar budak yang baru belajar.

    Semoga ada manfaat nya tulisan penulis sekurang-kurangnya pada diri penulis sendiri agar bikin serupa dengan apa yang penulis coretkan. Akhir kata , insan adalah insan. Andai ada silap penulis harap ditegur dan dimaafkan. Wasssalam .  :-\
    http://islamsolusi.blogspot.com/

    Islam adalah agama yang berdasarkan fakta/dalil nas yang sahih

    shahadah

    • *
    • Posts: 6
    • "kisah hidupku mencari cinta agungMu"
      • View Profile
    Reply #1 09 January, 2009, 10:12:16 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    pemerhatian yg sgt bagus..walau ape pun yg kita buat dalam dunia ni, mesti kaitkan dengan Islam..semoga kita terpelihara dripada penyakit wahan dan takut mati..
    save palestin!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    11 Replies
    2553 Views
    Last post 26 May, 2012, 02:34:46 PM
    by azrinkun
    1 Replies
    411 Views
    Last post 25 November, 2011, 04:44:54 PM
    by Yuzie
    7 Replies
    5411 Views
    Last post 08 April, 2012, 11:11:41 AM
    by IbnuNafis