Hukum Perempuan Terima Barang atau Hadiah Drpd Lelaki

*

Author Topic: Hukum Perempuan Terima Barang atau Hadiah Drpd Lelaki  (Read 7560 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

06 February, 2010, 04:09:12 PM
  • Publish
  •  :)
    nak tanya, apakah hukumnya kalau seorang perempuan ni menerima barang atau hadiah daripada lelaki (bukan mahram) seperti buku-buku agama atau benda-benda lain lagi? dan perempuan tersebut pun sudah sedia maklum yang lelaki tersebut menyukainya?
    saya pernah dengar, perempuan tu tak boleh terima barang daripada lelaki tersebut.
    harap siapa-siapa yang arif tentang ni tolong jelaskan..
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”..renung2kanlah..

    Reply #1 06 February, 2010, 11:31:10 PM
  • Publish
  • Angap sahaja penerimaan barang itu sebagai hadiah.Tidak baik menolak pemberian orang...

    Reply #2 07 February, 2010, 01:25:29 AM
  • Publish
  • Angap sahaja penerimaan barang itu sebagai hadiah.Tidak baik menolak pemberian orang...

    tapi melalui apa yang saya dengar, kalau kita ambil juga barang pemberian dia, mungkin kita akan selalu teringat kat dia..ada la lagi sebabnya. jadi kesimpulannya, orang yang cakap benda tu kat saya, kita tak boleh la nak terima barang dari dia. ada jawapan tak pasal soalan ni?

    Reply #3 08 February, 2010, 01:37:32 AM
  • Publish
  • nie kisah takut kena pukau lah nie...heeeee
    kuat kan iman di dada... baca lah 3-4 kul .
    sebarang hadiah yg di beri dan tidak mendatangkan kesakitan atau keburukan boleh di terima atas dasar pemberian tersebut,.dan jangan lah terima hadiah daripada org yg tidak di kenali..
    selalu lah baca 3-4 kul nie...dalam ayat tue byk hikmahnya ..walaupun ilmu di dada masih mencari..kuatkan  semangat dan keimanan diri.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #4 08 February, 2010, 02:53:19 AM
  • Publish
  • Angap sahaja penerimaan barang itu sebagai hadiah.Tidak baik menolak pemberian orang...

    Mudahnya? Begitu ke?

    Ibu saya selalu berpesan, jangan ambil hadiah yang diberikan daripada ajnabi. Pesan ini bukan sahaja buat saya anak gadisnya, tapi juga buat anak-anak terunanya.

    Kata emak, tak baik termakan budi orang. Mungkin niat orang itu baik, tapi selagi tak ada ikatan tak ada hubungan yang sah elok ditolak pemberian orang. Apatah lagi 'makan duit orang'. Rasanya, kalau saya sendiri pun saya tak mungkin terima. Kurang-kurang tak terasa segan, tak terasa terhutang budi.
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    Reply #5 23 February, 2010, 10:23:36 PM
  • Publish
  • saya anggap sebagai hadiah jer ler...:sedihnya:..selamat...


    Reply #7 23 February, 2010, 11:42:05 PM
  • Publish
  • kalau belanja makan?
    mkn je... tapi, kene hati2 jugak...

    Reply #8 24 February, 2010, 12:16:54 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum wbt.

    Kalau ikut dalil atau hadis apa ye??ada sesiapa boleh kongsi supaya boleh perjelaskan isu ni?
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    Reply #9 24 February, 2010, 10:58:40 AM
  • Publish
  • bg hadiah pon xleh ke?mmg r kte jd teringat kt dia,tgk je hadiah,ingat kt dia, org bg ape2,ingat kt org tu,mak beli bju kt kte,x de pulak kte ingat kt mak,klu org laki bg hadiah,msti ade sbb, dpt je hadiah,amik je r,xde hadis pn yg x bagi terima hadiah, zaman skang je yg macam2, dah benda senang,nak susahkan lg,

    pk nye nak baikkan lg amal. blh, tp jgn smpai menyusahkan, mangkuk mane r yg  ckp xleh trime hadiah ek,

    hadis  pun ditambah2, :senyum:,terlari topic dh,:senyum:,

    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    Reply #10 24 February, 2010, 11:11:32 AM
  • Publish
  • better jgn mudah2 menerima..kita xtaw niat, lgpon rasanya xde keperluan mndesak untuk kita beri atau menerima hadiah terbabit..
    cuba fkir sebarg kmungkinn akn datg tp xda la nk fkir ngatif..

    Reply #11 24 February, 2010, 11:42:49 AM
  • Publish
  • salam..bg sy lbih baik x ambik..cz m'bw kpd ftnh, dh tau org 2 suka kt kta..kita jg akan da pnyakit hati,slalu ingt kt org 2..x baik..kalo dia sm jntina, xpe gak..tp tolak dgn cr yg baik..(*-*)

    Reply #12 24 February, 2010, 11:52:07 AM
  • Publish
  • asslmualalikum.....ana ada soalan..mcm mana mak kepada lelaki tu yg bagi??hikhik..
    tkt jgk nie..
    Ya- Allah..Ya- Rahman.. Ya-Rahim..
    ampunilah dosa ku..

    Ya- Allah..Ya-Robi..
    Kasihilah dan redhailah daku...

    Reply #13 24 February, 2010, 11:58:09 AM
  • Publish
  • saya pernah dapat hadiah mak kepada lelaki yg beri..
    time tu saya berkawan dengan anaknya..
    anaknya pula suruh kenal dgn maknya..
    itu dulu..
    sekarang tak contact da maknya..
    Sumbangan;
    CIMB: 01180004462058
    Halaqah Net Services

    http://truecalling87yahoocom.blogspot.com/
    email,YM :true_calling87@yahoo.com

    Reply #14 24 February, 2010, 03:24:04 PM
  • Publish
  • kalau belanja makan?

    bawa makan boleh....tapi, kena la bawa muhrim..!

    Reply #15 24 February, 2010, 04:18:48 PM
  • Publish
  • :)
    nak tanya, apakah hukumnya kalau seorang perempuan ni menerima barang atau hadiah daripada lelaki (bukan mahram) seperti buku-buku agama atau benda-benda lain lagi? dan perempuan tersebut pun sudah sedia maklum yang lelaki tersebut menyukainya?
    saya pernah dengar, perempuan tu tak boleh terima barang daripada lelaki tersebut.
    harap siapa-siapa yang arif tentang ni tolong jelaskan..

     :ws:
    Pada pandangan saya, hadiah tersebut boleh diterima. Apalagi Islam tidak mengajar kita untuk menolak hal-hal yang baik. Namun, harus diteliti disini. Biarpun lelaki tersebut telah menyatakan hasrat atau tidak, hati muslimah berkenaan mestilah dijaga dengan sebetul-betulnya atau dengan kata lain jangan mengingati si dia melebihhi kamu mengingati DIA. Kerana apa? Kerana keadaan yang bakal terjadi belumpasti. Manusia akan lebih terluka jika dia mencintai dia melebihi DIA,namun kebanyakan daripada kita masih juga inginkan dia melebihi DIA. Kenapa? kerana terlalu mengikut emosi yang tidak ditimbang dengan iman lagi. Hadiah yang diberi cukuplah sebagai menghargai kepada yang memberi. Usahlah dibalas hadiah tersebut, bukan kerana kedekut atau tidak memandang pemberian, namun ditakuti muslim terbabit tersalah tafsir. Mahukan kamu (muslimah berkenaan) menjadi pencetus kemurkaan DIA yang akan sedikit demi sedikit memakan iman muslim tersebut? Jawapannya mesti tidak bukan. Kesimpulannya disini, jangan kerana hadiah yang langsung tidak memberi sebarang jaminan untuk mendirikan masjid, iman dan cinta kepadaNya digadai. ALLAHu'alam, mohon perbetul apa yang patut...
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    Reply #16 25 February, 2010, 01:00:23 AM
  • Publish
  • Assalamulaikum.. Saya cume ingin memberi pendapat.. Bagi saya boleh terima jika dia ikhlas untuk memberi, tp tidaklah pada barang yang mahal dan berjenama seperti kereta, handphone, rumah ker, beg, kasut. Tp makanan juga bahaya. Jadi sentiasa lah berhati2. Dunia ni tiada yang mustahil dengan keizinan darinya.. Wallahuallam.

    Reply #17 25 February, 2010, 01:27:48 AM
  • Publish
  • Salam alayk..

    salahke ana tanya hadis..sebab takut buat kesalahan..maaflah..ana ni ilmu jahil sangat..tiba2 ana rasa terkecik hati..dan malu nak bertanya lagi..so sad.

    Reply #18 02 March, 2010, 09:57:19 PM
  • Publish

  • Al-Quran ada menceritakan kisah pemberian hadiah oleh Raja Balqis kepada Nabi Sulaiman a.s sebagaimana firman Allah di dalam surah An-Naml, ayat 35 - 36;

    وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
    "Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita".   

    فَلَمَّا جَاء سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
    Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
       
    Hadis yang berkaitan dengan galakan supaya saling memberi hadiah;

    وقال (صلى الله علية وسلم) "تهادوا تحابوا
    bermaksud: Sabda Rasulullah SAW: Saling memberi hadiahlah antara kamu, nescaya kamu akan berkasih sayang.

    Hadis Rasulallah SAW yang mengingatkan kita agar tidak meremehkan pemberian hadiah daripada orang lain;
    عن ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال: "‏يا نساء المسلمات، لا تحقرن جارة لجارتها ولو‏ ‏فرسن ‏شاة
    bermaksud :Wahai para wanita muslimah, janganlah ada seorang tetangga yag meremehkan hadiah tetangganya meskipun sekadar kaki kambing. (H.R. Bukhari-Muslim)

    Penjelasan terhadap beberapa persoalan;

    Bolehkah pemberian hadiah ditolak ? Jawabnya boleh dalam keadaan dimana pemberi hadiah diketahui mempunyai tujuan tidak baik seperti untuk merasuah, bersubahat dalam penipuan dan sebagainya.

    Apakah asas pertimbangan bagi seseorang muslim sama ada lelaki atau wanita dalam menerima atau menolak sesuatu hadiah?
    Diantara asas pertimbangannya ialah, jika sesuatu hadiah itu diberikan kepada seseorang, apakah manfaat daripada pemberian itu lebih besar ataupun keburukannya lebih besar. Jika manfaatnya lebih besar, maka bolehlah diberi. Jika keburukannya lebih besar, maka eloklah tidak diberikan. Begitu juga dalam konteks penerimaan hadiah, jika manfaat dari penerimaan itu lebih besar, maka bolehlah diterima, tetapi jika keburukan yang lebih besar, maka tolaklah ia. Ini berdasarkan kepada kaedah fekah: Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat. Wallahu A`lam



    Reply #19 03 March, 2010, 07:07:46 AM
  • Publish
  • Bolehkah pemberian hadiah ditolak ? Jawabnya boleh dalam keadaan dimana pemberi hadiah diketahui mempunyai tujuan tidak baik seperti untuk merasuah, bersubahat dalam penipuan dan sebagainya.

    Apakah asas pertimbangan bagi seseorang muslim sama ada lelaki atau wanita dalam menerima atau menolak sesuatu hadiah?
    Diantara asas pertimbangannya ialah, jika sesuatu hadiah itu diberikan kepada seseorang, apakah manfaat daripada pemberian itu lebih besar ataupun keburukannya lebih besar. Jika manfaatnya lebih besar, maka bolehlah diberi. Jika keburukannya lebih besar, maka eloklah tidak diberikan. Begitu juga dalam konteks penerimaan hadiah, jika manfaat dari penerimaan itu lebih besar, maka bolehlah diterima, tetapi jika keburukan yang lebih besar, maka tolaklah ia. Ini berdasarkan kepada kaedah fekah: Menolak kemudharatan hendaklah didahulukan daripada menarik manfaat. Wallahu A`lam

    Dengan jawapan dari abumuhammad telah menyimpulkan bahawa Hukum Perempuan Terima Barang atau Hadiah Drpd Lelaki hendaklah dibuat berasaskan pertimbangan kebaikan dan keburukan jika barang/hadiah itu diterima dan ditolak.

    Contohnya yang diberikan di atas, lelaki itu memberikan buku-buku agama, mungkin tujuan untuk mendidik,berdakwah tetapi dia tidak mampu untuk menyampaikan secara lisan, maka diberikan buku-buku agama. Manafaatnya boleh mendapat ilmu, maka terimalah hadiah itu.

    Dan lihat kondisi ini:

    Jika lelaki itu ,seorang suami orang , memberi hadiah kepada isteri orang, walaupun buku agama, lebih baik ditolak kerana kemungkinan besar menimbulkan fitnah dan bersangka-sangka kepada banyak pihak.

    Jika lelaki itu seorang bujang dan menyukai seorang gadis, mungkin ada hasrat untuk memperisterikan, maka terimalah buku itu kerana mungkin dia mahu bakal isterinya mendalami bidang agama.

    wallahu'alam.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    35 Replies
    7362 Views
    Last post 13 November, 2010, 06:54:04 AM
    by Ani Razak
    2 Replies
    1619 Views
    Last post 23 March, 2011, 08:05:55 PM
    by lislam
    4 Replies
    3767 Views
    Last post 15 July, 2012, 11:58:10 AM
    by khattab_01