Petua menggoda suami di usia 40-an

*

Author Topic: Petua menggoda suami di usia 40-an  (Read 5432 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hajat

  • *
  • Posts: 41
    • View Profile
05 February, 2010, 04:12:35 PM
  • Publish
  • ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita. Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang. Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.

    Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita. Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.

    Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki can perempuan, saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.

    Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki. Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun. Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.

    Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama. Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.

    Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.

    Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!

    Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.

    Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.

    Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.

    Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.

    Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan can kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.

    Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, saya ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain. Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.

    Pertama, layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: "Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"

    Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.

    Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

    Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

    Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.

    Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.

    Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.

    Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

    Kedua, isteri mesti terus bergaya. Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang'. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

    Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.

    Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

    Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.

    Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.

    Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

    Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

    Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.

    Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

    Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

    Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: "Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?"

    Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: "Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?" Atau: "Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"

    Keempat, etika di bilik tidur. Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

    Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.

    Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.

    Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

    « Last Edit: 02 July, 2013, 08:27:19 AM by PenaHalaqah »
    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.

    bint_yusuf

    • *
    • Posts: 89
      • View Profile
    Reply #1 05 February, 2010, 04:34:13 PM
  • Publish
  • angka hanyalah kiraan manusia, namun dalam kiraan Allah ia lebih bernilai, jika diisi ruang-ruang angka tersebut dengan amalan dan ketakwaan kepada Nya
    Cukuplah ALLAH bagiku, tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'arasy yang agung.

    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #2 05 February, 2010, 08:26:52 PM
  • Publish
  • Tapi ada juga isteri yang masih cantik dalam usia 40-an, tapi suami cari lain juga. Sebenarnya bukan kecantikan yang mengikat hubungan tu, tapi hati tu yang penting. Kalau kasih sayang tu bersebab, sebab cantik, sebab layanan yang hebat, jadi bila tiada semua sebab tu, kasih sayang pun hilang
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #3 21 October, 2012, 09:41:36 PM
  • Publish
  • Shukran untuk perkongsian di atasni..:senyum:

    Tapi ada juga isteri yang masih cantik dalam usia 40-an, tapi suami cari lain juga. Sebenarnya bukan kecantikan yang mengikat hubungan tu, tapi hati tu yang penting. Kalau kasih sayang tu bersebab, sebab cantik, sebab layanan yang hebat, jadi bila tiada semua sebab tu, kasih sayang pun hilang

    Betul..kasih sayang itu biarlah ikhlas..jika ia disebabkan oleh sesuatu yang tidak kekal,bila lunturnya sebab itu,maka kasih sayang jua boleh hilang..Jadi niatkanlah kerana Allah,yang sifatnya kekal..

    Saya terfikir cuma..tempoh kesuburan wanita adalah waktu yang agak singkat dan kritikal,dan tempoh yang sangat pendek dibandingkan dengan anggaran jangka hayat seseorang yang paling lama di zaman ini..60-70-80..Ada pelbagai pendapat tentang bermulanya kesuburan ini,paling awal,seperti Aisyah umurnya 9 tahun.. namun tempoh kritikal yang mana seseorang  perempuan itu mula berkahwin dan melahirkan ialah dalam 20 tahun,hingga 45 tahun..umur menjelang menopause..Atau jika diikut dengan kesuburan wanita zaman sekarang semakin menurun..selaras dengan kemajuan sesebuah negara dan tahap pendidikan seseorang..Zaman ini banyak jua wanita melahirkan anak apabila umur di akhir 20-an atau di awal 30-an..
    Wanita zaman dahulu yang mempunyai jumlah anak yang lebih ramai dikatakan mempunyai kesuburan yang tinggi dan tempoh anak2 yang dilahirkan adalah lebih lama kerana berkahwin awal..
    Ada jua wanita yang melahirkan 6-7 orang anak dalam temph 10 tahun..Jadi 6-7 kalilah mereka bertarung nyawa ketika melahirkan anak...Subhanallah..itulah hebatnya wanita yang bergelar ibu..

    Saya ada jua belajar,apabila umur bertambah,untuk merangsang seseorang,dalam konteks suami isteri,respons semakin kurang..Jika seperti biasa sewaktu muda, sentuhan biasa boleh menimbulkan rangsangan tersebut,namun apabila usia bertambah,lebih banyak ransangan atau ransangan yang lebih kuat perlu untuk menimbulkan -arousal atau respons-..apakah faktornya?mungkin disebabkan kurangnya ransangan deria2 pada badan disebabkan perubahan pada badan oleh faktor penuaan,faktor penyakit dan sebagainya..Jadi kena peka dan menyedari dengan perubahan2 yang berlaku supaya kita lebih ,bersedia dan memahami sebab disebaliknya dan bertindak sewajarnya..

    -maaf atas silap salah di mana-mana-

    wallahualam..
    « Last Edit: 21 October, 2012, 09:48:07 PM by Nurul Nawar »

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #4 21 October, 2012, 10:49:43 PM
  • Publish
  • Lagi tiga tahun si dia akan mencecah usia 40 tahun. Berdebar la pulak... Setuju dengan artikel tu, masa saya praktikal di satu jabatan kerajaan dulu, saya lihat ada beberapa lelaki usia 40 an duk mengayat student praktikal. Nauzubillah.... Isteri kena pandai ambil hati suami, kena pandai 'ikat' suami. Cara nak ikat tu terpulang kepada suami masing masing. Maaf cakap ya, sebab itu sebaiknya cari suami yang jauh lebih tua dari kita. Dia dah 40 an, isteri masih muda dan bertenaga. Maaf jika ada yang terasa. Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana kan....

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #5 22 October, 2012, 07:37:03 AM
  • Publish
  • Rasulullah saw seorang lelaki. Apabila baginda saw mencecah usia 40 tahun, Allah melantik Nabi saw menjadi seorang rasul.

    Pada usia sebegini kena banyak beringat sebab mati semakin dekat. Kata sebahagian hukama' usia 40 ini salah satu masa 'transition'. Jika seseorang berubah ke arah yang baik. Insya Allah dia sedang menuju kebahagiaan.

    Jika tidak kata sebahagian orang "galilah lubang kubur."
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    Nurul Nawar

    • *
    • Posts: 1379
    • Forgive me. May Allah bless you -)
      • View Profile
    Reply #6 22 October, 2012, 07:48:25 AM
  • Publish
  • Saya terfikir..
    Kenapa lebih mudah insaf menjelang pertambahannya usia tua..kenapa sukarnya mendapat keinsafan sebenarnya,yang membuatkan kita terus mengingati mati dan keinsafan yang sentiasa melekat di hati ketika usia muda..Padahal kita tahu mati itu tidak mengira usia..kenapa,sukarnya untuk menimbulkan keinsafan dan kesedaran di usia muda..Kenapa bila di akhir usia baru kita terkapai-kapai baru untuk beringat..Bukankah lebih baik jika sejak dari muda lagi beringat..supaya masa-masa muda terisi dengan baik,amal jariahnya,supaya niat dan matlamat itu terus terarah ke hala,jalan yang betul..jalan yang diredhai-NYA..

    Kenapa oh kenapa..Di usia muda terasa hendak mencari kebahagiaan,tetapi di akhir2 usia,disedari bahawa yang dicari selama ini bukanlah kebahagiaan yang berkekalan,kebahagiaan di akhirat,namun hanya dunya semata..Kenapa yang berjiwa muda selalu begitu..Kenapa tidak boleh didatangkan perasaan sedih keinsafan seperti orang yang benar2 insaf di usia tua..Yang benar2 ikhlas..

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2401
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #7 22 October, 2012, 04:21:30 PM
  • Publish
  • Muda bertenaga. Nafsu membara dan membuak-buak. Ilmu dan pengalaman kurang. Pemikiran belum matang. Persekitaran menjadi antara faktor pembentukan akhlak seseorang.

    Antara cinta dan cita sering juga muncul menyentuh jiwa. Dunia menjadi sungguh indah di jiwa. Ramai juga dengar berita dan tengok orang meninggal dunia. Tapi orang lain yang mati. Aku masih sihat dan bernafas. Relaks la enjoy.

    Jika hati hari-hari tidak digilap nur Ilahi. Tahulah sendiri..

    Mei

    • *
    • Posts: 1057
      • View Profile
    Reply #8 22 October, 2012, 04:59:59 PM
  • Publish

  • Jika hati hari-hari tidak digilap nur Ilahi. Tahulah sendiri..

    Betul tu.Masa muda terasa panjang lagi usia.Bila dah cecah 40 -an..mula terasa dekatnya dengan alam kubur.

    Ada hadis yang mengatakan beruntung lah seorang yang muda jika dia berakhlak seperti orang tua.

    Dan pada hadis yang lain pula ..ada menyatakan seseorang lelaki muda mudah terkena 'penyakit gila'.Apatah lagi kalau tak berkahwin.(senyum)


    kasba

    • *
    • Posts: 244
    • hmmm.....
      • View Profile
    Reply #9 22 October, 2012, 05:07:35 PM
  • Publish

  • Umur 40 tahun sangat signifikan di dalam Islam sehinggakan terdapat di dalam Al-Quran doa yang boleh diamalkan. Terjemahan:

    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
    (Al-Ahqaaf:15)

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #10 01 July, 2013, 12:02:57 PM
  • Publish
  • 40 angka keramat

    40 jadi darah, 40 jadi daging, 40 jadi tulang

    40 kali solat di masjid haram, hilang sifat munafik, ada ulamak kata 40 waktu, ada ulamak kata 40 hari

    jika rumah tangga, perlakuan diri, take for granted, tentu payah bila kena uji

    jika dapat ikhlas, faham gerak dan diam dari Allah, ikhlaslah dirinya mudahlah laluannya

    inshallah

    pawie

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Reply #11 01 July, 2013, 02:31:14 PM
  • Publish
  • Ini pandangan saya
    Lelaki dalam kehidupannya ada 3 tahap/tahap

    Tahap pertama.
    Tenaga ada
     Masa ada
    tetapi
    kewangan ...tiada

    Tahap kedua
    Tenaga ada
    Kewangan ada
    tetapi
    Masa...tiada

    Tahap ketiga
    Kewangan ada
    Masa ada
    Tetapi
    Tenaga.... tiada

    So....agaknya dekat mana suami anda sekarang. So pikatlah pada kelemahan dia pada waktu begini....



    send from samsung@celcom mobile


    afiQoh

    • *
    • Posts: 773
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Reply #12 02 July, 2013, 09:44:18 PM
  • Publish


  • 142. dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya Dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu Yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah Aku Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan".

    al-a'raf ... maaf la salah masuk thread
    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    8040 Views
    Last post 26 April, 2011, 12:44:08 PM
    by Ashraf Ramli
    7 Replies
    2306 Views
    Last post 09 December, 2009, 10:51:56 PM
    by khalila
    1 Replies
    363 Views
    Last post 05 March, 2014, 11:29:04 AM
    by Seri_Kemboja