Tanggungjawab Ayah Tiri Terhadap Anak Tiri

Author Topic: Tanggungjawab Ayah Tiri Terhadap Anak Tiri  (Read 7500 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

LadyDarling

  • *
  • Posts: 15
    • View Profile
31 January, 2010, 07:52:14 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    akak nk tanya kepada yang arif...harap dpt membantu...

    Apakah anak2 tiri menjadi tanggungjawab bapa tiri menanggung sara hidup mereka?Apa kah hukum yang sebenarnya?wajib atau mengikut budibicara bapa tiri saja?

    Terima kasih

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #1 05 July, 2010, 12:49:35 PM
  • Publish Di FB
  • Setahu dan sefaham saya, memang bapa tiri juga bertanggungjawab menyara anak-anak tirinya(isterinya)...Di samping itu, bapa kandungnya juga tetap mempunyai tanggungjawab menyara anak-anak dengan bekas isterinya sehingga anak-anak boleh mencari rezeki sendiri.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    maisarah10

    • *
    • Posts: 138
      • View Profile
    Jawab #2 05 July, 2010, 04:40:12 PM
  • Publish Di FB
  • boleh lah lihat contoh hubungan antara Rasulullah saw dgn anak2 tiri baginda seperti anak2 Ummu Salamah.

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Jawab #3 05 July, 2010, 05:06:02 PM
  • Publish Di FB
  • Bapa tiri juga berhak mendapat pengiktirafan sebagai bapa melalui ibu kepada anak-anak. Mereka bertanggungjawab mengikut keperluan dan kepentingan anak-anak di bawah jagaan mereka sekiranya anak-anak tersebut kematian bapa kandung yang sepatutnya memberi perlindungan, kasih sayang dan nafkah kepada mereka.

    Hukum syarak juga menetapkan bapa tiri mempunyai hubungan erat dengan anak-anak apabila mereka tidak batal wuduk dengan anak-anak dan dibenarkan batas auratnya sama dengan bapa kandung. Walaupun mereka tidak mempunyai hak mewalikan atau pusaka memusakai, mereka adalah tempat untuk anak-anak bermanja dan berlindung.


    http://norasmahan.net/1008/index.asp?type=blogcomment&id=6897
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #4 11 July, 2010, 08:23:44 AM
  • Publish Di FB
  • Bapa tiri juga berhak mendapat pengiktirafan sebagai bapa melalui ibu kepada anak-anak. Mereka bertanggungjawab mengikut keperluan dan kepentingan anak-anak di bawah jagaan mereka sekiranya anak-anak tersebut kematian bapa kandung yang sepatutnya memberi perlindungan, kasih sayang dan nafkah kepada mereka.

    Hukum syarak juga menetapkan bapa tiri mempunyai hubungan erat dengan anak-anak apabila mereka tidak batal wuduk dengan anak-anak dan dibenarkan batas auratnya sama dengan bapa kandung. Walaupun mereka tidak mempunyai hak mewalikan atau pusaka memusakai, mereka adalah tempat untuk anak-anak bermanja dan berlindung.


    http://norasmahan.net/1008/index.asp?type=blogcomment&id=6897


    Ana setuju ukhti..

    melah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #5 06 March, 2012, 10:26:00 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    saya masih tertanya2 n tercari2 mana2 hadis @ nas yg menyebut bahawa bapa tiri tidak bertanggungjawap keatas anak2 tirinya samada keperluan mkn minum dan seumpamanya spt persekolahan dan sebagainya....krn ayah tiri hanya wajib menanggung ibu yg dikahwininya....betul ke? harap2 ada yag mahir dan arif dlm persoalan
     ini dpt menjelaskannya....terima kasih.
     :jaz:

    melah

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #6 07 March, 2012, 09:01:24 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
     :syukur: terima kasih yg xterhingga atas jawapan rakan2 yg dikasihi...
    Untuk makluman...anak2 tiri ni semua mmg masih ada bapa...malangnya bapa mrk ni mmg xpenah bg nafkah ...lalu bapa tiri ni mmberitau..." bapak dia masih ada anak2 tiri bukan tanggungjwp bapa tiri"
    Maksudnya bapa tiri ini hanya hendakkan keseronokan kpd isteri (ibu anak2) tidak lbih dari itu.
    Pada pndpt uols semua bapa tiri spt ini layak ke dijadikan somi...sdgkan kebajikan anak2 tiri dinafikan haknya siap suh tanya mana2 ustaz katanya smua sepndpt dgnnya yg anak tiri bukan  tanggungjwp bapa tiri..emmmm

    Anyway....i luv uols.....
     :jaz:
    « Last Edit: 07 March, 2012, 09:07:38 AM by melah »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #7 07 March, 2012, 11:22:27 AM
  • Publish Di FB
  • :)
    saya masih tertanya2 n tercari2 mana2 hadis @ nas yg menyebut bahawa bapa tiri tidak bertanggungjawap keatas anak2 tirinya samada keperluan mkn minum dan seumpamanya spt persekolahan dan sebagainya....krn ayah tiri hanya wajib menanggung ibu yg dikahwininya....betul ke? harap2 ada yag mahir dan arif dlm persoalan
     ini dpt menjelaskannya....terima kasih.
     :jaz:
    Banyak nas dan qias dalam bab ini. Cuba rujuk kitab-kitab hadis sahih dan juga hadis Imam Suyuti dalam Jami'us Saghir..Juga kitab-kitab fekah tentang kekeluragaan, nikah kahwin cerai dan seumpamanya..

    Benar tu, ayah tiri juga ada taggungjawab dalam nafkah anak-anak isterinya. Apa yang dia makan, isteri dan anak-anak tiri juga makan. Dan seumpamanya. Jika setakat ambil jadi isteri saja, tanggungjawab tak nak, tak payah la nikah dengan ibu tunggal.....kok nanti menyusahkan hidup dan menambahkan dosa percuma apabila bermasalah...
    « Last Edit: 07 March, 2012, 11:26:49 AM by nazri0070 »

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #8 07 March, 2012, 12:26:01 PM
  • Publish Di FB
  • Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

    Beban menanggung anak tiri

    SOALAN:
    Saya sudah lama menduda dan mempunyai seorang anak lelaki yang kini dijaga oleh bekas isteri. Setiap bulan saya memberi RM600 sebagai nafkah anak, ini termasuklah simpanan melanjutkan pelajaran di universiti kelak.

    Baru-baru ini, saya telah berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai dua orang anak perempuan berumur 11 dan 10 tahun. Namun demikian, saya terkilan dengan sikap bekas suami, isteri baru saya yang lepas tangan seolah-olah tanggungjawab menyara anak telah berpindah ke bahu saya. Setahu saya, tanggungjawab bapa ke atas anak tidak akan terputus. Apakah bentuk perintah pelaksanaan yang boleh diambil ke atas bekas suami, isteri saya?

    *Azhari Hashim

    *Ipoh, Perak

    Jawapan:

    Hukum Syarak menggariskan bahawa nafkah anak adalah hak mutlak anak. Tanggungjawab bapa membayar nafkah anak tidak terhapus hanya kerana ada orang lain yang boleh menyara anak-anaknya. Kepentingan nafkah bukan sekadar untuk memastikan anak-anak hidup dalam keadaan cukup serba-serbi. Nafkah turut berfungsi sebagai pengerat hubungan antara bapa dengan anak-anak kerana ia menunjukkan bahawa dia masih sayang dan mengambil berat akan kebajikan anak-anaknya, walaupun hubungan suami isteri telah putus.

    Kewajipan bapa membayar nafkah anak termaktub di bawah Seksyen 73 (1) Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004 [Enakmen Keluarga]. Seksyen ini menyatakan bahawa, melainkan terdapatnya perjanjian antara ibu bapa atau ada perintah mahkamah yang memperuntukkan sebaliknya, bapa wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya sama ada mereka berada dalam jagaannya atau orang lain.

    Untuk makluman saudara, isteri saudara boleh memohon perintah pelaksanaan di mahkamah supaya bekas suaminya membayar nafkah anak-anak demi mengatasi masalah yang dihadapi. Perintah ini bertujuan memastikan perintah nafkah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini dipatuhi oleh bekas suami isteri saudara.

    Merujuk kepada Seksyen 159 Enakmen Tatacara Mal (Perak) 2004 [Enakmen Tatacara], terdapat beberapa cara pelaksanaan perintah yang boleh dibuat:

    (a) Perintah penyitaan dan penjualan di mana mahkamah boleh merampas dan menjual harta alih bekas suaminya, dan menyerahkan hasilnya kepada isteri saudara sebagai bayaran nafkah;

    (b) Prosiding garnismen di mana mahkamah akan menahan dan menjual harta alih kepunyaan bekas suaminya yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga, atau menahan hutang yang perlu dibayar oleh pihak ketiga kepada bekas suaminya, dan hasilnya akan diberikan sebagai bayaran nafkah anak-anak;

    (c) Perintah pengkomitan di mana mahkamah akan merampas mana-mana barang yang diperintahkan untuk diserahkan oleh bekas suaminya kepada isteri saudara dan menyerahkan barang tersebut sebagai bayaran nafkah anak-anak; dan

    (d) Perintah penahanan pendapatan di mana mahkamah akan menahan dan memotong sebahagian daripada wang pendapatan bekas suaminya untuk diberikan kepada anak-anak sebagai nafkah.

    Jenis pelaksanaan yang disenaraikan di atas adalah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh mahkamah agar perintah bayaran nafkah dipatuhi oleh bekas suami. Isteri saudara boleh memilih kaedah pelaksanaan perintah yang difikirkan sesuai dan efektif terhadap bekas suami.

    Seperkara lagi, merujuk Seksyen 147 Enakmen Tatacara, bekas suami wajib mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah. Perbuatan mengingkari perintah mahkamah merupakan satu penghinaan kepada mahkamah.

    Untuk pengetahuan saudara, seksyen 74 (3) Enakmen Keluarga membenarkan saudara untuk menuntut sejumlah wang yang telah saudara gunakan untuk menyara anak-anak isteri daripada bekas suami, isteri saudara.

    Untuk mengupas persoalan jangkamasa pemberian nafkah, seksyen 80 Enakmen Keluarga menyatakan tempoh masa perintah bagi nafkah anak. Seksyen tersebut menyatakan bahawa perintah nafkah adalah tamat apabila anak telah mencapai umur 18 tahun.

    Walau bagaimanapun jika perintah dibuat bagi anak perempuan yang belum berkahwin, atau bagi anak yang tidak berupaya menanggung dirinya disebabkan oleh kecacatan otak atau jasmani, maka perintah itu tidak terhenti walaupun anak itu mencapai umur 18 tahun.

    Perintah melanjutkan pemberian nafkah juga boleh dilakukan untuk membolehkan anak itu mengikuti pelajaran atau latihan yang lebih tinggi. Menurut seksyen 76 Enakmen, mahkamah boleh mengubah perintah nafkah anak jika berpuas hati bahawa sesuatu perubahan penting telah berlaku.

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #9 07 March, 2012, 12:41:09 PM
  • Publish Di FB
  • Sumber http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/23094/page:6

    Soalan

    Semasa di dalam edah, apakah kewajipan si suami terhadap si isteri dan
    anak2 tiri? adakah sekadar nafkah zahir untuk kesemua mereka atau pun
    isteri sahaja dan perlukah si suami mengeluarkan zakat fitrah keatas semua
    mereka atau isteri sahaja?

    Jawapan

    Wajib bagi suami menanggung nafkah isteri dan anak-anak tiri yang dibawah
    tanggungannya termasuk juga zakat fitrah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2451
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Jawab #10 07 March, 2012, 12:49:16 PM
  • Publish Di FB
  • Sumber : http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40148

    Soalan

    Assalammualaikum ustaz..Adakah benar dalam undang2 syariah/islam hanya janda2 yg KEMATIAN suami SAHAJA yg patut ditanggung oleh suami baru/bapa tiri, dan apakah benar bercerai hidup suami baru tidak berhak atau tidak bertanggungjawab menanggung isteri dan anak2 tirinya ini kerana bekas suami/bapa kandung masih hidup dan masih berhak menanggung bekas isteri/anak2...(bapa kandung tidak pernah lalai memberikan nafkah anak2 seperti yg ditetapkan oleh mahkamah syariah ketika penceraian mereka dahulu.
    Jawapan

    Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Perkahwinan di dalam Islam akan menyebabkan suami menjadi ketua kepada isteri dan anak-anak.

    Oleh itu, seorang suami wajib menyempurnakan semua tanggungjawab dan kewajipannya sebagai seorang suami dan seorang ayah. Ringkasnya, segala tanggungan kos kehidupan adalah di bawah tanggungan suami.

    Mengenai isu seorang isteri yang kematian suami ataupun bercerai hidup, jika isteri tersebut berkahwin dengan lelaki yang lain, ini bermakna tanggungan isteri tersebut dan anak-anaknya adalah di bawah tanggungan suami yang baru.

    Namun, bagi bekas suaminya yang masih hidup, beliau masih berkewajipan untuk menanggung kos keperluan anak-anaknya bersama bekas isterinya sebagaimana keputusan yang telah dikeluarkan oleh mahkamah Syariah.

    Ringkasnya, bekas suami isteri tersebut masih berkewajipan untuk menanggung kos perbelanjaan anak-anaknya sahaja sehingga tempoh yang telah ditentukan oleh mahkamah. Manakala bekas isterinya bukan di bawah tanggungannya lagi. beliau kini ditanggung oleh suaminya yang baru. Wallahu 'Alam.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2539 Views
    Last post 13 October, 2009, 05:48:01 AM
    by Ummi Munaliza
    7 Replies
    5459 Views
    Last post 08 June, 2012, 11:02:15 AM
    by robhunhayati
    3 Replies
    295 Views
    Last post 24 February, 2014, 10:58:11 AM
    by pawie