Makan ketika Lapar Berhenti sebelum Kenyang.

*

Author Topic: Makan ketika Lapar Berhenti sebelum Kenyang.  (Read 6823 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

hafidzalrahman

  • *
  • Posts: 263
  • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
    • View Profile
31 January, 2010, 11:54:00 AM
  • Publish
  •  :) Kongsi kisah yang serba ringkas.

    Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.

    Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

       Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

       Harus kita ingat bahawa setiap kisah yang kita baca, yang mana memberi nasihat hendaklah kita fikir bahawa kisah itu ditujukan kepada kita dan bukan kisah itu ditujukan pada cerita itu.

       Kalau kita fikir dan merenungi kembali kisah diatas, maka kita dapat menggambarkan sekali bahawa perut yang terlampau kenyang itu akan membuat kita malas beribadat dan kita menangguhkan perintah Allah disebabkan semata-mata makanan yang kita makan berlebihan. Malah kalau kita makan makanan yang berlebihan ianya akan mendatangkan penyakit.

     :jaz:
    « Last Edit: 02 January, 2013, 10:28:27 AM by PenaHalaqah »
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #1 31 January, 2010, 12:52:01 PM
  • Publish
  • :) Kongsi kisah yang serba ringkas.

    Kisah Nabi Yahya a.s. dan iblis laknatullah.

    Telah diriwayatkan bahawa Yahya a.s. telah melihat iblis membawa pengait dari segala macam bahan. Maka Yahya a.s. pun bertanya: "Wahai iblis, pengait apakah yang kamu bawa itu?". Mendengar pertanyaan dari Yahya a.s. maka iblis pun berkata: "Semua yang aku bawa ini adalah untuk kesenangan nafsu, aku akan mendapatkan anak Adam dengannya".

       Lalu Yahya a.s. bertanya: "Adakah bahagian aku didalamnya?". Berkata iblis: "Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir". Bertanya Yahya a.s. lagi: "Ada apa-apakah selain dari itu bagiku?". Berkata iblis: "Tidak". Yahya a.s. berkata: "Bagi Allah wajib atasku, aku tidak akan memenuhi perutku dengan makanan-makanan untuk selama-lamanya". Mendengar kata-kata dari Yahya a.s., maka iblis pun berkata: "Dan bagi Allah atasku, aku tidak akan menasihati lagi walaupun seorang muslim untuk selama-lamanya".

       Harus kita ingat bahawa setiap kisah yang kita baca, yang mana memberi nasihat hendaklah kita fikir bahawa kisah itu ditujukan kepada kita dan bukan kisah itu ditujukan pada cerita itu.

       Kalau kita fikir dan merenungi kembali kisah diatas, maka kita dapat menggambarkan sekali bahawa perut yang terlampau kenyang itu akan membuat kita malas beribadat dan kita menangguhkan perintah Allah disebabkan semata-mata makanan yang kita makan berlebihan. Malah kalau kita makan makanan yang berlebihan ianya akan mendatangkan penyakit.

     :jaz:


    Sekadar ingin menambah sedikit dari post yang diberikan oleh saudara hafidzalrahman di atas;
    Kebanyakan orang merasakan membazir bila makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan sedangkan perut sudah merasa kenyang. Kerana itu dianjurkan mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan berpada-pada. Biar saja dalam kuantiti yang sedikit. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Kerana makan sebelum lapar itu mengelakkan kita makan dengan kuantiti yang terlalu banyak.

    Islam itu sangat indah. Rasa saya anda semua pasti setuju. Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Bukan saja perundangan, kehidupan bahkan juga kesihatan. Semuanya sudah digariskan di dalam Islam. Ilmu tentang nutrisi pemakanan bukan baru bermula pada abad ke 21 sebaliknya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan umat-umatnya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

    “Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.”

    Hadis riwayat Muslim


    Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa.
     
    Kenapa agaknya ya pada diri setiap insan itu perlu diisi dengan keperluan sesuai dan sama setiap masa? Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan. Kerana itu, Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan method ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia.Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

    Saya pasti untuk yang berkerja atau pelajar-pelajar di university pasti saja memilih untuk menggunakan makanan di dalam tin, bukan? Semasa di universiti dulu saya juga tidak terkecuali.Bahkan hingga sekarang bila sudah bekerja pun sama. Tambah-tambah dengan rutin kerja shift yang membuatkan saya terkadang tak berkesempatan ke pasar membeli barag-barang basah. Seboleh mungkin elakkan memasak makanan di dalam tin atau pun cuba kurangkan kerana makanan di dalam tin mempunyai bahan kimia dan tidak segar. Dari aspek adab pemilihan makanan, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripada zat yang terkandung didalamnya.Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Sama juga hubungan ibu dan anak yang erat.

    Buat para sahabat di sana yang mempunyai anak, yang sedang mengandung atau yang baru melahirkan… ambil lah kesempatan ini menyusukan anak-anak anda dalam tempoh yang dianjurkan oleh Islam iaitu selama dua tahun.Kenapa? Kerana susu ibu itu mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak. Selain dari itu makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya. Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melalui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, Insya-Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberi kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya. Islam juga melarang amalan berlebih-lebihan dalam mengambil apa juga jenis makanan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan.

    Maaf..sedikit tersasar dari tajuk di atas.Kembali kepada tajuk yang dibawakan oleh saudara hafidzalrahman. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

    Sementara ‘berhenti sebelum kenyang’ pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh, untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah ‘kilang’ dalam perut untuk memprosesnya. Dan Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Balasan Allah tu datang dalam pelbagai cara, salah satunya mungkin mengidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis. Jadi kenapa tak kita semua mengambil kesempatan ini dengan berdiet cara Islam?
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Reply #2 31 January, 2010, 01:06:08 PM
  • Publish
  • Syukron diya.

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #3 10 October, 2010, 08:39:05 AM
  • Publish
  • Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    bole tolong bagi riwayat dan sanad ? musykil ni musykil...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 10 October, 2010, 09:02:47 AM
  • Publish
  • Rasulullah memberikan panduan mengenai cara makan ideal supaya kita lebih mensyukuri nikmat makanan yang dikurniakan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

    Makan ketika lapar lebih memberi kita impak rasa bersyukur dengan kurniaan rezekinya dan menginsafi serta mewujudkan rasa ingin membantu kepada mereka yang saban hari berada dalam keadaan lapar.

    “Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.”
    (Hadis Abu Daud)[1]

    Mohon diya pastikan  ayat ini,
    Quote from: diya
    sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

    Hadith yang ditemui adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud di atas. [1]  "makan ketika lapar"  bukan seperti yang diya tulis "makan sebelum lapar" maka diya kena berikan hadith dan sanadnya.
    « Last Edit: 10 October, 2010, 09:23:46 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #5 10 October, 2010, 09:17:02 AM
  • Publish
  • Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    bole tolong bagi riwayat dan sanad ? musykil ni musykil...

    Orang mukmin makan dalam satu usus sedangkan orang kafir makan dalam tujuh usus

    Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
    Dari Nabi saw., beliau bersabda: Orang kafir itu makan dalam tujuh usus sedangkan orang mukmin makan dalam satu usus. (Shahih Muslim No.3839)

    Dari Abu Hurairah ra, katanya:
    Ada seorang laki-laki yang biasanya banyak makan. Setelah masuk Islam, makannya sedikit. Hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah SAW. Beliau bersabda: Orang yang beriman makan untuk satu perut. Orang kafir makan untuk tujuh perut." (Shahih Bukhari)

    Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

    Dari Miqdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    3621 Views
    Last post 15 July, 2012, 07:32:00 PM
    by rabbitah
    4 Replies
    1785 Views
    Last post 10 May, 2011, 02:06:01 AM
    by faa zahra
    2 Replies
    557 Views
    Last post 07 January, 2013, 12:40:07 PM
    by miszniena