Hidayah Dari ALLAH..

Author Topic: Hidayah Dari ALLAH..  (Read 4856 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

farhahzaba

  • *
  • Posts: 10
    • View Profile
30 January, 2010, 11:58:45 PM
  • Publish Di FB
  • cerita ini adalah realiti kehidupan yang saya ingin kongsikan, harap dengan cerita ini dapatlah kita sama-sama memperbaiki diri kita dan diri orang-orang disekeliling kita....amin...

      Manusia memang tak lari dari cerita tentang CINTA. Tapi hakikatnya mengertikah kita tentang hakikat cinta yang sebenar? Bila disebut tentang cinta kita akan mengatakan cinta ALLAH adalah yang cinta utama, cinta yang hakiki, cinta yang sebenar, cinta yang tak akan luput, cinta yang kekal selamanya, cinta yang....yang...yang....(dan banyak lagi).  Hakikatnya kita sedar tentang semua itu. Tapi sedihnya kita tak mencari cinta itu. Kita kata kita cinta, tapi apa buktinya?? Tunjukkan bukti itu jika betul-betul kita cinta ALLAH... sekarang cuba fikir baik-baik mana kita nak tunjukkan bukti itu. Mana kita simpan semua bukti-bukti itu.?mana?? mana??Baiklah, 20 minit diberikan untuk kita cari bukti itu semua. Jangan baca perenggan bawah sebelum kita jumpa bukti kita cinta pada  ALLAH.

       Sekarang 20 minit sudah berlalu, rasanyer mungkin kita dah dapat sedikit bukti kita cinta ALLAH. Maklumlah, mungkin ada bukti yang tertinggal di rumah, di pejabat, atau dimana-mana. Kita kan manusia mudah lupa. Semua tahu manusia memang mudah lupa. Kita Cuma boleh tunjuk bukti cinta kita pada ALLAH dengan kain telekung kita, sejadah, tasbih, Al-Quran, buku-buku agama, kain pelekat, songkok, ketayap, sijil penghargaan menyumbang derma, record suara kita baca Al-Quran, ayat-ayat Quran mp3, zikir mp3, CD ceramah agama, alarm azan di komputer, kitab Yasin,  Al-mahtsurat dan macam-macam lagi bukti yang kita ada. Kan dah banyak bukti tu. Cukup lah tu.

    Betul ke cukup?? Hakikatnya kita tahu itu semua tak cukup. Betul ke tidak?? Jawab dulu................ kita tahu jawapannya ‘Betul’. Lepas ni nak terus cari bukti lagi ke??

       Bukti cinta kita sebenarnya pada amal kita. Tapi Mana kita nak tunjuk semua amal kita?? Nak tunjuk balik cara kita solat, sedekah, baca Quran dan macam-macam lagi depan ALLAH.. atau pun nak tunjukkan yang kita dah rakam segala amal kita guna video camera..huh.. susahnya nak tunjuk bukti ni....

    Betul ke susah?? Hakikatnya kita tahu senang. Betul ke tidak?? Ye la senang, buat ape susah-susah nak pergi cari bukti, ALLAH dah ada samua buktinya.. kat akhirat nanti tinggal tengok wayang je segala bukti cinta kita pada ALLAH. Kalau tak percaya, Carilah sendiri bukti tu, sampai mati pun tak akan jumpa bukti tu..  macam mana lah nak jumpa, semua bukti pada ALLAH, bukan pada kita. Yang kita ada tu semua bukanlah bukti, tu semua hanyalah hiasan di dunia ni..
    Sebenarnya tak payah kupas lagi pasal perkara ni, sebab kita semua tahu Cuma buat-buat tak tahu je. Ya ALLAH, jahil nya kite ni...huh.. Kenapa kita ni jahil sangat ye?? Kenapa?? Nak tahu kenapa??
    Sebabnya bila kita dapat hidayah ALLAH, kita tak ambil nya cepat-cepat. Akibatnya hidayah tu pergi tak kembali. Contohnya,dihati kita terlintas nak sedekah, tapi bila kita tengok dompet, duit kita ni macam tak cukup je nak buat beli barang, jadi kita pun kata ” nantilah tunggu duit cukup”. Malangnye bila duit cukup, kita pula lupa nak sedekah. Huh...kan dah rugi tu..
    Contoh lain, dihati kita kata seronoknya tengok orang perempuan tu pakai tudung, sopan je, cantik pulak tu. Tapi kita tak cepat-cepat nak pakai tudung, alasanya nantilah dulu tunggu kita ubah perangai kita jadi baik. Malangnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun tudung pun tak pakai-pakai lagi. Akibatnya hidayah tak kembali lagi. Huh...kan dah rugi tu..
     Kita lupa antara jadi baik dengan pakai tudung mana yang wajib. Tutup auratlah yang paling wajib diikuti dengan akhlak yang mulia. Takut orang mengata kita tutup je aurat, tapi perangai macam setan??   Yang kite ni dah tutup aurat baik-baik tapi pergi merempit,mengumpat, bertepuk tampar dengan lelaki buat apa... siapa suruh?? Mari kita fikir baik-baik.
    Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan atau aurat lelaki perempuan separuh telanjang, kita akan kata astagfillahalazim. Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?!  Mestilah haram...Macam mana kita ni??
    contoh lagi, bila azan berkumandang kebetulan kita sedang buat kerja, hati kita kata sekejap lagi lah.. Malangnya, kita tak gerak-gerak lagi pergi solat sampai waktu solat lain dah nak masuk. Kita lupa, azan mengatakan “haiya `ala solah” “haiya `ala fallah”. Maksudnya “marilah menunaikan solat”,” marilah menuju kejayaan”..  siapa yang solat dialah orang yang berjaya. So,  Bila kita lambatkan solat, kita lambatlah berjaya.Hidayah diberi oleh ALLAH melalui pendengaran kita, tapi kita tak ambil. Akibatnya hidayah itu pergi buat selamanya.. Huh...kan dah rugi lagi tu..
    Hidayah dari ALLAH kalau nak disenaraikan semua contoh yang ada kat  dunia ni memang tak terkira banyak nya, malangnya orang yang ‘alert’ je yang boleh dapat.  Kesimpulannya, jadilah manusia yang sentiasa ‘alert’ dengan hidayah ALLAH, seperti mana kita ‘alert’ dengan ringtone masej di telefon kita. Dan jadilah lebih ‘alert’ dari itu.Hidayah ALLAH ada di mana-mana, disekeliling kita, ia tak pernah jauh kecuali kita yang jauh darinya. Hidayah bukan saja melalui hati, tapi melalui seluruh pancaindera kita. Rasailah ia...... wallahualam..
    Mungkin ayat-ayat dalam cerita ini agak bersepah-sepah, maklumlah baru pertama kali saya cuba menghasilkan cerita dakwah saya. Harap segala kesalahan ini akan mengajar saya untuk lebih menghasilkan lagi surat-surat cinta saya pada sahabat semua. Saya juga hamba ALLAH yang lemah, terlalu lemah sangat-sangat.... maaf atas segala kesalahan dan cacat-cela dalam penulisan ini.
    Sedarlah kita semua, dosa kita begitu banyak untuk dipikul. Jika hendak dibandingkan ketinggian Gunung Everast, tinggi lagi dosa kita. Larilah dari segala perkara yang boleh medatangkan dosa kepada kita. Kita semua tahu hakikat ini.. janganlah cuba untuk mempertikaikan janji-janji ALLAH.. sama-samalah kita menasihati sesama kita.

    "Benar, Hidayah ditangan Allah. Tapi, usaha mendapatkannya adalah atas tangan manusia itu sendiri"

    addinamubsyira

    • *
    • Posts: 39
      • View Profile
    Jawab #1 31 January, 2010, 01:32:38 AM
  • Publish Di FB
  • Mendapat hidayah tu juga adalah satu nikmat.Amat rugilah bagi sesiapa yg melambat2 kan untuk menjawab seruan hidayah dari Allah.Bukan semua yg mndpt hidayah dari Allah kecuali bagi sesiapa yg Dia kehendaki.Sebab tu lah mungkin  org2 kafir tetap kafir walaupun di hati mereka mengaku bahawa pencipta alam ini adalah Allah.Justeru kita juga harus sentiasa berdoa agar Allah berterusan memberi taufik dan hidayah-Nya kpd kita sbb iman kita sebagai manusia biasa ni bertambah dan berkurang.Semoga kita semua dimasukkan-Nya dari kalangan org2 yg mndpt hidayah..Amin..

    muthiah

    • *
    • Posts: 20
      • View Profile
    Jawab #2 10 December, 2010, 08:18:33 AM
  • Publish Di FB
  • Kisah perintah Allah kepada Ibrahim agar menyeru manusia kepada Kaabah~

    Ringkasan cerita

    Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim A.S. untuk membina semula Kaabah yang sudah runtuh dan terkambus. Kemudian, Allah SWT memerintahkan pula Ibrahim untuk menyeru manusia supaya menziarahi Kaabah.

    Ibrahim bertanya, “ Bagaimanakah seruanku dapat sampai kepada manusia?”

    Allah menegaskan bahawa Dialah yang akan menyentuh hati-hati manusia itu. Ibrahim hanya berperanan membuat seruan.

    Pengajaran

    Ya! Kita hanya bisa menyampaikan. Kita boleh menyeru manusia kepada kebaikan. Kita berdakwah siang dan malam. Kita mengatur strategi untuk mengajak mereka kepada Allah. Namun hakikatnya, Allahlah yang memberi hidayah.

    Sekiranya banyak yang menjadi pengikut (jemaah kita), bukanlah kita yang hebat. Kita bukanlah siapa-siapa. Kita bukanlah pendakwah hebat. Kita bukan juga manusia istimewa. Allahlah yang memiliki segala kehebatan itu. Tidak ada yang mustahil bagi-Nya untuk menyentuh hati-hati makhluk ciptaan-Nya.

    Jadi, sentiasalah bermuhasabah dan mengislah diri. Ingatkan diri tentang tanggungjawab kita yang sebenarnya. Apa yang pasti!!! Kita hanyalah manusia biasa yang banyak khilaf dan kelemahan…

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #3 04 February, 2011, 04:42:33 PM
  • Publish Di FB
  • Mana yang lebih baik menyintai ALLAH atau di cintai ALLAH?
    Apakah bezanya kedua dua perasaan ini?
    Apakah kedua duanya merupakan hidayah dari ALLAH SWT?

    Harap ada yang sudi menjawab.
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    akmalshirou

    • *
    • Posts: 410
    • The past should give us hopes.
      • View Profile
    Jawab #4 04 February, 2011, 04:45:31 PM
  • Publish Di FB
  • Satu soalan pula, bagaimana nak dicintai Allah jika tidak mencintai Allah?

    Rasanya kita tidak akan dicintai Allah jika tidak mencintai Allah...

    Jadi sememangnya dicintai Allah itu lebih baik dan itu bukan pilihan tetapi tahap kedua dalam cinta terhadaNya..

    Ye ke?

    Hanya pandangan, maaf jika salah...

    Wallahualam...
    "We pray for our sorrow to end and hopes for our hearts will blend.And who knows, starting a new journey may not be so hard or its already begun"

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #5 04 February, 2011, 05:58:53 PM
  • Publish Di FB
  • [122]
    Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) ia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat)

    al an'am

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #6 04 February, 2011, 07:32:05 PM
  • Publish Di FB
  • Mana yang lebih baik menyintai ALLAH atau di cintai ALLAH?
    Apakah bezanya kedua dua perasaan ini?
    Apakah kedua duanya merupakan hidayah dari ALLAH SWT?

    Harap ada yang sudi menjawab.

    Lebih baik bila Allah menyintai mu

    ibarat kisah, seorang pemuda menghulur pedang ke arah muhammad lalu bertanya, siapakah akan menyelamatkan engkau?
    Rasulullah menjawab, Allahlah
    lalu menggigillah pemuda tadi
    seterusnya mengaku, muhammad rasulillah dan mengucap laa ilahaillallah

    begitulah Allah menyatakan, subhanallazi asro bi abdihi ............Kami menjalankan dia kepada kami, itulah tanda Allah kasih dan cinta kepada muhammad rasulillah

    kejayaan umat islam, sejauh mana Yakini Allaah

    dalam segala gerak laku, tindak tanduk peribadi yang demikian, pastilah mendapat taufik hidayahnya

    sebaliknya jika kita jauh dari rahmat Allah, tentu sahaja kita mampu berdebat ilmu, namun amalan kita tak mampu

    Allah lah yang meletakkan kecintaan dalam dada umat Islam, sebab itulah umat islam, mahu melihat Kaabah, walaupun, berulang kali kesana

    beratnya rasa diri nak solat............tanda munafik, jauh dari di kasihi Allaah

    Tentu saja, di cintai Allah itu lebih baik
    dapat aja Taufik hidayahnya
    mampu melaksanakan kebaikan

    inshallah
    subhanallah

    (dari dalam dirimu - Aku melihat ke dasar hatimu)

    Sudah semestinya kita kena buat amal ibadah yang di wajibkan ke atas diri kita, dengan Ikhlas, tulus dan jujur, maksudnya, kita tahu apa yang kita lakukan itu
    semuga bila Allah melihat ke dasar hati kita, Jelas padaNya, kebenaran dirimu, melakukan amalan tersebut
    bila Allah redha, di berikannya ketenangan, maka ujudlah peribadi yang tidak keluh kesah, Tenang menghadapi Hidup, bersama kuasa dan keupayaan Allah, jujur sebagaimana mengaku laa haulawala quwata illa billah

    maka bahagia lah diri yang berada dalam Cinta dan kasih sayang Allah

    nabi pun pernah kata

    bagusnya mukmin, dapat kebaikan, dia bersykur, ditimpa bencana, dia bersabar

    Rasa cinta, ajaib nikmatnya, hanya Takdir menentukan hidup

    subhanallah
    « Last Edit: 10 November, 2012, 07:11:39 AM by al_ahibbatu »

    tulip91

    • *
    • Posts: 67
      • View Profile
    Jawab #7 05 February, 2011, 07:10:47 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    erm..1st,syukran untuk saudari farhah..walau bahasa spontan dilontarkan tapi penuh dengan isi tulisannya..teruskan dakwah anti..2nd,persoalan saudari imanhilmi,sekadar pendapat saya jak,mana yg lebih baik cinta Allah atau dicintaiNya?bagi saya,perasaan cinta itu milik Allah@tapi usaha atau amalan itu hendaklah dari usaha mujahadah kita dalam mendidik cinta ke arahNya dengan sentiasa banyak mengingati dan memohon padaNYA..(dan tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah..)

    5zul

    • *
    • Posts: 3047
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Jawab #8 30 March, 2011, 03:40:03 PM
  • Publish Di FB
  • Hidayah kena USAHAKAN... ALLAH dah tentukan... maka USAHAKAN HIDAYAH ITU -
    (Senyum)

    Al-Israa' ayat ke 15
    Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #9 30 March, 2011, 04:20:49 PM
  • Publish Di FB
  • Perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah...

    Usaha dan doa dua perkara yang tidak boleh dipisahkan..Sebagai umat islam  doa merupakan
    salah satu dari usaha  untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH SWT.
    Doa juga akan memberikan keinsafan untuk menyedari tentang kelemahan diri dan merupakan
    satu ikhtiar untuk mendapat hidayah dan kejayaan dunia dan akhirat.

    Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat dan Maha Mengetahui dan ALLAH SWT Maha berkuasa
    memperkenankan doa hambanya yang berdoa dengan ikhlas.

    Surah Al Baqarah ayat 186...ALLAH SWT berfirman..


    "Dan apabila hambaKU bertanya tentang AKU (jawablah)
    AKU adalah dekat.
    AKU mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKU,
    maka hendaklah mereka itu mengikut (perintahKU) dan,
    hendaklah mereka beriman kepadaKU,semoga mereka beroleh kebenaran."

    annur nafisah

    • *
    • Posts: 162
      • View Profile
    Jawab #10 31 March, 2011, 02:27:31 PM
  • Publish Di FB
  • seorang sahabat bertanya kepada saya,
    "bagaimanakah caranya untuk memperolehi hidayah ALLAH?"
     saya menjawab, "cari lah ilmu agama dan pegang lah al-quran dan sunnah nabi s.a.w insyaALLAH dengan cara itu kita akan bertambah kenal akan agama kita dan siapa tuhan kita"
    namun setelah itu saya melihat, tiada apa yang dia lakukan dan dia hanya menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa mengambil langkah
    untuk mendekatkan diri kepada ALLAH...
    sedangkan ALLAH telah berfirman bahawa DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri ingin mengubahnya...
    jadi bagaimana ALLAH nak bagi hidayah nya jika kita sendiri tak mahu dekat kepadaNya?
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    Ayatul Ukhuwwah

    • *
    • Posts: 388
    • sy mahu jd serikandi berjiwa pejuang..InsyaAllah
      • View Profile
    Jawab #11 25 April, 2011, 12:04:15 PM
  • Publish Di FB
  •  :)


    Hidayah perlu dicari bukan dinanti.. senyum*

    cahayE_matE

    • *
    • Posts: 305
      • View Profile
    Jawab #12 05 May, 2011, 05:30:48 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    erm
    belum banyak amalan ku ini
    erm
    macam mana  nak bertemu dengan DIA ni
    erm
    :sedihnya:

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #13 05 May, 2011, 05:45:12 PM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Contoh lagi, bila kita tengok cerita 18SG/SX, banyak adegan yang tidak senonoh seperti bercumbu-cumbuan atau aurat lelaki perempuan separuh telanjang, kita akan kata astagfillahalazim. Malangnya bibir mengucap tapi mata masih lagi dengan maksiat. Haram ke tak sebenarnye tengok aurat orang ni.?? Haram ke tak?!  Mestilah haram...Macam mana kita ni??

    Bukan semua yang dapat hidayah itu alim !!!!

    sebenarnya ada sedikit perbezaan antara orang beriman dan orang alim...

    Akh FalAh

    • *
    • Posts: 225
      • View Profile
    Jawab #14 08 May, 2011, 12:22:10 PM
  • Publish Di FB
  • :)


    Hidayah perlu dicari bukan dinanti.. senyum*

    good[okay][/okay]

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1295
      • View Profile
    Jawab #15 10 November, 2012, 01:54:01 AM
  • Publish Di FB
  • nie adalah ayat daripada halaqian kita jugak...yang saya c0py paste untuk manfaat kita bersama... :ins:
     :jaz: kepada kepada kak... baguss

    Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum. " Memang benar hidayah itu milik ALLAH swt. Tetapi andai kita tak usaha cari,mustahil kita akan menemui hidayah tersebut. Andai kita boleh berusaha mencari pasangan yang soleh/solehah untuk menjadi pasangan hidup kita,kenapa kita tak boleh berusaha bermati2 untuk mencari HIDAYAH ALLAH SWT didalam hidup kita".


    afiQoh

    • *
    • Posts: 782
    • bakal jenazah
      • View Profile
    Jawab #16 11 November, 2012, 09:03:20 AM
  • Publish Di FB
  • Hidayah kena USAHAKAN... ALLAH dah tentukan... maka USAHAKAN HIDAYAH ITU -
    (Senyum)

    Al-Israa' ayat ke 15
    Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk (menurut panduan Al-Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesan buruk kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga. Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

     baguss

    ~kurangkan bicara soal hati,pasti jiwa mu mati tapi banyakkan bicara dalam soal mati pasti hatimu sentiasa hidup~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    2107 Views
    Last post 06 June, 2009, 09:14:39 AM
    by nur_87
    1 Replies
    756 Views
    Last post 28 September, 2010, 04:00:08 PM
    by Zarith Annissa
    13 Replies
    1447 Views
    Last post 05 December, 2012, 11:43:17 PM
    by ana faqir