Menghafal 99 Nama Allah Masuk Syurga

*

Author Topic: Menghafal 99 Nama Allah Masuk Syurga  (Read 11871 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

NoZaBiZz

24 May, 2007, 12:25:59 PM
  • Publish
  • Sabda Rasulullah sallALLAHu alaihi wasallam:

    "Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga." [1]


    Kemusykilan:
    Benarkah hanya dengan menghafal nama-nama ALLAH sahaja, seseorang itu akan masuk syurga ?


    Penjelasan:
    Hadis di atas termasuk dalam kumpulan hadis-hadis Fadhilat, iaitu yang menerangkan keutamaan mengamalkan sesuatu perkara yang baik atau meninggalkan sesuatu perkara yang buruk. Sesiapa yang mengamalkan hadis-hadis fadhilat akan memperoleh ganjaran yang dijanjikannya dengan syarat:


    Pertama:

    Seseorang itu terlebih dahulu melengkapkan dirinya dengan asas-asas yang membentuk dasar Islam seperti berpegang teguh kepada Rukun Iman yang enam dan Rukun Islam yang lima, tidak menyekutukan ALLAH dengan apa jua, tidak menderhakai ibubapa, tidak menyakiti sesama umat, tidak memecahkan kesatuan (jamaah) umat Islam, keluar berjihad apabila suasana mewajibkannya dan pelbagai lagi.

    Seseorang yang melengkapkan dirinya dengan dasar-dasar agama maka dia akan memperolehi syurga. Sesiapa yang mengamalkan hadis-hadis fadhilat tetapi tidak melengkapkan dirinya dengan dasar-dasar agama maka dia tidak akan memperolehi syurga. Sesiapa yang melengkapkan dirinya dengan dasar-dasar agama dan pada waktu yang sama mengamalkan hadis-hadis fadhilat maka dia akan memperoleh syurga dengan lebih mudah dan pantas dan akan dianugerahkan beberapa ganjaran tambahan yang lain. Dalam ertikata lain, mengamalkan hadis-hadis fadhilat adalah suatu bonus di atas modal yang sedia ada.


    Kedua:
    Mengamalkan hadis-hadis fadhilat bukanlah seperti apa yang zahir dari hadis-hadis tersebut tetapi adalah berdasarkan sebab, maksud dan tujuannya.

    Sebagai contoh, sabda Rasulullah sallALLAHu alaihi wasallam:

    "Sesiapa yang membaca: Qul huwalLahu Ahad (surah al-Ikhlas) sepuluh kali maka Allah membina untuknya sebuah rumah di syurga." [2]

    Membaca di sini bukanlah membaca sepertimana kita membaca akhbar tetapi adalah bacaan yang dengannya dapat meneguhkan akidah, memantapkan tauhid, menguatkan iman dan menafikan sebarang anggapan buruk terhadap ALLAH Azza wa Jalla. Hanya melalui bacaan seperti ini seseorang itu akan memperoleh ganjaran yang dijanjikan.

    Kita sama-sama tahu bahawa syurga itu bukanlah sesuatu yang mudah semudah membaca sesuatu, sebagaimana firman ALLAH Azza wa Jalla:

    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ?"( al-Baqarah 2:214 )

    Demikianlah dua syarat penting yang perlu diketahui seseorang apabila dia berinteraksi dengan hadis-hadis fadhilat.


    Kembali kepada hadis yang dipersoalkan, adalah benar kata-kata Rasulullah sallALLAHu alaihi wasallam bahawa seseorang yang menghafal 99 nama ALLAH Azza wa Jalla, dia akan masuk syurga.

    Namun maksud hadis di atas bukanlah menghafal dan mengetahui nama-nama itu semata-mata tetapi yang dimaksudkan ialah berusaha untuk berakhlak dan melaksanakan nama-nama tersebut dalam kehidupan seharian.

    Contohnya, hendaklah kita bersifat penyayang sesama makhluk sebagaimana sifat Maha Penyayang ALLAH (al-Rahman), bersifat adil sesama makhluk sebagaimana sifat Maha Adil ALLAH (al-Adil), menjadi seseorang yang berilmu dan memanfaatkannya kepada orang ramai sebagaimana sifat ALLAH yang Maha Tahu (al-Alim), bersifat penyabar sebagaimana sifat ALLAH yang Maha Penyabar (al-Sobur) dan bersifat memberi maaf atas kesilapan orang lain sebagaimana sifat ALLAH yang Maha Pemaaf (al-Ghaffar). Demikianlah dengan nama-nama ALLAH Azza wa Jalla yang seterusnya. [3]

     
    _______________________________________
    [1]  Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radiallahu anhu, dikeluarkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Sahih al-Bukhari  no: 7392 (Kitab Tauhid, Bab Sesungguhnya ALLAH memiliki 100 nama kurang satu). Dalam kurungan adalah salah satu daripada lafaz Muslim, lihat Sahih Muslim no: 2677.

    [2]  Sahih: Hadis daripada Muadz bin Anas radiallahu anhu, dikeluarkan oleh Ahmad dan dinukil serta dinilai dhaif oleh al-Suyuti dalam al-Jamii al-Sagheir no: 8946. Namun Nasr al-Din al-Albani menilainya sahih berdasarkan beberapa hadis lain yang semakna yang menguatkannya, lihat Silsilah Hadits Shahih  no: 589.

    [3]  Untuk mengetahui maksud dan cara melaksanakan nama-nama ALLAH tersebut, disyorkan mengkaji buku berikut:

    [1]  Ibn Qayyim al-Jauziyah: Asma-ul Husna  Nama-nama Indah ALLAH (terj: Samson Rahman; Pustaka al-Kautsar, Jakarta 2001).

    [2]  Muhammad Quraish Shihab: Meyingkap Tabir Illahi: Asma al-Husna dalam Perspektif al-Quran  (Lentera Hati, Jakarta 1998).

    Diwaktu yang sama boleh ditinggalkan buku-buku yang memberi sekian-sekian fadilat palsu kepada sesiapa yang berzikir nama-nama ALLAH dengan kaedah dan jumlah yang tertentu. Adapun menyebut nama-nama ALLAH dalam bentuk lagu atau nasyid, bagi penulis adalah tidak mengapa jika ia dilakukan atas tujuan memudahkan ingatan dan perlaksanaan nama-nama tersebut dalam kehidupan harian.

    Oleh : Ustaz Hafiz Firdaus Abdullah

    ALLAHualam bisawab

    ~PoStInG UkHtI27 dI hAlAqAh.NeT/v1~

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 30 December, 2008, 12:31:44 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • Antara doa yg dimaqbulkan jgk setelah kita membaca Asmaul-husna dan solawat Nabi Saw sbg wasilah maka diaminkan oleh para malaikat yg sdg memperhatikan dan menjaga hamba2nya ditghmlm.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    asrar_syamim

    • *
    • Posts: 222
    • jaDlah Wnita yG d ibaratkn sKuntum MAwaR brDuri..
      • View Profile
    Reply #2 30 December, 2008, 03:28:42 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • para malaikat yg sdg memperhatikan dan menjaga hamba2nya ditghmlm.

    Dalam potongan surah Ar-Rad ayat 11 yg bermaksud:
       ..Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah..

    Wallahualam..

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #3 15 January, 2009, 01:22:59 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • Subhanallah bicara kalimah yang terungkap setiap muslim/mukmin dan muslimah/mukminah selalu menemui kesamaan dan kesatuan pandangan+fikiran dan tujuan kearah yang lurus dan Benar(Iman kepada Rasulillah saw dan patuh suruhan Allah swt );Masya Allah;


    Sabda Rasulullah sallALLAHu 'alaihi wasallam:

    "Sesiapa yang membaca: Qul huwalLahu Ahad (surah al-Ikhlas) sepuluh kali maka Allah membina untuknya sebuah rumah di syurga."

    Membaca  bacaan yang dengannya dapat meneguhkan akidah, memantapkan tauhid, menguatkan iman dan menafikan sebarang anggapan buruk terhadap ALLAH Azza wa Jalla. Hanya melalui bacaan seperti ini seseorang itu akan memperoleh ganjaran yang dijanjikan.

    Kita sama-sama tahu bahawa syurga itu bukanlah sesuatu yang mudah semudah membaca sesuatu, sebagaimana firman ALLAH Azza wa Jalla:

    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ?"
    ( al-Baqarah 2:214 )
    Bagi hamba yang selalu "Hablumminallah walhablumminnas"Allahu Akabar3X

    NuRul IsLam

    • *
    • Posts: 764
      • View Profile
    Reply #4 15 January, 2009, 03:19:28 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • subhanaALLAH...sungguh besar nikmat yg ALLAH berikan kpd hmbanya NYA...
    I lOVE ISLAM

    kaksue

    • *
    • Posts: 41
      • View Profile
    Reply #5 15 January, 2009, 05:30:08 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • Antara yang contoh yg terdekat...lihat tapak tgn kita,mybe ramai yg tahu...
    sebelah tgn kanan kita tertulis garisan no 18 dalam b.arab, tgn kiri 81 dlm bhs arab jgak...
    bila dicampur..dptlh 99....itulah bilangan nama2 ALLAH....
    MASYAALLAH.....alangkah hebatnya DIA yg maha kuasa......
    Ditgn kita sudah tertulis bil nama2NYA....

    nursa

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #6 30 August, 2010, 09:30:56 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • Antara yang contoh yg terdekat...lihat tapak tgn kita,mybe ramai yg tahu...
    sebelah tgn kanan kita tertulis garisan no 18 dalam b.arab, tgn kiri 81 dlm bhs arab jgak...
    bila dicampur..dptlh 99....itulah bilangan nama2 ALLAH....
    MASYAALLAH.....alangkah hebatnya DIA yg maha kuasa......
    Ditgn kita sudah tertulis bil nama2NYA....

    tapi kalau macam saya dua-dua tak bersambung.. :(
    kadang-kadang saya sambungkanjer dengan menggunakan pen..:)
    huhuhuhu.......

    nursa

    • *
    • Posts: 105
      • View Profile
    Reply #7 30 August, 2010, 09:35:47 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • tpi hafal 99 nama ALLAH tu beserta dengan tajwid/bacaan  yang betulkan..
    tapi kalau tajwidnya tak betul, takde makne ker yang kiter bace tu??
    ,sebab nanti maknanya jadi tak betulkan??

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #8 31 August, 2010, 01:26:29 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • Kena ada tauhid la baru boleh masuk Syurga...setakat hafal, sebahagian ramai orang boleh buat tapi mana tauhidNya? Inilah intipati 99 Asmaa' Allah iaitu mentauhidkan Allah dengan Tauhid Asmaa' =)
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #9 31 August, 2010, 07:10:47 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • Sabda Rasulullah sallALLAHu ‘alaihi wasallam:

    "Sesungguhnya ALLAH memiliki 99 nama, seratus kurang satu, sesiapa yang menghitungnya (menghafalnya) akan masuk syurga." [1]


    Menurut Syeikh Nuruddin

    hadis itu takda menjelaskan kena paham makna. jadi tak semestinya mesti paham makna.

    truskan beramal.

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #10 31 August, 2010, 07:13:20 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • Antara yang contoh yg terdekat...lihat tapak tgn kita,mybe ramai yg tahu...
    sebelah tgn kanan kita tertulis garisan no 18 dalam b.arab, tgn kiri 81 dlm bhs arab jgak...
    bila dicampur..dptlh 99....itulah bilangan nama2 ALLAH....
    MASYAALLAH.....alangkah hebatnya DIA yg maha kuasa......
    Ditgn kita sudah tertulis bil nama2NYA....

    tapi kalau macam saya dua-dua tak bersambung.. :(
    kadang-kadang saya sambungkanjer dengan menggunakan pen..:)

    yelah tu... saye tak tahu la dari mana datangnya 18 + 81 ni

    Ust Ismail Kamus kata

    nama allah ada beribu.

    1 allah simpan
    99 dalam quran

    selebihnya pada kitab kitab yang diturunkan dahulu.

    naim_mahmood

    • *
    • Posts: 367
      • View Profile
    Reply #11 31 August, 2010, 07:16:01 AM
  • Publish
  • Best Answer
  • Subhanallah bicara kalimah yang terungkap setiap muslim/mukmin dan muslimah/mukminah selalu menemui kesamaan dan kesatuan pandangan+fikiran dan tujuan kearah yang lurus dan Benar(Iman kepada Rasulillah saw dan patuh suruhan Allah swt );Masya Allah;


    Sabda Rasulullah sallALLAHu 'alaihi wasallam:

    "Sesiapa yang membaca: Qul huwalLahu Ahad (surah al-Ikhlas) sepuluh kali maka Allah membina untuknya sebuah rumah di syurga."

     ^------- ni nak bagi pengharapan pada umat

    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ?"
    ( al-Baqarah 2:214 )

    ^---- ni pulak nak bagi rasa takut pada umat

    kan ke Harap & takut kena bergerak seiring... tak gitu ?

    halawah

    • *
    • Posts: 2589
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #12 24 July, 2011, 04:43:17 PM
  • Publish
  • Best Answer
  • Subhanallah bicara kalimah yang terungkap setiap muslim/mukmin dan muslimah/mukminah selalu menemui kesamaan dan kesatuan pandangan+fikiran dan tujuan kearah yang lurus dan Benar(Iman kepada Rasulillah saw dan patuh suruhan Allah swt );Masya Allah;


    Sabda Rasulullah sallALLAHu 'alaihi wasallam:

    "Sesiapa yang membaca: Qul huwalLahu Ahad (surah al-Ikhlas) sepuluh kali maka Allah membina untuknya sebuah rumah di syurga."

    Membaca  bacaan yang dengannya dapat meneguhkan akidah, memantapkan tauhid, menguatkan iman dan menafikan sebarang anggapan buruk terhadap ALLAH Azza wa Jalla. Hanya melalui bacaan seperti ini seseorang itu akan memperoleh ganjaran yang dijanjikan.

    Kita sama-sama tahu bahawa syurga itu bukanlah sesuatu yang mudah semudah membaca sesuatu, sebagaimana firman ALLAH Azza wa Jalla:

    "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu ?"
    ( al-Baqarah 2:214 )
    Bagi hamba yang selalu "Hablumminallah walhablumminnas"Allahu Akabar3X
    Rahasia pada surah yang ringkas dan mudah tapi Fadhilahnya lebih baik...
    Kerana Iman dan Husnulkhatimah sudah pasti..
    maka amalkan dan yakinlah..
    bahawa Rezki yang mencurah dari Allah swt itu sudah pasti...
    tiada dibohongi kecuali para fasikuun,musyrikuun dan kafiruun...tiada dapat walau se sen sekalipun...
    kerana daidalam hatinya tiada bekal tentang ilmu Allah swt
    Nauzubillah min zalik

    Yuzie

    • *
    • Posts: 1024
    • Demi Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang
      • View Profile
    Reply #13 16 June, 2012, 12:58:22 AM
  • Publish
  • Best Answer

  • kan ke Harap & takut kena bergerak seiring... tak gitu ?
    Bagi saya sebuah pengharapan dan perasaan takut itu perlu bergerak seiring. Sebuah harapan akan wujud jika ada keyakinan terhadap rahmat Illahi. Perasaan takut juga perlu untuk mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.


    Cukuplah bila kami merasa mulia karena Engkau sebagai Pencipta bagi kami dan cukuplah bila kami bangga bahawa kami menjadi hamba bagiMu. Engkau bagi kami sebagaimana yang kami cintai, maka berilah kami taufik sebagaimana yang Engkau cintai.

    KuliyyahToDeath

    • *
    • Posts: 158
    • hablumminALLAH wa hablumminanNAS
      • View Profile
    Reply #14 16 June, 2012, 04:03:32 AM
  • Publish
  • Best Answer

  • kan ke Harap & takut kena bergerak seiring... tak gitu ?
    Bagi saya sebuah pengharapan dan perasaan takut itu perlu bergerak seiring. Sebuah harapan akan wujud jika ada keyakinan terhadap rahmat Illahi. Perasaan takut juga perlu untuk mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.

    Tambah skit, dalam kitab tasauf, sirrussalikin ada ditekankan bahawasanya roja' (pengharapan) dan khauf (takut) perlu DIGERAK seiring.
    Ulama' tasauf yang muktabar yang gariskan ini.
    *-Sayangi ISLAM, kembali ke negeriku-*

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1961 Views
    Last post 20 December, 2009, 10:42:46 PM
    by syarqowy
    0 Replies
    1039 Views
    Last post 15 January, 2010, 10:22:35 AM
    by alhaudhie
    0 Replies
    1123 Views
    Last post 11 October, 2010, 04:00:35 PM
    by 2ming