Bersalam Antara lelaki dan perempuan

*

Author Topic: Bersalam Antara lelaki dan perempuan  (Read 14825 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

otramen_mebius22

  • *
  • Posts: 598
  • SKYPE: azlan_sadan
    • View Profile
28 January, 2010, 09:46:38 AM
  • Publish


  • WANITA ISLAM...PAKAI TUDUNG TAPI BERSALAMAN DGN ORANG LELAKI?

    MMM...apa kata saudara-saudari?
    « Last Edit: 14 April, 2010, 07:33:54 AM by Ummi Munaliza »

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Reply #1 28 January, 2010, 11:04:31 AM
  • Publish
  • nampak sangat semuanya masih jahil lagi bab agama..
    kurang menuntut ilmu agama..

    aisyahkhadijah

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #2 28 January, 2010, 11:21:46 AM
  • Publish
  • Dewasa ini jumlah wanita bertudung telah bertambah dan fesyen tudung bagai cendawan tumbuh di pasaran. Tetapi masih ramai yang tidak menghayati ajaran Islam dalam erti kata sebenar. Jadi tidak hairanlah apabila wanita bertudung b'salaman dengan bukan muhrim. Senario ini dapat dilihat dimana saja, tidak kira tua atau muda. Memang terkilan sungguh.

    Oleh itu, saya menyeru kpd diri saya sendiri dan halaqian menonjolkan imej bertudung yang dituntut agama dan bukannya mengikut trend. Agar kita tidak dilabel "pakai tudung, tak pakai sama je, xde beza".  Lagi haru kalau non muslim pun keliru dengan "wanita bertudung". Pernah kawan cina saya bertanya - "apesal u xboleh salam dengan lelaki tapi dia boleh? (merujuk kpd kawan saya yg lain). Fikir2kan...

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #3 28 January, 2010, 12:04:38 PM
  • Publish
  • pendedahan akidah yg lemah  dan sama sama lah kita mencari jawapanya di sini...

    menuntup aurat bukan dari segi pakaian sahaja malahan tingkah laku juga memainkan peranan..rohani dan jasmani harus di jaga..
    bersalaman antara lelaki dan perempuan yg bukan mukrim adalah haram...dan berdosa apakah lagi dengan sengaja kita nak bergurau mengusik teman kita.. agama islam adalah suci oleh itu jagalah kesucian agama islam daripada di perkatakan oleh agama lain.
    pernah kah kita nak ber salam ngan teman atau sesiapa yg menghulurkan tangan tapi berlapik kain... kalau pernah jng lah rasa diri ini kerdil...sebenar mereka itu menjaga kehormatan diri dari kesalahan yg tidak di sengajakan...kadang2 kita terlupa perkara2 kecil tersebut.
    maaf sekadar pandangan.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    ashraf_

    • *
    • Posts: 14
    • berjihat lah kerana allah.....
      • View Profile
    Reply #4 28 January, 2010, 01:20:54 PM
  • Publish
  • munkin pengetahuan agama masih kurang
    atau buat-buat lupa yg hukum bersentuhan
    bukan mahram ialah haram....
    so fikir2kn lah bagi siapa yg melakukannya.....

    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Reply #5 28 January, 2010, 01:48:35 PM
  • Publish
  • even zaman sekarang ada yg pakai tudung mcm pakai selendang, ada pulak pemimpin2 wanita yg pakai tudung, jambut kat hujung rambut nampak.

    yg pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek.

    pakai tudung mcm2 fesyen, nak bergaya bukan krn tutup aurat..

    ni bukan nak cerita aib org tp sbagai peringatan kpd saudari Islam kita, kat tempat sy - sarawak, pompuan ni, anak Temengong (org besar kat sini), mula2 masa bapak dia jadi Temenggong, dia pakai tudung. tu pun pasal dia pakai tudung krn teguran seorg lelaki kerja Petronas yg kata dia nampak cantik pakai tudung. namun, tak sampai 2 bulan, dia bukak balik tudung, dtg opis pakai skirt, kembali kpd perangai lama dia. bukan tak ada org tegur cuma dia tak nak dgr. maklumlah anak temengong...

    kalau pakai tudung hanya kerana pujian org lain, takkan lama...

    Nura`lanur

    • *
    • Posts: 40
    • Salam Ukhuwah...
      • View Profile
    Reply #6 14 February, 2010, 07:37:56 PM
  • Publish
  •  :)Ana nak tanya pasal satu mushkilah yang sudah lama bermain dalam fikiran ana....
    Apa hukumnya jika kita bersalaman dengan abang/adik ipar sebelah ibu/ayah kita (sekiranya perempuan)? Harap mushkilah ini akan terjawab... :ins:
    Hidup ini tak selalunya indah,Langit tak selalu cerah,Suram malam tak berbintang,Itulah lukisan alam,Begitu aturan Tuhan…

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 14 February, 2010, 09:58:38 PM
  • Publish
  • Apa hukumnya jika kita bersalaman dengan abang/adik ipar sebelah ibu/ayah kita (sekiranya perempuan)?

    Abang/adik ipar sebelah ibu/ayah kita, itu dipanggil  suami ibu saudara. Bapa saudara Ipar statusnya adalah Mahram muaqqat (sementara). Yang diharamkan adalah berkahwin dengannya (semasa dia masih beristeri), kerana dia adalah suami ibu saudara kamu (suami orang). Hukum yang lain termasuklah :-

    a. Haram bersentuhan.
    b. Haram berdua-duan (khalwat).
    c. Haram bemusafir berdua.
    d. Haramnya untuk melihat atau terlihat sebahagian aurat seperti kepala, rambut, tangan dan kaki. Seluruh tubuh wanita itu menjadi aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 14 February, 2010, 10:12:04 PM
  • Publish


  • Soalan:
    APAKAH TERBATAL WUDUK SEKIRANYA SEORANG NENEK BERSALAM DGN SUAMI KEPADA CUCU PEREMPUANNYA?

    Jawapan:

    Tidak batal wuduk nenek bersalam dengan suami kepada cucunya."

    Soalan:
    Saya ingin tahu apakah alasan jawapan  berkaitan tidak batal wuduk nenek bersalam dgn suami cucunya dan juga adakah terbatal wuduk ibu saudara bersalaman dgn suami anak saudaranya.  Terimakasih.

    Jawapan:
    Tidak batal wuduk nenek dengan suami cucunya kerana ia telah menjadi mahram muaabad kerana sebab perkahwinan seperti mertua dan menantu. Batal wuduk ibu saudara dengan anak sedara suami sebab mahram sementara kerana sebab perkahwinan. jika bercerai mereka boleh berkahwin."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14489
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 14 February, 2010, 10:21:30 PM
  • Publish

  • Soalan:
    Boleh tuan panel tolong terangkan mengenai aurat lelaki sesama lelaki,lelaki dengan perempuan,perempuan sesama perempuan muslim,lelaki muslim sesama lelaki bukan muslim,perempuan islam sesama perempuan kafirdan aurat dengan ipar.

    Jawapan:

    Aurat ialah anggota tubuh yang wajib ditutup dan haram didedahkan. Ciri-ciri yang memenuhi konsep menutup aurat ialah:
    1. Tidak menampakkan bentuk tubuh
    2. Tidak menampakkan warna kulit .

    Aurat lelaki dengan lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Sementara bagi wanita dengan lelaki ajnabi , auratnya ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya.Hukum menutup aurat ini adalah perintah Allah S.W.T. kepada ummat Islam melalui Rasullah s.a.w.Oleh itu kita sebagai ummmat Islam wajib mentaatinya..

    Aurat wanita Islam dengan wanita Islam adalah antara pusat dan lutut.
    Manakala aurat wanita Islam dengan wanita yang bukan Islam adalah sama dengan aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan .

    Aurat wanita dengan ipar duai lelakinya adalah seperti auratnya dengan ajnabi. Hubungan anda dengan ipar duai anda adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan."

    Basrah

    • *
    • Posts: 55
      • View Profile
    Reply #10 14 February, 2010, 10:44:45 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..
    ana nak tnya cara terbaik kita nak tegur bapa saudara ipar yg tidak mengetahui tentang adab bersalaman antara anak saudara perempuan dengan dia???

    ibnushams

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Reply #11 15 February, 2010, 01:10:54 AM
  • Publish
  • lebih baik andainya tidak bersalam atau menyambut salamnya itu...kalau tak mampu elakkan cuba salam dalam keadaan berlapikkan tudung misalan...

    orangejuice

    • *
    • Posts: 66
      • View Profile
    Reply #12 15 February, 2010, 11:46:40 AM
  • Publish
  • jika mereka hulur salam, sebagai tanda hormat just anggukkan kepala je.. lepas itu, saudara mara yang bukan mahram kita akan paham tindakan kita..

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #13 13 April, 2010, 11:09:11 AM
  • Publish
  • MMM...apa kata saudara-saudari?

     :)

    Pakai tudung tapi bersalaman dengan orang lelaki...

    Sebab pertama mungkin ada ikatan darah...
    Sebab kedua mungkin kurang ilmu agama...
    Sebab ketiga mungkin ada ilmu tetapi tak masuk dalam amal, maksudnya dalam Islam ilmu tak amal boleh diibaratkan tak ada ilmu...
    Sebab keempat, sengaja nak buat walau dah tahu tak boleh atau dengan kata lain, saja suka2...
    Sebab kelima, tak dak ilmu dan tak cari ilmu

    Kesemua sebab di atas hanyalah tanggapan saya sahaja, betul tidak DIA yang tahu...Mohon perbetul jika silap...
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    manjasmile

    • *
    • Posts: 473
      • View Profile
    Reply #14 13 April, 2010, 11:18:44 AM
  • Publish
  • situasi kat tempat saya pulak...kalo kat kolej kami lelaki perempuan memang tak da yang bersalaman antara satu sama lain. tapi mereka akan bersalaman dengan makwe atau pakwe mereka. soal perempuan bertudung tapi masih aja bersalaman ngan lelaki adalah kerana kurangnya penghayatan agama islam itu sendiri. mereka bukan tak belajar soal ni malah sekolah agama sampai darjah khas. tu lahh..penghayatan tak da ditambah iman macam lalang.

    anakpenyu_89

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #15 13 April, 2010, 11:27:23 AM
  • Publish
  • nie keh berat doh nie....kito nie sebagai ore islam kno jago adab denge perlakue kito,.. malu bilo puok-puok kapir tengok ore pompoue islam sale denge ore laki...Nauzubillah.... Samo2 la kito berdoa supaya Allah buka pintu hati kito seluruh umat islam..

    teruterubozu

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Reply #16 13 April, 2010, 11:41:33 AM
  • Publish
  • Bersalaman antara lelaki perempuan dalam majlis2 formal atau tidak formal sudah menjadi budaya dalam masyarakat Melayu Islam kini. BUkannya tidak tahu atau tiada ilmu tetapi bila sudah jadi budaya, dengan sendirinya akan terikut-ikut dengan kebiasaan ini. Yang jelas haram sudah menjadi halal..kononnya bersalaman dapat meningkatkan keyakinan dan karisma seseorang walaupun dengan bukan muhrim. Sudah tiada prinsip kah atau bagaimana?
    Love All, Hate None

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #17 13 April, 2010, 11:59:49 AM
  • Publish
  • ... Sudah tiada prinsip kah atau bagaimana?

    Pada saya yang tak berilmu ni, bukan sebab tiada prinsip tetapi prinsip yang tak diamalkan. Prinsip yang sia-sia tanpa pengamalan. Membudayakan hal yang tak patut 

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #18 13 April, 2010, 01:41:00 PM
  • Publish
  • Dalam protokol dan etika rasmi..adalah menjadi satu penghinaan bagi seseorang apabila salamnya tidak bersambut.. Inilah protokol ciptaan manusia..yang mengenepikan hukum Allah.
    Sekadar Menterjemah Apa Yang Tersirat Di Minda

    anasameen

    • *
    • Posts: 1052
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Reply #19 13 April, 2010, 01:47:21 PM
  • Publish
  • Dalam protokol dan etika rasmi..adalah menjadi satu penghinaan bagi seseorang apabila salamnya tidak bersambut.. Inilah protokol ciptaan manusia..yang mengenepikan hukum Allah.

    Nampak menghina dunia tak pa, tapi jangan nampak hina saat ketemu DIA

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    83 Replies
    19969 Views
    Last post 06 June, 2013, 01:56:11 PM
    by 5zul
    20 Replies
    10512 Views
    Last post 18 July, 2011, 08:27:22 AM
    by maliki
    3 Replies
    1213 Views
    Last post 30 January, 2012, 09:20:43 PM
    by barakallah