Pahala yang berpanjangan

Author Topic: Pahala yang berpanjangan  (Read 3656 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

najah

  • *
  • Posts: 35
    • View Profile
18 June, 2007, 02:49:07 AM
  • Publish Di FB

  • Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

    1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
    3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
    4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
    5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
    7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
    8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

    Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

    1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
    2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
    3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 15 April, 2009, 05:32:12 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=Tiga Perkara Jana Pahala Berpanjangan Selepas Mati]

    Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud:"Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang salih"(Hadis Riwayat Muslim).

    Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang walaupun sudah meninggal dunia masih berpeluang untuk membuat pahala berpanjangan di alam kubur, iaitu melalui amalannya sewaktu di dunia seperti sedekah jariah, ilmu yang pernah disampaikan dan dimanfaatkan oleh orang lain serta doa anaknya yang salih.

    Ini bermakna, pahala akan tetap bertambah walaupun ketika itu seseorang berada di alam kubur dan tidak mampu beramal lagi. Ini ibarat air sungai yang mengalir dari gunung tetap bertali arus tanpa henti.

    Sedekah Jariah.

    Amalan bersedekah ini amat dituntut agama dan banyak ayat al-Quran yang menganjurkan perbuatan mulia ini.

    Antaranya Allah berfirman yang bermaksud:"Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikannya itu adalah lebih baik bagimu"(Surah al-Baqarah:ayat 271)

    "Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah. Apa saja harta yang baik kamu nafkahkan nescaya akan diberi pahala yang cukup sedang kamu tidak sedikit pun akan dianiaya (dirugikan)"(Surah al-Baqarah:ayat 272)

    Maka apabila seseorang itu bersedekah dengan ikhlas sewaktu hidupnya, pahala itu akan diperoleh walaupun walaupun selepas meninggal dunia.

    Ilmu yang dimanafaatkan
    Tugas mendidik atau mengajar ilmu kepada orang lain juga adalah amalan sangat mulia di sisi agama. Apabila seseorang mengajar ilmu kepada orang lain dan kemudian orang itu mengajar pula kepada orang lain, itulah yang amat bernilai dan dikira sebagai ilmu yang dimanfaatkan.
    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:"Sesiapa yang menunjukkan suatu kebaikan kepada orang lain, maka baginya pahala yang sama seperti yang diperoleh oleh orang yang membuat kebaikan itu"(Riwayat Imam Muslim)

    "Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk (kebaikan), baginya pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang yang mengikut kebaikan itu selepasnya dan tidak akan berkurangan pahalanya walaupun sedikit, dan sesiapa yang mengajak kepada kesesatan maka baginya dosa seperti dosa yang turut diperoleh oleh orang yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikit pun"(Riwayat Imam Muslim"

    Doa Anak Yang Salih.

    Menjadi kewajipan anak memelihara ayah dan ibu sewaktu hayat dan selepas kematian kedua-duanya, tanggungjawab si anak ialah mendoakan kesejahteraan mereka di alam barzakh serta memohon kesejahteraan agar ibu bapa mereka ditempatkan bersama golongan yang mendapat rahmat daripada Allah.Dalam kitab al-Azkar, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa ulama bersepakat menyatakan bahawa orang yang hidup boleh berdoa kepada orang yang meninggal dunia dan doa itu sampai dan boleh mendapat manfaat daripadanya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T bermaksud:"Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) berdoa; wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu daripada kami"(Surah al-Ansar:ayat 10)
    Ayat ini menjelaskan mengenai doa orang Muhajirin dan Ansar kepada saudara mereka yang terlebih dulu beriman daripada mereka. Hal ini menunjukkan bahawa amalan berdoa kepada orang yang meninggal dunia adalah dibenarkan. Apatah lagi jika doa itu datangnya daripada anak salih kepada arwah kedua-dua ibu dan bapa.
    [/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 15 April, 2009, 05:55:01 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=HADITH PAHALA SESUDAH MATI]Tsauban r.a berkata Baginda s.a.w. bersabda: "Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebaikan (taat) dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki kerana berbuat dosa."[/box]


    [box title=HURAIAN HADITH]Abul Laits berkata: "Erti bertambah umur itu terdapat dua macam. Sebahagian ulama berpendapat bertambah kebaikannya dan ada juga yang mengertikan bertambah umur sebagaimana yang disabdakan oleh Baginda s.a.w. Ada pula yang berpendapat tidak dapat ditambah sebagaimana firman Allah s.w.t.(Yang berbunyi): "Idza jaa'a ajalluhum la yasta khiruna sa'atan wala yastakdimun." (Yang bermaksud): "Jika telah tiba ajal mereka maka tidak dapat diunsirkan (ditunda) sesaat dan tidak dapat dimajukan." Tetapi erti bertambah umur iaitu dicatat terus pahalanya sesudah matinya, maka tercatatnya pahala sesudah mati itu sama dengan bertambah umur."[/box]
    « Last Edit: 15 April, 2009, 05:59:16 AM by Munaliza Ismail »

    nazim

    • *
    • Posts: 204
    • Anak Soleh
      • View Profile
    Jawab #3 15 April, 2009, 12:11:13 PM
  • Publish Di FB
  • Seronok membaca,dapat ilmu yang bermanafaat,sambil kerja sambil baca....meningkatkan ilmu didada,InsayAllah dipermudahkan untuk mengamalkannya pula...

    izzah hanaani

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #4 15 April, 2009, 03:11:21 PM
  • Publish Di FB
  • Alhamdulillah..satu peringatan yang bagus,walaupun kita dah tahu ,tetapi bila sering diingatkan dan dinasihatkan ia terkesan dihati dan moga terus kekal di"landas" yang benar
    trust Allah in all that you do,
    because Allah has a reason
    for all that happen

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #5 15 April, 2009, 05:22:25 PM
  • Publish Di FB

  • Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

    1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
    2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
    3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
    4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
    5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
    6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
    7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.
    8. Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

    Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

    1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
    2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
    3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

    hmm..kalau mati tercabut iman..
    siapa2 sedekah pun ALLAH sedikitpun tak mengiizinkan dapat beri manfaat~
    nauzubillah~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Jawab #6 29 May, 2009, 09:26:31 AM
  • Publish Di FB
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :

    Amal manusia yang tidak pernah putusnya mendapat pahala disisi Allah, Ada tiga perkara:

    AMAL-JARIAH: Amal Jariah ertinya pekerjaan yang baik umpamanya dia menyumbangkan tenaga atau harta atau fikiran kepada masyarakat untuk pembaikan atau pembiayaan untuk masjid, musolla, madrasah, rumah sakit dan sebagainya maka selagi masjid masih digunakan beribadat, musolla dan madrasah dipakai orang, maka selama itu pula orang tadi mendapat pahala di sisi Tuhan.

    Tapi kebanyakan orang berfaham amal jariah itu hanya untuk agama sahaja padahal untuk umum pun termasuk amal jariah juga. Misalnya : Sebuah Jalan atau jambatan yang umum diguna kerosakan, kemudian secara bergotong-royong masyarakat setempat beramai-ramai memperbaiki itupun termasuk amal jariah.

    Org awam berpendapat yang dikatakan amal soleh adalah cuma solat dan puasa saja padahal bukan yang demikian. Yang dimaksudkan dengan kata "amal soleh" adalah perbuatan yang baik, baik dalam pandangan mata umum dan juga pandangan agama. Maka tandanya orang beriman, ialah yang suka melakukan amal kebajikan.

    ANAK YANG SOLEH (ANAK YG BAIK) Sudah jelas jika orang ingin mempunyai anak yang soleh, tidak mudah diperolehi begitu saja. Maka yang pertama wajib atas org tua mengajar anak dengan pendidikan agama. Selain menghantar anaknya ke sekolah umum dan sekolah agama, orang tua juga harus memberi contoh yang baik kepada anaknya dengan melaksanakan perintah agama. InsyaAllah anak itu akan mencontohi orang tuanya.

    ILMU YANG DIAJARKAN KPADA ORANG LAIN Adapun yang dimaksudkan dengan ilmu adalah bukan ilmu agama sahaja. Ilmu itu adalah umum, ilmu ertinya adalah "Pengetahuan". Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w. : 'Sempurnanya agama dengan ilmu, sempurnanya dunia juga dengan ilmu."

    Jadi tegaslah ilmu apa saja yg telah diajarkan kepada orang lain dan orang lain itu mendapat manfaat dari ilmu tersebut, maka org pertama yang mengajarkannya jika dia seorang muslim dia mendapat pahala yg tidak habis disisi Allah s.a.w.

    Misalnya org pandai membetulkan radio rosak kemudian kepandaiannya diajarkan pada orang lain, lalu orang itu mendapat manfaat daripadanya yang disunatkan untuk mencari nafkah, maka orang yang mengajarkannya mendapat pahala "jariyah" dari sisi Allah s.w.t.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1627 Views
    Last post 23 May, 2012, 01:37:59 PM
    by Mei
    1 Replies
    3945 Views
    Last post 11 April, 2012, 06:33:24 PM
    by Yuzie
    0 Replies
    408 Views
    Last post 07 November, 2013, 05:49:38 PM
    by Aliahzakaria