Beberapa Peristiwa Aneh Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW

Author Topic: Beberapa Peristiwa Aneh Sebelum Dan Selepas Kelahiran Nabi SAW  (Read 3763 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

HafizahUmairoh

  • *
  • Posts: 437
    • View Profile
25 January, 2010, 02:13:55 PM
  • Publish Di FB
  • Tentera burung menangkis  serangan tentera habsyah hendak menyerang makkah
               
                 
                               Kemulian kaabah yang dibangunkan semula oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sebagai tempat suci tetap akan
    dipelihara oleh ALLAH dari masa ke semasa. sehingga apabila pihak kerajaan Habsyah ingin menyerang kota Makkah dan ingin meruntuhkan
    Kaabah, ALLAH selamatkannya dengan dihantar tentera-NYA yang berupa makhluk yang kerdil jika di lihat pada zahirnya tidaklah sehebat
    tentera Habsyah yang menggunakan kenderaan gajah dengan ribuan tentera yang lengkap dengan peralatan senjata.

                               Kisah tersebut dicerita dan dicatatkan oleh ALLAH dalam al-Quran surah al-fiil ( Gajah ).Firman ALLAH, bermaksud :
    " Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah ( yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah. Sebelum masuk ke kota Makkah tentera tersebut di serang burung- burung yang melempar tenteranya dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.) Bukankah Dia ( ALLAH ) telah menjadikan tipu daya ( taktik ) mereka ( untuk menghancurkan Kaabah ) itu sia-sia?, dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari meraka dengan batu yang ( berasal )dari dari tanah yang terbakar ( dari neraka ), lalu Dia menjadikan mereka ( tentera Abrahah ) hancur sepertidaun-daun yang dimakan ( ulat)."    
                               
                         Di segi politik , Habsyah mempunyanyi permusuhan tradisi dengan Makkah kerana kecemburuan mereka dengan perkembangan kota Makkah sebagai pusat tumpuan penduduk dunia yang datang untuk beribadah di Kaabah,  sejak didirikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan sekali guskota Makkah juga menjadi tempat tumpuan dan nadi kegiatan perdagangan dan ekonomi dunia. Lalu Habsyah merancang serangan tentera bergajah terhadap Makkah dan Kaabah yang hendak dibawa pulang ke  Habsyah dapat mengalih perhatian dunia ke negara Habsyah.    Tetapi ALLAH mengagalkantipu daya ( taktik ) mereka itu, dengan dikirimkan tentera-NYA yang dhaif yang berupa burung yang berbondong-bondong melempari ke atas tentera yang diketuai Abrahah dengan batu yang berasal dari tanah yang panas dari neraka, lalu tentera Abrahah itu hancur lumat seperti daun-daun yang di makan ulat.            

                                 
                         Demikian keanehan peistiwa tersebut, dan tahun tersebut juga ALLAH lahirkan Nabi Muhammad s.a.w. seorang tokoh yang bakal menyambung perjuangan untuk memuliakan Kaabah yang d asaskan oleh Nabi Ibrahim a.s. itu. Dikota itulah juga Baginda s.a.w. di lahirkan pada isnin, bulan Rabi'ul Awwal yang di namakan Tahun Gajah. ALLAH menyelamatkan Kaabah yang bakal dijadikan pusat pergerakan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w dengan peristiwa yang ganjil dan aneh.       

    Dipetik dari buku yang bertajuk Keanehan dan Keaijaiban Dalam Hidup Nabi Muhammad SAW.            
    « Last Edit: 25 January, 2010, 02:16:10 PM by HafizahUmairoh »
    Timbangan yang paling berat diakhirat ialah Akhlak.

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Jawab #1 25 January, 2010, 04:14:42 PM
  • Publish Di FB
  • Subhanallah. Berselawatlah kita ke atas Baginda Rasulullah s.a.w dengan sebanyak-banyaknya.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    5238 Views
    Last post 30 May, 2009, 03:01:52 PM
    by Ummi Munaliza
    0 Replies
    3357 Views
    Last post 28 October, 2007, 10:09:42 AM
    by kanjeng sunan
    4 Replies
    555 Views
    Last post 26 September, 2013, 09:04:16 PM
    by Ummi Munaliza