Istilah ila' dalam Munakahat

Author Topic: Istilah ila' dalam Munakahat  (Read 6526 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

kirana balqis

  • *
  • Posts: 5
    • View Profile
24 January, 2010, 03:32:42 PM
  • Publish Di FB

  • Salam..........ana ingin tahu apakah makna istilah ila' dalam munakahat?
    « Last Edit: 24 January, 2010, 03:57:32 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 24 January, 2010, 03:56:36 PM
  • Publish Di FB
  • salam..........ana ingin tahu apakah mkna istilah ila' dalam munakahat?



    Kirana balqis,

    Ila’:
    Iaitu apabila seseorang suami bersumpah dengan nama Allah SWT atau dengan menyebut sifat Allah SWT untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih atau dengan tidak menyebut tempoh masa. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Kepada orang-orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka, diberikan tempoh untuk empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan jika mereka berazam hendak menjatuhkan talaq (menceraikan isteri), maka sesungguhnya Allah Maha Mendengar “lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 226-227)

    Sumber rujukan : WANITA DAN PEMBUBARAN Perkahwinan dalam Islam
    Oleh : Abd. Muhsin Ahmad
    Majalah Sinar Rohani Disember 2001

    Untuk lebih jelas , sila baca :  

    BUKU MEMAHAMI HUKUM ZIHAR DAN ILA'

    Hukum Zihar Bukan Soal Remeh
    « Last Edit: 24 January, 2010, 03:58:14 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    kirana balqis

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #2 28 January, 2010, 10:16:31 PM
  • Publish Di FB

  •  assalamualaikum...........................

    quest 1:apabila suami isteri asalnya kafir dan lepas itu,peluk islam...kenapa tak perlu pada akad nikah yang baru?harap dapat bagi keterangan
    hadis@DALIL kalau ada...

    quest 2:di sisi islam,adakah kanak2 bawah umur perlu trima hukuman qisas kalau mencuri?apa pendapat pada di sisi 4 mazhab?

    quest 3:cntoh dalam sunat terawih,bolehkah imam dan ma'mum duduk ketika mendirikan solat sunat tersebut?

    quest 4:apabila suami isteri asalnya islam,after that murtad,and lepas itu,masuk islam semula,adakah mereka kena akad nikah semula?dan beza dgn situasi soalan no 1 ana?   syukran(insan mengharap)
     

    abumuhammad

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #3 28 January, 2010, 11:09:54 PM
  • Publish Di FB

  • quest 1:apabila suami isteri asalnya kafir dan lepas itu,peluk islam...kenapa tak perlu pada akad nikah yang baru?harap dapat bagi keterangan
    hadis@DALIL kalau ada...

    Penjelasan berkaitan pertanyaan ini adalah sebagaimana berikut;

    Berkata Imam AI-Nawawi Rahimahullahu Ta 'ala dalam Matn Minhaj AI- Thalibin di dalam bab Nikah AI-Musyrik:ونكاح الكفار صحيح على الصحيح

    Ertinya: "Dan pernikahan orang-orang kafir itu (dihukumkan) shahih menurut (pendapat) yang shahih.

    "Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta'ala yang menggunakan perkataan isteri dan menghubungkannya kepada Fir'aun dan Abu Lahab, sedangkan Fir'aun, Abu Lahab dan isterinya itu tidak beragama Islam dan perkahwinan mereka tidak dilakukan mengikut tatacara Islam.

    Firman Allah Ta'ala dalam surah AI-Qashash, ayat 9:وقالت أمرت فرعون قرت عين لى ولك

    Tafsirnya: "Dan (tatkala melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir'aun: "(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu "(Surah A/-Qashah: 9).

    Di dalam surah AI-Masad, ayat 4 Allah berfirman:وأمرأته حمالة الحطب

    Tafsirnya: "Dan juga isterinya (isteri Abu Lahab), seorang perempuan pemunggah kayu api. "(Surah Al-Lahab: 4)

    Begitu juga ini dikuatkan lagi dengan hadis berhubung dengan seorang sahabat bernama Ghailan yang memeluk Islam, pada waktu itu dia mempunyai lebih daripada empat orang isteri, maka Nabi memerintahkan kepadanya supaya dia mengekalkan bersamanya empat orang sahaja.

    Jika pernikahannya yang dahulu itu tidak sah nescaya Nabi tidak memerintahkannya supaya dia kekal bersama dengan empat orang isterinya dan tidak pula Nabi bertanya kepadanya bagi tujuan menyelidiki nikahnya yang dahulu.Maka dengan itu, tiadalah wajib bagi kita menyelidiki syarat-syarat pemikahan orang bukan Islam kerana mengikut hukum asal pemikahan mereka sesama mereka adalah sah sebagai rukhshah seperti pemikahan orang Islam. (Lihat Mughni AI-Muhtaj 3/248, I'anah AI-Thalibin 3/341)

    Sehubungan dengan itu, apabila sepasang suami isteri yang bukan Islam memeluk agama Islam bersama-sama, sarna ada sebelum atau selepas persetubuhan, maka pemikahan mereka yang dahulu itu adalah halal diteruskan ketika Islam. Walaupun pemikahan mereka yang dahulu itu mengandungi syarat-syarat yang rosak dalam. pandangan Islam tetapi mengikut i'tiqad mereka adalah sah seperti pernikahan tanpa wali, saksi atau tanpa meminta izin daripada pengantin anak dara atau janda. Oleh itu, pemikahan mereka itu adalah dikekalkan dengan ijma' sebagaimana dinukil oleh Ibnu AI-Mundzir dan Ibnu Abdul Barr (tidak perlu dijalankan pemikahan yang baru).

    Tetapi jika pernikahan mereka yang dahulu itu tidak halal sama sekali di sisi Islam, umpamanya isterinya itu mahramnya, saudara sesusuan atau sudah ditalak tiga, maka tidaklah dikekalkan pernikahan mereka, bahkan mesti difasakhkan pernikahan itu. (Lihat kitab AI-Majmu' Syarh AI-Muhadzdzab 17/409, Mughni AI-Muhtaj 3/246)

    Adapun jika salah seorang daripada sepasang suami isteri yang bukan Islam memeluk agama Islam, maka ini tertakluk kepada perkara-perkara yang berikut:

    (i) Jika si suami yang memeluk Islam, sama ada sebelum atau selepas persetubuhan dlan isterinya seorang ahli kitab, maka kekal pernikahan mereka dengan ijma’ kerana harus lelaki muslim mengahwini perempuan ahli kitab.

    (ii) Jika si suami yang memeluk Islam dan isterinya bukan seorang ahli kitab, maka terdapat dua keadaan:

    ( a) Jika pengislaman si suami berlaku sebelum persetubuhan, maka terfasakh pemikahan mereka dengan pengislamannya itu dan tiadalah sebarang iddah bagi perempuan itu berdasarkan firman Allah Ta'ala dalam surah AI-Ahzab, ayat 49:يأيها الذين ءامنوا إذا نكحتم المؤمنات ثم طلقتموهن من قبل أن تمسوهن فما لكم عليهن من عدة تعتدونها.

    Tafsirnya: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang 'iddah yang kamu boleh hitungkan masanya"

    (b) Jika pengislaman si suami selepas persetubuhan, maka terhenti (tergantung) pemikahan mereka, tertakluk kepada perkara berikut: Jika isterinya turut memeluk Islam ketika dalam waktu 'iddah maka kekal pernikahan mereka, tetapi jika si isteri tidak juga memeluk Islam sehingga habis 'iddah atau dia memeluk Islam setelah habis 'iddahnya maka pemikahan mereka sudah dianggap terfasakh semenjak suami memeluk Islam.

    (iii) Jika si isteri yang memeluk Islam dan suaminya sama ada seorang ahli kitab atau bukan, adalah seperti berikut:

    (a) Jika si isteri memeluk Islam sebelum persetubuhan maka terfasakh pernikahan mereka dengan pengislamannya itu.

    (b) Jika pengislaman si isteri selepas persetubuhan maka terhenti (tergantung) pemikahan mereka tertakluk kepada perkara berikut: Jika suaminya turut memeluk Islam ketika isteri masih dalam 'iddah maka kekal pernikahan mereka, tetapi jika si suami tidak juga memeluk Islam semasa isterinya masih dalam 'iddah atau dia memeluk Islam setelah habis 'iddah isterinya maka pemikahan mereka sudah dianggap terfasakh daripada mula isterinya memeluk Islam. (Lihat kitab AI-Majmu' Syarh Al-Muhadzdzab 17/409-410, Mughni AI-Muhtftj 3/245, Tuhfah AI-Muhtaj 7/328, I'anatu AI- Thalibin 3/340)

    Wallahu A`lam

    kirana balqis

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Jawab #4 13 February, 2010, 08:46:15 PM
  • Publish Di FB
  • salam....kepada yang telah banyak membantu ana dalam menjawab tiap permasalahn dari ana,ana ucapkan syukran jazilan,........bittaufik wannajah a'la kullukum........insyaALLAH

    ila_kein

    • *
    • Posts: 91
    • islam itu indah..
      • View Profile
    Jawab #5 13 February, 2010, 11:13:18 PM
  • Publish Di FB
  • erm...
    nak tanya skit pd pro2 kat cni..
    ada ape2 prob ker dgan name ila?
    b'coz my name ila..
    mne nak taw kot2 mksud yer x bek..
    leh explain skit x..
    Hanya padamu ya Allah, tempat aq mengadu segala-galanya..

    PenaHalaqah

    • *
    • Posts: 176
      • View Profile
    Jawab #6 13 February, 2010, 11:38:04 PM
  • Publish Di FB
  • erm...
    nak tanya skit pd pro2 kat cni..
    ada ape2 prob ker dgan name ila?
    b'coz my name ila..
    mne nak taw kot2 mksud yer x bek..
    leh explain skit x..


    Maksud 'ila dalam topik ini, boleh saudari rujuk pada jawapan di atas tu. Dan mohon saudari mematuhi peraturan halaqahnet.

    Kepada Halaqian yang dihormati sila patuhi ETIKA BERFORUM.
    Baca topik ini :

    1   Isu Penggunaan Bahasa Pasar/Rojak/SMS/Shortform

    2   Anda mungkin seorang yang kurang rajin jika...


    [box title=ETIKA BERFORUM]

         
    1. Ahli Halaqian tidak dibenarkan untuk:

    1.1.    Memulakan thread atau membalas topik dengan HURUF BESAR .
              Tulis tajuk seperti ini  "Islam Itu Indah"
              Gunakan huruf besar pada permulaan perkataan,   
              pada permulaan perkataan selepas noktah dan nama khas.
    1.1.1. Dilarang Bahasa 'Rojak'
    1.1.2.Dilarang Singkatan Perkataan Yang Keterlaluan sehingga tanpa ada sukukata yang boleh dibaca.
              Eja perkataan dengan betul.
              Letakkan tanda bacaan yang betul ditempat yang sepatutnya.[/box]
    Pengurusan Artikel, Bahasa dan Ejaan Halaqahnet.

    abumuhammad

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #7 14 February, 2010, 12:36:40 AM
  • Publish Di FB
  • Salam,
    Ila ( Dieja dalam bahasa Arab ` الى

    abumuhammad

    • *
    • Posts: 25
      • View Profile
    Jawab #8 14 February, 2010, 12:45:54 AM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    Ila (Dieja dalam bahasa Arab  الى )bermaksud ke atau kepada. Tetapi ejaan dalam bahasa Arab bagi Ila` yang dibincangkan di atas ialah   ايلاء . Rasanya tiada masalah jika nama Ila dirujuk kepada ejaan yang pertama.

    ila_kein

    • *
    • Posts: 91
    • islam itu indah..
      • View Profile
    Jawab #9 20 November, 2010, 01:29:34 PM
  • Publish Di FB
  • Salam,

    Ila (Dieja dalam bahasa Arab  الى )bermaksud ke atau kepada. Tetapi ejaan dalam bahasa Arab bagi Ila` yang dibincangkan di atas ialah   ايلاء . Rasanya tiada masalah jika nama Ila dirujuk kepada ejaan yang pertama.


    terima kasih atas penerangan kamu..=)

    kal_asad

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #10 24 January, 2011, 04:57:23 PM
  • Publish Di FB
  •  :)STATUS SEORANG ISTERI "BERGANTUNG TIDAK BERTALI". HARAP HALAQIAN SEKALIAN DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU TERKINI ILA' DALAM ISLAM, TAK KIRALAH SAMA ADA DEFINISI ILA DALAM ISLAM SEHINGGALAH PERMASALAHAN ILA' DALAM ISLAM SERTA PENYELESAIANNYA. TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN... :ins:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 24 January, 2011, 06:09:39 PM
  • Publish Di FB
  • :)STATUS SEORANG ISTERI "BERGANTUNG TIDAK BERTALI". HARAP HALAQIAN SEKALIAN DAPAT BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG ISU-ISU TERKINI ILA' DALAM ISLAM, TAK KIRALAH SAMA ADA DEFINISI ILA DALAM ISLAM SEHINGGALAH PERMASALAHAN ILA' DALAM ISLAM SERTA PENYELESAIANNYA. TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN... :ins:


    Sila rujuk post diatas...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    15 Replies
    2980 Views
    Last post 15 July, 2010, 04:47:28 PM
    by dol_bendol
    0 Replies
    3430 Views
    Last post 09 February, 2010, 11:23:26 AM
    by IbnuNafis
    4 Replies
    2301 Views
    Last post 16 July, 2010, 11:52:23 AM
    by hasin