Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia

Author Topic: Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia  (Read 4617 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

yahya arif

  • *
  • Posts: 69
    • View Profile
21 November, 2009, 10:07:58 PM
  • Publish Di FB

  •       
          
    Tajuk:       
          
    Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia       
          
       Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.       
          
    Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.”      
          
    Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.”      
          
    Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.”      
          
    Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?      
          
    Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.”      
          
    Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.      
          
    Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.”      
          
    Semakin Tenat      
    Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.      
          
    Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.”      
          
    Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk.      
          
    Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.”      
          
    Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?”  Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.      
          
    Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”      
          
    Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.”      
          
    Malaikat Maut Datang Bertamu      
    Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja.      
          
    Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.”      
          
    Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?”   Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.”      
          
    Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”      
          
    Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut. Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?”      
          
    Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang.      
          
    Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut.      
          
    Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril as datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.”      
          
    Ketika Sakaratul Maut      
    Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.”      
          
    Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.”      
          
    Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.”      
          
    Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?”      
          
    Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?”      
          
    Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.”      
          
    Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”   Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW.      
          
    Ali ra bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga.      
          
    Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.”      
          
    Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.      
          
    Kesedihan Sahabat      
    Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.”      
          
    Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.”      
          
    Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?”   Setelah itu ia lalu mengerjakan solat.      
          
    Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?”   Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.      
          
    Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:      
    “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?”      
    (Az-Zumar: 30).      
          
    Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi:      
    “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?”      
    (Ali-lmran: 144)      
          
    Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?”   Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.”      
          
    Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW?”   Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:      
    “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.”      
          
    Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia. Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.”      
          
    Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW. Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu.      
          
    Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah.      
    Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah?” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.      
          
    Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan.      
          
    Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.”      
          
    Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.”      
          
    Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.”      
          
    Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.”      
          
    Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az?” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”      
          
    Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.      
          
    ^ Kembali ke atas ^      
          
    Dipetik Dari Buku: 1001 Duka "Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati".      
    Pengarang: Muhammad Isa Selamat.      

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #1 22 January, 2010, 01:17:07 PM
  • Publish Di FB
  • Detik Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat  1

    Detik terakhir Rasulullah sblm wafat

    Detik Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat  2

    nabi wafat part2.wmv

    Tonton la video ini.. anda mungkin menangis..
    « Last Edit: 22 January, 2010, 01:23:22 PM by wan_sgmt »
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    maharcinta5740

    • *
    • Posts: 555
    • Aku Hamba Allah...
      • View Profile
    Jawab #2 22 January, 2010, 02:16:13 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih atas kiriman ini.
    "aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku padamu.."
    (Imam Nawawi)  baguss

    Wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang
    menjadi taman yang menghijau.. ceria* ceria* ceria*

    intizhar

    • *
    • Posts: 623
      • View Profile
    Jawab #3 22 January, 2010, 03:58:43 PM
  • Publish Di FB
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dengan segala nikmat kurniaanNya...

    syukran ya maharcinta...mudahan sentiasa kita berselawat pada Baginda Mulia RasulAllah saw, mengikut dan beramal dengan sunnahnya..hidup ia dalam ingatan dan hati kita..dan begitu juga hebatnya perasaan kasih sayang para-para sahabat...

    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    azrinkun

    • *
    • Posts: 1659
    • -keyakinan, keikhlasan dan kerelaan-
      • View Profile
    Jawab #4 04 March, 2010, 06:58:33 PM
  • Publish Di FB
  • Detik-detik Terakhir Kehidupan Insan Mulia

       aripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra.

    Syahadah no.1 ..  Ikut Rasulullah saw..
    jalan islam itu tauhid. jalan mukmin itu syahadat

    ummul

    • *
    • Posts: 62
      • View Profile
    Jawab #5 04 March, 2010, 08:53:55 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum.... salam shahdu

    Alkisah..
    Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah “wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepada Nya”...“Ku wariskn 2 perkara pada kalian, Alquran dan Sunnah ku”...“barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-samaku”

    Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata sahabat-sahabat. Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang. Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meningggalkan kita semua” keluh hati semua sahabat. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikn tugasnya di dunia. Tanda2 itu semakin kuat.

    Ali dan fadhal  dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
    Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi alas tidurnya.

    Tiba2 dr luar pintu terdengar seorg yg berseru mengucapkn salam.Bolehkah sy masuk? “maaflah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah. Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah terbuka mata dan bertanya pada Fatimah. Siapakah itu wahai anak ku? “tak tahu lah ayahku, baru sekali ini aku melihatnya”. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkn. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “ketahuilah, dialah yang menghapuskn kenikmatan sementara. Dialah yang memisahkn pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut”

    Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, lalu Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian di panggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut kekasihnya. “Jibril jelaskan apa hak ku nAnti di hadapan Allah? “pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu”
    Tapi ini ternyata tidak membuatkn Rasulullah lega. Matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” “khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak? Jangan kuatir ya Rasul Allah, aku pernah mendengar, Allah berfirman kepada ku “Ku haramkan syurga bagi siapa sahaja, kecuali umat Muhaamad telah berada di dalamnya.”

    Detik2 semakin dekat. Saatnya Jibril melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah di tarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini.” Perlahan rasulullah mengeluh. Fatimah terpejam, Ali disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “jijik kah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"....“siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal”

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. Ya Allah !! dasyatnya nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepada ku, Jgn pada umatku.
    Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya, uuussshiikum bis shalati, wa ma malakat aimanukum. Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah diantaramu. Terdengar tangisan bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkn telinganya ke bibir rasulullah yang mulai kebiruan.

    Ummatii…ummatii..ummatii…

    Dan berakhirlah hidup manusia mulia, yang memberi sinaran itu. Allahumma sholli ala Muhammad wa barik wa sallim alaihh...Betapa cintanya Rasulullah pada kita wahai sahabat sekalian...

    Adakah kita benar-benar mencintai rasulullah?
    Apa buktinya?
    Adakah kita ungkap kata sayang pada Rasul?
    Adakah dengan masa sesaat kita luangkan masa utk berselawat..
    Kita sering ucapkan I love u pada orang yang kita sayang tapi kenapa tidak kita lafazkan selawat pada Rasulullah?
    Sallallahu ala Muhammad…sallallahu alaihi wasallam..
    Kita jadikan artis mahupun pemimpin negara sebagai roll model…knp tidak Rasulullah menjadi roll model kita?
    Saban hari kita baca surat khabar, majalah, tapi kenapa tidak kita baca sirah Rasulullah?

    Fikir-fikir kan laah..

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1283
      • View Profile
    Jawab #6 14 January, 2011, 10:02:30 PM
  • Publish Di FB
  • KHUTBAH WIDAK

    INI ADALAH KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W DISAMPAIKAN PADA 9HB. ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRIYAH DI LEMBAH URANAH,BUKIT ARAFAH

    "Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

    Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

    Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

    Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.ALLAH telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamumereka juga mempunyai hak keatas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH Dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama;tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap ALLAH pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

    Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang aku sampaikan kepada kamu.

    Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.Saksikanlah ya ALLAH ,bahawasanya telah aku sampaikan"

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #7 14 January, 2011, 10:56:35 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    Subhanaallah....sedihnya sampai mengalirkan air mata bila menghayati detik detik terakhir pemergian atau kewafatan
    nabi Muhamad  saw ini.

    Kemudian apabila malaikat maut mula mencabut nyawa Rasulullah saw...ketika roh sampai di pusat, baginda berkata:
    "Wahai Jibril, alangkah sakitnya mati."

    Mendengar ucapan Rasulullah itu, jibril memalingkan mukanya.Lalu Rasulullah bertanya :Wahai Jibril ,apakah engkau
    tidak suka memandang mukaku?
    Jibril menjawab:"Wahai kekasih ALLAH ,siapakah yang sanggup melihat muka baginda sedangkan baginda sedang merasakan
    sakitnya maut".
    Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.....
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    aini zinnirah

    • *
    • Posts: 479
    • Indah senyuman pengubat kedukaan...Insya-Allah..
      • View Profile
    Jawab #8 14 January, 2011, 11:21:30 PM
  • Publish Di FB
  • :)
    Subhanaallah....sedihnya sampai mengalirkan air mata bila menghayati detik detik terakhir pemergian atau kewafatan
    nabi Muhamad  saw ini.

    Kemudian apabila malaikat maut mula mencabut nyawa Rasulullah saw...ketika roh sampai di pusat, baginda berkata:
    "Wahai Jibril, alangkah sakitnya mati."

    Mendengar ucapan Rasulullah itu, jibril memalingkan mukanya.Lalu Rasulullah bertanya :Wahai Jibril ,apakah engkau
    tidak suka memandang mukaku?
    Jibril menjawab:"Wahai kekasih ALLAH ,siapakah yang sanggup melihat muka baginda sedangkan baginda sedang merasakan
    sakitnya maut".
    Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.....

    sedihnya..terima kasih kerana sudi berkongsi tentang artikel ni..
    ya allah pelihara lah diriku sepertimana Engkau pelihara kekasih-kekasih-Mu yang lain..

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4918
      • View Profile
    Jawab #9 16 January, 2011, 06:44:22 PM
  • Publish Di FB
  • :sedihnya: :sedihnya: ya Allaahu

    lama dah di bentangkan di dada bloggers

    ada juga di blog al-merapu

    cuba klik ada kot tambahan sikit lagi
     
    http://al-merapu.blogspot.com/2010/02/rasulullah-muhammad-ketua-kami.html

    dan juga

    http://al-merapu.blogspot.com/2010/02/rasulullah-muhammad-ketua-kami-b.html

    silakanya ziarahi laman itu jika ada rasa elok, baik, tambah pengetahuan,
    tetapi jika tak punya akal fikiran

    tak mahu berfikir

    abaikan sahaja ya

    nama pun dah al-merapu

    :sedihnya: hu ya Allaahu

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1361
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #10 14 February, 2011, 04:45:57 PM
  • Publish Di FB
  • Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w.- 6

    Selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad saw..
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    syidaspongebob

    • *
    • Posts: 1361
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Jawab #11 14 February, 2011, 04:46:29 PM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

    selawat dan salam buat junjungan nabi muhammad saw..

    bukhori

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #12 15 February, 2011, 10:52:47 AM
  • Publish Di FB
  • Marilah kita sama-sama berselawat keatas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

    Mardhotillah matlamat abdi.. buat baik jangan sekali..tapi kene banyok kali..buat jahat plak jangan sesekali.. =)

    amfi

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Jawab #13 09 May, 2011, 02:22:11 AM
  • Publish Di FB
  •  :) artikelyang sangat bagus...izinkan saya untuk share ye...terima kasih

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #14 17 June, 2012, 11:04:18 AM
  • Publish Di FB
  • Marilah kita sama-sama berselawat keatas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W

    Detik Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat  1

    Detik terakhir Rasulullah sblm wafat

    Detik Terakhir Rasulullah Sebelum Wafat  2

    nabi wafat part2.wmv

    Ya Rasulullah Pandanglah kami UmmatMU
    Ya Rasulullah Bantulah kami ummatMU

    Madaad Madaad Ya Rasulullah
    Madaad Ya Rasulullah

    kami akan meneruskan Perjuanganmu dan hidup SunnahMu seberapa yang kami upaya...

    Tonton la video ini.. anda mungkin menangis..

    « Last Edit: 17 June, 2012, 11:07:38 AM by halawah »
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #15 25 January, 2013, 08:00:42 AM
  • Publish Di FB
  • Perginya Seorang Kekasih Allah

    Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

    Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

    Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

    Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

    "Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

    Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

    "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

    "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

    "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

    "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

    "Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

    "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

    "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

    "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

    Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

    Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

    Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

    "Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

    Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

    Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

    Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

    Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

    http://www.facebook.com/photo.php?v=372322936141781&set=vb.125074957541518&type=2&theater

    Air Mata Kasih

    • *
    • Posts: 967
      • View Profile
    Jawab #16 25 January, 2013, 08:08:48 AM
  • Publish Di FB
  • Klik link ini untuk mendengar kuliah Ustaz Mohd Kazim tentang detik-detik terakhir Rasullulah.

    http://www.facebook.com/photo.php?v=372322936141781&set=vb.125074957541518&type=2&theater

    Jaga solat

    Jaga orang perempuan

    Ummati,ummati 

    Ketika dibangkitkan di Mahsyar, Rasullulah tetap cari ummatnya."Dimana umatku?"

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    19 Replies
    4512 Views
    Last post 09 October, 2007, 03:26:25 PM
    by almulk
    0 Replies
    1273 Views
    Last post 21 December, 2007, 07:10:50 AM
    by uswah teladan
    2 Replies
    1600 Views
    Last post 16 May, 2009, 11:39:54 AM
    by ahmad_siddiqui