Nota Bagi Pelajar STPM..

Author Topic: Nota Bagi Pelajar STPM..  (Read 6711 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

lias_123

  • *
  • Posts: 100
    • View Profile
21 January, 2010, 02:13:42 PM
  • Publish Di FB
  • SALAM SEMUA
    ana ingin berkongsi pengatahuan kepada pelajar STPM terutamanya yang ambil sejarah
    Bandingkan aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota Athens bermula pada tahun 495 S.M dengan negara Kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.(PERCUBAAN NEGERI PERAK 2008)


    Pengenalan [ 3 markah ]

    1. Definisi negara kota.

    2. Latar belakang dan lokasi negara kota Athens

    · Athens merupakan salah sebuah negara kota yang terkenal di Yunani.

    · Muncul antara tahun 800 – 500 S.M.

    · Athens berkembang maju hasil daripada sektor perdagangan.

    · Mengalami kepesatan dalam pelbagai bidang khususnya bidang politik dan falsafah antara abad ke 5 S.M dan ke 4 S.M.

    3. Latar belakang dan lokasi negara kota Madinah

    · Nama asalnya ialah Yathrib yang terletak kira-kira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah.

    · Kawasan kota Madinah merupakan kawasan wadi (lembah) seluas kira-kira 32 kilometer persegi dan mempunyai kawasan pertanian yang subur.

    · Terletak di tengah-tengah Tanah Arab dan merupakan jalan perdagangan antara Syam ( di bahagian utara ) dan Makkah ( di bahagian selatan ) Tanah Arab.

    · Penduduk asal negara kota Madinah ialah kaum Aus, Khazraj, dan kaum pendatang Yahudi.

    Isi [ 5 isi X 4 markah = 20 markah ]

    Perbandingan pelbagai aspek pemerintahan dan pentadbiran negara kota Athens dan Madinah :

    1. Sistem pemerintahan


    Athens:

    Terkenal sebagai negara kota pertama yang melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi melalui tiga buah institusi pemerintahan dalam membuat dasar dan undang-undang.

    Madinah:

    Sistem pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. bersifat negara Kota dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam iaitu agama dan politik tidak dipisahkan. Dalam pentadbiran, baginda melaksanakan konsep musyawarah dalam membuat keputusan.

    2. Institusi pemerintahan

    Athens:

    Mempunyai tiga institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret dan Juri.

    · Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua lelaki dewasa Athens. Tempoh perkhidmatan mereka ialah antara enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang lebih kurang tiga kali sebulan.

    · Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Majlis dianggotai oleh 500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan 50 orang mewakili setiap suku.

    · Majistret terdiri daripada para pegawai kerajaan. Mereka melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis.

    · Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada peluang bagi tertuduh untuk merayu.


    Madinah:

    Nabi Muhammad s.a.w telah menubuhkan Majlis Syura yang bertanggungjawab menggubal dasar- dasar pemerintahan negara yang berteraskan Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai majlis syura tersebut. Masjid telah berperanan sebagai pusat pentadbiran.

    3. Ketua Negara

    Athens:

    Ø Zaman pemerintahan beraja, Raja sebagai pemerintah tertinggi.

    Ø Sewaktu zaman pemerintahan golongan bangsawan berkuasa (archon) majlis melantik golongan kaya menganggotai Dewan Perhimpunan untuk mengetuai pemerintahan. Contoh : Solon


    Madinah:

    Ø Negara Kota Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi yang juga merupakan seorang Nabi lagi Rasul.

    Ø Baginda tidak mengamalkan pemerintahan secara autokrasi atau berkuasa mutlak.

    4. Pentadbiran undang-undang


    Athens:

    Ø Dewan Perhimpunan merupakan badan perundangan yang mempunyai kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.

    Ø Ia juga menggubal undang-undang dan dasar negara kota.

    Ø Pesalah dihukum berdasarkan undang-undang yang terdapat dalam kanun hukuman Yunani.

    Ø Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.


    Madinah:

    Ø Undang-undang negara Kota Madinah berteraskan syariah Islam.

    Ø Sumber utama undang-undang Islam ialah al – Quran dan Hadis.

    Ø Terdapat perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah digubal dan mengandungi 47 fasal yang berkait dengan orang Islam dan bukan Islam.


    5. Pentadbiran Agama dan Kepercayaan


    Athens:

    Ø Tidak ada priesthood (paderi) atau ketua agama untuk membuat undang-undang agama atau doktrin.

    Ø Paderi yang ada hanya semata-mata untuk menjaga kuil, harta dan menjalankan upacara-upacara agama.

    Ø Menyembah pelbagai dewa-dewi seperti Tuhan Zeus, Apollo, Athena, dan lain-lain. Tidak mempunyai kitab suci.

    Ø Lebih berupa ritual ( upacara ) daripada kepercayaan.

    Ø Tidak perlu mengamalkan satu peraturan hidup tertentu , tetapi hanya perlu mengamalkan beberapa sifat suci.




    Madinah:

    Ø Agama yang diamalkan ialah agama Islam yang diajar melalui Rasulullah s.a.w dan kitab suci Al-Quran sebagai panduan.

    Ø Menolak sama sekali kepercayaan kepada banyak tuhan.

    Ø Mempercayai Tuhan adalah esa iaitu Allah s.w.t. Segala aktiviti keagamaan berpusatkan di masjid.

    6. Pentadbiran sosial


    Athens:

    Ø Hanya warganegara lelaki dewasa yang terlibat dalam politik, bermesyuarat dan bertindak di Dewan Perhimpunan.

    Ø Walaupun Majlis memberi peluang kepada setiap warganegara menganggotainya, rata-rata mereka yang menguasai Dewan Perhimpunan ialah orang kaya yang dikenali sebagai Archon.

    Ø Golongan tidak bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali semasa pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.



    Madinah:

    Negara kota Madinah memperkenalkan konsep ukhwah dan persamaan taraf menggantikan amalan assabiyah yang telah diamalkan pada zaman jahiliah. Rakyat lelaki dan wanita mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat.

    7. Pentadbiran Ekonomi


    Athens:

    Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian dengan negara lain . Mengabaikan sektor pertanian kerana bentuk muka bumi yang sempit. Antara barangan yang diimport ialah seperti gandum, ikan, daging, garam, buah-buahan dan bahan mentah. Barang-barang eksport termasuklah minyak zaitun, perak, dan batu marmar.


    Madinah:

    Ø Dalam negara Kota Madinah, Nabi Muhammad s.a.w mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan sistem muamalat Islam.

    Ø Amalan riba dan penipuan diharamkan.

    Ø Nabi Muhammad s.a.w menyuruh mencari kekayaan dengan cara yang halal lagi baik dan diredhai Allah s.w.t.

    Ø Nabi Muhammad melaksanakan keadilan ekonomi dengan merapatkan jurang kekayaan.

    Ø Menebus semula tanah-tanah yang tergadai di tangan orang Yahudi.

    8. Pentadbiran Hubungan Luar


    Athens:

    Ø Hubungan dengan negara kota lain tidak baik.

    Ø Sentiasa bersaing antara satu sama lain dan sering berlaku peperangan yang melibatkan soal politik dan sempadan.


    Madinah:

    Ø Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu dasar diplomasi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar .

    Ø Nabi Muhammad menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah Mesir, Habsyah, Yaman dan Rom dengan tujuan pemerintah-pemerintah negara tersebut dapat menerima dakwah Islam.

    9. Pentadbiran Ketenteraan.


    Athens:

    Ø Tentera dibentuk untuk menghadapi peperangan yang dalam skala kecil-kecilan, bersifat tempatan dan untuk menyelesaikan perbalahan politik sempadan.

    Ø Athens seperti negara kota Yunani lain mempunyai tentera untuk mempertahankan negara kota mereka daripada serangan musuh dan berusaha agar dapat memberi saingan kepada negara-negara kota lain untuk menjadi negara kota yang paling agung.


    Madinah:

    Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua tentera telah membentuk dan mengasaskan sistem ketenteraan Islam yang berlandaskan konsep jihad. Tentera yang berperang tidak bergaji tetap tetapi mendapat ganjaran hasil dari harta ghanimah ( rampasan perang ).

    10. Pentadbiran Sistem Kehakiman


    Athens:

    Ø Kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara dalam Dewan Perhimpunan .

    Ø Hal-hal kecil diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi kes besar, jenayah dan sivil akan diselesaikan di mahkamah Athens.

    Ø Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.

    Ø Pesalah dihukum berdasarkan kanun hukuman Yunani.

    Ø Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.


    Madinah:

    Ø Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim berdasarkan panduan al-Quran dan Hadis.

    Ø Terdapat juga hakim yang dilantik di peringkat suku kaum untuk menyelesaikan masalah dalaman kaum tersebut.

    Ø Penyelesaian antara kaum akan dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi semua aspek dari segi sivil mahupun jenayah.


    Kesimpulan [ 2 markah ]

    Terdapat perbezaan dalam sistem pemerintahan yang diamalkan antara negara kota Athens dan Madinah di bawah Nabi Muhammad s.a.w. Perbezaan itu jelas dapat dilihat dalam aspek sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sebagainya. Negara kota Athens diperintah hasil pemikiran dan usaha manusia manakala negara kota Madinah diperintah atas konsep tauhid berteraskan al-Quran dan Hadis.

    Nota :

    · Markah diberikan hanya ada unsur perbandingan.

    · Sekiranya pelajar menjawab tentang Athens dan Madinah tanpa ada perbandingan maka tiada markah isi.

    · Sekiranya pelajar menyebutkan satu penanda wacana bandingan dalam keseluruhan jawapan markah maksimum bagi isi 8 markah sahaja.

    · Calon dikehendaki membuat perbandingan setiap isi.

    semoga mendapat manfaat bersama
    SEMOGA ISLAM KITE TERUS BERKEMBANG BAk BUNGA YANG MEKAR

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Jawab #1 21 January, 2010, 02:21:47 PM
  • Publish Di FB
  • bagus betul lias ni..membantu pelajar yang bakal amik stpm..harap ada lagi orang yang macam lias ni..

    lias_123

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Jawab #2 21 January, 2010, 03:50:26 PM
  • Publish Di FB
  • tak la bagus sangat pun
    sekadar ingin berkongsi ilmu
    sapa2 yang ingin mencurahkan ilmu sila la
    bukan sejarah je
    semua subjek la erk

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Jawab #3 21 January, 2010, 04:08:25 PM
  • Publish Di FB
  • lagipown,ana tak minat sejarah ni..:senyum:..

    lias_123

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Jawab #4 21 January, 2010, 04:24:58 PM
  • Publish Di FB
  • lagipown,ana tak minat sejarah ni..:senyum:..

    minat subjek apa ...?
    setakat ana tahu ana akan beritahu la
    minat ke f6 ni...?

    lias_123

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Jawab #5 21 January, 2010, 09:56:18 PM
  • Publish Di FB
  •  ESEI PANJANG

    BAB KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

    (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud keanjalan permintaan harga?                [ 4  ]         

    (b) Bandingkan keanjalan permintaan harga :

    i.        Mangga dan Buah-buahan                                                   [ 3 ]

    ii.      Pengangkutan awam dan perkhidmatan pelancongan     [ 3 ] 

     Jawapan:

    (a)    Keanjalan permintaan harga mengukur darjah tindakbalas/respon perubahan  dalam kuantiti diminta ke atas suatu barang akibat daripada perubahan harga  barang itu sendiri.                             ( 1m )

    •Formula keanjalan permintaan harga ialah :         

    Ed = Peratus perubahan kuantiti diminta   

                      Peratus perubahan Harga         

                Q1 – Q0  X 100%                             

                   Q0   

     = ------------------------           

              P1 – P0   X  100%                   

                 P0                                                                          ( 1m )

         Dengan Q sebagai kuantiti diminta dan P sebagai harga barang.           

    •Contoh, apabila harga barang X naik daripada RM5.00 kepada RM6.00 seunit,  kuantiti barang X diminta berkurang daripada 100 unit kepada 80 unit. Maka  keanjalan permintaan harga barang tersebut ialah :                                 ( 1m )

                   80 - 100  X 100%         

                      100

    Ed     = ---------------     

                   6.00 – 5.00   X  100%               

                        5.00       

              = - 20 %             

                    20 %     

               = -1                                                        ( 1m )           

     •Pekali keanjalan permintaan harga bagi barang tersebut ialah 1. Hal ini bermakna  apabila harga naik 1%, kuantiti diminta turut naik sebanyak 1%. Permintaan  barang tersebut adalah anjal uniti.                                                          ( 1m)

                                                                   ( Maksimum 4 markah )

     

    Jawapan Soalan

    b i)-           mangga bnyk brg penganti  [1M]: maka ia adalah anjal manakala buah-buahan tidak ada pengganti lain maka ia adalah tidak anjal [1M]

    -          Kesimpulannya mangga lebih anjal daripada buah-buahan [1M]

    ii)  -          pengangkutan awam adalah keperluan [1M] maka ia adalah tidak anjal manakala perkhidmatan perlancongan adalah barang mewah [1M] maka ia adalah anjal permintaannya

    -          kesimpulannya: pengangkutan awam lebih tidak anjal daripada perkhidmatan perlancongan [1M]

    KEPADA RAKAN2 SEKALIAN SILALAH TAMBAH INFORMASI LAGI
    SEMOGA MENDAPAT MANFAAT BERSAMA

    aku kecil

    • *
    • Posts: 129
    • islam itu indah.
      • View Profile
    Jawab #6 28 January, 2010, 11:14:15 AM
  • Publish Di FB
  • lias,ana minat sabjek kira2 je..form 6 banyak membaca,..ana dah pernah masuk sebulan je..lepas tu ana masuk polipd..amik kos kejuruteraan awam..

    lias_123

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Jawab #7 02 February, 2010, 03:09:14 AM
  • Publish Di FB
  • lias,ana minat sabjek kira2 je..form 6 banyak membaca,..ana dah pernah masuk sebulan je..lepas tu ana masuk polipd..amik kos kejuruteraan awam..


    macam tu rupanya...f6 ni memang mula2 payah terutamanya subjek sejarah
    tapi lama2 okey la

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Jawab #8 02 February, 2010, 04:18:02 AM
  • Publish Di FB
  • Ya ke susah?

    Saya bekas pelajar STPM. Sambung pengajian peringkat Ijazah dulu pun menggunakan tiket STPM. Rasanya zaman belajar dulu yang paling adalah zaman STPM dulu. Rindu zaman STPM.

    Pada saya STPM taklah sesusah apa yang orang cakap. :)
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    lias_123

    • *
    • Posts: 100
      • View Profile
    Jawab #9 02 February, 2010, 04:36:49 AM
  • Publish Di FB
  • betul2
    saat paling mnis di stpm
    ana baru hbs exem baru ni...
    rindunya kat kwn2...
    cara pembelajaran pun lbh matang berbandg  form lain

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #10 09 June, 2012, 06:32:35 PM
  • Publish Di FB
  • Ya ke susah?

    Saya bekas pelajar STPM. Sambung pengajian peringkat Ijazah dulu pun menggunakan tiket STPM. Rasanya zaman belajar dulu yang paling adalah zaman STPM dulu. Rindu zaman STPM.

    Pada saya STPM taklah sesusah apa yang orang cakap. :)

    ya...sebenarnya stpm tak lah sesusah apa yang 0rang d0k sangka...
    tapi stpm adalah antara t0p 10 exam yang paling susah di dunia...
    dia lebih kurang sama ja dengan yang amik dipl0ma...tapi lain sket....
    amik stpm nie kira jalan pintas untuk ke U....
    ya la...sekarang sistem stpm dah lain...semua nya ikut penggal...dan PBS....
    sapa yang amik stpm nie digelar pra U....sekrang jarang yang amik stpm nie...pelajar cina ramai...tapi melayu sket saja...
    tambah2 yang aliran agama....berapa kerat saja(termasuk d penang)....jadi kita kurang saingan...dan tak perlu nak belajar dengan stress sangat....
    dan selangkah kaki kita sudah masuk U....cuma tunggu dapat 3.5 dan keatas...insyaAllah....peluang cerah....dapat masuk ipta...UM ka...
    lagip0n yuran dia murah....biasiswa p0n b0leh dapat....
    jadi semua terserah untuk kita la nak usaha macam mana pulak.....
    banyak kelebihan ambil stpm nie......tapi kalau diri tak mampu...jangan paksa....p la k0lej/matrik/U swasta....buat ptptn....
    (kalau dapat ipta...syukurlah...tapi buat asasi....lama jugak..)


    betul2
    saat paling mnis di stpm
    ana baru hbs exem baru ni...
    rindunya kat kwn2...
    cara pembelajaran pun lbh matang berbandg  form lain

    yupp...bet0l...ada pensyarah U kata...kebanyakkan pelajar yang ambil stpm lebih matang berbanding yang tak ambil....
    kita teng0k saja la...ada benarnya jugak...
    di sek0lah saya....kami ada bilik kaunseling yang ramah pelajar....ada bilik kegiatan f0rm6....
    jadi kami tak rasa terkebelakang atau ketinggalan....
    para guru selalu bagi semangat untuk kami...(I L0VE MY TEACHERS).....anytime....
    apa2 subjek yang kurang faham...cikgu senang hati saja nak terang kan semula...
    kadang2 kami saling berinteraksi melalui internet....hantar h0mew0rk melalui emel...very sp0rting cikgu...
    very g00d....0k la...sampai sini dahulu...nak tahu lebih lanjut....try la ambil stpm ya...
    pisn0w0...


    [okay]SER0N0K JUMPA THREAD NIE[/okay]
    "The spirit of knowledge is action"..

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #11 09 June, 2012, 07:55:56 PM
  • Publish Di FB
  • yupp...top 10 exam paling susah di dunia......jatuh di tempat ke3...
    cer rajin r0nda2 baca maklumat......jangan la terkejut sangat...

    NurFurqan

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Jawab #12 09 June, 2012, 09:21:43 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Maaf, STPM ni PRA-U lah kan?sama dengan matrikulasi ker?tapi 2tahun kan...

    kebanyakan pelajar2 Cina ambil STPM,
    Innamal A`Malu binniat " Segala Amal adalah dengan Niat"
    Asif ala kulli hal "Maaf atas apa2 hal", Wallahualam

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #13 09 June, 2012, 09:26:26 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Maaf, STPM ni PRA-U lah kan?sama dengan matrikulasi ker?tapi 2tahun kan...

    kebanyakan pelajar2 Cina ambil STPM,

    ya...stpm nie pra U la..erm..sama ka dengan matrik?? sama...tapi tak sama sangat...stpm nie satu tahun setengah ja...sekarang 3 semester/penggal...
    ya lagi...kebanyakkan cal0n cina yang banyak amik stpm nie....

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #14 24 June, 2012, 12:14:28 PM
  • Publish Di FB
  • lagipown,ana tak minat sejarah ni..:senyum:..

    0uh...tak minat tak pa..tapi kan kal0 past sejarah... :ins: ada harapan nak jadi lawyer...
    ehee..d0a2 kan lah yer... :aamiin:

    p/s:lawyer syariah la

    rabbitah

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Jawab #15 24 June, 2012, 12:17:09 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Kos usuluddin tu kos syariah ke?
    Terima kasih..
    Hidup di dunia bukan sekadar suatu kembara yang akan berakhir tatkala nafas terakhir terhela. Jua bukan bermakna kehidupan seseorang manusia itu akan ternoktah tatkala nyawa terpisah dari jasad. Sebaliknya, tatkala jasad ditinggalkan roh, hidup baru bagi seseorang manusia itu bermula.

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #16 24 June, 2012, 12:20:25 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Kos usuluddin tu kos syariah ke?
    Terima kasih..

     :ws: kak..
    usuluddin tu berkaitan dengan tauhid....syariah tu berkaitan ngan Fiqh..
    tak sama....dua subjek....
    wa'allahu a'lam..

    rabbitah

    • *
    • Posts: 608
      • View Profile
    Jawab #17 24 June, 2012, 12:30:57 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum..

    Syukran dik ana..
    Akak ingat kos yang sama..

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1339
      • View Profile
    Jawab #18 02 August, 2013, 10:09:02 PM
  • Publish Di FB
  • Rasa seronok bila baca semula post-post yang sebelum nie..
    menceritakan mengenai STPM...
    almaklum la..calon..jadi serba tahu tu lebih sket...huahua..
    STPM dan STAM sekarang dah setaraf....sama-sama sijil tinggi....
    orang kata amik STPM susah...dan ini hanyalah jalan terakhir untuk yang dapat result cukup makan...
    tapi bila kaji balik sebenarnya...bila amik diploma.asasi...atau yang sewaktu dengan nya selepas SPM.. sebenarnya sama sahaja dengan apa yang dipelajari dalam STPM..malah lebih murah dan senang...
    kelebihannya ada..walaupun still di sekolah...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    952 Views
    Last post 18 December, 2009, 09:44:12 PM
    by Halaqah
    19 Replies
    3914 Views
    Last post 25 May, 2013, 04:17:50 PM
    by Ana Tholibah
    5 Replies
    819 Views
    Last post 20 May, 2011, 03:12:26 PM
    by Nur Mujahadah