Puasa Nazar ditunaikan sekali dengan puasa qada'? bolehkah?

*

Author Topic: Puasa Nazar ditunaikan sekali dengan puasa qada'? bolehkah?  (Read 12130 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

21 January, 2010, 12:58:48 AM
  • Publish
  •  :)

    salam sejahtera kepada para saudari dan saudara sekalian..
    saya ingin bertanyakan suatu soalan..
    dan mengharapkan jawapan yang mudah untuk difahami...
    bolehkah..
    puasa nazar ditunaikan sekali dengan puasa qada?
    ini kerana saya keliru dengan dua penyataan yang berbeza daripada dua rakan saya...


    terima kasih.

    Reply #1 21 January, 2010, 01:30:01 AM
  • Publish
  • puasa qada adalah puasa ganti..dan nazar pulak puasa hajat yg di terima..
    puasa ganti di wajib dan kalau mampu boleh dibayar ganti dengan harta / makanan kepada org miskin..
    dan puasa 60 hari adalah puasa ingkar sumpah yg dibuat atau separuh wang hasil pekerjaan kita di sedekah kepada fakir miskin..
    mengikut ilmu ianya tidak boleh sebab qada adalah puasa wajib harus di ganti...

    minta pendapat ustaz atau yg memahami ilmu tersebut...
    jikalau salah harap di perbetulkan...
    tunggu jawapan sahabat yg lain.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Reply #2 21 January, 2010, 01:33:58 AM
  • Publish
  • setakat pengetahuan saya, puasa wajib tidak boleh dilaksanakan bersama puasa wajib juga..
    contohnya spt soalan saudara td,
    puasa qada dan puasa nazar kedua2nya mrpakan puasa wajib,
    jadi pelaksanaanya tak boleh serentak,
    lain pula bagi puasa wajib dengan puasa sunat,
    begitu luga puasa sunat dng puasa sunat,
    boleh dilaksana serentak.
    smile..

    Reply #3 21 January, 2010, 04:30:51 AM
  • Publish

  • Apa yang telah disampaikan oleh 5zul dan mawar merah adalah betul.

    Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya. Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :
    "Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain."

    (Surah Al-Baqarah : 184)

    Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.

    Apabila bertemu wajib dan wajib,maka perlu laksanakan kedua-duanya secara berasingan kerana niatnya kedua-dua puasa ini berbeza.
      Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

    MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

    Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

    "Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    "Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa."

    (Hadis riwayat Bukhari).

    Wallahu a’lam.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #4 21 January, 2010, 01:01:35 PM
  • Publish
  • Salam. Saya pernah menghadiri satu kuliah berkenaan dengan Puasa. Apa yang sahabat2 jawab di atas tadi benarlah seperti yang Ustaz Arieff Salleh (fakulti Tamadun Islam UTM skudai) katakan. Puasa Qada' dan Puasa Nazar tidak boleh dicantumkan dalam satu niat. Asing2. Semoga dengan banyakkan kita berpuasa, maka lebih mantaplah roh dan iman kita. WA

    Reply #5 21 January, 2010, 01:29:05 PM
  • Publish
  • kalau puasa sunat dengan wajib...boleh sekali ke?
    macam contoh....puasa qada' ngan puasa enam....

    Reply #6 21 January, 2010, 02:31:56 PM
  • Publish
  • kalau puasa sunat dengan wajib...boleh sekali ke?
    macam contoh....puasa qada' ngan puasa enam....


    Ini pun ada berbagai pandangan para ulama' . Rujuk di sini  Menggabungkan Puasa Qadha dan Puasa Enam di Bulan Syawal

    Reply #7 22 January, 2010, 04:20:28 PM
  • Publish
  • terima kasih kepada saudari dan saudara yang menjawab soalan itu.
    barulah saya tahu rupanya puasa qada' tidak boleh ditunaikan serentak dengan puasa nazar.
    saya akan maklumkan kepada rakan saya itu.
    terima kasih sekali lagi saya ucapkan.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    7372 Views
    Last post 15 October, 2009, 08:21:29 AM
    by mannsanni
    1 Replies
    3059 Views
    Last post 07 September, 2011, 12:33:14 AM
    by al-maranji
    1 Replies
    2214 Views
    Last post 07 December, 2011, 06:34:28 AM
    by al_ahibbatu