Ciri-Ciri Wanita Yang Paling Baik

*

Author Topic: Ciri-Ciri Wanita Yang Paling Baik  (Read 10630 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

20 January, 2010, 11:22:49 AM
  • Publish
  • Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

    Wanita :-

    1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
    2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
    3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
    4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
    5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
    6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
    7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

    Lelaki :-

    1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
    2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
    3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
    4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
    5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
    6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
    7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

    Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

    وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

    Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.

    Lihatlah betapa cerianya suami ketika pulang dari tempat kerja. Keadaan itu berterusan sehingga suami tidur dan bangun semula. Suami tidak mengharapkan sesuatu daripada isterinya kecuali belaian kasih dan manja sepanjang masa.

    Sebaliknya jika isteri jahat, tidak mengikut panduan di atas, maka suami akan berhadapan dengan tekanan perasaan. Perhatikan contoh berikut:

    Isteri :-

    1. Isteri menyembut kepulang suami dengan pelbagai soalan perangkap
    2. Isteri sebuk di dapur untuk membuat makan malam
    3. Isteri asyik menonton tv
    4. Isteri tidur di hadapan tv
    5. Isteri menghantar suami di hadapan pintu tanpa memohon maaf kerana tidak berasa bersalah kepada suami
    6. Isteri tidak menjaga maruah diri dan harta suami diperlakukan sesuka hati.

    Suami :-

    1. Suami yang hendak masuk rumah berkira-kira untuk keluar rumah, masalah menjadi bertambah berat
    2. Suami yang dahaga ke dapat mengambil sendiri air minuman
    3. Suami juga menonton tv
    4. Suami menunggu dilayan isteri di atas katil
    5. Suami pergi kerja dalam keadaan tidak ceria dan terbuku pelbagai persoalan yang belum terjawab
    6. Suami di tempat kerja penuh kebimbangan.

    Isteri yang tidak dapat melakukan perkara yang disebut dalam hadis di atas, adalah sejahat-jahat isteri. Dia telah merosakan masa depan suaminya. Suami tidak beroleh pahala malah boleh jadi berdosa. Menyedari keadaan ini, seseorang isteri harus melatihkan diri ke arah wanita yang terbaik. Semoga kehidupan mereka nanti terarah kea rah yang tepat.

    Reply #1 06 February, 2010, 09:01:34 AM
  • Publish
  • emmm...kekadang tu terfikir jugak...ssh sebenarnye nk memiliki wanita y solehah ni....tp x mustahil!! ape y kita perlu bt skrg , baik laki2 ataupn perempuan adalh cuba tingkatkan keiman, ketaatan kpd Allah, moga satu ari nnt,kita akn dpt pasangan y same2 mengejar CINTA ALLAH...

    Reply #2 06 February, 2010, 11:02:06 AM
  • Publish
  • tidak kira lelaki atau wanita yang belum berkahwin sudah tentu mengimpikan pasangan yang soleh/solehah. walaubagaimanapun seseorang itu perlulah memperbaiki dan mempertingkakan iman dan amal sendri terlebih dahulu. seterusnya berdoa yang tidak putus, insyaAllah akan dimakbulkan Allah yang maha pemberi. kadang mungkin juga tidak memperolehi jodoh seperti yang diimpikan, tetapi kita harus ingat setiap kurniaan Allah itu adalah yang terbaik untuk umatnya dan pasangan kita itu adalah pelengkap kepada diri kita (yang juga tidak sempurna). hal ini juga mungkin kerana Allah ingin menguji iman kita samada kita kuat dengan pegangan kita atau sebaliknya. teruskan muhasabah diri dan istiqamah atas apa yang dilakukan, mudah-mudahan Allah akan permudahkan jalan untuk sama-sama membawa pasangan ke arah redha Allah. Wallahu'alam.

    Reply #3 06 February, 2010, 06:13:45 PM
  • Publish
  • Didik diri untuk jadi yang terbaik di sisi Allah, pasti kita akan diberikan yang terbaik, bila dekat dengan Allah, pasti kita tak akan kecewa.
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #4 06 February, 2010, 06:46:27 PM
  • Publish
  • banyak perempuan yang masuk neraka sebab derhaka pada suami..
    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    Reply #5 06 February, 2010, 07:03:06 PM
  • Publish
  • Dalam abad ke-2 selepas Hijrah, ada seorang lelaki yang sangat taat kepada Allah bernama Shu’ayb ibn Harb, yang sentiasa berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan ibadah. Dia ingin menikahi seorang wanita dan telah memberitahu wanita tersebut dengan rasa rendah diri , “Aku seorang yang cepat marah”. Wanita itu lalu menjawab dengan penuh hikmah, “ Sesiapa yang membangkitkan kemarahanmu itu, lebih buruk darimu”. Lantas dia menyedari bahawa wanita yang berdiri di hadapannya itu adalah seorang muslimah yang bijak, berhikmah dan matang.  Segera dia memberitahu wanita tersebut, “Kamu yang bakal menjadi isteriku”.


    Reply #6 06 February, 2010, 09:00:01 PM
  • Publish
  • tidak susah untuk cari isteri yang solehah n tidak sulit untuk dapat suami yang soleh...
    kerana allah telah menjanjikan.. lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah. dan wanita solehah untuk lelaki soleh..
    adakah kita semua mampu untuk dapat yang soleh/solehah??? hanya diri sendiri yang mampu menjawab segala persoalan...

    Reply #7 07 February, 2010, 10:42:02 PM
  • Publish
  • Halaqah TV9 minggu depan - 14 Februari 2010  ----> Isteri Idaman Hati. Sama2 kita saksikan ya, moga2 ada ilmu yang boleh kita ambil dan praktikkan.

    Reply #8 08 June, 2011, 10:11:07 PM
  • Publish
  •  :ins: air mata syurga..kasih percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. . .
    twbb

    Reply #9 08 June, 2011, 10:16:33 PM
  • Publish
  • Erm, bestnyer kalau ada ciri2 tu kelak.. Ayuh sahabat2 kte perbaiki diri menjadi muslimah yg baik di sisi Allah.. InsyaAllah..
     

    Reply #10 08 June, 2011, 10:56:28 PM
  • Publish
  • bila baca sejuk je hati..mampukah kita jadi sepertinya...apapun kita berusha menjadi yang terbaik..moga Allah permudahkan urusan itu..berniat menjadi baik itu pun adalah baik... :ins: :aamiin:

    Reply #11 19 July, 2011, 01:30:20 AM
  • Publish
  • Kekuatan lelaki bergantung kepada wanita yang baik. Sebaliknya wanita yang jahat boleh merosakan masa depan lelaki. Kenyataan ini mungkin tidak disenangi oleh baik lelaki mahupun wanita. Tapi kenyataan itu boleh dibuktikan seperti berikut:

    Wanita :-

    1. Isteri sambut kepulangan suami dengan senyuman
    2. Isteri menyediakan minuman untuk meredakan kepenatan suami.
    3. Isteri menyediakan kain tuala dan berus gigi untuk suami mandi sebelum solat maghrib
    4. Isteri siapkan tempat tidur untuk suami berihat selepas solat isya’
    5. Isteri menemani suami menjelang tidur dengan perbualan yang menghiburkan
    6. Isteri siapkan pakaian untuk kerja dan menghidangkan sarapan pagi
    7. Isteri menjaga diri, maruah diri, dan menjaga harta dan anak suami

    Lelaki :-

    1. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
    2. Masalah suami di pejabat hilang serta merta, hati gembira melihat keadaan isteri
    3. Suami mandi dan tubuhnya kembali segar sebelum menghadap Allah
    4. Jiwa suami tenang sambil merihatkan minda dan tenaga.
    5. Suami beroleh tenaga baru kerana mendapat aura isteri
    6. Suami pergi kerja dalam keadaan jiwa yang tenang dan terhibur
    7. Suami dalam perjalanan ke tempat kerja penuh keyakinan dan dapat bekerja yang penuh ikhlas

    Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang sifat dan sikap sebaik-baik wanita atau isteri. Sabda Rasulullah s.a.w:

    وَخَيرُ النِّسَاءِ مَنْ تَسُرُّكَ إِذَا أَبْصَرْتَ وَتَطِيعُكَ إِذَا أَمَرْتَ وَتَحْفَظُ غَيْبَكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِكَ

    Hadis riwayat Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim ini bermaksud: “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.



     :ins: Moga Ciri2 wanita paling baik ini ada pada kita.
    Moga Allah permudahkan urusan kita dalam menghadapi ujian dan rintangan. :aamiin:

    Reply #12 19 July, 2011, 01:45:21 AM
  • Publish
  • Salaam...nak baik camna lagi...korang pompuan patut jaga aurat, kuat malunya, jangan dok merayau sangat walaupun depam pc...ingat selalu pasal mati...jangan asyik fikir agar cantik selamanya...dah nanti tahulah korang dengan sendirinya. wasSalaam.

    Reply #13 19 July, 2011, 11:19:12 AM
  • Publish
  • alhamdulillah, jen mendapat suami yg tak demand.

    1. kalau dia nak minum air, yg dia boleh buat dia buat sendiri. kalau nak air "nescafe yg mantap", baru dia mintak kat jen sb alasannya jen je pandai buat.
    2. skrg ni takde maid, baju2 dia, dia htr kedai utk iron. baju anak2 dia tolong iron kan.
    3. tempat tido takde hal, bila2 je dia boleh baring.

    cuma,
    1. time tido je yg payah sikit. dia nak tengok tv esp time ada football match, gua surrender la....
    2. sentiasa alert dgn anak2 supaya tak over-kacau ayah dia time tertentu.
    3. kena senyum je selalu.

    yang penting jaga kepercayaan dia, jaga maruah selaras dgn syariat. Insya allah bab2 lain boleh settle.

    Reply #14 19 July, 2011, 02:27:29 PM
  • Publish

  • 1. time tido je yg payah sikit. dia nak tengok tv esp time ada football match, gua surrender la....


    ha yang ni pun saya akan surrender. Biarlah bakal husband saya tu yang tak suka tgk bola...:senyum:
    Cari la sport lain.Basketball ke.vollyball ke.Netball pon ok...har har har

    Reply #15 17 June, 2012, 11:08:27 PM
  • Publish

  • 1. time tido je yg payah sikit. dia nak tengok tv esp time ada football match, gua surrender la....


    ha yang ni pun saya akan surrender. Biarlah bakal husband saya tu yang tak suka tgk bola...:senyum:
    Cari la sport lain.Basketball ke.vollyball ke.Netball pon ok...har har har
    haahla,susah jugak tu nak cari yang tidak minat bola, :senyum:..Bila tiba bola,perempuan tak berani kacau..pi jauh2 :senyum:

    Reply #16 17 June, 2012, 11:10:36 PM
  • Publish
  • sila bersabar dalam berlapang serta bedoa bila hidup nie terasa kadangkala dibuat macam sebijik bole .....

    Reply #17 18 June, 2012, 12:29:19 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Putri,sentiasa ingatkan dirimu kepada Allah swt..
    Serahkan 100% cinta dan kasih sayangmu hanya pada Allah swt dan bakal suamimu..
    Mulakan dari sekarang untuk mendidik dirimu menjadi isteri yang solehah dan setia pada suamimu...
    Alhamdulillah,akan ku tunggu detik itu..
    KeranaMu kami bertemu..
    KeranaMu kami berpisah..
    Ya Allah..permudahkanlah urusan pernikahanku dan segala urusan hidupku ini..
    Amin ya rabbal alamin...
    « Last Edit: 18 June, 2012, 12:31:10 AM by putri_hambali »
    Ya Allah..semoga diriku ini menjadi anak yang solehah pada kedua ibu bapaku dan isteri solehah pada suamiku..dan menjadi ibu yang mithali pada anak-anaku..amin,amin,ya rabbal alamin..

    Reply #18 18 June, 2012, 12:38:41 AM
  • Publish
  • Sejahtera hendak-NYA ke atas kalian ....

    dalam menunggu detik tu ... hati2 ada detik kematian ....

    jadi anak yg soleh pada ibubapa serta manusia ...... kalau dah biasa buat amal soleh ... kat mana2 pun ok

    mati pun dalam keadaan soleh la kot ... takkan nak belajo soleh dgn suami je kot .... lawak beno

    soleh tu ikut perintah Allah terhadap ketentuan-NYA mengikut masa, tempat dan keadaan semasa je kot

    Reply #19 18 June, 2012, 12:50:42 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    Terima kasih pak saya hamba...
    Sebab ingatkan diri ini untuk menjadi anak yang solehah pada emak dan arwah ayah..
    Sedang berusaha jadi anak yang solehah pada emak dan arwah ayah..insyaAllah...
    Doakan putri..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    126 Replies
    41170 Views
    Last post 15 August, 2013, 04:55:11 PM
    by Kahfi20
    8 Replies
    3610 Views
    Last post 12 May, 2010, 09:36:24 PM
    by cahaya pencinta
    10 Replies
    11090 Views
    Last post 24 June, 2012, 01:21:43 PM
    by rabbitah