Masalah mental dan Psikologi.

*

Author Topic: Masalah mental dan Psikologi.  (Read 4166 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

15 January, 2010, 10:10:46 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..sy dsni ingin membantu bg mrka yg mmpunyai mslh..jka anda ad mslh,insyaAllah sy akn bntu..
    « Last Edit: 15 January, 2010, 10:15:59 PM by L.O.F »

    Reply #1 15 January, 2010, 10:17:06 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum..sy dsni ingin membantu bg mrka yg mmpunyai mslh..jka anda ad mslh,insyaAllah sy akn bntu..


    takut ada yang jadi psiko baca tulisan miker yang terlalu ringkas ejaan nya tu...
    " Semua manusia tahu bagaimana
    hendak bercakap tetapi
    tidak semua orang tahu bila dia
    patut bercakap."

    Reply #2 01 December, 2011, 08:39:13 AM
  • Publish
  • Mohon menyenaraikan beza antara jenis-jenis sakit mental dan psikologi. Pada saya kedua-duanya berbeza. Satu disebabkan oleh emosi dan satu lagi disebabkan oleh keluarbiasaan tindakan kimia yang berlaku di otak.


    Reply #3 31 January, 2012, 05:17:36 PM
  • Publish
  • SAKIT MENTAL (SAKIT JIWA)
    Posted by Online Dr. On August - 26 - 2011

    Pengenalan

    Sakit mental ialah masalah psikologi atau tingkah laku seseorang yang secara amnya dikaitkan dengan kesusahan(distress) dan kecacatan(disability)  seseorang itu. Kesusahan dan kecacatan seseorang pula sangat subjektif. Tingkah laku ini semestinya bukan sebahagian daripada perkembangan yang normal atau budaya mereka.

    Contohnya dalam satu masyarakat di mana budaya mereka sering bercakap dengan kasar dan bersuara lantang, dan jika salah seorang dari mereka masuk ke dalam masyarakat lain yang lebih sopan, orang tersebut bukan diketogorikan pesakit mental kerana itu adalah budaya dia.

    Selalunya orang yang mengalami sakit mental, mengalami:

    -Gangguan perasaan atau emosi.
    -Gangguan tingkah laku.
    -Gangguan proses mental dalam memberi perhatian, mengingat, menghasilkan dan memahami bahasa,  menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
    -Gangguan dalam mentafsir maklumat deria(seperti apa yang dilihat, didengar, disentuh atau bau) dengan betul.

    Sebahagian kecil dari jenis-jenis sakit mental ialah:

        Acute stress disorder – Ia adalah gangguan stress akut yang disebabkan oleh peristiwa yang traumatik atau ngeri di mana orang tersebut akan mengalami ketakutan yang tidak pernah dijangka, yang melampau dan yang  sangat terganggu. Akibatnya ia  boleh melibatkan kecederaan atau ancaman kecederaan yang serius malah kematian terhadap diri sendiri atau orang lain. Sejurus trauma itu berlaku seseorang akan merasa keliru, pening berpusing, hilang perhatian terhadap keadaan keliling. Seolah-olah dalam sedar tak sedar. Kemudian samada seseorang itu akan mengalami lemah badan dan tidak endah dengan keadaan sekeling atau seseorang itu bertindak agresif dan perasaan marah, resah, tidak dapat berfikiran waras, keliru, hilang perasaan dan sedih. Seseorang itu juga megalami denyutan jantung yang laju, berpeluh dan merah muka. Biasanya ia boleh berakhir sehingga 2 atau 3 hari (kadang-kadang hanya beberapa jam sahaja). Bila berlarutan seseorang mengalami hilang perasaan, kebas, perasaan bahawa keadaan sekeling adalah tidak benar, tidak tahu siapa diri sendiri dan lupa ingatan. Peristiwa tarumatik atau ngeri akan bermain-main dalam fikiran secara bermimpi atau terfikir-fikir. Seseorang itu juga cuba mengelakkan apa-apa yang boleh mengingatkan peristiwa ngeri tersebut. Keadaan ini biasanya berlaku dalam masa sebulan. Jika lebih dari itu seseorang itu diketogorikan mengalamai PTSD (Post Traumatic Stress Disorder).

    Adolescent Antisocial Behaviour - Tingkah laku pro-sosial bermaksud tingkah laku seseorang yang membantu atau memberi faedah kepada masyarakat. Jadi Adolescent Antisocial Behaviour bermaksud tingkah laku anti-sosial yang yang terjadi kepada remaja (12 hingga 20 tahun) yang tidak membantu dan tidak memberi faedah kepada masyarakat. Juga tingkah laku yang tidak bertimbang rasa terhadap orang lain dan menyebabkan kerosakan dalam masyarakat samada dengan sengaja atau secara kecuaian.Dalam bidang psikiatri (Pengajian Sakit Jiwa), penyakit mental yang dipanggil Antisocial Personality Disorder, salah satu kriterianya ialah tingkah laku antisosial  yang berlaku secara berterusan.
       
    Adult Antisocial Behaviour - Tingkah laku seperti di atas tetapi berlaku kepada orang dewasa.

    Antisocial Personality Disorder – Terdapat beberapa kriteria untuk mentakrifkan gangguan personaliti antisosial:

    A) Terdapat corak perlakuan yang tidak menghormati dan melanggar hak orang lain yang berlaku sejak usia 15 tahun, seperti yang ditunjukkan oleh tiga atau lebih daripada yang berikut:

    -kegagalan untuk mematuhi norma-norma sosial (dengan merujuk kepada tingkah laku yang sah di sisi undang-undang) dengan melakukan kesalahan berulang-kali dengan perbuatan-perbuatan yang membolehkan tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa,

    - penipuan seperti menipu orang lain untuk keuntungan peribadi atau kesenangan;, berbohong berulang-kali dan menggunakan nama samaran.
    -impulsiveness atau kegagalan untuk merancang lebih awal;
    -cepat marah dan agresif, seperti menyerang atau pergaduhan secara fizikal berulang kali.
    -mengabaikan keselamatan diri sendiri atau orang lain;
    -sikap tidak bertanggungjawab yang konsisten, seperti kegagalan yang berulang untuk mengekalkan tingkah laku kerja yang konsisten atau menghormati obligasi kewangan;
    -kekurangan penyesalan, seperti tidak mempedulikan  kecederaan, dizalimi, atau dicuri daripada yang lain;

    B) Individu sekurang-kurangnya umur 18 tahun.

    C) Terdapat bukti bahawa gangguan tingkah laku ini bermula sebelum umur 15 tahun.

    D) Berlakunya tingkah laku antisosial ini bukan kerana skizofrenia (lihat keterangan di bawah) atau episod manik (lihat keterangan di bawah) semasa.

    Schizophrenia

    Sebelum itu beberapa terminology harus difahami:

    -Persepsi (perception) ialah apa yang diterima oleh pacaindera (dengar, bau, lihat, sentuh dan rasa) dan ditafsirkan oleh otak. Contohnya mata lihat bunga dan otak tafsirkan ia adalah bunga. Bila dengar orang bercakap, otak tafsirkan pendengaran itu. Bila ada sentuhan otak akan tafsirkan sentuhan itu. TETAPI bagaimana jika otak sahaja tafsirkan bau bunga sedangkan bunga semamangnya tidak ada? Atau otak tafsirkan ada dengar orang bercakap sedangkan yang sebenarnya tiada orang yang bercakap? Ini bermakna otak mentafsirkan tanpa rangsangan oleh pancaindera dan ini dipanggil Halusinasi (Hallucination).
       
    -Halusinasi (Hallucination) ialah persepsi dalam ketiadaan rangsangan. Seseorang itu dalam keadaan terjaga atau sedar. Contohnya seseorang itu dengar orang bercakap tetapi yang sebenarnya tidak wujud orang yang bercakap. Atau seseorang itu rasa disentuh tetapi sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang menyentuhnya. Maknanya otak sahaja mentafsirkan sentuhan sedangkan tiada rangsangan. Persepsi yang diterima seseorang itu kelihatan seperti betul-betul ada rangsangan walaupun sebenarnya tidak wujud rangsangan tersebut. Halusinasi tidak semestinya seseorang itu mengalami sakit jiwa atau sakit mental. Halusinasi ada beberapa jenis mengikut pacaindera:

        1.Visual Halusinasi – ternampak tanpa rangsangan
        2.Auditori Halusinasi – terdengar tanpa rangsangan
        3.Gustotari Halusinasi – lidah terasa tanpa rangsangan
        4.Tactil Halusinasi – terasa sentuhan tanpa rangsangan
        5.Olfactori Halusinasi – berbau tanpa rangsangan

    -Delusi (Delusion). Ia adalah berkenaan dengan kepercayaan dan bukan persepsi. Delusi adalah kepercayaan yang salah dan tidak betul sama sekali. Walaupun   kepercayaan itu tidak betul atau palsu, seseorang delusi itu tetap memegang kepercayaan itu dengan penuh keyakinan yang mutlak dan tidak boleh diubah oleh sesiapa. Contohnya seseorang yang delusi percaya yang dia boleh terbang seperti burung. Kepercayaan itu sangat teguh dan tidak boleh digoncang atau ubah. Jika halusinasi, seseorang itu tidak semesti berpenyakit mental tetapi seseorang yang delusi dia adalah berpenyakit mental atau berpenyakit saraf.

    -Paranoid atau paranoia. Ia adalah berkenaan dengan satu proses pemikiran seseorang. Pemikiran yang paranoid seseorang itu boleh terbawa-bawa sehingga menjadi pimikiran yang tidak rasional dan juga sehingga delusi. Pemikiran ini sangat dipengaruhi oleh perasaan bimbang (anxiety) dan perasaan ketakutan. Pemikiran paranoid biasanya kepercayaan tentang hukuman dan ancaman ke arah diri sendiri.

    Jadi Schizopherinia ialah penyakit mental yang berkaitan dengan kerosakan proses pemikiran dan tindak balas emosi. Ciri-ciri yang sering ditunjuk ialah:

        1.Auditory halusinasi(bukan halusinasi jenis lain) – mendengar sesuatu yang sememangnya tidak wujud seperti terdengar kanak-kanak menangis waktu malam sedangkan kanak-kanak tersebut tidak wujud.
        2.Delusi yang aneh-aneh.
        3.Paranoid
        4.Percakapan dan pertuturan yang tidak teratur.
        5.Masalah sosial dan masalah kerjaya yang ketara.

    Orang-orang yang diketogorikan gila mungkin juga dari jenis schizophrenia. Sekiranya seseorang yang gila jenis schizophrenia ini terdengar-dengar (Auditory Halusinasi)  satu arahan (yang tidak wujud) untuk membunuh, dan dia juga paranoid dan delusi yang dia diancam (sememangnya tidak wujud), orang gila jenis ini sangat merbahaya dan boleh mencederakan orang bila-bila masa.

    Mania

    Ia adalah keadaan seseorang seperti berikut:

    -Perasaan yang sangat senang dan suka hati yang amat sangat. Mania umumnya dicirikan oleh perasaan atau mood yang sangat ceria pada satu-satu tempoh tertentu. Keadaan ini kadang-kadang terbawa-bawa sehingga ke peringkat euphoria (perasaan kebahagiaan atau kesejahteraan yang amat sangat).
     
    -Seseorang itu biasanya akan menjadi kuat, bertenaga dan begitu aktif sehingga masa dia untuk tidur dan rehat sangat sedikit.Tidur hanya sekadar 3 atau 4 jam sehari dan sesetengah dari mereka tidak perlu tidur sehingga beberapa hari.

    -Percakapan seseorang itu seperti ada tekanan untuk bercakap dengan pantas dan tiada batasan. Seolah-olah dalam keadaan yang memerlukan segera. Pendengar tidak jelas dan tidak akan faham apa yang dicakapkan.

    -Fikiran yang dialami seperti berlumba-lumba kerana bermacam-macam idea yang masuk ke dalam otaknya.

    -Daya tumpuan atau konsentrasi sangat lemah dan pendek. Mereka tidak boleh menumpukan pada sesuatu untuk jangka masa yang lama.

    -Mereka senang terganggu. Ini membuatkan pemikiran dan percakapan mereka tidak konsisten.

    -Untuk membuat satu-satu keputusan adalah sangat lemah.
    -Mereka boleh membuat perkara yang luar biasa seperti membeli belah tanpa had atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya. Juga melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah, arak atau pil tidur.

    -Kelakuan mereka boleh menjadi agresif, tidak bertoleransi atau mengganggu ketenteraman awam.  Mereka merasa orang ramai tidak dapat menghalang mereka.

    -Rangsangan atau daya seksual juga boleh meningkat.

    -Pada fasa yang lebih ekstrem seseorang itu menjadi psikosis atau gila di mana pemikiran realitinya sudah hilang. Mereka tidak lagi kenal diri mereka sebenar dan tempat mereka berada yang sebenar. Keadaan ini bersertakan dengan delusi.

    Major Depressive Disorder (Kemurungan).

    Seseorang itu mengalami satu perasaan (mood) yang sangat rendah, rasa rendah diri yang amat sangat dan kehilangan minat atau nikmat dalam aktiviti-aktiviti yang biasanya menyeronokkan.

    Keadaan ini boleh melumpuh dan  menjejaskan kehidupan sesebuah keluarga, kerjaya atau pembelajaran seseorang. Tabiat tidur dan makan minum dan kesihatan seseorang itu turut terjejas. Di Amerika Syarikat, kira-kira 3.4% daripada orang yang mengalami Major Depressive Disorder (kemurungan) membunuh diri.

    Kemurungan ini harus dikesan pada peringkat awal lagi untuk mengelakkan daripada susah untuk dipulihkan atau pemulihan yang perlahan. Ini akan menjejaskan dan memburukkan lagi kesihantan seseorang itu. Serangan ini biasanya bermula pada umur di antara 20 dan 30 tahun, dengan kemuncaknya antara 30 dan 40 tahun.

    Ciri-cirinya seperti berikut:

    1.Kemurungan berlaku pada kebanyakan masa dalam sehari dan berlaku hampir setiap hari, seperti yang dinyatakan oleh pesakit (contohnya, merasa sedih atau kekosongan) atau pemerhatian yang dibuat oleh orang lain (misalnya, muncul menangis). Jika kanak-kanak atau remaja, ini boleh dicirikan sebagai perasaan cepat marah.

    2.Hilang keinginan atau kesoronokan dalam semua atau hampir semua aktiviti pada kebanyakan masa dalam satu hari dan berlaku hampir setiap hari.

    3.Hilang berat badan yang ketara sedangkan ia tidak disengajakan (tidak lakukan diet) atau berat badan yang menaik dengan ketara. Iaitu perubahan berat badan 5% daripada berat badan dalam sebulan. Selera makan samada mengurang atau meningkat setiap hampir setiap hari.

    4.Insomia (tak dapat tidur)atau hypersomnia (terlebih tidur)  hampir tiap-tiap hari.

    5.Terdapat kelakuan psikomotor seperti mengetuk kaki ke lantai, mengetuk jari di meja, berjalan secara perlahan-lahan seperti ketakutan atau kelakuan lain yang tidak disedari atau disegajakan. Ini juga berlaku hampir setiap hari.

    6.Keletihan dan kepenatan hampir setiap hari.

    7.Perasaan tidak berguna terhadap diri sendiri atau rasa bersalah berlebihan yang tidak berpatutan dan berlaku hampir tiap-tiap hari.

    8.Hilang keupayaan untuk berfikir, menumpukan perhatian atau tidak mampu membuat keputusan. Ini juga berlaku hampir tiap-tiap hari.

    9.Sentiasa terfikir tentang kematian dan keinginan untuk membunuh diri yang berulang-ulang.

    Jika kemurungan disebabkan kehilangan atau kematian seseorang yang disayangi dan kemurungan ini tidak melebihi 2 bulan, ia mungkin kemurungan biasa sahaja dan bukan Major Depressive Disorder.


    Generalized Anxiety Disorder (GAD)

    Ciri-ciri seseorang yang mengalami GAD ialah berperasaan kebimbangan serta gemuruh yang berlebihan dan yang diperbesar-besarkan. Bimbang tentang pelbagai peristiwa kehidupan seharian tanpa sebab yang jelas dan munasabah. Orang dengan gejala gangguan kebimbangan ini  cenderung untuk sentiasa memikirkan tentang kemungkinan bencana atau kemalangan akan berlaku. Seseorang itu juga tidak dapat mengelak dari merasa bimbang tentang kesihatan, wang, keluarga atau pekerjaan. Kebimbangan mereka tidak realistik atau terkeluar dari situasi yang sebenar. Ini membuatkan kehidupan harian pengidap GAD  sentiasa dalam keadaan bimbang dan ketakutan.  Akhirnya, ini akan mengganggu tugasan harian, termasuk kerja, sekolah, aktiviti sosial dan perhubungan dengan seseorang.

    Apakah gejala-gejala GAD?

    Jelas sekali GAD menjejaskan pemikiran seseorang , tetapi kebimbangan itu boleh juga membawa kepada gejala fizikal, termasuk:

    -Kebimbangan dan ketegangan yang berlebihan dan berterusan.
    -Pandangan masalah yang tidak realistik.
    -Kegelisahan atau gelabah
    -Mudah marah
    -Ketegangan otot
    -Sakit kepala
    -Berpeluh
    -Sukar menumpukan perhatian
    -Loya
    -Perlu pergi ke bilik air dengan kerap
    -Keletihan
    -Masalah untuk mulakan tidur dan tidur dengan nyenyak.
    -Menggeletar
    -Menjadi mudah terkejut

    http://sakitanda.com/2011/08/26/sakit-mental-sakit-jiwa/
    halaqahforum4

    Reply #4 31 January, 2012, 05:19:12 PM
  • Publish
  • Mohon menyenaraikan beza antara jenis-jenis sakit mental dan psikologi. Pada saya kedua-duanya berbeza. Satu disebabkan oleh emosi dan satu lagi disebabkan oleh keluarbiasaan tindakan kimia yang berlaku di otak.

    Nak juga tahu jawapan untuk ni. Sebab rata-rata buat search pacik google, jawapan mental dan psikologi adalah lebih kurang sama. (Tak tahulah kot terlepas pandang)

    Reply #5 31 January, 2012, 06:51:42 PM
  • Publish
  • Mungkin respon saya tidaklah menjawab kepada persoalan jenis-jenis penyakit Mental vs Psikologi....

    Tapi lebih kepada perkongsian mengenai Psikologi...

    ...~.~.~.~...

    Psikologi

    Psikologi bergabung dengan biologi istilah Greek yang merujuk kepada kajian sains, iaitu bidang sains yang berkaitan dengan tingkahlaku dan pemikiran manusia.

    Psikologi terbahagi kepada beberapa bidang khusus misalnya psikologi klinikal, psikologi pendidikan, psikologi kesihatan, psikologi industri, dan psikologi sosial. Biasanya psikologi klinikal yang memberi rawatan untuk gangguan dan kecelaruan mental kerana mereka telah diberikan latihan khusus dalam menangani penyakit-penyakit tersebut.

    "Keadaan yang biasanya dirawat oleh psikologi klinikal adalah seperti permasalahan dari sudut pendidikan seperti anak malas belajar, berperilaku agresif, ponteng, takut sekolah, masalah rumahtangga dan keluarga, di samping kecelaruan mental tertentu seperti kemurungan dan keresahan yang ringan", jelas Prof. Dr. Muhammad Najib Mohamad Alwi, Pakar Psikiatri dari Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya.

    ...~.~.~.~...

    Sumber : Majalah iSihat 
    ~ Hitam Hitam Si Tampuk Manggis, Sungguhpun Hitam Tampak Manis ~

    Reply #6 31 January, 2012, 08:31:51 PM
  • Publish
  • sakit mental godaan syaitan, jin, bunian
    diri ada yang lain menjadi driver

    tak percaya?

    bawalah yang sakit datang jumpa kami, inshallah, lihat apa akan berlaku
    hanya yang berilmu, yakin Allah tanpa gangguan syaitan, inshallah terlepas

    atau jika ada dampingan, kamu sambut beri makan ia, selamatlah
    tapi mampu ke saban tahun beri makan, beberapa generasi manusia

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    24 Replies
    3625 Views
    Last post 21 February, 2011, 11:03:36 AM
    by bolobeh
    15 Replies
    3955 Views
    Last post 06 April, 2011, 11:10:35 AM
    by stonez145
    1 Replies
    291 Views
    Last post 29 June, 2014, 05:04:32 PM
    by al-baab