Kelebihan Selawat

Author Topic: Kelebihan Selawat  (Read 26540 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

alhaqier

  • *
  • alhaqier ilallah
    • View Profile
14 January, 2010, 12:17:33 PM
 :)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين فهو رب العرش العظيم الذى يُصلّ على النبى. والصلاة والسلام محقق على رسول الله صلى الله عليه وسلم حق قدره ومقدره العظيم, وعلى آله أطهار وأصحاب الأخيار
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama chek terpaksa berhenti dari menulis artikel berkenaan selawat ini kerana terpaksa menjalani rawatan di hospital, kini chek ingin menyambung sikit tajuk ini. Sudah lama terbuku dalam hati untuk menyambung tajuk ini dan dengan taufik dari Subhanahu Wa Taala boleh juga chek menyambung tajuk ini. Tambahan pula esok adalah hari jumaat, jadi amat sesuai chek menyentuh sikit tajuk ini.
Jadi, untuk kali ini chek nak menjawab atau menjelas sedikit kekeliruan dan keraguan yang dihadapi oleh sahabat-sahabat chek yang kerap bertanyakan kepada chek soalan-soalan yang lebih kurang beginilah bunyinya :-
1.   Kami dah berselawat tapi kenapa hati masih tak tenang? Bukankah selawat dapat menenangkan hati?
2.   Kami dah berselawat tapi masih menjadi pemarah.
3.   Kami dah berselawat tapi hajat kami masih tak tercapai.
4.   Kami dah berselawat tapi penyakit kami masih tak sembuh.
5.   Kami dah berselawat tapi susah juga nak mengaji.
6.   Kami dah berselawat tapi masih tak berupaya untuk melakukan ibadat.
7.   Kami dah berselawat tapi masih melakukan maksiat.
8.   Kami dah berselawat tapi kenapa rezeki tak melimpah seperti yang dijangka?
9.   Kami dah berselawat tapi kenapa masih tak mendapat jodoh?
10.   Dan berbagai-bagai soalan yang berkaitan permasalahan selawat.


Justeru, seperti yang kita ketahui, selawat ini mempunyai berbagai-berbagai kelebihan dan manfaat. Tidak kira apa jenis atau nama selawat yang anda amalkan, semua itu adalah bagus. Contohnya seperti Selawat Tafrijiyyah dapat memudahkan urusan, Selawat Syifak dapat menyembuhkan penyakit, Selawat Anwariyyah dapat memudahkan mendapat ilmu, Selawat Fatih dapat merungkaikan segala kesulitan, Selawat Munjiyah dapat menunaikan hajat. Dan beratus atau beribu jenis selawat-selawat yang lain. Jika hendak mengamalkan semua selawat yang terdapat di atas muka bumi ini kemungkinan kita tak mampu dengan lemahnya himmah(keazaman) dan kesibukan kita mengejar urusan dunyawi, maka cukuplah di amalkan 1 atau 2 selawat tetapi secara istiqamah(konsisten). Jangan ditinggalkan dan jangan bersemangat untuk mengamalkannya secara banyak sekaligus kemudian terus hi-hi bye-bye.
Maka chek dengan penuh rendah diri dan berharap kepada hidayah dan taufik daripada Allah Jalla Jalaluh akan cuba menjawab segala permasalahan ini dengan ilmu yang sedikit yang chek ada nih...

Sila klik di sini utk membaca sambungannya...
http://www.alfaatihwalkhaatim.blogspot.com
بارك الله لنا

Reply #1 11 April, 2010, 02:42:08 PM
Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

Manakah yang lebih utama: Sedeqah ( wajib atau Sunnah ) atau Selawat Nabi saw.??

Abu Abdillah al-Radhaa, di dlm kitab Tuhfatul Akhyaar mengatakan bahawa banyak sekali atsar yg disebutkan oleh sebahagian ulama' yg mengatakan bahawa selawatatas Nabi saw itu lebih utama dari sedeqah fardhu dan sunnah...

Pernah seorang ulama' dari Damsyik ditanya, apakah selawat atas Nabi saw itu lebih utama dari sedeqah fardhu, atau sebaliknya..??Beliau menjawab : " Selawat atas Nabi lebih utama " Lalu ditanya " Apa alasannya" ??

Beliau menjawab " suatu kewajipan yg dikerjakan oleh Allah sendir dan dilakukan pula oleh para malaikatNya, serta diperintahkanNya kepada hamba-hambaNya, sudah tentu perbezaannya dengan kewajipan yang hanya diwajibkanNya hanya atas hamba-hambaNya sahaja..

Pernyataan ulama' ini diambil oleh al-Sakhawi di dalam kitab al-Qaulul Badii' dan di akuinya..wallahu'alam

Marilah kita sentiasa berselawat pada Baginda Mulia Junjungan Besar Nabi Muhamad saw, serta keluarga dan para sahabatnya..tanpa mengharap apapun ganjarannya, sekiranya didlm solat ianya dianggap sebagai rukun, dan diluar solat pula semata-mata kerana rasa penuh adab, sayang hurmat dan rindu yg teramat rindu...mudahan bertemu wajahnya..Ya Habibullah Muhamad RasulAllah saw..amin.
Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

SNF

  • *
  • "Kau ibarat permata berharga"
    • View Profile
Reply #2 11 April, 2010, 08:03:13 PM
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari riwayat Thabrani

Reply #3 11 April, 2010, 08:46:08 PM
Solawat at-Tafrijiyyah

~ Begin with the End in Mind ~

Reply #4 18 April, 2010, 09:34:49 PM
Minta yang 'arif tolong tuliskan solawat ni dalam tulisan arab:

tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah

ya allah
syumusilhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah


--->>> syukron jazilan
 

Reply #5 18 April, 2010, 09:56:43 PM
Minta yang 'arif tolong tuliskan solawat ni dalam tulisan arab:

tawassalna bi bismillah
wa bil hadi rasulillah
wa kulli 'arifin billah
wa ahlillahi ya allah

--->>> syukron jazilan
 

توسلناببسم الله
وبالهادي رسول الله
و كل عارف بالله
وأهل الله ياالله

kecik sangat tulisannya.. maaf tak pandai nak besarkan.

Reply #6 18 April, 2010, 10:06:41 PM
ya allah
syumusilhuda
shuyukhil waraa
nujuu min nada
bihinnas lamu min kulli aza
bi qadrillahi ya allah

ياالله شموش الهدى شيوخ الورى
نجوم الندى
بهم نسلم من كل أذى
بقدر الله ياالله

Reply #7 18 April, 2010, 10:18:04 PM

توسلنا ببسم الله
وبالهادى رسول الله
وكل عارف بالله
واهل الله يا الله

يا الله شموس الهدى
شيوخ الورى
نجوم الندى
بهم نسلم من كل أذى
بقدر الله يا الله


terima kasih ustaz...

Reply #8 18 April, 2010, 10:36:36 PM
hmm...apa maksudnya ye?
 betul ke ni solawat?

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #9 18 April, 2010, 10:46:42 PM
Solawat at-Tafrijiyyah


:)
Apa ya fadhilah solawat ini? :jaz:
İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

Reply #10 18 April, 2010, 10:59:52 PM

توسلنا ببسم الله
وبالهادى رسول الله
وكل عارف بالله
واهل الله يا الله

يا الله شموش الهدى
شيوخ الورى
نجوم الندى
بهم نسلم من كل أذى
بقدر الله يا الله


terima kasih ustaz...

maksudnya:

Kami bertawasul dengan Bismillah
dan (bertawasul) dengan al-Hadi (pemberi petunjuk jalan) iaitu Rasulullah
dan (bertawasul) dengan setiap orang yang arif dengan Allah (mengenali Allah sebenar2 kenal)
dan (bertawasul) dengan ahli Allah (orang yang hampir dengan Allah)
Ya Allah

Ya Allah!
(Kami bertawasul dengan) matahari2 petunjuk
dengan ketua-ketua segala makhluk
dengan bintang2 titisan embun
melalui mereka, kami selamat dari segala kejahatan
dengan takdir Allah
Ya Allah

dol_bendol

  • *
  • http://al-merapu.blogspot.com
    • View Profile
Reply #11 18 April, 2010, 11:12:43 PM
Solawat at-Tafrijiyyah


:)
Apa ya fadhilah solawat ini? :jaz:

terurai segala simpulan, tercapai segala hajat, makannya apa ya, bukankah itu fazilatnya
jangan sekadar tahu baca, dalami maknanya, barulah ada isi pekerjaan tu

Eyda Aam

  • *
  • Wanita solehah adalah sebaik2 perhiasan duniawi
    • View Profile
Reply #12 18 April, 2010, 11:20:12 PM
SELAWAT BADWI
Allahummasolli wasallim 'ala nuuril anwar
wasirrilasror
watiryaqhil aqhyar
wamiftaa hibaabilyasar
Saidina wamaulana Muhammadinilmuqhtar
Wa alihil athhar Waash haabihil aqhyar
'adadani 'amillahiwaif dholigh

Terjemahan:
Ya Allah, limpahkan sholawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
sir(rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Sholawat dan salam sebanyak bilangan
Ni'mat Allah dan kelebihanNya.

(sungguh syahdu)
ALLAH sentiasa dekat dengan kita.

Reply #13 18 April, 2010, 11:21:25 PM
Solawat at-Tafrijiyyah


:)
Apa ya fadhilah solawat ini? :jaz:

terurai segala simpulan, tercapai segala hajat, makannya apa ya, bukankah itu fazilatnya
jangan sekadar tahu baca, dalami maknanya, barulah ada isi pekerjaan tu

ye halawah....itulah fadilatnya...

Reply #14 18 April, 2010, 11:24:20 PM

توسلنا ببسم الله
وبالهادى رسول الله
وكل عارف بالله
واهل الله يا الله

يا الله شموس الهدى
شيوخ الورى
نجوم الندى
بهم نسلم من كل أذى
بقدر الله يا الله


terima kasih ustaz...

maksudnya:

Kami bertawasul dengan Bismillah
dan (bertawasul) dengan al-Hadi (pemberi petunjuk jalan) iaitu Rasulullah
dan (bertawasul) dengan setiap orang yang arif dengan Allah (mengenali Allah sebenar2 kenal)
dan (bertawasul) dengan ahli Allah (orang yang hampir dengan Allah)
Ya Allah

Ya Allah!
(Kami bertawasul dengan) matahari2 petunjuk
dengan ketua-ketua segala makhluk
dengan bintang2 titisan embun
melalui mereka, kami selamat dari segala kejahatan
dengan takdir Allah
Ya Allah

Syukron ustaz hasin...saya selalu dengar ni kat radio ikim, tapi tak tahu sebutannya dan tahu sikit2 je maknanya...   :jaz:

Reply #15 18 April, 2010, 11:48:21 PM
alhamdulillah.

berilah aku setitis kasih sayang wahai zat yang maha pengasih lagi penyayang. Agar hidupkan sejahtera.
bimbinglah juga dunia dan akhiratku kelak:

SINARILAH WAJAHKU PADA SAAT ORG ORG LAIN BERMUKA MASAM.

allahummasolli 'ala syaidina muhammad, wala 'ahli syaidina muhammad


halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #16 19 April, 2010, 02:55:45 PM
Solawat at-Tafrijiyyah


:)
Apa ya fadhilah solawat ini? :jaz:

terurai segala simpulan, tercapai segala hajat, makannya apa ya, bukankah itu fazilatnya
jangan sekadar tahu baca, dalami maknanya, barulah ada isi pekerjaan tu

ye halawah....itulah fadilatnya...
Syukran  :jaz:
Di sini ana mahu berkongsi Ilmu yang telah ana dapat dari sebuah Kitab jawi lama;


Dari kitab Sirrussalikien;Juz 1 , muka surat 119
Al-‘Arif Billah As-Syeikh Abdussomad Al-Falambani

كات إمام القرطبى:
برعسياف  معكا لي أتس صلواة اين تيف هاري امفة فوله ساتو كالي
اتو سراتوس كالي
اتو لبه بيلعن مك داعكة اوله الله تعالي اكن دوكاث كسديهن ,مضراة,بهيا,
مك دلواسكن رزقي دان بوكاكن فدث سكالا فينتو كباجيكن دان دلولسكن كلمهن سرت دامانكندي درفد داتع حوادث الزمان دان درفد فاف ,دمستجابكن فينتأن ,
برعسياف يع هندق معحاصيلكن ساتو  فكرجأن يع بسر أتو هندق منولقكن بلاء يع منداتع مك هندقله أي ممباج صلوات تفريجية/دنامكن جوك صلوات نارية سباثق أمفة ريبو أمفة راتوس أمفة فوله أمفة كالي سرت ب بر توسل كفد جنجوعن نبينا محمد صلي الله عليه وسلم   
[/size][/size] :syukur:

Reply #17 19 April, 2010, 03:20:14 PM
sama2 kita berselawat semata2 kerana melahirkan rasa cinta pada Rasulullah,fadhilat tu tolak tepi dulu lah kot

http://not allowed to post personal ad link

nazri0070

  • *
  • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
    • View Profile
Reply #18 10 September, 2010, 05:03:00 PM
sama2 kita berselawat semata2 kerana melahirkan rasa cinta pada Rasulullah,fadhilat tu tolak tepi dulu lah kot

http://not allowed to post personal ad link

Pada saya tak pe sebagai permulaan murid/salik beramal mengharap fadhilat...hadis2 berkenaan fadilat adalah seumpama kata motivasi/galakan/perangsang untuk beramal..mudah2an atas limpah kurnia dan taufik hidayah Allah, datang keikhlasan...
"Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

halawah

  • *
  • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    • View Profile
Reply #19 05 December, 2010, 07:16:18 PM
- Sayyidul Istighfar
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم أنت ربي لإله إلا أنت خلقتني
 وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
أستغفرك و أتوب إليك


بسم الله الرحمن الرحيم
Solawat As-syifa’/Thib
صلوات الشفاء/ طب
اللهم صل علي سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية الأبدان وشفائها ونورأبصارها وضيائها وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

صلوات الشفاء/ طب
اللهم صل علي سيدنا محمد طب القلوب ودوائها وعافية أجسامها وشفائها ونورأبصارها وجلائها وعلى آله وصحبه وسلم تسليما كثيرا

صلواة النارية\التفريجية/ الكامل
Selawat an-Nariyyah / Selawat at-Tafrijiyyah /  Selawat Kamilah

سبحانك اللهم و بحمدك أشهد أن لا إله إلا أنت
أستغفرك و أتوب إليك
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل   صلاة كاملة وسلم سلاماتاما على سيدنا محمدن الذي تنحل به العقد وتنفرج به الكرب وتقضي به الحوائج وتنال به الرغائب وحسن الخواتم ويستسقى الغمام بوجهه الكريم وعلى آله وصحبه فى كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

Dari kitab Sirrussalikien;Juz 1 , muka surat 119 Al-‘Arif Billah As-Syeikh Abdussomad Al-Falambani

كات إمام القرطبى:
برعسياف معيرا\معهيتوع  /معكا لي  أتس صلواة اين تيف هاري امفة فوله ساتو كالي اتو سراتوس كالي اتو لبه بيلعن مك داعكة اوله الله تعالي اكن دوكاث كسديهن ,مضراة,بهيا, مك دلواسكن رزقي دان بوكاكن فدث سكالا فينتو كباجيكن دان دلولسكن كلمهن سرت دامانكندي درفد داتع حوادث الزمان دان درفد فاف ,دمستجابكن فينتأن , برعسياف يع هندق معحاصيلكن ساتو  فكرجأن يع بسر أتو هندق منولقكن بلاء يع منداتع مك هندقله أي ممباج صلوات تفريجية/دنامكن جوك صلوات نارية سباثق أمفة ريبو أمفة راتوس أمفة فوله أمفة كالي سرت ب بر توسل كفد جنجوعن نبينا محمد صلي الله عليه وسلم

Kata Imam Qurtubi;"Barangsiapa mengira/menghitung/mengkali(calculate) (yakni mengamalkan) solawat ini tiap hari sebanyak 41X atau 100X atau lebih dari bilangan itu
maka diangkat/dihilangkan oleh  Allah akan dukanya kesedihannya ,ketika mudharat ( bahaya)dan  Allah akan luaskan rezki , dibukakan padanya segala pintu kebajikan dan diluluskan kelemahan serta diamankan dia daripada datang hawadis/kejadian musibah dan elak daripada papa,dimustajabkan permintaan/permohonan/doa(makbulkan doanya)
Barangsiapa yang hendak menghasilkan/mendapatkan satu pekerjaan yang besar atau hendak menolak balak yang mendatang maka hendaklah ia membaca solawat tafrijiyyah atau dinamakan juga solawat nariah/kamilah ini ; dibaca sebanyak 4444 serta bertawassul kepada junjungan Nabi kita Muhammad saw. :ins:
akan berhasil baik...

divider3
halaqahforum4