Penceraian:Bolehkah isteri nusyuz tuntutan mutaah dan iddah?

Author Topic: Penceraian:Bolehkah isteri nusyuz tuntutan mutaah dan iddah?  (Read 8275 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

rossli

  • *
  • Posts: 2
    • View Profile
10 January, 2010, 02:42:41 PM
  • Publish Di FB
  • salam...buat semua...masaalah saya, isteri saya minta dilepaskan... isteri saya minta tuntutan hak selama menjadi isteri... mutaah dan iddah, kami sudah berumahtangga selama 11 setengah tahun, belum mempunyai anak, dan kami mengambil anak angkat, masaalahnya dia keluar rumah tampa izin saya selama 8 bulan, dia pernah curang terhadap saya, sedangkan saya jujur terhadap dia, patutkah dia menuntut hak dia sebagai isteri bila bercerai... saya belum jatuh kan talak sampai sekarang... ape kah hukumnya terhadap saya kalau saya berkeras tidak memberi ape yang di tuntut.

    ... minta pendapat...


     (sepi seorang perindu)
    « Last Edit: 10 January, 2010, 02:46:20 PM by Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 10 January, 2010, 05:47:43 PM
  • Publish Di FB
  • salam...buat semua...masaalah saya, isteri saya minta dilepaskan... isteri saya minta tuntutan hak selama menjadi isteri... mutaah dan iddah, kami sudah berumahtangga selama 11 setengah tahun, belum mempunyai anak, dan kami mengambil anak angkat, masaalahnya dia keluar rumah tampa izin saya selama 8 bulan, dia pernah curang terhadap saya, sedangkan saya jujur terhadap dia, patutkah dia menuntut hak dia sebagai isteri bila bercerai... saya belum jatuh kan talak sampai sekarang... ape kah hukumnya terhadap saya kalau saya berkeras tidak memberi ape yang di tuntut.

    ... minta pendapat...


    Quote
    dia keluar rumah tampa izin saya selama 8 bulan,

    Quote
    dia pernah curang terhadap saya

    Maka ,merujuk masalah tuan, isteri curang dan keluar rumah tanpa izin boleh dikategorikan dalam nusyuz dari segi perbuatan. Menurut ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

    (2) Tertakluk kepada Hukum Syarak dan pengesahan Mahkamah, seseorang isteri tidaklah berhak mendapat nafkah apabila dia nusyuz atau enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suaminya, iaitu, antara lain. Dan ini termasuklah   nafkah muta'ah dan nafkah eddah.
    (a) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya;
    (b) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya; atau
    (c) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke suatu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak.

    (3) Selepas sahaja isteri itu bertaubat dan menurut kemahuan dan perintah sah suaminya, maka isteri itu tidaklah lagi menjadi nusyuz.

    « Last Edit: 23 February, 2010, 09:56:09 AM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    wana67

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #2 20 January, 2010, 12:11:41 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum,

    saya ada soalan berkenaan tuntutan nafkah, dan hak saya untuk menuntut cerai. saya telah berpisah dengan suami hampir dua tahun. saya meninggalkan rumah setelah mendapati dia curang, dan dia telah memukul saya atas alasan tidak taat.

    saya tidak ada saksi untuk membuktikan dakwaan curang ini. tetapi saya telah meninggalkan rumah atas alasan yang berikut:

    1. dia telah curang - saya telah menemui bukti bertulis cth. email, yang tidak secara jelas menunjukkan berlakunya perzinaan, tetapi membuktikan terdapatnya "extra marital affairs".
    2. dia tidak berakhlak - suami membuat pengakuan lisan bahawa dia telah membuat hubungan kelamin dengan beberapa wanita. tetapi dia kemudian menarik balik pengakuannya dengan alasan saya "memaksa"nya untuk mengaku.
    3. saya bimbang kesihatan diri - saya percaya dia memang pernah melakukan hubungan tersebut. beberapa kali dia telah menemui doktor untuk merawatnya atas simptom2 yang berkaitan dengan penyakit kelamin, eg. discharge, genital warts. sekali lagi, saya tiada bukti melainkan simptom yang saya nampak sendiri dan tuturan lisannya yang mengatakan dia dinasihati oleh doktor untuk memikirkan tentang anak dan isteri.
    4. saya bimbang keselamatan diri dan harta benda saya - dia telah memukul, menendang dan menarik rambut saya di hadapan anak2. dia juga telah menghempas 2 komputer riba saya hingga hancur dan tidak boleh diperbaiki kerana katanya saya ada "affair" dengan lelaki lain.

    sejak saya meninggalkan rumah, dia tidak pernah memberi sara hidup kerana dakwanya saya nusyuz. kini dia telah bersetuju untuk menceraikan saya sekiranya saya menandatangani perjanjian yang meletakkan 2 syarat: 1. saya tidak menuntut harta sepencarian 2. hadanah anak yang kecil diberikan kepadanya. namun dia berdolak dalik dan menangguh2kan proses perceraian ini.

    soalan saya:
    1. sekiranya saya menandatangani perjanjian ini, adakah luput sepenuhnya hak saya ke atas harta sepencarian dan anak?
    2. adakah mahkamah boleh mensabitkan saya sebagai nusyuz sedangkan saya punya alasan yang tersebut di atas untuk meninggalkan rumah?
    3. apakah hak2 saya yang luput sekiranya mahkamah mensabitkan saya nusyuz? sebaliknya, apakah hak yang boleh saya tuntut?
    4. apakah cara terbaik untuk saya memohon cerai? taklik atau fasakh?
    5. berapa lamakah kedua2 proses itu?

    fyi, saya berkahwin hampir 20 tahun, dan saya telah bersabar dengan kelakuannya selama 10 tahun demi anak2, dan kerana saya berharap dia berubah. tetapi pengakuan lisan yang dia buat itu merupakan "final straw" dan saya tidak mungkin dapat bahagia bersamanya atau menerimanya semula.

    sekian, terima kasih.

    wana

    Jawab #3 23 February, 2010, 10:43:44 AM
  • Publish Di FB
  • WAALAIKUMSALAM...NAMPAK BERAT MASALAH PUAN...TAPI AKAN SAYA USAHAKAN UNTUK MENJAWAB SATU PERSATU...

    FIRMAN ALLAH TAALA (APABILA KAMU MENTALAK ISTERI-ISTERIMU LALU MEREKA MENDEKATI AKHIR IDDAHNYA MAKA RUJUKLAH MEREKA DENGAN CARA BAIK ATAU CERAIKAN MEREKA DENGAN CARA BAIK) SURAH AL-BAQARAH AYAT 231

    SABDA RASULLULLAH S.A.W (3 PERKARA YANG KALAU DIPERMAINKAN JADI BETUL-BETUL DAN KALAU BENAR-BENAR PUN JADI BETUL-BETUL IANYA NIKAH ,TALK DAN RUJUK)

    SOLAN PERTAMA PUAN
    sekiranya saya menandatangani perjanjian ini, adakah luput sepenuhnya hak saya ke atas harta sepencarian dan anak?

    JAWAPAN....tak kerana puan ada hak ke atas perkara tersebut suami tak sepatutnya buat perjanjian itu,segala yang berlaku di luar mahkamah walau pun dalam rundingcara hal cerai rujuk ianya tak dikira...

    SOALAN KEDUA PUAN
    adakah mahkamah boleh mensabitkan saya sebagai nusyuz sedangkan saya punya alasan yang tersebut di atas untuk meninggalkan rumah?

    JAWAPAN...tak kerana puan cuba menyelesaikan maslah sang suami dengan kebaikan tetapi suami menggunakan kekerasan sehingga membuatkan luka serta mudharat pada puan...sebab tu NABI larang untuk memukul isteri di wajah kerana wajah adalah tempat yang mana ALLAH muliakan pada anak-anak ADAM dan suami tak sepatutnya mengambil jalan dengan memukul adalah sebagai jalan penyelesaian kerana isteri tempat suami mencurahkan kasih sayang dan menjaga nefsu dari perbuatan maksiat


    SOALAN KETIGA PUAN
    apakah hak2 saya yang luput sekiranya mahkamah mensabitkan saya nusyuz? sebaliknya, apakah hak yang boleh saya tuntut?

    JAWAPAN...yang ni ye...kalau puan di dapati bersalah oleh mahkamah dan ternyata puan nusyuz (curang) maka puan akan ada hak yang terlucut..yang ni puan kene tanya mahkamah sebab lain negeri lain caranya...saya pun pelik sedangkan negara MALAYSIA tapi setiap negeri ada timbangan dan kayu ukur mereka...

    SOALAN KE EMPAT PUAN
    apakah cara terbaik untuk saya memohon cerai? taklik atau fasakh?

    JAWAPAN...talak suami yang pegang...jadi sekiranya tak ada jalan penyelesaian maka penceraian adalah jalan terakhir...mesti di ingat kerana NABI bersabda dalam satu hadis (PERKARA YANG PALING ALLAH MARAH TAPI HALAL IALAH TALAK)...taklik ni pecahan daripada talak puan...dia ada satu lagi di panggil khuluk...khuluk ni tebus diri...suami minta bayaran kerana tak mahu ceraikan isteri dan isteri mampu bayar dengan bayaran yang di minta dan isteri setuju jumlahnya maka terjadi khuluk...ulamak berselisih pendapat adakah khuluk ini sama dengan talak atau fasakh...jadi kalau khuluk puan tak boleh kembali semula pada suami puan begitu juga fasakh..

    SOALAN KELIMA PUAN
    berapa lamakah kedua2 proses itu?

    JAWAPAN...bergantung pada prosedur mahkamah...

    setakat ini yang saya mampu berikan pada puan...kalau ada salah dalam memberi jawapan harap bertanya pada yang lebih arif...apa yang baik itu datang dari ALLAH TAALA dan yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

    MASIH ADA LAGI PELUANG UNTUK BERTAUBAT

    INGAT ALLAH SELALU

    ASSALAMUALAIKUM

    Jawab #4 23 February, 2010, 11:07:26 AM
  • Publish Di FB
  • waalaikumsalam.....maaf puan saya ada guna hurup besar pada jawapan sebelum ini....khuatir berlaku fitnah jadi sy jawab semula dengan huruf-huruf yang sesuai...

    Firman Allah Taala (apabila kamu mentalak isteri-isterimu,lalu mereka mendekati akhir iddahnya,lalu rujuklah mereka dengan cara baik,atau ceraikan mereka dengan cara baik) surah al-baqarah ayat 231

     Sabda rasullullah s.a.w (3 perkara kalau main-main jadi betul-betul dan kalau benar-benar pun jadi betul-betul ianya nikah,talak dan rujuk)


    soalan pertama
    sekiranya saya menandatangani perjanjian ini, adakah luput sepenuhnya hak saya ke atas harta sepencarian dan anak?

    jawapan....tak kerana puan ada hak ke atas perkara tersebut suami tak sepatutnya buat perjanjian itu,segala yang berlaku di luar mahkamah walau pun dalam rundingcara hal cerai rujuk ianya tak dikira...

    soalan kedua
    adakah mahkamah boleh mensabitkan saya sebagai nusyuz sedangkan saya punya alasan yang tersebut di atas untuk meninggalkan rumah?
    jawapan...tak kerana puan cuba menyelesaikan maslah sang suami dengan kebaikan tetapi suami menggunakan kekerasan sehingga membuatkan luka serta mudharat pada puan...sebab tu NABI larang untuk memukul isteri di wajah kerana wajah adalah tempat yang mana ALLAH muliakan pada anak-anak ADAM dan suami tak sepatutnya mengambil jalan dengan memukul adalah sebagai jalan penyelesaian kerana isteri tempat suami mencurahkan kasih sayang dan menjaga nefsu dari perbuatan maksiat

    soalan ketiga
    apakah hak2 saya yang luput sekiranya mahkamah mensabitkan saya nusyuz? sebaliknya, apakah hak yang boleh saya tuntut?


    jawapan...yang ni ye...kalau puan di dapati bersalah oleh mahkamah dan ternyata puan nusyuz (curang) maka puan akan ada hak yang terlucut..yang ni puan kene tanya mahkamah sebab lain negeri lain caranya...saya pun pelik sedangkan negara MALAYSIA tapi setiap negeri ada timbangan dan kayu ukur mereka...


    soalan ke empat
    apakah cara terbaik untuk saya memohon cerai? taklik atau fasakh?

    jawapan...talak suami yang pegang...jadi sekiranya tak ada jalan penyelesaian maka penceraian adalah jalan terakhir...mesti di ingat kerana NABI bersabda dalam satu hadis (perkara yang halal yang paling ALLAH marah ialah talak)...taklik ni pecahan daripada talak puan...dia ada satu lagi di panggil khuluk...khuluk ni tebus diri...suami minta bayaran kerana tak mahu ceraikan isteri dan isteri mampu bayar dengan bayaran yang di minta dan isteri setuju jumlahnya maka terjadi khuluk...ulamak berselisih pendapat adakah khuluk ini sama dengan talak atau fasakh...jadi kalau khuluk puan tak boleh kembali semula pada suami puan begitu juga fasakh..

    soalan ke lima
    berapa lamakah kedua2 proses itu?


    jawapan...bergantung pada prosedur mahkamah...

    setakat ini yang saya mampu berikan pada puan...kalau ada salah dalam memberi jawapan harap bertanya pada yang lebih arif...apa yang baik itu datang dari ALLAH TAALA dan yang buruk tu datang dari kelemahan diri saya sendiri...

    masih ada lagi peluang untuk bertaubat


    ingat ALLAH selalu

    assalamualaikum

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    1684 Views
    Last post 11 November, 2009, 09:48:53 PM
    by dya adriza
    8 Replies
    2241 Views
    Last post 29 January, 2012, 06:28:47 AM
    by azali
    4 Replies
    2073 Views
    Last post 02 July, 2011, 02:59:27 PM
    by farahiyah0394