Login  |  Daftar

Author Topik: IAF(30):Hukum Vaksin Daripada Perspektif Islam  (Dibaca 2459 kali)

0 Halaqian dan 1 Tetamu sedang melihat topik ini.

Halaqah

  • Global Moderator
  • *****
  • Posts: 84
    • View Profile
HUKUM VAKSIN DARIPADA PERSPEKTIF ISLAM

  Alhamdulillah, pada 9 Jun 2015 yang lalu saya telah dijemput dalam satu Simposium Kebangsaan, Islam Dalam Sains Kesihatan yang dianjurkan oleh Akedemi Fiqah Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Saya akan perincikan perbincangan ini melalui Irsyad Fatwa pada kali ini agar kita mendapat kefahaman yang jelas.

  Menariknya, keimanan yang kuat akan membuah hasil bukan sahaja dari segi rohani bahkan dari segi fizikal. Tahap kerohanian yang tinggi akan melindungi manusia dari penyakit-penyakit hati yang memperkuatkan pertahanan badan. Menurut al-Qudah (1987) terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa status psikologi dan spiritual memberi kesan penyembuhan kepada beberapa penyakit organik.

Definisi Vaksin

  Vaksin berasal dari bahasa latin vacca (sapi) dan vaccinia (cacar sapi). Vaksin adalah bahan antigenik yang digunakan untuk menghasilkan kekebalan aktif terhadap suatu penyakit sehingga dapat mencegah atau mengurangi pengaruh infeksi oleh organisme alami atau “liar”. Vaksin dapat berupa virus atau bakteria yang telah dilemahkan sehingga tidak menimbulkan penyakit. Vaksin dapat juga berupa organisme mati atau hasil-hasil pemurniannya (protein, peptida, partikel serupa virus, dsb.). Vaksin akan mempersiapkan sistem kekebalan manusia atau haiwan untuk bertahan terhadap serangan patogen tertentu, terutama bakteria, virus, atau toksin. Vaksin juga dapt membantu sistem kekebalan untuk melawan sel-sel degeneratif (kanser). Pemberian vaksin diberikan untuk merangsang sistem imunologi tubuh untuk membentuk antibodi spesifik sehingga dapat melindungi tubuh dari serangan penyakit yang dapat dicegah dengan vaksin. Ada beberapa jenis vaksin. Namun, apa pun jenisnya, tujuannya adalah sama, iaitu menstimulasi reaksi kekebalan tanpa menimbulkan penyakit.

Jenis-jenis Vaksin

Antara jenis-jenis vaksin adalah:

    Live attenuated vaccine

Vaksin hidup yang dibuat dari bakteri atau virus yang sudah dilemahkan daya virulensinya dengan cara kultur dan perlakuan yang berulang-ulang, namun masih boleh meningkatkan reaksi imunologi yang seripa dengan infeksi alamiah.

    Inactivated vaccine(Killed vaccine)

Vaksin dibuat dari bakteria atau virus yang dimatikan dengan zat kimia (formaldehid) atau dengan pemanasan, dapat berupa seluruh bahagian dari bakteri atau virus, atau bahagian dari bakteria atau virus atau toksoidnya sahaja.

    Vaksin Toksoid

Vaksin yang dibuat dari beberapa jenis bakteria yang menimbulkan penyakit dengan memasukkan racun dilemahkan ke dalam aliran darah.

    Vaksin Acellular dan Subunit

Vaksin yang dibuat dari bahagian tertentu dalam virus atau bakteria dengan melakukan kloning dari gen virus atau bakteria melalui kombinasi DNA, vaksin vektor virus dan vaksin antiidiotipe.

Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Vaksin

  Vaksin dihasilkan dari kuman (atau bahagian dari tubuh kuman) yang menyebabkan penyakit. Sebagai contoh vaksin campak dihasilkan dari virus campak, vaksin polio dihasilkan dari virus polio, vaksin cacar dihasilkan dari virus cacar, dll. Perbezaannya terletak pada cara pembuatan vaksin tersebut.

  Terdapat 2 jenis vaksin, iaitu hidup dan mati. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup dilemahkan dengan melepaskan virus ke dalam tisu organ dan darah binatang (seperti ginjal monyet dan anjing, embrio anak ayam, protein telur ayam dan itk, serum janin lembu, otak arnab, darah babi atau kuda dan nanah cacar lembu) beberapa kali (dengan proses bertahap) hingga kurang lebih 50 kali untuk mengurangkan potensinya.

Kerosakan Tubuh Akibat Vaksin

Kerosakan tubuh akibat vaksin ada dinyatakan di sini oleh beberapa pandangan tokoh. Antaranya ialah:

  •   Menurut analisa bebas dari data yang dikeluarkan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS) di US, pada tahun 1996 terdapat 872 tragedi yang dilaporkan kepada VAERS, melibatkan kanak-kanak dibawah 14 tahun yang disuntik vaksin Hepatitis B. Kanak-kanak tersebut dibawa ke wad ICU hospital kerana mengalami masalah kesihatan yang mengancam nyawa. Sebanyak 48 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia setelah mendapat suntikan vaksin tersebut.
  •   Informasi kesihatan juga dipenuhi contoh yang mengaitkan vaksin dengan timbulnya penyakit. Vaksin telah dikaitkan dengan kerosakan otak, IQ rendah, gangguan penumpuan, kemampuan kurang belajar, autism dan neurologi.
  •   Vaksin beguk dan campak yang diberikan kepada kanak-kanak misalnya telah menyebabkan kerosakan otak, kanser, diabetes, leukimia, hingga kematian (sindrom kematian bayi mendadak).
  •   Kajian tahun 1992 yang diterbitkan dalam The American Journal of Epidemiology menunjukkan peningkatan kematian kanak-kanak meningkat hingga 8 kali ganda pada jangka waktu 3 hari setelah mendapat suntikan vaksin DPT.
  •   Pada tahun 1977, Dr Jonas Salk (Penemu vaksin Polio salk) mengeluarkan kenyataan bersama ilmuan lain bahwa 87% dari kes Polio yang terjadi sejak tahun 1970 adalah akibat dari vaksin Polio.
  •   Setiap tahun, 25, 000 bayi Amerika mengalami kematian mendadak. Vaksinasi adalah penyebab terbesar kematian mendadak. Jepun telah meningkatkan usia penerima vaksin sehingga 2 tahun kemudian angka kematian mendadak turun drastik di negara itu.
  •   Sweden menghentikan vaksinasi batuk pada tahun 1979 karena ternyata wabak penyakit ini terjadi pada kanak-kanak yang telah mendapatkan vaksin. Setelah itu penyakit ini menjadi penyakit ringan tanpa kes kematian. Hal ini secara jelasnya menunjukkan bahwa vaksin sebenarnya menyebarkan penyakit.
Para Doktor dan Ilmuan Membantah Vaksinasi
Antaranya:

  •     “Terdapat banyak bukti yang menunjukkan imunisasi terhadap anak lebih banyak merugikan daripada manfaatnya.” (dr. J Anthony Morris, Pakar Vaksin.)
  •     “Ancaman terbesar serangan penyakit kanak-kanak datang pada usia pencegahan yang tidak efektif dan berbahaya melalui imunisasi besar-besaran.” (dr. R. Mendelsohn, Penulis How to Raise A Healthy Child In Spite Of Your Doctor dan Profesor Pediatrik).
  •   “Semua vaksin berfungsi mengubah tiga situasi darah kepada ciri-ciri kanser dan leukemia…Vaksin DO dapat menyebabkan kanser dan leukemia.” (Profesor L.C. Vincent, penggagas Bioelektronika).
  • “Data rasmi menunjukkan vaksinasi berskala besar di US gagal memberikan kemajuan yang signifikan dalam pencegahan penyakit yang seharusnya dapat ia lindungi.” (dr. A. Sabin, pengembang vaksin Polio Oral, dalam ceramahnya di hadapan doktor-doktor Itali di Piacenza, Itali, 7 Disember 1985).
  • “Selain jelas banyak kes kematian akibat program ini, terdapat juga bahaya jangka panjang yang hampir mustahil diukur dengan pasti. Terdapat sejumlah bahaya dalam seluruh prosedur vaksin yang seharusnya mencegah penggunaan yang terlalu banyak atau tidak wajar.” (Sir Graham Wilson dalam The Hazards of Immunization).
 
Vaksin: Sejarah, Harapan dan Masa Depan Di Malaysia

  Imunisasi telah memberi kesan yang sangat besar kepada kesihatan kanak-kanak. Ia merupakan satu cara mencegah penyakit yang paling berkesan dan murah. Perkhidmatan imunisasi di Malaysia telah bermula semenjak zaman pemerintahan British pada tahun 1868. Pada masa itu, hanya imunisasi bagi mencegah cacar (smallpox) sahaja yang diberikan. Ia bermula di Negeri-negeri Selat dan diberikan oleh guru besar – guru besar Melayu di kawasan komuniti Melayu. Pada tahun 1950-an, imunisasi cacar diperluaskan ke seluruh Negara. Dalam usaha kerajaan membasmi cacar pada masa itu, imunisasi telah diwajibkan dan mereka yang gagal mendapatkannya telah dikenakan denda sebanyak RM 1,000.00. imunisasi ini telah Berjaya menurunkan bilangan kes serta wabak cacar selepas itu sehingga cacar dapat dibasmi pada tahun 1980.

  Pada awal tahun 1990-an difteria dan tetanus pula diperkenalkan; penyakit yang mempunyai kadar kematian yang tinggi. Dengan perkembangan teknologi pada tahun 1961, imunisasi BCG bagi mencegah tuberculosis diberikan dalam usaha negara mengawal penyakit tersebut. Imunisasi poliomyelitis dimulakan pada tahun 1972 selepas wabak polio berlaku pada tahun sebelumnya. Pada tahun 1972 juga, Kementerian Kesihatan Malaysia memulakan Program Imunisasi Kanak-kanak Kebangsaan secara tersusun dengan kerjasama dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

  Sehingga kini, imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah Program Imunisasi KKM adalah bagi mencegah 12 jenis penyakit. Perkhidmatan ini diberi percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan. Manakala perkhidmatan imunisasi yang diberikan oleh klinik dan hospital swasta meliputi lebih banyak penyakit. Walau bagaimanapun, pelanggan perlu membayar kos vaksin dan kos konsultasi. Lihat Vaksin: Sejarah, Harapan dan Masa Depan Di Malaysia oleh Dr. Rohani Jahis, KKM.

Kenyataan Akhbar Bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Antaranya ialah:

  •   Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya boleh mendedahkan anak-anak dan masyarakat kita dengan kemungkinan dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya yang boleh mengancam nyawa.
  •   Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan telah dijalankan oleh Kerajaan sejak tahun 1950an. Imunisasi bertujuan untuk mencegah 12 jenis penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria dan virus tertentu, diberikan percuma kepada bayi dan kanak-kanak di klinik kerajaan. Kematian kanak-kanak telah menurun sebanyak 85% bagi tempoh 1970 hingga 2000, antaranya hasil dari peningkatan skop perkhidmatan kesihatan termasuk imunisasi. Imunisasi juga telah berjaya membasmi cacar (smallpox) dari dunia ini. Manakala polio telah berjaya dibasmi di kebanyakan negara di dunia, termasuk Malaysia. Imunisasi bukan saja melindungi penerimanya tetapi juga menghalang penyebaran penyakit tersebut.
  •    Vaksin tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merosakkan tubuh manusia. Ia mengandungi bahan aktif dari bakteria atau virus iaitu antigen yang membantu tubuh manusia menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit apabila dijangkiti. Vaksin juga mengandungi komponen lain seperti bahan pengawet (preservatives dan additives) serta adjuvant. Setiap komponen dan bahan ini memainkan peranan penting dalam pengawalan kualiti, keberkesanan vaksin serta keselamatannya.
  •    Semua vaksin yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Vaksinvaksin ini telah dinilai mengikut keperluan piawaian antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya (efikasi).
  •     Kesan sampingan akibat imunisasi selalunya adalah ringan dan tidak berbahaya berbanding dengan kesan jangkitan penyakit itu sendiri. Kesan sampingan yang kerap dilaporkan adalah demam dan sakit di tempat suntikan. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM sentiasa memantau kesan sampingan akibat imunisasi di semua fasiliti kesihatan. Sehingga kini, tiada tindakan regulatori terhadap vaksin akibat kesan sampingan.
  •   Sebarang kesan sampingan akibat vaksin juga dilaporkan kepada WHO dan data dikongsi dengan semua negara. Justeru, sebarang kesan sampingan berbahaya dapat diambil tindakan secara bersepadu pada peringkat antarabangsa.
Hukum Menggunakan Vaksin Sebagai Alat Pencegahan Penyakit Sebelum Daripada Berlaku Lagi

  •   Galakan untuk mendapat rawatan dan mendapat ubatan yang bersesuaian. Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mencari penawar kepada penyakit yang dihidapi, kerana setiap penyakit ada penawar yang perlu dicari, diterokai dan dikaji. sesuai dengan sabda Nabi SAW:
لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ فَإِذَا أُصِيْبَ دَوَاءُ الدَاءِ بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ   
  Maksudnya: “Setiap penyakit mempunyai penawar, apabila penawar menepati penyakit tersebut, nescaya akan sembuh dengan izin Allah.”
(Riwayat Muslim)
 
  •    Dalam hal ini hukumnya adalah harus. Ini kerana rawatan terdahulu sebelum berlaku wabak atau dibimbangi berlaku satu-satu penyakit adalah dibolehkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ مِنْ تَمَرِ المدينةِ لمَ ْيضره سِحْرٌ ولا سم       
Maksudnya: “Barangsiapa makan tujuh butir kurma Madinah pada pagi hari, ia tidak akan terkena pengaruh buruk sihir atau racun.”
(Riwayat Bukhari)

  • Ini termasuk tindakan menghindari penyakit sebelum terjadi. Demikian juga jika dikhawatirkan timbulnya suatu penyakit dan dilakukan immunisasi untuk melawan penyakit yang muncul di suatu tempat atau di mana saja, maka hal itu tidak masalah, karena hal itu termasuk tindakan pencegahan. Sebagaimana penyakit yang datang diobati, demikian juga penyakit yang dikhawatirkan kemunculannya.
    Benarlah sabda Nabi SAW:
لَا يُورِدَنَّ مُمَرَّضٌ عَلَى مُصَحٍ   
Maksudnya: “Jangan didekatkan yang sakit dengan yang sihat.”
            (Riwayat Bukhari)

  •   Begitu juga tindakan Saidina Umar Al-Khatab apabila tidak memasuki kawasan wabak taun dan ditanya kepada Amirul Mukminin, adakah kamu takut kepada qada’ Allah dan kamu lari daripadanaya? Saidina Umar Al-Khatab menjawab: “Aku lari daripada qada’ Allah kepada qadarnya.” Hal ini dinyatakan oleh sahabat yang lain, Abdul Rahman bin Auf yang menyebut hadis Nabi SAW:
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ فِي أَرْضٍ فَلا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا ، فَلا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
 Maksudnya: “Apabila kamu dapati terdapat penyakit taun di dalam mana- mana kawasan maka janganlah kamu mendekati kawasan tersebut, dan apabila kamu berada di dalam kawasan yang terkena taun, maka janganlah kamu keluar lari daripada kawasan tersebut.”
(Riwayat Bukhari)

Dalam istilah moden ia dikenali sebagai kuarantin.

Keistimewaan Pencegahan Penyakit Dalam Islam

Menurut al-Qudah (1987) bahawa prinsip pencegahan penyakit dalam Islam mempunyai beberapa keistimewaan antaranya ialah:

  •     Peneraju
                Prinsip pencegahan penyakit dalam Islam adalah bersumberkan kepada wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW. Jika direnung kembali, prinsip tersebut merupakan beberapa hukum syarak yang sentiasa diamalkan oleh muslim tanpa mengira adanya kemanfaatan dari segi perubatan kesihatan. Terdapat beberapa tamadun ketika muncul Islam di Semenanjung Tanah Arab. Tanah Arab di kelilingi oleh dua tamadun yang besar ketika itu; Rom dan Parsi. Namun jika dilihat dari kesan peninggalan kedua-dua tamadun ini tentang satu sistem penjagaan kedihatan sebagaimana yang diatur oleh Islam, boleh dikatakan tiada rujukan yang menunjukkan kea rah perkara tersebut. Tuntas, Islam adalah peneraju kepada prinsip pencegahan penyakit.

  •     Kredibiliti
             Islam tidak memerlukan kepada apa-apa petunjuk untuk membenarkan segala ajaran yang ada di dalamnya. Namun dengan perkembangan sains dan teknologi, kebenaran tentang ajaran Islam semakin terserlah. Ini dapat dilihat berkenaan prinsip pencegahan penyakit yang ada dalam Islam adalah selari dengan penemuan sains pada masa kini. Justeru menambahkan lagi keimanan umat Islam terhadap kebenaran Islam.

  •     Sederhana dan mudah
            Prinsip pencegahan pencegahan penyakit dalam Islam merupakan amallan yang mudah dilaksanakan. Ia tidak memerlukan kepada bajet kewangan yang besar dan waktu yang panjang untuk direalisasikan dalam masyarakat.

 

Hukum Penggunaan Vaksin

  •     Dalam hal ini, jika diperbuat daripada bahan yang bersih dan suci, maka ia diharuskan
  •     Jika diperbuat daripada bahan yang najis, ia terbahagi kepada dua:
  •     Jika di sana ada alternatif lain, maka tidak boleh menggunakan vaksin yang najis. Ini kerana sabda Rasulullah SAW daripada Abu Darda’ R.Anhu yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia telah menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara-perkara) yang haram.”
  •     Jika di sana tidak ada alternatif yang lain, ia dibolehkan kerana ia termasuk dalam perkara darurat. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam hal ini.
  •     Kaedah الضرورات تبيح المحظورات iaitu mudarat mengharuskan yang haram. Tetapi kaedah ini diikat dengan kaedah lain iaitu الضرورات تقدر بقدرها yang bermaksud menagambil darurat cukup yang perlu sahaja.
    Dalam penetapan hukum yang melibatkan penggunaan konsep dharurah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sepertimana berikut:

  •     Dharurah itu memang benar-benar berlaku, bukan lagi hanya sangkaan semata-mata ke atas kemusnahan nyawa atau pun harta benda. Kalau [un kekhuatiran itu berdasarkan andaian, anadaian itu hendaklah andaian yang kuat seperti telah melalui proses pengalaman dan pemerhatian.
  •     Orang yang berada dalam keadaan dharurah itu tidak ada jalan yang lain dibenarkan oleh syarak untuk mengelakkan kemudharatan itu. contohnya seseorang yang amat perlu untuk meminjam wang, maka ia measti memilih pinjaman tanpa riba’ kerana zaman ini sudah ada alternatif untuk melakukan pinjaman dengan tidak menggunakan sistem riba’.
  •     Orang yang dalam keadaan dharurah (terpaksa) itu mestilah berusaha jangan memilih perkara ang terang-terang melanggar prinsip-prinsip asasi syariat Islam dan usul akidah Islam, seperti tidak halalnya ia memilih untuk berzina, membunuh, memilih kufur dan mengambil hak orang lain kerana perkara-perkara berkenaan pada hakikatnya adalah mafsadah (kerosakan). Ini bererti jika melepadskan keadaan terpaksa itu tiada jalan yang halal, Cuma yang ada beberapa jalan yang haram, maka ia mesti memilih mudharat yang lebih ringkas dan tidak terang-terang melanggar perkara-perkara asasi dalam Islam.
  •     Ketika melepaskan keadaan dharurahnya seseorang itu mestilah sekadar melakukannya kadar yang perlu sahaja, bukan untuk berselesa melakukan perkara yang terlarang berkenaan berdasarkan kaedah keadaan dharurah diukur dengan tingkatannya.
  •     Dalam isu tepaksa memakan ubat dari produk haram untuk menjaga kepentingan nyawa, syarat tambahan yang perlu dipenuhi ialah pengambilan ubat berkenaan hendaklah disyorkan oleh doktor yang dipercayai pegangan dan amalan agamanya serta mempunyai kepakaran di samping terbukti tiada ubat lain yang halal untuk diambil. Lihat Penentuan Produk Halal-Haram dan Fatwa Vaksin di Malaysia oleh Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh, UPM.
Beberapa Fatwa Tentang Penggunaan Vaksin Di Malaysia

  •     Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®
                        Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Menactra®. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  •     Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa pada prinsipnya ulama bersepakat bahawa makanan termasuk ubat-ubatan yang dibenarkan oleh Islam untuk digunakan mestilah terdiri daripada bahan-bahan yang baik(toyyib) dan halal, serta tidak mempunyai unsur-unsur yang mendatangkan mudharat kepada kesihatan badan dan akal manusia.
     2.   Muzakarah juga mendapati bahawa dalam proses penghasilan Vaksin Menactra® ini, tiada sebarang komponen bahan mentah yang mengandungi sumber haiwan atau bahan-bahan yang diragui dari aspek syarak digunakan serta tiada perkongsian saluran pemprosesan dengan produk vaksin yang tidak halal.     
    Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Menactra® adalah diharuskan.

     3.   Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya


                        Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Biothrax Dan Vaksin Rotateq Yang Menggunakan Unsur Babi Dalam Proses Penghasilannya. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vaksin BioThrax dan RotaTeg adalah tidak dibenarkan kerana:

 
     1.  Situasi kini dianggap tidak dharurat;
     
     2.  Terdapat bahan atau ubat alternatif selain penggunaan unsur babi dalam pemprosesan kedua-dua vaksin; dan
     
     3. Tiada data sokongan yang kuat untuk membuktikan rakyat negara ini memerlukan kedua-dua vaksin ini.


Keterangan/Hujah:

  •     Anthrax adalah sejenis penyakit berjangkit yang akut dan boleh menyebabkan kematian mengejut dan darah keluar dari semua rongga yang terbuka. Jangkitan anthrax boleh berlaku sama ada pada kulit (cutaneous anthrax), saluran usus (Gastrointestinal anthrax) atau serangan melalui pernafasan (inhalation anthrax). Vaksin BioThrax™ digunakan sebagai imunisasi atau suntikan pelalian bagi membantu melindungi daripada jangkitan anthrax. RotaTeq pula ialah vaksin bagi mencegah kes rotavirus yang menyebabkan muntah dan cirit birit di kalangan kanak-kanak.
     2.     Islam mengharuskan berubat dengan benda-benda yang diharamkan sekiranya dalam keadaan dharurat iaitu tiada ubat alternatif yang lain adalah berpandu kepada Firman Allah Taala:
 

وَمَا لَكُمْ أَلاَّ تَأْكُلُوا مِمَّا ذُكِرَ اسْمُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَقَدْ فَصَّلَ لَكُمْ مَا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلاَّ مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ وَإِنَّ كَثِيراً لَيُضِلُّونَ بِأَهْوَائِهِمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِالْمُعْتَدِينَ
Maksudnya : "Dan tidak ada sebab bagi kamu, yang menjadikan kamu tidak mahu makan sari sembelihan binatang-binatang halal yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkan ke atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya."
(Surah al-An’am : 119)

     3.    Jumhur Fuqaha’ dari Mazhab Hanafi, al-Malikiyyah, pandangan sohih dari Mazhab Syafie dan Hanabilah berpendapat berubat dengan suatu yang najis seperti arak adalah haram dan tidak harus. Dalam konteks ini Prof. Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhayli berpandangan bahawa pada asasnya, haram kita berubat benda yang najis atau haram.

 

Penutup

Antara bukti yang menunjukkan Islam amat menitik beratkan penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:

    1. Meletakkan kesihatan adalah sebaik-baik nikmat selepas nikmat iman.
    2. Meletakkan konsep mudah dan menolak kesukaran di dalam syariat Islam.
    3. Nas-nas yang banyak mengenai pencegahan penyakit.
    4. Perintah untuk mendapatkan rawatan dan keharusan berubat dengan menggunakan benda haram.

Al-‘Aili Abdul Hakim dalam buku Mausu‘ah Huquq al-Insan fi al-Islam, menyifatkan kesihatan individu merupakan tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat kepada kehidupan seluruh umat manusia. Dalam isu ini, vaksin bukan lagi merupakan kehendak seseorang, tetapi bahan pencegah ini kini menjadi keperluan kepada masyarakat secara umumnya. Fenomema ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja merbahaya kepada anak-anak yang merupakan generasi masa depan kita, tetapi juga boleh menjadi punca merebaknya jangkitan penyakit-penyakit merbahaya tersebut.

Dalam hal ini Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta. Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.

Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan