*

Setelah 15 Tahun Dipakaikan Susuk

Setelah 15 Tahun Dipakaikan Susuk Baru Disedari

by Black Hat on 11 January, 2013

Editor PenaHalaqah


susukKuala Lumpur: Selepas lebih 15 tahun, baru dua beradik perempuan menyedari tindakan ibu yang memakaikan mereka susuk, iaitu sejak mereka berusia belasan tahun bagi mengekalkan kecantikan dan memikat sesiapa memandang, adalah perbuatan syirik dan bertentangan ajaran Islam.



Hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 30, wanita berdarah kacukan Melayu dan Cina itu berkata, dia dan kakaknya, Lorina, 35, sedar akan perkara tersebut selepas dimaklumkan rakan dan kini bersyukur kerana selepas berkahwin, suami membantu mereka membuang amalan itu.



Menurut Lisa lagi, amalan memakai susuk ibarat tradisi dalam keluarga dan kekurangan pengetahuan dalam agama menyebabkan mereka menganggap ia perkara biasa serta tidak menyalahi syariat Islam.



“Ibu beragama Islam dan ayah pula saudara baru memeluk Islam kerana mahu berkahwin dengan ibu. Jadi pengetahuan kami dalam Islam memang masih amat terbatas.


“Selain saya dan kakak, ibu, empat sepupu, tiga ibu saudara dan nenek kami juga turut memakai susuk. Ia bagai amalan tradisi dalam keluarga dan saya serta kakak dibawa ibu berjumpa seorang bomoh untuk memasukkan susuk sebaik saja kami akil baligh,” katanya.


Sumber



Maklumat Tambahan Tentang Susuk:


Susuk adalah satu istilah, yang merujuk kepada pemakaian atau penggunaan bahan-bahan tertentu yang digunakan secara batin, yang juga dikenali sebagai “ilmu rahsia diri,” untuk tujuan-tujuan tertentu yang kebanyakannya lebih mengkhusus untuk keperluan diri.


Setiap susuk digunakan menurut kaedah yang digunakan oleh orang-orang tertentu yang terlibat melakukannya, yang menggunakan bahan-bahan tertentu menurut keperluan, yang selalunya disusuli dengan kaedah-kaedah khusus, juga pantang larang yang berlainan yang mesti diikuti, tidak boleh dilanggar sama sekali.


Bahan susuk yang popular dan digunakan oleh kaum wanita ialah susuk daripada bahan emas, berlian atau intan. Susuk jenis ini dimasukkan di bahagian muka disertai dengan cara-cara tertentu termasuk jampi mantera.


Tidak dapat dipastikan secara khusus bahawa susuk boleh menyebabkan muka seseorang itu pastinya lebih cantik, tidak makan tua, tidak berkedut, digeruni, dikasihi, menjadi kebal tidak mampan senjata atau tenaga batin menjadi kuat, tetapi apa yang jelas amalan susuk, atau yang berkaitan dengannya adalah termasuk dalam kategori amalan yang melibatkan sihir, iaitu melibatkan iblis dan syaitan, ataupun jin-jin.


Allah meminta setiap orang itu memohon perlindungan kepada-Nya, memang ada di kalangan manusia yang memohon perlindungan daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan sesuatu, selain daripada lebih menyesatkan.



Tidak mudah bagi syaitan itu menguasai diri seseorang, tetapi apabila syaitan itu diundang masuk, meresap dalam diri seperti melalui amalan susuk, maka bagi syaitan itu jalan-jalan yang luas lagi mudah lalu akhirnya ia akan menyesatkan, menyakiti jasad manusia itu hasil daripada kesilapan diri manusia itu sendiri, biarpun hanya untuk bersuka-suka mengikut apa yang dilakukan oleh kawan ini.


~Moga pembaca dapat menghindarinya~

 Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 13 Jan 2013 ]

Comments *

Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

Princess_ain

Hari ini pada 12:05:58 AM
ZIKIRULLAH HARI KHAMIS:
SUBHANALLAH HIL 'ADZIM..
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI..
1000 KALI..
 

Princess_ain

Semalam pada 09:54:14 PM
LIMA(5) JAMBATAN HIDUP:
Jambatan terpendek:putus asa
Jambatan terpanjang:Pengharapan
Jambatan Terkuat:Iman
Jambatan Termahal:Pengorbanan
Jambatan terindah:Kasih Sayang...
 

Sun Shine

Semalam pada 09:41:36 AM
Assalamualaikum

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. =)
 

Princess_ain

15 April, 2014, 10:12:48 PM
   Jujur itu d'hati,memang sukar d'bukti,andai ia tidak dimliki,entah apalah erti..Hanya membuat pedih hati..Jujur bukan sekadar untuk menjaga Hati,Ia umpama azimat penguat Iman d'hati..,Jika jujur d'pandang sepi..Hilanglah percaya pengikat hati...
 

SilentMujahidah

15 April, 2014, 08:30:25 PM
Assalammualaikum semua
 

amru

15 April, 2014, 07:49:06 PM
Sesiapa di Utara malaysia, yang ada masalah Kronik, boleh call 0196313202
Mereka ada di Bandar Baru, dari sekarang hingga jumaat

inshaAllaah
 

ansarul_haqq

14 April, 2014, 11:38:36 AM
 قال عنها أحد السلف الصالح : (إننا في سعادة، لو علم بها الملوك لجادلونا عليها بالسيوف) !
 

amru

13 April, 2014, 12:15:48 PM
Maksud Lakum Dinukum Waliyadiin

adalah lebih baik menjaga diri masing masing, sesuai Peringatan Allah

Wahai orang beriman, Peliharalah dirimu dan juga ahli keluarga serta kaum kerabat kamu, daripada siksa api neraka

Fahamilah ya

Jangan keluh kesah dengan luaran diri mu, serta orang lain,
 

amru

12 April, 2014, 05:31:58 PM
-syahaadah-
Zikir paling Tinggi

nafikan selain Allah, yang layak sebagai Tuhan Yang ESA
Allahu ahad

tidak mengapa, kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Islam

Lakum Dinukum Waliyaadin
 

Iffah Rezali

11 April, 2014, 10:04:52 PM
http://www.eldaie.com - Moga bermanfaat untuk ummah! :DDD

Show 50 latest