* *
KISAH BENAR SEORANG PELAJAR
By PenaHalaqah
 
ad0975e87aSaya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya


Walaupun begitu kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.



Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.



Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"


Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya



"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"


" Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu,


"Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.


Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.



Sumber
 Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 13 Jan 2013 ]

Ulasan *

1) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: Ana Tholibah about 13 January, 2013, 06:48:49 PM
sangka diri kita susah utuk nak belajar....tapi ada yang lebih susah rupa nya untuk menuntut ilmu ini...adalah satu nikmat apabila kita bersusah payah dalam menuntut ilmu...miskin bukan penghalang belajar....sesiapa saja boleh belajar...Insyaa Allah...
dimana ada kemahuan...disitu ada jalan..moga dipermudahkan urusan kita sebagai pelajar dalam menghadapi ujian hidup....Ameen..
2) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: as eyana about 17 January, 2013, 01:01:11 PM
assalammualaikum,, sedih nya T_T .. menitis air mata ku ...
3) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: Sum79 about 18 January, 2013, 08:49:51 AM
Taboo? Kat mesia ni ada je jabatan kebajikan,baitumal. Kenapa mesti susahkan hidup insan lain.
4) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: Serikandi_88 about 22 January, 2013, 02:30:00 PM
Assalamualaikum.. sedih mendengar nya..
5) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: Nurul Nawar about 22 January, 2013, 05:48:10 PM
Aduhai sedihnya..menginsafkan.. -)
6) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: farahmohdnor about 22 January, 2013, 11:45:36 PM
assalamualaikum...sungguh menginsafkan....buat para remaja zaman sekarang
7) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: wawa71 about 02 February, 2013, 09:24:26 PM
kesiannya... ank 2 sekarang ni cerewet. x bsyukur lgsg.
8) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: liss about 06 February, 2013, 01:25:54 AM
Assalamualaikum..sebak n menitis air mate.Brsyukur la apa yg kita ada.kerana ada yg lebih daif n susah dari kita.
9) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: zehra.puteri about 07 February, 2013, 02:16:40 PM
sedihnya.....menitis airmata baca......
10) Re: Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Lulusterbit Oleh: sha addin about 10 June, 2013, 11:35:48 PM
masyaalah...sungguh menginsafkan
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

mysteronic78@gmail.com

Today at 06:30:09 PM
Mari kita pastikan amalan dan ibadat kita kembali kepada Al-Quran & Sunnah dan bukan megikut tradisi orang ramai atau datuk nenek kita..ikutlah tradisi Rasullullah SAW
 

sinariislam96

Today at 05:05:11 PM
Jangan biarkan kasih sayang itu berjalan seperti gunting,
Meskipun lurus tapi ia memisahkan yg menyatu.

Tetapi..

Biarkan kasih sayang itu berjalan seperti jarum meskipun
menusuk dan menyakitkan tapi ia menyatukan yg terpisah.
 

sinariislam96

Today at 05:00:23 PM
" Apabila tenteraku sebaik baik tentera , maka pertolongan ALLAH akan tiba . "
|| Sultan Muhammad AL FATEH ||
Sultan Muhammad AL Fateh tidak meninggalkan solat fardhu walaupon sekali selepas baligh , malah baginda sering perbayakan solat sunat .
ALLAHU ~
 

najah-najwa

22 November, 2014, 05:29:34 PM
assalam,bagaimana hendak post kemusykilan di laman ni?
 

najah-najwa

22 November, 2014, 05:29:32 PM
assalam,bagaimana hendak post kemusykilan di laman ni?
 

is2

20 November, 2014, 01:42:38 PM
:)
 

sweetlavender

18 November, 2014, 04:35:36 PM
Jika sakit itu membuat kita ingat pada Allah itulah NIKMAT.. Jika kebahagiaan itu membuat kita lupa pada Allah, itulah MUSIBAH
 

sakinah umairah

17 November, 2014, 10:54:02 AM
cinta pertama kita hanya untuk ALLAH.. :)
 

sempoi

14 November, 2014, 03:48:37 PM
fiqa.. ermmm
 

sweetlavender

14 November, 2014, 12:18:30 PM
Jangan pertikaikan kenapa kita, Allah lebih tahu tang TERBAIK untuk kita. Allah x akan beri kita PAHIT kalau bukan UBAT. Kekadang kita DIUJI knapa x BERKASUT, tetapi kita LUPA ramai org DIUJI x BERKAKI..

Show 50 latest