*

Hukum Kencing berdiri

Hukum Kencing berdiri


Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda: Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri.

[Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ?no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum...........) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]

Hudzaifah r.a. pernah berkata: Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.

[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ?no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]

Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.: Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.

[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]


Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.

Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.


`websource`
 Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 09 Oct 2008 ]

Comments *

1) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: ahlulbaitnabi on 14 October, 2008, 01:31:17 PM
salam..nabi xpernah kencing berdiri..adalah mustahil nabi yang dijanjikan maksum kencing berdiri..apa hukum kencing berdiri?xkan nabi larang,tapi nabi buat..Demi Allah,nabi adalah insan mulia..hadis tersebut hadis daif sebab xsama dgn firman Allah yg sucikan nabi dari dosa..
2) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: muhammad161967 on 21 October, 2008, 08:42:35 PM
assalamualaikum sahabat-sahabat semua

Bagus juga masaalah ini disiar terbit diruangan ini dan ia satu rahmat untuk saya dan yang lain untuk menyelidik kaji hadis –hadis yang jarang didengar atau diamal dalam masyarakat kini,setidak-tidaknya kitab-kitab hadis yang berada dalam rak itu mula diselidik dengan teliti untuk mendapat pandangan dan keputusan yang lebih baik untuk diamalkan oleh semua pihak

kerana hadis ini menampakan ia tidak dapat disatukan,oleh itu perlulah mengunakan tarjih yang mana sifat menetap dan menafikan juga yang mana harus ditolak dan diterima pakai bukan masaalah shaih atau tidak hadis itu,,

kerana ada kemungkinan darurat pada masa berlaku kecing berdiri dibolehkan

saya menunggu penjelasan yang lebih terperinci dari sahabat-sahabat yang lebih memahami dalam mentarjih hadis,,

wassalam
3) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: RIDWAN on 22 October, 2008, 10:28:22 PM
alhmdllh antm sungguh telah menasehati ornag banyak untuk tdk kencing sembarangan...
kalo bs kirimkan ke email ana ya..
ridwanabduh@gmail.com
4) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: KHAZINATUL ASRAR on 25 October, 2008, 08:26:38 AM
sebenarnya klu di teliti kembali dari sudut kebersihan, klu kta kencing berdiri di kuatiri air kencing tepercik atau terkena pada pakaian tanpa kta sedari...jika begitu,bagaimana dengan soat yang bakal kita lakukan klu kata menggunakan pakaian yang sama???fikir2kan laaa....
5) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: tanpanama on 22 December, 2008, 01:02:28 AM
hadith tentang nabi kencing berdiri adalah SAHIH, jangan memandai kata tidak sahih. ia keluarkan oleh Imam muslim dalam SAHIHnya.
6) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: IbnuNafis on 25 December, 2008, 09:44:28 PM
Kencing berdiri tuh selalu ke RasuluLlah lakukan, jika tidak, ini bermakna yang sunat adalah kencing duduk.

Lagipun memang kita disuruh untuk menjaga air kencing agar tidak terpercik di mana-mana bahagian anggota kendian terus kita bawa solat. Ingatlah, ada orang yang diseksa dalam kubur kerana tidak menjaga air kencingnya.

WaLlahua'lam
7) Re: Hukum Kencing berdiri
Lulusterbit Oleh: sharida on 19 August, 2010, 11:32:56 PM
ye....saya juga ada belajar tentang perkara ini sebelum ni. Memang nabi pernah buang air kecil secara berdiri dalam keadaan tertentu, seperti dalam hadis tersebut dikawasan pembuangan sampah. Jika mengikut logik pastilah keadaan tempat tersebut kotor, jadi ia menjadi penyebab nabi melakukan demikian. Jadi membuang air kecil secara berdiri dibolehkan dalam keadaan-keadaan tertentu. Tapi adalah lebih elok duduk kerana ia menjamin kebersihan diri dan pakaian kita.
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

Princess_ain

Hari ini pada 12:05:58 AM
ZIKIRULLAH HARI KHAMIS:
SUBHANALLAH HIL 'ADZIM..
SUBHANALLAH WABIHAMDIHI..
1000 KALI..
 

Princess_ain

Semalam pada 09:54:14 PM
LIMA(5) JAMBATAN HIDUP:
Jambatan terpendek:putus asa
Jambatan terpanjang:Pengharapan
Jambatan Terkuat:Iman
Jambatan Termahal:Pengorbanan
Jambatan terindah:Kasih Sayang...
 

Sun Shine

Semalam pada 09:41:36 AM
Assalamualaikum

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini. =)
 

Princess_ain

15 April, 2014, 10:12:48 PM
   Jujur itu d'hati,memang sukar d'bukti,andai ia tidak dimliki,entah apalah erti..Hanya membuat pedih hati..Jujur bukan sekadar untuk menjaga Hati,Ia umpama azimat penguat Iman d'hati..,Jika jujur d'pandang sepi..Hilanglah percaya pengikat hati...
 

SilentMujahidah

15 April, 2014, 08:30:25 PM
Assalammualaikum semua
 

amru

15 April, 2014, 07:49:06 PM
Sesiapa di Utara malaysia, yang ada masalah Kronik, boleh call 0196313202
Mereka ada di Bandar Baru, dari sekarang hingga jumaat

inshaAllaah
 

ansarul_haqq

14 April, 2014, 11:38:36 AM
 قال عنها أحد السلف الصالح : (إننا في سعادة، لو علم بها الملوك لجادلونا عليها بالسيوف) !
 

amru

13 April, 2014, 12:15:48 PM
Maksud Lakum Dinukum Waliyadiin

adalah lebih baik menjaga diri masing masing, sesuai Peringatan Allah

Wahai orang beriman, Peliharalah dirimu dan juga ahli keluarga serta kaum kerabat kamu, daripada siksa api neraka

Fahamilah ya

Jangan keluh kesah dengan luaran diri mu, serta orang lain,
 

amru

12 April, 2014, 05:31:58 PM
-syahaadah-
Zikir paling Tinggi

nafikan selain Allah, yang layak sebagai Tuhan Yang ESA
Allahu ahad

tidak mengapa, kepada sesiapa yang tidak mahu kepada Islam

Lakum Dinukum Waliyaadin
 

Iffah Rezali

11 April, 2014, 10:04:52 PM
http://www.eldaie.com - Moga bermanfaat untuk ummah! :DDD

Show 50 latest