* *


Ramadhan Hampir Tiba



t1.gstatic
Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak. Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur.


Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah.


Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.


Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa.


Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud:

"Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah."


Diriwayatkan oleh Ahmad dan Nasaie daripada Abi Khurairah bahawa Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka.


Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:

Ertinya: "Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."


Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik."


Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-

1. Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya.


Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.

 Lulusterbit Oleh: Ain Ariff
[ 20 Jul 2011 ]

Ulasan *

1) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: Anaconda about 20 July, 2011, 08:34:30 PM
Iskh....  dah nak puasa  rupanya, patutlah bulan dah turun sembunyi balik bumi...
2) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: mashitah mas about 22 July, 2011, 08:59:44 PM
yeahhhh nak puasaaaa......
3) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: wannur aQilah about 23 July, 2011, 03:25:40 AM
ahlan wasahlan ya ramadhan~
4) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: wireless2107 about 24 July, 2011, 11:32:54 AM
Ramadhan, kuliah subuh pagi tadi sungguh menarik tak pernah aku dengar huraian nya,rengkasnya pahala yang fardhu dilipatgandakan,lupa pulak aku berapa, dan yang sunat dapat pahala fardhu.Ramadha bulan rahmat,bulan keampunan bulan kelembutan dan bulan cahaya,saudara/i cuba rujuk kat ustaz maananya satu persatu,sekian
5) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: sitiandzar about 27 July, 2011, 11:14:51 AM
Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT, dipanjangkan umur, diberi peluang oleh-Nya untuk merasa kemanisan beribadah dalam bulan Ramadhan pada tahun ini..jd sama-sama lah kita memanfaatkan dan menggunakan sehabis baik peluang (masa dan rezeki) yang diberikan untuk terus tetap iman dan hati mengerjakan perintah-Nya, InsyAllah, amiinn..
6) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: insyirah89 about 29 July, 2011, 03:09:10 PM
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..begitu cepat masa berlalu sehingga sedar tak sedar Ramadhan datang lagi...Ya Allah, berikanlah kami kekuatan agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lepas serta mudah-mudahan Ramadhan  kali ini akan menjadi landasan untuk kami lebih bertaqwa pada mu YA ALLAH...amiiin...
7) Re: Ramadhan Hampir Tiba
Lulusterbit Oleh: NURUL FAYYADHAH about 02 April, 2012, 11:26:31 AM
assalammualaikum,ya ramadhan aku amat merinduimu
cepatnya nak puasa lagi~~~
pastu nak raya pulak
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

mysteronic78@gmail.com

23 November, 2014, 06:30:09 PM
Mari kita pastikan amalan dan ibadat kita kembali kepada Al-Quran & Sunnah dan bukan megikut tradisi orang ramai atau datuk nenek kita..ikutlah tradisi Rasullullah SAW
 

sinariislam96

23 November, 2014, 05:05:11 PM
Jangan biarkan kasih sayang itu berjalan seperti gunting,
Meskipun lurus tapi ia memisahkan yg menyatu.

Tetapi..

Biarkan kasih sayang itu berjalan seperti jarum meskipun
menusuk dan menyakitkan tapi ia menyatukan yg terpisah.
 

sinariislam96

23 November, 2014, 05:00:23 PM
" Apabila tenteraku sebaik baik tentera , maka pertolongan ALLAH akan tiba . "
|| Sultan Muhammad AL FATEH ||
Sultan Muhammad AL Fateh tidak meninggalkan solat fardhu walaupon sekali selepas baligh , malah baginda sering perbayakan solat sunat .
ALLAHU ~
 

najah-najwa

22 November, 2014, 05:29:34 PM
assalam,bagaimana hendak post kemusykilan di laman ni?
 

najah-najwa

22 November, 2014, 05:29:32 PM
assalam,bagaimana hendak post kemusykilan di laman ni?
 

is2

20 November, 2014, 01:42:38 PM
:)
 

sweetlavender

18 November, 2014, 04:35:36 PM
Jika sakit itu membuat kita ingat pada Allah itulah NIKMAT.. Jika kebahagiaan itu membuat kita lupa pada Allah, itulah MUSIBAH
 

sakinah umairah

17 November, 2014, 10:54:02 AM
cinta pertama kita hanya untuk ALLAH.. :)
 

sempoi

14 November, 2014, 03:48:37 PM
fiqa.. ermmm
 

sweetlavender

14 November, 2014, 12:18:30 PM
Jangan pertikaikan kenapa kita, Allah lebih tahu tang TERBAIK untuk kita. Allah x akan beri kita PAHIT kalau bukan UBAT. Kekadang kita DIUJI knapa x BERKASUT, tetapi kita LUPA ramai org DIUJI x BERKAKI..

Show 50 latest