* *

Menjelang Ramadhan


Memandangkan ramadhan tahun ini kian menjelang, saya mahu mengajak saudara saudari untuk

gapaibintang.wordpress

mengimbau kembali apa yang telah kita buat di ramadhan tahun lepas dan apa yang kita buat sementara menunggu ramadhan seterusnya. Sedarkah kita, kebanyakan dari kita seperti tahi ayam? Apa sinonimnya perangai kita dan sifat tahi ayam? Jawapannya hangat-hangat tahi ayam. Di bulan ramadhan tahun lepas bukan main lagi kita beribadat. Tapi berakhirnya bulan ramadhan seolah-olah berakhirnya juga ibadat kita. Bukankah itu namanya hangat-hangat tahi ayam?


Mahu saya ulas satu persatu. Di bulan ramadhan kita sibuk bertadarus. Siang malam pagi petang. Cukup sebulan khatamlah Al-Quran. Sedangkan pada 11 bulan kemudian mana tadarus kita yang siang malam pagi petang tu? Entah-entah, 11 bulan berlalu tanpa mampu kita khatamkan al-Quran itu satu kali pun. Sepatutnya kalau bulan ramadhan boleh khatamkan begitu, bulan lain juga sama. Bukankah bulan ramadhan adalah bulan latihan. Dan bukankah latihan perlu berterusan bukannya setahun sekali.


Mari kita selongkar masjid pula. Hanya di bulan Ramadhan masjid penuh dengan pengunjung. 11 bulan lagi entah kemana hilangnya makmunnya. Fenomena masjid penuh di bulan ramadhan adakah hanya angkara semua ingin bersolat terawih berjemaah. Sedarkah kita solat terawih hanyalah sunat. Takkan sunat jer kut kita nak pahala? Yang solat wajib setiap hari 12 bulan setahun kita tak nak ker? Adakah ini berlaku hanya kerana kita sibuk mengejar fadhilat solat terawih? Bukankah kita solat kerana Allah atau sememangnya kita solat kerana ganjaran yang Allah janjikan?


Cuba kita lihat pula pada tabung masjid dan derma. Begitu banyak dana yang dapat dikutip pada bulan ramadhan berbanding bulan lain. Kekadang sehingga mencecah beribu semalaman. Sedangkan di bulan biasa untuk mengutip derma seratus dalam sebulan pun mungkin susah. Kenapa kita hanya jadi pemurah di bulan puasa? Bukankan kekasih kita Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk sentiasa menderma. Bukan hanya di bukan ramadhan.


Kita lihat pula pada pakaian, bagi yang tidak biasa berpakaian menutup aurat, bulan ramadhan biasa dijadikan bulan menutup aurat. Tapi sayangnya hanya di bulan ramadhan bukan di 11 bulan lagi. Kata mereka, apa guna puasa kalau berpakaian seksi menjolok mata. Tapi yang 11 bulan lagi, tidak terfikirkah mereka, apa guna solat kalau kat luar berpakaian seksi yang menjadi ganguan seksual buat lelaki di luar sana? Tapi, Alhamdulillah bagi yang menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan mereka membuat anjakan paradigma untuk mereka terus menutup aurat buat selamanya.


t1.gstatic

Saudara saudari, sedarkah kita, bulan ramadhan bukan sekadar bulan ibadat tetapi bulan untuk melatih diri kita. Kalau sudah dinamakan latihan, perlulah diteruskan walaupun bulan ramadhan sudah berakhir. Istiqamah dalam apa juga perbuatan kita. Tidak perlu menunggu hanya bulan ramadhan untuk kita berbuat perkara baik.Macam juga kita tak perlu tunggu kebulur baru sibuk nak makan. Nanti kalau tunggu kebulur dulu takut mati kebuluran tak sempat nak makan. Kalau tunggu bulan ramadhan untuk beramal takut mati tak sempat nak beramal. Marilah kita sama-sama berlatih beramal dibulan ramadhan dan terus beramal sampai akhir hayat kita.

 Lulusterbit Oleh: Ixora_skru
[ 11 Jul 2011 ]

Comments *

Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

Norsahida Zulkefli

15 September, 2014, 09:35:35 AM
success not failure

ainaz

05 September, 2014, 04:51:08 PM
Kami di PruBsn Takaful menyediakan Plan Takaful Keluarga Komprehensif  mampu milik dalam 1 Akaun sahaja

1- Perlindungan Asas
2- Personal Accident
3-  Kad Perubatan
4- Simpanan/ Pelaburan
 
Untuk pertanyaan sila whatsapp 013 2479201, kami sedia membantu.
 

ansarul_haqq

30 August, 2014, 12:11:43 PM
 حيثما وجد التفرق كان مبعثه الهوى لأن أصل الإختلاف الإجتهادي لا يقتضي الفرقة والعداوة   "أ-د- عبدالله بن بيه"
 bilamana wujudnya perpecahan, penyebabnya adalah nafsu kerana asal khilaf itu ialah perkara ijtihadi ti
 

ansarul_haqq

30 August, 2014, 11:44:20 AM
Plant your land and wait for the rain and take care of your shrubs.
 

al-baab

27 August, 2014, 10:11:08 PM
Yang tidak beramal itu adalah syitan iblis, yang langsung tidak mahu mendengar perentah Allah, menyangka dia di dalam kebenaran

silakan amati ya
 

ansarul_haqq

25 August, 2014, 12:07:19 PM
فليست النعمة دليل الإِكرام، ولا سلب النعمة دليل الإِهانة. ولكن الإِكرام ينشأ حين تستقبل النعمة بشكر، وتستقبل النقمة بصبر.
-محمد متولي الشعراوي-
 

ansarul_haqq

25 August, 2014, 11:57:13 AM
I made so many mistakes in my life but the biggest of all would be if I think that I'm always right!
-Salman Alodah
 

ansarul_haqq

25 August, 2014, 11:55:08 AM
All praise be to Allah who has forgiven us today and not destroyed us due to our sin.
-Salman Alodah
 

talibarut

22 August, 2014, 10:37:50 AM
berita sukan tak ada ker kat sini ....
 

ansarul_haqq

21 August, 2014, 01:44:45 PM
Firman Allah SWT :
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُو

Show 50 latest