*

Gerakan strategik membasmi ajaran sesat

Gerakan strategik membasmi ajaran sesat

www.Halaqah.net
Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID
Editor : PenaHalaqah


BERDASARKAN realiti sejarah masa lalu, jelas ajaran sesat boleh membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Ajaran sesat tidak sahaja melakukan penyelewengan terhadap Islam dan menyesatkan para pengikutnya, malah bukti-bukti sejarah menunjukkan ia boleh menimbulkan ketegangan dan peperangan.

Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW dan sewaktu zaman Khalifah Ar-Rashidin, terjadi peperangan menentang ajaran sesat.

Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat, tidak sahaja yang sesat dan menyesatkan pembawa mahupun pengikutnya tetapi ikut sama menyeret kepada hal-hal yang berkaitan dengan politik sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan permusuhan yang tidak akan menguntungkan sesiapapun sama ada individu, kumpulan mahupun masyarakat dan negara.

Menyedari bahawa ajaran sesat, pengamal mahupun pengikutnya boleh mengancam keamanan masyarakat, maka tindakan tegas pihak berwajib dan pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kesucian Islam perlu dilakukan berterusan agar agama Islam tidak tercemar oleh anasir-anasir dan makhluk perosak itu. Justeru, tindakan tegas ke atas pembawa, pengamal dan para pengikutnya sebagaimana kes terbaru yang terjadi pada guru dan pengikut ajaran Abdul Rejab Ahmad di Putrajaya kelmarin adalah dialu-alukan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai agensi pusat yang menyelaras semua perkara yang berkaitan dengan agama Islam haruslah meningkatkan lagi usaha membanteras gejala ajaran sesat ini, selain pihak berkuasa agama negeri menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas tanpa kompromi dengan golongan tersebut.

Di Malaysia sahaja untuk mengenali ciri-ciri ajaran sesat, ia boleh dilihat pada beberapa aspek, antaranya golongan itu memansuhkan syariat Islam dan mengadakan syariat baru, dapat meramalkan bila berlaku kiamat, menerima risalah Islam terus dari Rasulullah, zikir dalam gelap bercampur gaul lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk, penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin, menghalalkan nikah adik-beradik, semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini, nikah menurut syariat hanyalah mengikut adat, sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin, murid-murid tidak boleh mengahwini wanita-wanita yang diminati oleh gurunya dan bagi mereka, Islam itu ada zahir dan batin iaitu zahir itu kulit dan batin itu isi. Apabila dapat isi, maka kulit tidak berguna lagi.

Dan yang paling dibimbangi kebanyakan ajaran sesat di Malaysia menggunakan seks sebagai tarikan kepada ajaran mereka dan kebanyakan yang menjadi mangsa mereka ialah wanita. Wanita Islam yang sering tertipu oleh perangkap guru ajaran sesat ini adalah daripada kalangan mereka yang jahil dan tiada pengetahuan asas agama. Dan tidak dinafikan juga, ada di kalangan mereka yang berpengetahuan agama turut terpengaruh dan terlibat.

Tujuan sebenar kumpulan ajaran sesat itu adalah untuk menghancur dan merosakkan ajaran Islam yang suci. Untuk mencapai matlamat tersebut, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi mempengaruhi masyarakat Islam yang tidak mempunyai pegangan akidah yang kukuh.

Mereka memperkenalkan ajaran baru yang sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Dengan cara ini, mereka dapat melemahkan dan merosakkan pegangan umat Islam terhadap akidah Islamiah.

Kelambatan bertindak ke atas kumpulan-kumpulan ajaran sesat akan mengakibatkan tercetusnya pelbagai angkara yang mungkin tidak terjangkau pada pemikiran kita. Demikian juga bentuk hukuman dan denda sedia ada yang dikategorikan sebagai amat rendah serta tidak setimpal dengan kesalahan, jelas menunjukkan bahawa usaha menangani ancaman ajaran sesat kurang berkesan dan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.

Oleh yang demikian, satu metadologi yang merangkumi aspek pendidikan seperti menyebarkan risalah atau maklumat umum mengenai cara mengenal pasti sesuatu ajaran sesat perlu dilakukan.

Pendidikan formal atau tidak formal boleh dimanipulasi sebagai medium penyebaran maklumat yang berkesan termasuk penggunaan media cetak dan elektronik.

Kaedah atau jalan penyelesaian umat adalah dengan meluruskan akidah dan kembali kepada akidah Salafush-shalih, menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber hukum, ikhlas kepada Allah dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan, menuntut ilmu syariat serta berusaha memahami agama dan mencari kebenaran mengikut dalil yang benar.

Usaha juga harus ditekankan ke arah memberi penerangan secara jelas kepada masyarakat umum mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sikap tidak bertolak ansur dalam penghayatan akidah yang sahih merupakan suatu ketegasan tidak sahaja dalam mempertahankan kesucian akidah dan agama Islam itu sendiri, tetapi yang sama pentingnya adalah mempertahankan kewibawaan institusi Islam.

Akidah yang sahih adalah mereka yang beriman kepada Allah, para malaikat dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, hari akhirat serta qada dan qadar. Akidah yang benar dapat menjadi landasan dan pendorong bagi umat Islam dalam melaksanakan amal soleh dan diwar-warkan dalam pelbagai media cetak mahupun elektronik secara meluas.

Satu kempen yang menyeluruh dan gerakan yang strategik haruslah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai wadah yang ada seperti misalnya di masjid-masjid. Hal ini perlu dilakukan segera tetapi bukan ad hoc kerana mereka yang terlibat dengan ajaran salah ini secara relatif bukan daripada orang biasa. Kebanyakan mereka mempunyai pengetahuan dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat.


http://epondok.wordpress.com/2010/02/12/gerakan-strategik-membasmi-ajaran-sesat/
 Lulusterbit Oleh: Ummi Munaliza
[ 12 Feb 2010 ]

Comments *

1) Re: Gerakan strategik membasmi ajaran sesat
Lulusterbit Oleh: dol_bendol about 13 February, 2010, 12:06:20 AM
siapa yg sesat yg pertama tama patut di nasihatkan?

itulah segolongan umat yang mendapat amanah mengetuai umat, tetapi tak mahu masuk islam keseluruhannya, malahn mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian, seperti, hal ehwal nikah di ambil pakai, tetapi hal ehwal hukum qisas dan had atau hudud tidak di terima pakai. Maka layak kah mereka yang bernaung di bawah, penguasa sedemikian, menyetakan lain orang sesat? padahal majikan mereka juga sedemikian rupa.

ternyatalah Kesesatan yg nabi beritahu, umat akan ikut sedikit demi sedikit cara hidup mereka. Maka siapakah itu? tak lain adalah kita kita ini..........Sedar atau tidak?

maaf ya....tak perlu jawab kepada saya. answerable to Allaah, Allah tahu apa yang terkandung di hati kamu
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

al-baab

Yesterday at 06:56:06 AM
khatam ilmu itu, sempurna Iman, Allah lebih di cintai melebihi selainnya, jadi tidaklah guru itu, menyalahi sunnah, dan tidaklah ia tidak beramal
 

ansarul_haqq

08 August, 2014, 09:25:17 PM
"Dari anas radiallahuanhu sedang ia melalui sekelompok kanak2, lalu dia memberikn salam kpd mereka, lalu berkata beginilah rasullullah melakukannya."muttafaqunalaih
setiap hadis atau tingkah laku nabi yg kita dengar,
lakukanlah
 

ansarul_haqq

06 August, 2014, 11:50:28 PM
Cemburu plak tengok orang beli kitab banyak2, kalau la ada sponser..kan2 ?
:senyum:
 

human

05 August, 2014, 05:05:48 AM
Allah lah yang pengampun & pecinta ( ghafur & wadud ) forgiven love
 

human

05 August, 2014, 05:01:42 AM
fitrah insan fitrah Allah,insyaAllah
 

human

05 August, 2014, 04:52:26 AM
rancangan Allah, celupan Allah,   milik Allah
 

Fakir Billah

02 August, 2014, 11:43:18 PM
  Bersedialah dengan mengekalkan sehingga tidak  terpisah dan menyekutukan Allah.


  Ilmu main peranan dalam setiap gerak-geri.

 Amal mentadbiri segala hujah ilmu.

  Orang yang benar-benar sujud kepada Tuhan yang sebenar membenar yang Siddiqin ke atas dirinya.
 

Fakir Billah

02 August, 2014, 11:35:26 PM
   Kedudukan bagi    orang yang senantiasa menyaksi Allah SWT tidak sempat baginya:-

Menempatkan selain Allah SWT.

Ia nampak dan kenal tiada lain selain Allah yang mengadakan setiap sesuatu walau pada sesuatu atau dalam sesuatu yang wujud.
 

Fakir Billah

02 August, 2014, 11:29:49 PM
  Bukanlah keterangan terhenti pada maklumat yang banyak.


   Setiap yang didhahirkan sudah tentu ada pemiliknya yang memiliki dari apa yang didhahirkan.

   Sesuatu tanpa huruf dan suara adalah baharu setelah terbentuk huruf dan perkataan, dilisan sebagai penjelasan dan huraian.

Show 50 latest