Tidak tutup aurat, kompaun RM500
Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
* *
21 Dec 2009     Tidak tutup aurat, kompaun RM500

Tidak tutup aurat, kompaun RM500

www.Halaqah.net
Pengirim : Nur'Ain
Editor : PenaHalaqah




ANGGOTA penguat kuasa MPKB-BRI memeriksa peniaga
dan pembantu kedai yang tidak menutup aurat
di Pasar Borong Wakaf Che Yeh,
Kota Bharu malam kelmarin.


KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.



Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my




Bagaimana pakaian sebenar seorang muslimah menurut Islam?

"Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata, “Suatu ketika dahulu, golongan wanita berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah.”

Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu, kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Inilah yang dimaksudkan dengan tabarruj jahiliyah yang terdahulu”. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: “Tabarruj berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”.

Ayat ini tidak bermaksud mengongkong pergerakan wanita Islam. ia juga tidak bermaksud, tempat bagi kaum wanita hanyalah di dalam rumahnya sahaja kerana Nabi SAW pernah mendoakan supaya Ummu Haram dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera-tentera Islam yang lain. Tambahan daripada itu, Khalifah Omar al-Khattab pernah melantik seorang wanita yang berhama Ummu as-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah.

Islam
mengizinkan wanitanya keluar rumah bagi suatu keperluan yang baik, seperti mencari ilmu sama ada fardu ain atau fardu kifayah, menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup, dengan batas-batas yang ditetapkan. Ayat ini sebenarnya bertujuan memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka supaya sentiasa menjaga kemuliaan itu di samping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka, seperti kecantikan. Wanita sebenarnya mempunyai peranan yang besar di penjurunya sebagaimana kaum lelaki.

Allah berfirman: “Orang-orang yang beriman, lelaki dan wanita, sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain. Mereka menyuruh kepada yang makruf, mencegah kemungkaran, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah ayat 71).

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliyah. Islam adalah agama yang menekankan akhlak dan adab dalam semua perkara termasuk dalam aspek pemakaian. Umat Islam, lelaki dan perempuan, yang sudah baligh wajib menutup aurat mengikut batas yang ditetapkan agama. Berhubung dengan wanita Islam, antara ayat yang menjelaskan batas-batas auratnya ialah firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud;

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-da mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.”

Seperti yang sudah disebutkan, ketika ayat ini diturunkan, kaum wanita membudayakan sejenis pakaian tudung yang menutupi bahagian kepala tetapi masih mendedahkan leher, telinga dan bahagian atas dada mereka. Kerana itu, ayat ini
diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepala yang dilabuhkan sehingga menutupi bahagian-bahagian itu. Hal ini disebutkan oleh Imam Qartubi dalam al-Jamik Li Ahkamil Quran. Walau bagaimanapun ketika berpakaian, mereka boleh mendedahkan (perhiasan) yang biasa temampak daripadanya’. Abdullah ibn Abbas mentafsirkannya sebagai ‘muka dan dua tapak tangan’.

Abdullah ibn Omar mentafsirkannya sebagài ‘muka dan dua tangan (pergelangan tangan hingga ke tapak tangan)’. Lebih daripada itu, perhiasan yang terdapat di bahagian muka dan dua tangan seperti cincin, celak, inai dan seumpamanya, boleh didedahkan ketika berdepan dengan yang bukan muhrim. Kesemua pendapat ini disebutkan oleh as-Syeikh Said Hawa dalam al-A sas fit Tafsir Selain daripada itu, pandangan yang masyhur daripada mazhab Imam Abu Hanifah adalah memasukkan tapak kaki ke bahagian yang boleh didedahkan dan pandangan ini dipandang baik lagi munasabah as-Syeikh Said Hawa kerana ia sama dan boleh dikiaskan dengan tapak tangan.

Islam tidak menghalang wanita-wanitanya berpakaian mengilkut fesyen dan suasana asalkan ia menutup aurat seperti yang sudah dijelaskan, di samping tidak menjolok mata. Hamka dalam Tafsir al-A zhar berkata; “Tidaklah semua pakaian Barat itu ditolak oleh Islam dan tidak pula seluruh pakaian tempatan dapat diterima. Kebaya Jawa yang menampakkan sebahagian dada tanpa selendang adalah termasuk pakaian yang dilarang mengikut pandangan Islam.”

Beberapa golongan di Barat mula mengagumi ajaran Islam berhubung dengan wanitanya. Sebagai contoh, lah. Stevenson menulis dalam Toronto Star bertarikh 23 Januari, 2002 berhubung dengan etika pemakaian wanita Islam. Beliau berkata; “Ketika saya dan rakan-rakan sedang makan malam di sebuah restoran, kami duduk bersebelahan dengan tiga orang wanita muda. Tiba-tiba masuklah dua orang wanita Islam dengan pakaian yang konservatif dan duduk bersebelahan dengan mereka. Kami dapat mendengar ketiga-tiga wanita tadi berbisik-bisik sesama sendiri berhubung kedua-dua wanita Islam itu: “Mengapa mereka berpakaian seperti itu...? Saya bersimpati dengan mereka !“ Ketiga-tiga wanita (Barat) itu akhirnya membayar bil dan terus beredar. Mereka memakai seluar yang ketat, skirt yang singkat, kasut bertumit tinggi, gincu yang tebal dan bahagian dada mereka didedahkan secara yang mengghairahkan. Kami alihkan pandangan kami kepada kedua-dua wanita Islam tadi.

Tudung mereka yang hitam menzahirkan peribadi mereka yang bersopan santun. Gaya mereka nampak asli. Pakaian mereka walaupun konservatif, menampakkan sifat kewanitaan yang indah. Berpakaian secara sopan menakutkan wanita Barat. Kenapa? Adakah kerana mereka tidak mahu kehilangan hak menunjuk-nunjuk ? Selepas kami berbincang berkenaan isu ini kami dapati wanita-wanita Islam berjaya membebaskan din mereka daripada perangkap fesyen tanpa perlu menunjuk-nunjuk, bersaing, berbelanja lebih dan berdiet bagi menarik perhatian kaum lelaki atau wanita. Kami dapati kedua-dua wanita Islam itu lebih menarik dibandingkan dengan ketiga-tiga wanita Barat tadi. Penonjolan seks dalam masyarakat kita menjadi suatu budaya arus perdana sehingga kita menganggap adab dan sopan santun suatu kemunduran. Dalam konteks jangka panjang, apabila kaum lelaki melihat secara lebih jauh, mereka akan mendapati bukan keyakinan diri sebaliknya perasaan terdesak mendapat perhatian (yang menyebabkan wanita-wanita Barat begitu ghairah dengan fesyen).

Wanita yang mementingkan adab dan kesopanan tidak akan terperangkap dengan suasana yang memperdayakan ini. Mereka berbangga dengan apa yang mereka miliki.... Ingatlah ini apabila anda bersimpati dengan wanita-wanita Islam”.

Apabila pandangan ini kita fahami, kita akan sedar betapa Islam mengangkat martabat wanitanya ke tahap yang tinggi.

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.” (an-Nuur: 30)


“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

“Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (al-Ahzaab: 59)

Aishah lah.a. berkata, “Nabi tidak pernah menyentuh tangan-tangan wanita ketika berbaiah. Sesungguhnya berbaiah dengan wanita-wanita Islam berlaku dengan cara percakapan.” (Riwayat Bukhari)

Jarir lah.a. berkata, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah berkenaan hukum melihat aurat wanita secara tidak sengaja, maka Rasulullah menyuruh saya mengalih pandangan saya ke arah lain.” (Riwayat Muslim)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka memelihara pandangan mereka dan kemaluan mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang biasa ternampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.”

Berdasarkan ayat 31, surah an-Nuur, Abdullah ibn Abbas, Ibn Omar, Atha, Ikramah dan lain-lainnya berpendapat: “Seseorang wanita Islam hanya boleh mendedahkan wajah, dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahrimnya.” (As-Syeikh said Hawa di dalam kitabnya Al-Asas fit Tafsir)

Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

“Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

“Semua anak Adam (manusia) itu sering membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa) itu ialah orang-orang yang suka bertaubat." (Riwayat Al-Tirmizi)

Allahu'alam
paparan 842 dibaca | 14 komen

Komentar: (14 Komentar , 0 are new)

 SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM

Secara ringkasnya, berikut ini ialah sifat-sifat pakaian wanita dalam Islam, sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat-isyaratnya daripada Quran, Hadith dan ajaran para Ulama dan Hukamak Islam:

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat.

2. Pakaian itu tiada terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.

3. Pakaian itu tiada ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya.
(Ini terutamanya pakaian luar, seperti jilbab atau ‘abaya. Menurut Ibn Kathir, di dalam Tafsirnya, pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi s.a.w. ketika mereka keluar rumah, berwarna hitam).

5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan itu ada pengaruhnya atas nafsu kelamin yang ajnabi.
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.

6. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.

7. Pakaian itu tiada bertasyabbuh dengan pakaian perempuan kafir atau musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasusy-syuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.
Wallahu a’lam.
Oleh: Ummi Munaliza pada 21 December, 2009, 09:16:39 PM
Buku yang bagus untuk dibaca dab rujukan -- Wan Muhammad bin Wan Muhammad Ali (1979). Al-Hijab: Sebuah Risalah Tentang Aurat Lelaki dan Aurat Perempuan dan Tentang Hijab Wanita Islam. Kuala Lumpur : Percetakan Watan.
Oleh: Ummi Munaliza pada 21 December, 2009, 09:17:53 PM
Syabas dan tahniah MPKB-BRI walaupun kerajaan PAS Kelantan memerintah hampir 20 thn baru nak tangkap perempuan/wanita tak tutup aurat..(hhmmm..puah doh kawe duk bagi nasihat ko demo(permpuan tak tutup aurat), tok nyo dengar jugok..loni jange main-main, kawe igat dae kawe dendo 500 yal..)
Oleh: nilabiru pada 22 December, 2009, 10:14:35 AM
Alhamdulillah...syukur dengan usaha MPKB-BRI untuk memberi peringatan kepada insan yang tidak menutup aurat. Pihak MPKB-BRI bukan sengaja untuk memberi kompaun,tetapi ada hikmah di sebaliknya. Renung-renungkanlah...InsyaALLAH...
Oleh: sya ukhwah pada 22 December, 2009, 11:50:24 AM
bagus saya sokong..nak berniaga barang ke nak berniaga diri..pakai seksi malu nak gi mbeli.....hheheheh..nak bniaga ikut peraturan baru la berkat dan selamat....
Oleh: nurli pada 22 December, 2009, 12:36:29 PM
salam wbt..
yup..
btl 2..
org2 pmpuan kt KB sy tgk skg x mcm zmn2 dulu..
mybe,pgaruh yg dtg dr luar byk kot..
so,sama2la kita mjg aurat kita..
=)
Oleh: ana aisyah88 pada 22 December, 2009, 02:41:48 PM
Alhamdulillah akhirnya pihak yang berwajib bertindak..
mmg menyakitkan mata bila ke pasar tu
mudah2an mereka mendapat hidayah
Oleh: Kalam_Sufi pada 22 December, 2009, 11:25:56 PM
bagus betul...
tiada lagi seksi2, tiada pusat disko, tiada pawagam...
nak pi melawat nie..
ini baru perbandaran bandaraya islam...huhu
tenang jiwa dan hati...
Oleh: ilhamic pada 24 December, 2009, 04:33:24 PM
alhamdullilah....
kalaulah malaysia mcm ni...
boleh copy/paste tak
Oleh: ana saifudeenah pada 24 December, 2009, 07:02:55 PM
2 tahun lagi menunggu... semoga halaqian memilih yang terbaik..
Oleh: Ryusuke pada 25 December, 2009, 06:27:12 PM
saya baru abis bljr dari kelantan....
kat sana mmg rasa sedih sgt bila lihat cara pergaulan dan pemakaian yang di pakai oleh orang2 sana..
tak macam apa yang di gambarkan sebelum saya g sana...
alhamdulillah dengan adanya tindakan sebegitu sekurang-kurangnya kelantan yang di kenali sebagai serambi mekah dapat ditonjolkan..dan di jadikan kenyataan....
Oleh: mufidah pada 30 December, 2009, 05:38:31 PM
salam
patuk diperluaskan ke negeri lain
barulah malaysia negara benar2 isalm
Oleh: lias_123 pada 07 January, 2010, 10:36:36 PM
salam....
berpakaianlah menutup AURAT....
bukan menutup pandangan BARAT....
sama2lah kita renungkan....
Oleh: puteripenyu pada 17 January, 2010, 10:55:41 PM
Pemeliharaan aurat bukan terzahirnya daripada ikutan atau budaya masyarakat tetapi berdasarkan tuntutan yang sudahpun tergaris dan diterima dengan setulus hati. Ia hanya akan lahir daripada hati yang benar-benar cintakan DIA bukan dia...ALLAHu'alam...
Oleh: Ameeen pada 13 February, 2010, 10:36:59 PM
Commenting option has been turned off for this article.
Jom Promosi

Mendaftar di sini

Terima Kasih
Atas Kunjungan Anda.
Sokongan Yang Diberikan
[Begitu Istimewa]










Memo Halaqian
Last 5 Shouts:
Hari ini ~ 12:11:49 PM

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?
Hari ini ~ 12:02:51 PM
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita.
Hari ini ~ 11:52:46 AM
WANG, masa, ilmu dan amal adalah keperluan yang sangat diinginkan setiap manusia. Ada kala bila tercicir wang walau nilainya tidak seberapa, kita sanggup mencarinya. Tetapi kalau tercicir masa walau sesaat, tiada siapa boleh mencarinya kembali.
Hari ini ~ 10:59:01 AM
Salam Aidilfitri para Halaqian semua..
Maaf Zahir & Batin
Hari ini ~ 03:10:49 AM
janganlah kita mendengar kata-kata manis dari seseorang..kata-kata yang manis itulah racun..sebelum menyertai apa2 kaji selidik dahulu..-azryn-