ERTI KEMERDEKAAN
Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
* *
04 Aug 2008     ERTI KEMERDEKAAN
ERTI KEMERDEKAAN
Oleh : kanjeng

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan,
kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini.
Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam
pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Dalam konteks ini, setiap individu manusia atau setiap kumpulan manusia atau setiap bangsa, masing-masing ada mempunyai fahaman dan pandangan yang tersendiri dalam
memberikan erti kemerdekaan itu, bagaimana bentuk kemerdekaan itu dan bagaimana harus diusahakan untuk mencapai kemerdekaan itu. Dan dalam hal ini, kalaulah kita
tanyakan kepada seorang individu tentang fahaman dan pandangannya terhadap erti kemerdekaan itu, kelak ada yang akan berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas membuat apa sahaja, tanpa batas dan mengikut apa sahaja yang dikehendaki oleh hawa nafsu manusia itu, sekalipun berlawanan dan bertentangan dengan undang-undang,tatasusila dan hak asasi manusia lain.

Kemudian kalau kita tanyakan kepada kaum buruh pula .iantang fahaman dan pandangan mereka terhadap ertinya kemerdekaan, mereka pula nanti berkata bahawa kemerdekaan bererti bebas dari cengkaman kaum kapitalis. it bagi mereka, kemerdekaan bererti mereka dapat membuat tuntutan terhadap kehendak-kehendak yang diperlukan olel kaum buruh.

Dan kalau kita bertanya pula kepada golongan nasionalis tentang fahaman dan pandangan mereka terhadap kemerdekaan, mereka pula akan berkata bahawa ia bererti terlepas
daripada dijajahi oleh bangsa lain ke atas bangsa dan negaranya. Dan bagi mereka,kemerdekaan bererti mereka dapat mengatur kehidupan bangsa dan negara samada dari segi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lainnya mengikut apa yang mereka kehendaki.

Kepada golongan kapitalis pula, kemerdekaan bererti mereka dapat menggunakan modal dengan sebebas-bebasnya untuk mendapat keuntungan sebanyak mana yang mungkin walaupun terpaksa menindas kaum buruh ataupun merosakkan akhlak manusia atau menempuh jalan yang haram.

Cukuplah kita paparkan sekadar itu erti kemerdekaan sebagaimana yang difahamkan oleh sebahagian manusia.

KEMERDEKAAN YANG MEMBUAT HURU HARA

Erti kemerdekaan yang telah disebutkan tadi, jika setiap individu atau kumpulan atau bangsa itu mengamalkan fahaman dan pandangan masing-masing mengikut cara masing-masing serta memperjuangkan-nya mengikut fahaman dan pandangan mereka sendiri,sudah barang tentu akan berlaku pertembungan dan pelanggaran antara satu golongan dengan golongan yang lainnya, antara individu dengan individu dan antara satu
bangsa dengan satu bangsa yang lain. Akhirnya timbullah krisis demi krisis hingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah antara mereka.

Akibatnya, lahirlah bermacam-macam bentuk jenayah dan kemungkaran di muka bumi Tuhan ini dan akhirnya manusia hidup dalam huru hara dan dalam kecelakaan.Kebimbangan dan ketakutan sentiasa menyelubungi jiwa manusia. Kalau demikianlah keadaannya, apakah ini yang dikatakan kemerdekaan?

Apakah dalam keadaan jiwa yang tertekan oleh kebimbangan dan ketakutan itu dikatakan jiwa yang merdeka? Sebenarnya, inilah yang dikatakan kemerdekaan yang bukan kemerdekaan! Kehidupan yang seumpama inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T di dalam firman-Nya yang berbunyi:
Maksudnya:
"Lahirlah kerosakan di daratan dan di /autan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Ailah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar. " - Ar Rum 41

Inilah yang dikatakan neraka dunia sebelum neraka akhirat. Apakah sudah masuk neraka dan merasakan azabnya di dunia ini lagi, dikatakan yang kita ini merdeka? Atau dalam lain-lain perkataan, dapatkah kita merasakan nikmat kemerdekaan yang kita perjuangkan itu kalau pada hakikatnya kita berada dalam keazaban neraka dunia! Apakah sudah masuk neraka masih kita mengatakan yang kita ini merdeka?
Firman Allah lagi:
Maksudnya:
"Bahawasanya mereka, usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka mereka telah membuat kebaikan. " - Al Kahfi: 54.

Rupa-rupanya, kemerdekaan yang dicari, neraka yang ditemui. Inilah akibat mencari kemerdekaan dengan mengikut hawa nafsu semata-mata atau mengikut fikiran yang tidak berlandaskan syariat. Usaha-usaha manusia seperti ini tidak sampai kepada matlamat dan akan berakhir dengan kegagalan. Mereka yang gagal mendapat kemerdekaan yang hakiki akan mendapat seksa neraka di akhirat nanti.
Lulusterbit: PenaHalaqahpaparan 8082 dibaca | 1 komen

Komentar: (1 Komentar , 0 are new)

luahan d sebalik erti kemerdekaan........


31 OGOS 2008-AHAD
 Salam….kepada semua sahabiah yang masih semangat berjuang demi agama kita yang tercinta,serta selawat junjungan kepada NABI MUHAMMAD SAW,dan yang paling utama panjat kesyukuran kepada ALLAH SWT,yang masih mengurniakan nikmat yang tak pernah putus,yakni nikmat iman dan islam.hari ni aku ada kelapangan sedikit untuk meluahkan rasa dan cerita,ada apa dengan hari ini???,senang je,mestilah tentang Negara kita yang telah mengecap merdeka selama 51 tahun kan,ala semua orang tau tentang ni,kalau tak,sudah tentu seluruh umat Malaysia tidak berteriak2,ibarat suara binatang dari zoo,tak gitu???,tapi disebalik sorakan kegembiraan,adakah mereka pasti yang kita telah merdeka……..pada luaran memang tak di nafikan kita telah merdeka,,tapi adakah anda pernah terfikir,yang minda kita ini belum merdeka,tak payah nak lihat yang jauh2,lihat la semalam contohnya,,kita terpaksa untuk mengikut perintah mereka sedangkan jika kita telah merdeka,kita layak untuk bersuara selagi tidk melanggar syariat yang telah ditetapkan….masyaALLAH,adakah memakai baju tanpa pakaian,berpeleseran dengan kekasih sementara waktu,dikira merdeka…inilah pemikiran anak2 muda sekarang,yang hanya menyempitkan pemikiran mereka,dan tidak meluaskan pemikiran mereka…..inikah yang dinamakan generasi yang bakal memimpin Negara ini,,wah kalau macam ni,memang hebat sungguh Negara kita yang telah melaungkan Negara yang aman dan tak lupa yang telah memartabatkan Negara kita sebagai islam hadhari@pun islam badawi!!!
   Ok sekarang kita beralih kepada islam HADHARI…adui tak da input yang aku nak kongsi tentang ni,sedangkan tak lama lagi kami ini akan digelar sebagai ajk islam hadhari,tidak ke hodoh nama tu…..kerana pucuk kepimpinan hari ni lah,menyebabkan kami ini terjajah oleh bangsa sendiri  malahan orang seagama sendiri….inilah yangterjadi apabila hanya melihat pada duniawi,tapi tidak ukhrawi,berlumba2 mencari pangkat darjat,sehingga sanggup membelakangkan agama sendiri…..sungguh sedih apabila memikirkan semua ni……kami hanya berserah dan tawakal pada ilahi,moga semuanya berjalan dengan baik,dan perjalanan saf-saf pejuang ini akan sentiasa diredai oleh   SANG PENCIPTA……amiiiiiiiiiiiiinnnnn
Oleh: NuRul IsLam pada 12 February, 2009, 03:55:03 PM
Commenting option has been turned off for this article.
Jom Promosi

Mendaftar di sini

Terima Kasih
Atas Kunjungan Anda.
Sokongan Yang Diberikan
[Begitu Istimewa]










Memo Halaqian
Last 5 Shouts:
Hari ini ~ 12:11:49 PM

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?
Hari ini ~ 12:02:51 PM
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita.
Hari ini ~ 11:52:46 AM
WANG, masa, ilmu dan amal adalah keperluan yang sangat diinginkan setiap manusia. Ada kala bila tercicir wang walau nilainya tidak seberapa, kita sanggup mencarinya. Tetapi kalau tercicir masa walau sesaat, tiada siapa boleh mencarinya kembali.
Hari ini ~ 10:59:01 AM
Salam Aidilfitri para Halaqian semua..
Maaf Zahir & Batin
Hari ini ~ 03:10:49 AM
janganlah kita mendengar kata-kata manis dari seseorang..kata-kata yang manis itulah racun..sebelum menyertai apa2 kaji selidik dahulu..-azryn-