Pertingkatkan Iman
Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
* *
16 Jun 2009     Pertingkatkan Iman
Pertingkatkan Iman
ibnuwalidaini
www.halaqah.net
editor:Munaliza Ismail

Dalam hidup ini, ujian datang silih berganti. Lepas satu ujian, ujian lain pula datang bertandang. Inilah kehidupan. Bukan lah kehidupan namanya kalau tidak dilanda ujian. Kerana hakikat kehidupan kita ini adalah untuk diuji. Allah nak uji tahap keimanan kita sebenarnya.

Tidak kiralah apa bentuk ujian yang kita hadapi pun, semua itu adalah untuk menunjukkan bahawa Allah sayangkan kita. Bayangkan sekiranya kita dibiarkan terus leka dengan dunia ini dengan kesenangan tanpa ada sebarang ujian pada kita. Nescaya diri kita ini makin hari makin jauh dengan Allah. Maka Allah hantarkan kepada kita ujian-ujian supaya kita akan sentiasa dekat denganNya.. Ya Allah, betapa Maha Pemurah dan Maha Pengasihnya Allah kepada semua hamba-hambaNya ini. Bersyukurlah kita yang telah dianugerahkan ujian dalam hidup.

Pelbagai bentuk ujian dihadapi oleh pelbagai orang di dunia ini. Semakin tinggi iman kita padaNya, semakin berat ujian dan dugaan yang kita hadapi. Untuk mencapai makam tertinggi dalam tahap keimanan kepada Allah bukanlah senang. Tapi liku-liku itu perlu kita tempuhi bagi membuktikan padaNya yang kita ini benar-benar beriman padaNya. Tidak kiralah apa ujian yang kita tempuhi. Contohnya ujian ditinggalkan orang yang kita sayang. Sebab apa teman bagi contoh ini. Ini adalah kerana ramai orang sebenarnya akan kecundang dalam perihal tersebut. Janganlah disebabkan perkara itu kita hilang pertimbangan dalam hidup. Bukan tidak ada contoh adlam dunia ini di mana mereka yang ditinggalkan orang tersayang ini ada yang bunuh diri, ada yang menyiksa diri dengan menangis, ada yang tidak mahu menjamah makanan. Hidup kita bukanlah terhenti diketika kejadia itu sahaja. Masih panjang lagi perjalanan yang perlu kita lalui.

Oleh itu, jadikanlah kesedihan ditinggalkan orang yang kita sayang itu sebagai satu cara untuk kita meningkatkan lagi tahap keimanan kita kepada Allah. Selagi mana kita masih menghadapi kesukaran, maka selagi itulah Allah swt sentiasa mengambil berat kepada kita. Dikurniakan kita dengan pelbagai ujian supaya kita tidak alpa dengan dunia dan kembali kepadaNya.

Dalam hidup ini, perasaan di antara lelaki dan perempuan adalah satu fitrah pada manusia. Tidak dapat tidak semua orang akan merasai perasaan tersebut. Tetapi sekiranya perasaan itu melampaui batas, ia akan menimbulkan masalah pada diri sehingga kita akan melupakan dimanakah Yang Maha Pencipta. Ini adalah kesan buruk pada mereka-mereka yang tidak dapat mengawal perasaan sehingga perasaan itu dilayan hingga melampaui batas. Ingatlah semua yang berlaku di atas dunia ini adalah ujian. Maka hati-hatilah dengan setiap apa yang kita lakukan.

Setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan dan ganjarannya. Alangkah baik sekiranya balasan dosa kita ini dapat ditimpalkan di dunia ini dan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada insan-insan yang lain. Alangkah bahagianya kita di akhirat nanti apabila laluan kita mudah untuk menuju ke syurga.

Acapkali manusia lupa akan sifat Allah swt Yang Maha Pemurah, mereka tidak mampu mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap apa yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan benar, tidak dimurkai dan tidak pula sesat.

Mari kita muhasabah diri kita, apakah kita sudah sampai ke kemuncak tahap iman kepada Allah..dimanakah puncak sebenarnya ???
Lulusterbit: Ummi Munalizapaparan 717 dibaca | 10 komen

Komentar: (10 Komentar , 0 are new)

hARUS ada rasa bersyukur disetiap kali ujian menjelma,,,,,
itu jelasnya membuktikan ALLAh mengasihi mu setiap masa....diuji tahap keimanan sedang ramai yang terbiar dilalaikan,,,,hanya yang terpilih sahaja ..antara berjuta mendapat rahmatnya....
Allah rindu mendengarkan rintihan mu berpanjangan bersyukur dan bersabarlah menghadapi.....
maka bersyukurlah selalau....
Oleh: wArDaH iSlAm pada 17 June, 2009, 09:39:25 PM
i like the lyric....its meaningful...really...
Oleh: husnulkhatimah pada 17 June, 2009, 11:47:16 PM
sememangnya kita perlu menerima segala ujian dari Allah dengan penuh kesabaran dan keredhaan.Manusia sering lupa kepada tuhan yang menciptakan mereka.Oleh itu,Allah timpakan ujian kepada umatnya untuk mendekati dan merintih simpati serta mengingatiNya yang menciptakan mereka.Hal ini kerana,manusia seringkali terlupa akan tuhan yang menciptakan mereka pabila mereka dilimpahkan kesenangan.Oleh itu,sama2 kita dekatkan diri kita ini dengan ALLAH s.w.t yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.
Oleh: etohajra86 pada 23 June, 2009, 04:08:54 PM
sentiasalah mencari hikmah dalam setiap apa yang berlaku itu kerana ianya sentiasa berada disebalik setiap yang berlaku itu
Oleh: husnazizan pada 24 June, 2009, 02:58:44 PM
Tuhan telah mentaqdirkan ku berada dalam ujian yang panjang, aku redha kerana di situ telah ku temui kasih hakiki Yang Maha Esa.. aku pohonkan agar kasihNya berkekalan untukku , tidak ku pedulikan lagi apa yang dikejar olah ramai manusia apabila telah ku temui kasih Nya.. biarlah ku sentiasa berada dalam ujian ini kerana ia penyebab ku beroleh kasih Nya
Oleh: protected pada 24 June, 2009, 10:05:39 PM
 
tidak ada dugaan...maka ...tetapkah kita merintih..meminta padaNYA...???

Kerna itulah ujian mendatang untuk memastikan insan sentiasa merintih memohon pada ...YANG MAHA ESA.

semoga diri ini tetap terus di jalanNya ...terutamanya ketika diberi ujian nikmat ...dari Nya
Oleh: naf_qayyimah pada 27 June, 2009, 09:42:48 AM
dugaan meningkatkan iman kita & mendekatkan kita pd NYA. juga mendidik kita menjadi matang & sabar serta tabah. mengajar kita utk bsyukur akan kurniaan NYA walupun terlalu berat dugaan atau ujian yg diberi itu... wallahualam.
Oleh: maghfiratul_iqma pada 04 July, 2009, 02:31:16 AM
seringkali manusia lupa untuk mensyukuri nikmat Allah dan semakin jauh dariNya bila diberikan ujian kesenangan, tetapi kita akan mencari Nya bila diuji dengan kesusahan... UJIAN kesusahan yang kualami kini lebih mendekatkan diriku padaMu..bersyukur pada Mu kerana masih sayangkan aku dan memberikanku hidayah Mu yang lebih bernilai dari segala apa pun..semoga aku terus istiqamah dalam mengejar cintaMu
Oleh: amane pada 06 July, 2009, 10:07:15 PM
Salam.. terima kasih kerana artikel ini..
Oleh: imanazia pada 11 July, 2009, 04:40:23 PM
setiap tahun bermacam2 azam kita buat. yang tahun lepas pun xtertunai lagi.. tapi x ramai orang yg membuat azam nak tingkatkan iman, kurangkan dosa, tambahkan pahala.. tingkatkan prestasi, jom kita pakat2 sahut seruan Ilahi..
Oleh: s.adib pada 16 December, 2009, 01:22:28 PM
Commenting option has been turned off for this article.
Jom Promosi

Mendaftar di sini

Terima Kasih
Atas Kunjungan Anda.
Sokongan Yang Diberikan
[Begitu Istimewa]










Memo Halaqian
Last 5 Shouts:
Hari ini ~ 12:11:49 PM

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?
Hari ini ~ 12:02:51 PM
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita.
Hari ini ~ 11:52:46 AM
WANG, masa, ilmu dan amal adalah keperluan yang sangat diinginkan setiap manusia. Ada kala bila tercicir wang walau nilainya tidak seberapa, kita sanggup mencarinya. Tetapi kalau tercicir masa walau sesaat, tiada siapa boleh mencarinya kembali.
Hari ini ~ 10:59:01 AM
Salam Aidilfitri para Halaqian semua..
Maaf Zahir & Batin
Hari ini ~ 03:10:49 AM
janganlah kita mendengar kata-kata manis dari seseorang..kata-kata yang manis itulah racun..sebelum menyertai apa2 kaji selidik dahulu..-azryn-