Aku Terima Nikahnya

Kita Terlalu Banyak Menerima
ummuhuffaz
www.halaqah.net
editor:PenaHalaqah

Saya baru sahaja selesai membaca buku ‘Aku Terima Nikahnya’ tulisan Ustaz Hasrizal bin Abdul Jamil. Sebelum ini, kesibukan dengan urusan dikampus menghalang saya untuk menyelesaikan ‘pengembaraan’ dalam buku ni. Alhamdulillah walaupun belum berpeluang memiliki buku ini, seorang senior telah meminjamkannya pada saya untuk saya mulakan ‘kembara’ dalam hasil penulisan beliau.

Saya tertarik dengan ungkapan beliau,  ‘erti hidup pada memberi’. Lagi ungkapan ‘memberi’ yang menarik perhatian saya untuk mendalami erti dan tanggungjawab memberi ialah pesanan yang diberikan Pak Harfan dalam filem Laskar Pelangi iaitu ‘hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya’. Kedua-dua ungkapan tersebut sedikit menyedarkan saya bahawa hidup saya selama ini lebih banyak menerima daripada memberi.
Cuba kita melihat sahaja pada diri, kita dilahirkan tanpa seurat benang. Sejak mula kita singgah di dunia ni, bermula dengan kain yang menyelimutkan kita, begitu banyak lagi pakaian yang diberikan kepada kita untuk melindungi tubuh ini sebelum kita memakai apa yang ada pada badan kita pada saat ini. Itu soal pakaian. Lihat pula dari segi makanan. Berapa banyak jenis makanan yang dah kita cuba.

Berapa banyak suapan yang hinggap ke mulut dan masuk ke dalam perut dan masuk lagi untuk kita menjadi sebesar ini pada hari ini. Hari ini sahaja, dah berapa kali kita tarik nafas dan hembus dan tarik lagi? Jantung pula, masih diberi keizinan oleh Allah untuk berdegup lagi  untuk mengepam darah yang diperlukan oleh seluruh anggota badan. Sejak dalam perut, tak henti-henti jantung kita buat kerja.

Sejak mula kita wujud di dunia, kita terlalu dimanjakan dan terlalu banyak menerima hingga kita ‘naik lemak’, bukan sahaja lemak dibadan. Terlalu dimanjakan sehingga kita mengharap lagi untuk menerima dan menerima dan menerima lagi. Manusia yang terlalu banyak menerima kadang-kadang terlupa untuk bersyukur dan juga terlupa bahawa mereka sebenarnya diberi untuk memberi.

“Setiap pemberian kepada kita adalah amanah untuk diberi kepada orang lain”
“Carilah sesuatu yang bermanfaat dalam kembara hidup kita untuk kita memberi manfaat kepada orang lain pula”

Kalau kita lihat dari segi ibadat. Solat yang popular dalam kalangan kita adalah solat wajib 5 waktu iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isya’. Bila nak exam, solat yang popular adalah solat sunat hajat, bila nak pilih calon suami atau isteri, solat sunat istikharah,kalau ada kematian, solat sunat jenazah, bila bulan ramadhan, solat terawih pula yang popular. Ada banyak jenis solat sunat tapi pernahkah kita terfikir, kenapa solat sunat lain seperti rawatib, tahiyatul masjid, dhuha, tahajjud, tasbih, gerhana dan banyak lagi tidak selalu diamalkan oleh kita? Sebabnya mudah sahaja, kita ni bersolat untuk meminta.

Kita tahu Allah adalah punca rezeki, kita tahu Allah tempat kita untuk meminta sebab itu lah kita akan ‘rajin’ sekali-sekala untuk meminta. Cuba kita hitung balik dan nisbahkan, berapa kali dalam hidup kita ni kita bersolat untuk meminta sesuatu daripada Allah dan berapa kali kita berusaha untuk memberi keikhlasan solat kepada Allah. Kita selalu berhajatkan apa yang dimiliki oleh Allah, tapi pernahkah kita berhajatkan untuk memberi apa yang dimiliki oleh kita kepada Allah?

Kita merantau untuk menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran tapi semuanya untuk kita. Biasanya selepas kita memiliki apa yang kita hajatkan, kita akan berpuas hati. Kadang-kadang kita tak akan berpuas hati selagi tidak mengatasi apa yang dimiliki oleh orang lain. Pernahkah kita berada dalam keadaan tidak selesa selagi tidak menumpahkan apa yang kita dapat kepada orang lain. Kawan, ada sebab Allah memberi sesuatu kepada kita. Sebab Allah tahu apa yang boleh dimanfaatkan oleh kita kepada orang lain. Dia berikan kemewahan harta untuk diinfakkan, Dia beri makanan lebih untuk kita sedekahkan, Dia berikan pengalaman yang banyak untuk dikongsikan, Dia berikan kemahiran untuk diajarkan dan Dia beri kita tahu dan mudah faham untuk kita memberi panduan kepada orang lain. Tiada pemberiannya hanya total untuk kita.

”Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab(Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat oleh Allah dan dilaknat (pula) oleh mereka yang melaknat, kecuali mereka yang bertaubat, mengadakan perbaikan dan menjelaskan(nya), mereka itulah yang Aku terima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, Maha Penyayang” (al-Baqarah-159-160)

Saya ingin kongsikan kata-kata Ustaz Hasrizal tentang ‘memberi’ dalam buku tulisan beliau ‘Aku Terima Nikahnya’ di bawah tajuk Mukadimah iaitu,

Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.
Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita iaitu,
‘Melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.’
‘Melihat kehidupan dunia sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.’

Sedarlah bahawa hidup kita terlalu banyak menerima sejak kita roh kita disatukan dengan jasad yang dipinjamkan ini. Fikirkanlah pula bagaimana untuk kita memberi,  sebelum roh yang bersatu dengan jasad ini dipisahkan pada waktu yang telah ditentukan nanti. Wallahu’alam.

Sebarang teguran dan pembetulan dialu-alukan untuk hamba yang jahil lagi hina ini.

Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 07 Jun 2009 ]

Comments *

1) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: deeen on 08 June, 2009, 02:40:10 AM
Di mana boleh beli buku agama online ye? teringin pulak nak beli buku ‘Aku Terima Nikahnya’ ..
2) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: nur zulaikha on 09 June, 2009, 03:31:07 PM
sebuah perkahwinan haruslah dihiasi dengan kasih sayang dan percintaan yang dibajai semakin bertambah...

3) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: Sum79 on 09 June, 2009, 11:42:26 PM
memng best buku ..elok utk remaja2 kat luar tu yg mula nak kenal `dunia couple`.  ‘Aku Terima Nikahnya 2` baru je kuar di pasaran.kat kedai2 buku ada jual..
4) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: imansyauqina on 10 June, 2009, 06:36:33 AM
salam..  alhamdulilah, blh dijadikan panduan agar kita sentiasa update diri dlm pembinaan keluarga dan sahsiah... smoga berjaya
5) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: aisyah humaira on 13 June, 2009, 04:53:53 PM
perkahwinan bukanlah suatu perjudian hidup.. ianya suatu amanah yang perlu dijaga dengan sebaiknya..
6) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: imanazia on 11 July, 2009, 05:25:22 PM
salam, sy belum berpeluang lagi membaca novel tersebut, tapi artikel anda- satu kesedaran yang harus berterusan dalam meningkatkan iman..TQ
7) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: fakiri on 26 July, 2009, 07:48:42 PM
salam..saya telah di rekomenkan buku ini oleh seorang sahabat..tetapi sehingga kini belum jumpa lagi buku ni..(x expert lagi jln2 n kedai2 kat negeri dibawah bayu ni kot..huhuhu)
8) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: akuime on 12 December, 2009, 01:25:28 AM
buku ni mmg best..kalau bleh baca la sambungan dia..BERCINTA SAMPAI SYURGA..=)
9) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: ~Huda~ on 06 January, 2010, 12:40:36 AM
Salam, memang best gila buku ini..
Nak best lagi baca kedua-duanya, Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Ke Syurga =)
10) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: mariah on 08 January, 2010, 03:26:15 PM
as-salam.
saya beum pernah membaca lg buku nie.Tp berdasarkan dr artikel saudara buatkan saya tersedar kita perlu kembali untuk memuhasabah kembali apa yg telah kita manfaatkan utk urg lain....
11) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: hafzza on 10 January, 2010, 02:16:42 AM
buku ini banyak memberi kesedaran dan semangat kepada saya.alhamdulillah
12) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: bluebird on 19 February, 2010, 04:26:51 PM
Ana dh khatam buku ni....Alhamdulillah mmg best & berkesan
13) Re: Aku Terima Nikahnya
Lulusterbit Oleh: cheksue89 on 19 October, 2012, 01:59:39 PM
yaka?sekarang sudah ada filemnya..hehehhe..
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

human

Hari ini pada 12:30:20 PM
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

al-baab

23 July, 2014, 04:40:06 PM
Duduk dalam majlis ilmu, berpahala

Duduk bersama orang alim berfaedah

kenapa pula malu nak join

subhanallah

RS^

23 July, 2014, 02:18:50 PM
Seorang penyair mengatakan:

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu

tetapi waktu akan mengabadikan apa yang ia tulis itu

maka janganlah menulis dengan tulisan tangan Anda

selain yang membuat Anda bergembira

pada Hari Kiamat ketika melihatnya.

Abang Mohd. Shukri

22 July, 2014, 04:25:33 PM
Orang Yang Tidak Memuliakan Ibu Bpada Tiada Syurga Baginya

ansarul_haqq

21 July, 2014, 10:50:40 AM
Jika anda seorang yang melafazkan dua kalimah syahadah yang menjadikan kamu seorang Muslim, titipkanlah doa buat saudaramu diGhaza !
Jika anda seorang manusia, kasihanilah mereka yang berada di GHAZA.
#qunutnazilah#

ibucomey

18 July, 2014, 02:55:25 PM
Sabar Itu Indah

Aku Insan Lemah

18 July, 2014, 02:52:37 PM
wah, alim2 orang kat sini.. mcm x layak pula diri ni join..

al-baab

17 July, 2014, 03:57:28 PM
SABAR itu mudah saja, Tahanlah diri, buat bo do saja, jangan peduli apa orang kata, pedulilah apa yang Allah suka

ibucomey

16 July, 2014, 03:01:55 PM
Sabar itu Mudah di Ucap..Sukar di laksana..Selamat berpuasa..

cikgu anggun jelita

16 July, 2014, 09:27:43 AM
salam..
sy nk cari Hairi1210 nk tanya pasal saman PDRM.. HELP ME PLEASE

Show 50 latest