*

Muslimah & Gambar: Ada apa?


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
anis_muslimah
www.halaqah.net
Editor:PenaHalaqah


 

Muqaddimah

Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan dan friendster,myspace serta ym menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!


Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?

Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.

Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!

Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

Penyelesaiannya

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?

Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.

Wallahu A’lam.
 Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 20 Mar 2009 ]

Comments *

1) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: hariir on 20 March, 2009, 04:28:03 PM
ana setuju...ramai muslimah yang tak sedar dan mungkin x perasan
2) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Aidamohamad on 20 March, 2009, 10:01:46 PM
lau bubuh gamba kartun?
3) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nni on 21 March, 2009, 10:54:55 AM
....mmm
4) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Jihadillah on 21 March, 2009, 11:25:27 AM
Salam....setuju sesgt...ana sedih sgt ngan kengkwn ana kt skolh dlu pki tudung......ble masu
myspace,fs sume bkk ape yang x patut....sedih sesgt...x sngke cpt sgt brubah......
5) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: pungguk unggu on 21 March, 2009, 07:20:22 PM
salam....saya setuju...... sy ingin minta izin utk copy andapunya pendapat  untk dijadikan iktibar.... boleh ka? sebab rata2 tidak fhm maksud berblog secara komunit yg sebenarnya.... sybas anda telah menulis sst yg berfaedah...
6) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: sayyidah on 22 March, 2009, 10:18:35 AM
salam..ana pun setuju jgk..ana tumpang malu bagi pihak muslimah-muslimah lain yang pamer2 gambar dlm internet..ana malu sangat nak tgk gambar yang mcm2 gaya..aptah lagi gambar tu dilihat oleh org yang x sepatutnya tgk....
7) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: princess_teratai on 22 March, 2009, 10:33:06 AM
terima kasih ats info tersebut..
8) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nia_aleeya on 24 March, 2009, 10:08:38 AM
9) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nia_aleeya on 24 March, 2009, 10:12:33 AM
Salam alayk..
tme ksih ats info ni..
ana pn sbnr nya da lama keliru ngan hkum send2 foto kt lelaki..
tmbh2 lg isu myspace,friendster etc.
info yg bfaedah utk muslimah.
tahniah
10) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: sherah on 24 March, 2009, 12:50:31 PM
salam...terima kasih dengan teguran..
11) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nrzlkh on 26 March, 2009, 11:26:41 AM
ANA SETUJU DGN ANTI...
KADANG2 MANUSIA SERING TRLUPA....
DAN SBB ITULAH HIDUP INI MEMERLUKAN SAHABAT YG DPT MMBNTU MENASIHATI DAN MENJADI CERMIN YANG DAPAT MEMANTULKAN KESILAPAN KTE...

TERIMA KASIH DIATAS NASIHAT ANTI ..
ana ingin mmbrtahu anti, ana telah mngcopy artcle anti....
ana mmhon maaf diatas keterlanjuran ini....kerana seeloknye ana perlulah meminta izin anti sblm mngcopy...
12) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: chea_nasiha on 26 March, 2009, 08:09:57 PM
salam..
sy pn frust jgk dgn skap2 mreka2 yg brkenaan..
sdey sy..
pas 2 ad komen2 gmb..
xmustahil la akn ad unsur2 prsaan riak klu dipuji..
tp klu sy slh maaf kn sy ea..
nape prlu d tyang wjh sndri..
sdang kn sbgai muslimah  prlu ad sft malu dlm ht mrka..
muslimah tnpa sft malu ape lg yg tggl..
wallahu'alam..
13) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nuri on 26 March, 2009, 08:54:36 PM
salam...

betul!! ana setuju.tapi kalau gambar ramai-ramai xpekan?

ana harap xde sape cam ana kat dlm friendster tu...huhuhu

kalau x sesuai, ana sedia delete sekarang...
14) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: TERATAI_256 on 27 March, 2009, 02:45:06 PM
SALAM...
ana setuju kwn2 ana ramai yang dah berubah sejak kuar skul.
15) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: sanggar89 on 28 March, 2009, 12:43:24 PM
yup! that's right! so, sama2lah kita jadikan iktibar darinya...(",)
16) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: rahimah rahman on 28 March, 2009, 01:02:54 PM
17) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: rahimah rahman on 28 March, 2009, 01:03:20 PM
BETUL2.ANA SETUJU SANGAT..
18) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: assiddiq on 28 March, 2009, 02:58:54 PM
ye ke...
tapi kalau tujuan untuk mengenali sbagai contoh calon untuk berkahwin..
xpe kan..?
19) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: enah_luvhalaqah on 28 March, 2009, 09:38:44 PM
SALAM...Ana setuju....wanita zaman sekarang sudah hilang rasa malu pada ALLAH
20) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: rainwidd on 30 March, 2009, 10:00:35 AM
salam..erm btol 2..setuju sgt

wanita ni adalah fitnah..so ingat2 la
21) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: NuRul IsLam on 30 March, 2009, 12:11:46 PM
assalamualaikum..
syukran ats artikel yg memberi pengajaran..
kalau saiz gambar tu kecil macam mana ye?
bole tak?
22) al maududi
Lulusterbit Oleh: al-maududi on 30 March, 2009, 11:04:28 PM
Ana stuju sgt dgn pndpt enta 2......kemblilah pd islam whai rkan2.....
kjayaan ddnia x mnjamin kjayaan dakhrat..
23) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Nursyairah Abdul Malek on 31 March, 2009, 09:04:03 AM
ana sokong 100% dgn anti...terima kasih
24) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: shafiah on 06 April, 2009, 05:59:53 PM
yelah
klu letak gmbr rmi2 brgantung pd cr letak gmbr 2
perlu dilihat samada
gmbr itu tidak mendatangkan sebarang fitnah
fitnah secara langsung
seperti terlihat gaya badAN ketika brgambar
w/pun beramai2
25) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: ikhwan_muslimin on 08 April, 2009, 12:06:45 AM
kenapa letak tajuk tu muslimah...tukar la pada "perempuan" nampak umum...
26) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: ll93 on 14 April, 2009, 11:00:08 PM
owh, baru tahukan. kalau tak bincang topik ni, mungkin sy sendiri tak clear nak
letak ke tak kat friendster, facebook & sebagainya..kekadang tak perasan .

terima kasih kerana sudi utarakan topik ini.
27) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nuril84 on 15 April, 2009, 11:57:11 PM
yang bernama manusia itu sering terlupa, yang bergelar insan itu selalu lalai, dunia ini adalah perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
28) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: munyra on 17 April, 2009, 06:40:38 AM
ya..br ana terperasan keterlanjuran ana...
walaupun gamba pakai tudung tp ttp menimbulkan fitnah.. terutama pada lelaki yg melihat... nape ana xsedar dr dl ye...
thanks pada yg menegur...
29) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: alleaf on 18 April, 2009, 05:30:55 PM
btul3...sy p0n setuju..alangkah bgsnya klu semua muslimah fhm ttg itu..
tq utk inf0 yg amat bmakna ini..jazakallahu hairan..
nk mintak izin jgk..petik artikel ni utk disebarkn..
30) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Azam Suliman on 20 April, 2009, 08:42:23 AM
Assalamualaikum..

Sy setuju. Mungkin semasa gambar diambil si perempuan berkeadaan menutup aurat.
Akan tetapi zaman sekarang teknologi terlalu tinggi. Gambar boleh diedit menggunakan
Photoshop & sebagainya. Ianya akan mengundang perkara yg tidak baik kepada
perempuan tersebut.
31) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: wajdani on 24 April, 2009, 01:14:56 PM
salam alaik...saya bersetuju dengan kenyataan yang diberikan . Malah,memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai dalam kalangan muslimah walaupun yang bertudung litup semakin suka mempamerkan gambar-gambar mereka dalam web ( contoh yang dapat diberikan adalah seperti friendster dan myspace ). Bahkan , gambar-gambar mereka kadangkala diselitkan dengan aksi-aksi yang tidak berapa sopan dan mungkin tidak berapa sesuai pada pandangan kita. Sebaik-baiknya bergambarlah secara beramai-ramai..mohan maaf andaikata pendapat saya ini wujud sebarang kesilapan:)
32) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: siti hajar on 26 April, 2009, 09:20:35 AM
33) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: nurlaila_wardah on 27 April, 2009, 01:43:26 PM
salam..sy pun setuju..
34) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Abuashma on 28 April, 2009, 07:36:21 PM
Subhanallah... tulisan ni amat bermanfaat, semoga membuka hati para muslimah
35) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: fitrah honey on 25 May, 2009, 06:00:06 PM
salam...
sy pun setuju....kita perlu jaga adab-adab kita sebagai muslimah....sekarang ni byk sgt fitnahnya..
jd kita perlu elak dari menjadi bahan fitnah.............
36) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: elya khadija on 15 June, 2009, 04:15:47 PM
Terima kasih di atas nasihat yg di berikan, walaupun ia berbentuk awam. Ana skrg menyesal dgn tindakan ana meletakkan gambar ana di dalam frienster walupun hanya sekeping. Pada mulanya, tiada niat lain sebagai pengenalan kpd kawan2 ana supaya mrk kenal apbla melht gambar ana. selain itu, Ana juga tidak akan menerima, jika kaum lelaki add ana utk menjadi kawan mereka. Tp stlh membaca artikel anti, bru ana thu realiti sebenar bhw tindakan ana blh mendatangkn bahaya pd diri ana sendri di sebbkn org2 yg mempunyai penyakit hati. Sebab itulah perlu dakwah supaya dpt mengingatkan yg lain...
37) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: sitikhadijah on 08 July, 2009, 10:32:49 AM
Terima kasih banyak2 atas nasihat ini. Sy daulu x perasan dgn isu ni, ingatkan bila dh mentutp aurat, x pe. Sekarang ni hati sudah terbuka unt menjadi muslimah yg lebih beradab walaupun kita hidup di dalam dunia yang pesat membangun dgn teknologi2nya.
Sy nak minta izin copy n paste ye sbg nasihat kpd rakan2.
38) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: hafiziheffi on 11 July, 2009, 11:44:31 AM
selamatkanlah dirimu wahai muslimah!!
39) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: BenCasee on 14 August, 2009, 03:39:06 PM
AsSalamu'alaikum,

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang
terdapat anjing atau gambar-gambar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3929

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Orang-orang yang membuat atau melukis
gambar-gambar akan diseksa pada Hari Kiamat. Maka akan difirmankan kepada mereka:
Hidupkan apa yang telah kamu ciptakan
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3942

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Manusia yang paling berat seksanya pada Hari Kiamat, ialah para
juru gambar
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3943

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri
mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau
hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-
orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[An-Nur ayat 31]

WAJAH YANG TELAH DISOLEK @ DIHIAS BOLEH MENJADI AURAT. WALLAHU'ALAM.

Daripada al-Hasan bin Ali r.a., katanya, saya hafal sesuatu sabda dari Rasulullah s.a.w.:
"Tinggalkanlah apa-apa yang meragu-ragukan padamu, beralih kepada apa-apa yang tidak
meragu-ragukan padamu."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Daripada Athiyyah bin 'Urwah as-Sa'di as-Shababi r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seseorang hamba itu belum sampai kepada tingkat kalangan orang-orang yang bertaqwa,
sehingga dia meninggalkan sesuatu yang tidak ada larangan kerana takut kalau-kalau dalam hal
itu ada sesuatu larangan (iaitu hal-hal yang syubhat)."
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Semoga dapat dijadikan panduan, saya mohon tunjuk ajar dari semua rakan.

__________________
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap Nabi mempunyai doa yang mudah dimakbulkan. Aku ingin
menyimpan doaku tersebut, untuk memberi syafaat kepada umatku pada Hari Kiamat nanti
40) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: murnislam on 12 September, 2009, 05:53:12 PM
salam,em saya bersetuju ngn artkel ni,dlm kita melakukan suruhannya ada juga silapnya yg kita sndiri pun tak sedar,harap harap muslimah muslimah di luar dapat membaca artikel ini dan muhasabah diri,sememangnya kita manusia lemah yang perlu selalu membaiki diri yang sedia ada tidak sempurna
41) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: aisyahkhadijah on 02 December, 2009, 04:27:31 PM
Salam..
Sy sgt setuju... paras rupa seorang wanita hanya layak ditatap oleh yang berhak. Terkadang kite alpa dgn perkara yg remeh temeh mcm ni.... tp kite harus igt bperkara yg remeh temeh ini la yg akan mbawa kite ke arah kemungkaran yg lebih besar.
42) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: anasameen on 17 February, 2010, 10:12:18 PM
Assalamualaikum. Betul sangat tetapi apapun yang kita buat bergantung pada niat. Kalau yang tak perasan, moga boleh perasanlah lepas ni tapi kalau yang memang nak tunjuk tu tak dapat nak cakap apa-apa dah. Moga niat yang salah itu dapat dibetulkan secepat yang mungkin, amii. ALLAHu'alam
43) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: emm on 05 August, 2010, 03:05:48 PM
Muslimah sepatutnya berhias untuk suami sahaja. Yang lain tak ada hak..
44) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: sumayahsyazwani on 07 August, 2010, 01:43:53 AM
Alhamdulillah....ana minta izin untuk copy ye...
semoga perkongsian ilmu ini
dapat menjadi bekal kita di akhirat sana....
syukran....
45) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: shukrul on 14 September, 2010, 09:40:35 AM
salam..setuju
46) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: mekda on 28 October, 2011, 11:11:42 AM
mmg setuju.niat upload gambar dalam facebook hanya sekadar untuk berkongsi dengan kawan-kawan tetapi setelah baca article ni saya baru tersedar.terima kasih kerana mengingatkan saya.
47) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: afiQoh on 28 May, 2013, 05:44:19 PM
rasa rugi la letak gambar dalam fb ke..mana2 tempat..sebab kita mesti upload gambar cantik2..tak ke nama tu pengecut...
tau2 sebenarnya indah dari dilihat gambar..better jumpa terus la..tak main gambar2 ni...

real..baru best
48) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Ana Tholibah on 10 May, 2014, 12:16:33 AM
artikel lama-lama banyak yang menarik dan bagus2, tapi agak serabut nak baca bila ada macam tu semua .
cobaan .
49) Re: Muslimah & Gambar: Ada apa?
Lulusterbit Oleh: Mei on 11 May, 2014, 12:44:57 AM
Dah terkena edit..sampai html code pun muncul.boleh je diperbaiki.insyaallah
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

human

27 July, 2014, 01:41:21 AM
Musuh itu bukan dari Bani Adam - Salam Palestin ,Dunia perlukan cinta,kasih,sayang- love education Wadud,rahman,rahim-hurrmmp betui ka?
 

human

25 July, 2014, 12:30:20 PM
  Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.
 

al-baab

23 July, 2014, 04:40:06 PM
Duduk dalam majlis ilmu, berpahala

Duduk bersama orang alim berfaedah

kenapa pula malu nak join

subhanallah
 

RS^

23 July, 2014, 02:18:50 PM
Seorang penyair mengatakan:

 

Setiap penulis pasti akan mati dan berlalu

tetapi waktu akan mengabadikan apa yang ia tulis itu

maka janganlah menulis dengan tulisan tangan Anda

selain yang membuat Anda bergembira

pada Hari Kiamat ketika melihatnya.
 

Abang Mohd. Shukri

22 July, 2014, 04:25:33 PM
Orang Yang Tidak Memuliakan Ibu Bpada Tiada Syurga Baginya
 

ansarul_haqq

21 July, 2014, 10:50:40 AM
Jika anda seorang yang melafazkan dua kalimah syahadah yang menjadikan kamu seorang Muslim, titipkanlah doa buat saudaramu diGhaza !
Jika anda seorang manusia, kasihanilah mereka yang berada di GHAZA.
#qunutnazilah#
 

ibucomey

18 July, 2014, 02:55:25 PM
Sabar Itu Indah
 

Aku Insan Lemah

18 July, 2014, 02:52:37 PM
wah, alim2 orang kat sini.. mcm x layak pula diri ni join..
 

al-baab

17 July, 2014, 03:57:28 PM
SABAR itu mudah saja, Tahanlah diri, buat bo do saja, jangan peduli apa orang kata, pedulilah apa yang Allah suka
 

ibucomey

16 July, 2014, 03:01:55 PM
Sabar itu Mudah di Ucap..Sukar di laksana..Selamat berpuasa..

Show 50 latest