* *

PETUA KHUSYUK DLM SOLAT

PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
zulaikha
Halaqah.net
Editor:PenaHalaqah

   1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.

   2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.

   3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.

   4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting  untuk khusyuk.

   5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.

   6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.

   7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.

   8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.

   9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.

   10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.

   11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.

   12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.

   13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.

   14. Memahami makna bacaan dalam solat.
 Lulusterbit Oleh: PenaHalaqah
[ 29 Nov 2008 ]

Comments *

1) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: iman eiqyn about 30 November, 2008, 08:41:20 PM
salam..thanx ingatkan ana..
2) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: miftahunnajah about 30 November, 2008, 09:17:37 PM
Tazkirah yg baik
3) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: muhammad fadzly about 03 December, 2008, 02:34:21 PM
tazkirah yang baik...barulah saya tahu kenapa saya tidak khusyuk salam solat...terima kasih kerana berkongsi ilmu....
4) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: haq about 23 December, 2008, 12:27:00 PM
menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
bagaimana lakunya
5) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: muhammad fadzly about 31 December, 2008, 02:27:45 PM
6) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: muhammad fadzly about 31 December, 2008, 02:28:06 PM
alhamdulillah...tazkirah yang baik...
7) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: muslimah maahadi about 06 June, 2009, 08:24:32 PM
trma ksh ats tzkrah nie.....
8) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: muslimah maahadi about 06 June, 2009, 08:25:32 PM
trma ksh ats tzkrah nie.....
9) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: FlaiR about 30 August, 2009, 03:11:55 PM
thanx
10) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: siapakahaku about 08 September, 2009, 06:26:57 PM
Terima kasih atas  tips-tips yang diberi. moga kita amalkan dan berdoa dan berharap kepada Allah SWT supaya diberi hati
yang khusyuk. Amin
11) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: Ahnaf Fawwaz about 29 November, 2009, 03:34:16 PM
Alhamdulilah..jazakallah atas tips ini..lama tak istiqomah pasal kusyuk dalam solat nie,kadang2 terlupa hingga terbawa2 hal dunia ke dalam solat..astafirullahal'azim....
12) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: mariah about 06 January, 2010, 02:35:39 PM
terima kasih.....saling tegur menegur dan ingat mengingat memang di tuntut dlm islam... menyedarkan pada yg lalai....termasuk diri saya sendiri.... moga kekusyukan itu bisa sya temui dlm mengadapmu ya ilahi
13) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: sumaliff about 15 July, 2010, 03:08:22 PM
terima kasih
14) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: dream3r about 05 September, 2012, 11:58:33 AM
terima kasih =)
15) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: al_ahibbatu about 05 September, 2012, 01:20:06 PM
1. tauhid yang benar
2. jujur bicara, benar dan membenarkan
3.suci tanpa prejudis
4.Ingat atas izin Allah bergeraknya sesuatu
5. perbanyakkan tasbih
6. perbanyakkan tahlil
7.perbanyakkan istigfar
8. ingat innalillahi wainnailaihi rojiun
9. ingat Allah melihat akan dikau sokmo
10. solat itu persembahan tauhid
16) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: kasba about 05 September, 2012, 01:58:14 PM
Alhamdulillah.....
17) Re: PETUA KHUSYUK DLM SOLAT
Lulusterbit Oleh: azmiibnu about 21 October, 2013, 04:18:35 PM
Terima kasih..boleh diamalkan!
Commenting option has been turned off for this article.
Last 10 Shouts:

 

maliki

29 October, 2014, 09:45:09 AM
“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang y
 

mysteronic78@gmail.com

26 October, 2014, 05:06:33 PM
Assalamualaikum!
 

maliki

23 October, 2014, 10:55:29 AM
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
 

khalifah tariq

18 October, 2014, 06:59:08 PM
Carilah.. Sesungguhnya Allah berada dimana2 sahaja..
 

Hawa21

12 October, 2014, 04:19:23 PM
Sabar2... kat rumah Allah pun berani ae.. lupa pada Maha Melihat di atas kot..
 

maliki

12 October, 2014, 02:09:31 PM
Dalam HP note3 tu banyak data2 penting,takut tersimpan no akaun bank je.gamba2 lagi.
tawakal jelah.
Baru hilang HP dah sedih macam ni
:'(
 

hairilnua

11 October, 2014, 12:37:19 PM
aku nk bantu,, tp aku soh bini aku bantu nak? if nak, pm ler,, nnt aku tanye org umah aku..ok x erynda...
 

hairilnua

11 October, 2014, 12:32:27 PM
sbb ko sengal, tu sbb org kate ko pelik..manja sgt plak..hahahaaa
 

Hawa21

11 October, 2014, 10:07:03 AM
Assalammualaikum...mencari zauj untk diri sndri...
 

erynda shah

07 October, 2014, 03:42:59 PM
saya perlukan seseorang untuk membimbiimg saya ke landasan yang betul bantu saya mendalami agama islam

Show 50 latest